IRIS tersenyum bahagia melihat Attar bersungguh menghias bilik bakal anak mereka.Tak sangka dia dan Attar bakal bergelar ibu dan ayah.Rasanya baru sekejap sahaja mereka mendirikan rumahtangga.
Selepas keguguran hari itu,Iris ingat dia tidak akan berpeluang merasai lagi.Tetapi Allah telah takdirkan sekali lagi hadir satu nyawa di dalam rahimnya.Menunggu hari sahaja untuk dilahirkan.
"Sayang..menung apa tu?"tanya Harith yang sedang menyusun barangan baby ke dalam almari.
"Tak ada apa lah."dalih Iris.
"Ya lah tu.Sayang ni kalau abang tak tegur entah dah sampai ke planet mana ntah.."usik Attar.
"Mana ada abang ni.."Iris ketawa kecil.
Dari tadi dia asyik melihat muka bahagia Attar.Nampak sangat Attar juga sepertinya tak sabar mahu menimang cahaya mata sulung mereka.
"Kenapa semua putih?"tanya Iris.Dari katil baby sampai lah almari semuanya Attar beli warna putih.
Attar terus peluk Iris dari belakang.Kedua belah tangan diletakkkan atas perut Iris.Di usap perlahan,sambil dagu diletakkan atas bahu Iris.
"Nak tahu kenapa abang pilih putih?"
Laju Iris angguk.
"Sebab kita tak tahu lagi jantina baby.Lagipun warna putih tu melambangkan kesucian.Bayi yang baru lahir tu suci tanpa sebarang dosa."
" ...dan nanti kita boleh guna untuk next baby pula...."Attar tersengih.
"Eeeiii abang ni.Baby belum lahir lagi dah cakap next baby..."Iris cubit perlahan perut Attar.Attar ketawa geli hati.Suka dia kenakan Iris.
"Abang..."panggil Iris dengan nada manja.
"Ya sayang..."Attar sudah berhenti ketawa.
"Iris takutlah nak bersalin nanti.Dengar macam gerun saja."Iris dengar macam-macam pengalaman dari rakan pejabatnya.Ada yang senang ada yang susah waktu melahirkan.
Attar tarik perlahan Iris dan dudukkan di wing chair.Attar pula menekur atas lantai.
"Sayang, jangan fikir banyak sangat.Lain orang lain pengalaman.Abang sentiasa doakan sayang dan anak kita selamat