Chapter 14

Romance Completed 35261

“Hi perempuan-perempuan cantik.” tegur Adam berdiri di sebelah meja Christina dan Rohani.

“Hi awak.” Christina menjawab dengan penuh keterujaan.

“Yang kau lebih excited ni kenapa?” Rohani menegur Christina di sebelah. Gaya Christina nampak macam Christina menyukakan Adam.

“Nampak sangat ke excitement aku?” Christina menepuk kedua-dua pipinya.

“Boleh saya duduk sini?” menyoal Adam saat kedua-dua rakannya tidak melayan kedatangan dia kat situ.

“Bo…Boleh. Dipersilakan awak.” Christina mengambil beg miliknya. Memberi laluan kepada Adam untuk duduk. Rohani membuat muka menyampah. Dari hari pertama lagi, Rohani tidak berkenan dengan Adam.

“Thank you. Mana kawan awak lagi satu?”

“Kawan? Kawan mana satu yang awak tanya ni?” bertanya Christina tersengih-sengih.

“Berapa banyak kawan kau ada Christina? Gedik dengan Adam tu dah kenapa?” mengumam Rohani dalam hati.

“Yang saya jumpa dengan awak hari first day saya.”

“Sofi?” Christina menginginkan kepastian.

“Ye.” Adam mengangguk.

“Sofi, pergi jumpa lecturer kejap.” Christina menjawab teragak-agak. Tiba-tiba hatinya berasa sakit apabila Adam bertanya mengenai Sofia Amelia.

“Rohani, apasal pulak dia tanya Sofi?” Christina macam tidak suka apabila Adam bertanya pasal Sofia Amelia.

“Kau tanya aku? Aku mana tahu?”

“Adam ni syok kat Sofi ke?” terus-terang Christina.

“Kalau ye pun, kau ada masalah ke?”

Wajah Christina berubah serta-merta. Rohani perasan perubahan raut wajah Christina.

“Kenapa dengan kau? Kau suka dia ke?”

Christina hanya mengangguk. Christina mula menyukakan Adam dari hari pertama. First love katanya!

“Kau tak tahu apa-apa pasal Adam tu. Jangan terburu-buru Christina. Nanti kau yang tanggung sakit nanti.” Rohani siap-siap memberi amaran kepada Christina.

“Girls, saya ada kelas ni. Saya gerak dulu. Bye.” Adam meninggalkan Rohani dan Christina.

“Ingatkan aku nak jumpa perempuan sombong, cantik tu. Tapi tak dapat pulak. Tak pe. Ada masa lagi.” tutur Adam dan mengatur langkah ke tempat seterusnya.


********************

“Tasha, awak dah habiskan foundation kan?”

“Dah.”

“Bila nak cakap pasal kita kat rumah?” tanya kekasih Tasha yang bernama Luqman Haziq.

Luqman Haziq dan Tasha menggelamun cinta sejak Tasha tingkatan 4. Masa itu Luqman Haziq pula tingkatan 5. Selepas Luqman Haziq tamat tingkatan 5, terus masuk ke angkatan tentera. Luqman Haziq akan balik ke kampung apabila mendapat cuti panjang. Masa itulah dapat berjumpa dengan kekasihnya.

“Nanti-nanti lah. Baru je kekasih abang Is setuju untuk tunang dengan abang Is. Lepas dah settle itu, saya bagitahu dekat semua, okay? Sabar dulu ye abang askar.” menjawab Tasha sambil senyum.

“Ye lah. Akhirnya, abang Is nak tunang. Lepas tu turn kita pulak kan. Saya tak nak tunang tau.” berkata Luqman Haziq.

“Habis? Awak nak apa?”

“Nak terus nikah.” jawab selamba Luqman Haziq. Mulutnya dipenuh dengan aiskrim cornato.

“Terus nikah?” terkejut Tasha.

“Ye. kenapa? Apa masalah? Terus nikah lagi bagus tau tak? Lagi afdal.”

Tasha menarik nafas. Betul apa yang dikatakan oleh Luqman Haziq. Tetapi, adakah orang tuanya setuju?

“Dah lah awak. Dah nak masuk maghrib. Awak balik lah dulu. Umi saya mesti akan carikan saya.” Tasha menegakkan badannya dari sandar pada motosikal milik Luqman Haziq.

“Tak perasan lah masa dah lalu sekejap je. Awak tahu tak kenapa masa lalu cepat sangat?”

“Kenapa?” Tasha tahu Luqman Haziq akan memberitahu jawapan yang tidak masuk akal.

“Sebab moon is standing beside me.”

Tasha mengerutkan keningnya. Tak faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki di hadapannya.

“Tak faham?” soal Luqman Haziq setelah memakai topi keledarnya.

Tasha hanya menggelengkan kepalanya.

“Saya pun tak faham.” ketawa kuat Luqman Haziq.

Satu cubitan dihadiahkan ke lengan Luqman Haziq. Tasha fikir macam nak pecahkan kepalanya. Kekasih pula boleh membuat lawak bodoh. Hish! Geram betul!

“Sakit lah awak. Awak ni lahir tahun ketam ke?”

“Padan muka. Dah balik cepat. Bawa motor tu elok-elok. Assalamualaikum.” Tasha menghalau Luqman Haziq. Lagi lama Luqman Haziq di situ, lagi banyak dia membuat lawak yang tak masuk akal langsung.

“Okay. Okay. Awak take care. Waalaikumsalam.”


***************************

“Assalamualaikum abi.” Tasha memberi salam kepada ayahnya yang berdiri di halaman rumahnya. Nampak seperti menunggu kehadiran seseorang.

“Umi ada keluar ke? Kenapa abi tunggu luar?” fikir Tasha.

“Pergi mana?” soal Ismail. Mukanya serius.

“Jumpa kawan.”

“Jumpa kawan ke atau jumpa kekasih?”

Tasha terkejut mendengar persoalan ayahnya.

“A...ab...abi…” gugup Tasha. Mukanya ditunduk.

“Masuk dalam. Abi nak cakap.” Ismail meninggalkan Tasha di luar rumahnya. Hatinya menjadi panas apabila jiran sebelah memberitahu yang anak perempuannya tengah cakap dengan seorang lelaki.

“Timah.”

“Ye abang.” membalas Fatimah saat mendengar suara memanggil suaminya.

“Datang depan.” arah Ismail.

“Habis lah aku.” gumam Tasha dalam hati. Dia tahu memang salah dirinya.

“Anak awak ni, jumpa dengan lelaki dekat sungai sana. Apa ni Timah?” menyoal Ismail separuh jerit.

“Jumpa lelaki?” terkejut Fatimah.

“Tanya lah dekat anak awak.” balas geram Ismail.

“Umi, memang betul. Tasha jumpa dengan Luqman. Luqman Haziq. Tasha dengan Haziq mula bercinta sejak Tasha tingkatan 4. Sekarang Haziq kerja sebagai tentera. Sebenarnya Haziq dah lama suruh Tasha memberitahu mengenai hubungan ni kat umi and abi, tapi Tasha yang melengahkan masa. Sekarang umi dan abi tahu melalui mulut orang lain. Maafkan Tasha. Tasha bukan nak ketepikan umi dan abi, cuma Tasha tak bersedia lagi.” menutur Tasha perlahan. Air matanya mengalir. Sudah pasti orang tuanya kecil hati dengannya.

“Sekarang dah sedia lah?” Ismail naik angin dengan jawapan anak perempuannya.

“Dah lah abang. Jangan marah.” Fatimah cuba menenangkan suaminya.

Ismail jarang marahkan anak-anak. Tetapi kalau sekali naik angin, susah nak tenangkan.

“Suruh budak tu masuk meminang. Abi tak nak benda lain berlaku.” bersuara Ismail setelah diam agak lama.

“Faham ke tak?”

“Faham abi.”


************************

“Abang, marah lagi ke?”

“Abang bukan nak marah suka hati Timah. Abang cuma risau kalau jadi apa-apa yang tak patut berlaku.” Ismail menjawab agak risau.

“Abang tak percayakan anak kita ke abang?”

“Bukan abang tak percaya. Abang tak percayakan umur mereka. Awak faham tak.”

“Nanti kita buatkan majlis tunang untuk Tasha lepas majlis tunang Is.”

“Tapi kan abang.” Fatimah inginkan mencelah.

“Sebelum jadi apa-apa kat abang.”

“Apa pulak abang merepek ni?” marah Fatimah. Hatinya berasa tidak sedap apabila suaminya cakap sebegitu.

“Dah lah. Abang tak nak cakap pasal abang. Abang nak kita urus pasal anak kita. Abang dah puas hidup. Abang nak tengok anak-anak kita hidup selesa dan gembira dengan pilihan hati mereka masing-masing.”

“Baik.” Fatimah hanya mengakur cakap suaminya. Namun, hatinya kuat mengatakan ada benda suaminya merahsiahkan dari pengetahuannya.


*******************

“James, dah dapat bodyguard untuk Sofi?”

“Belum lagi Dato’. Tengah cari yang sesuai dan berpotensi untuk jaga cik Sofi.” memberitahu James. James inginkan seseorang yang mampu memelihara dan menjamin keselamatan anak majikannya.

“Untuk siapa bodyguard daddy?” muncul Sofia Amelia di belakang pintu biliknya.

“For you.”

“Sebab?”

“Daddy nak pastikan Sofi selalu selamat. Daddy tak nak benda hari itu jadi lagi.”

“Buat apa nak hire bodyguard kalau daddy masih keep in touch with the kidnapper?” memerli Sofia Amelia. Tangannya disilangkan di dada.

“Who do you mean Sofi?” bengang Dato’Johari.

“Siapa lagi kalau bukan Amir.” suara Sofia Amelia naik seoktaf. Perasaan marahnya mula menakluki dirinya apabila menyebut nama musuh itu.

“Stop it Sofi. If you know the truth, you won’t talk like this.”

“Sofi tahu semuanya. Uncle, tak payah susah-susah carikan Sofi bodyguard.” kata Sofia Amelia dan keluar dari biliknya.

“Sofi! Sofi!” Sofia Amelia tidak menghiraukan panggilan ayahnya. Hatinya panas. Telinganya dipekakkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience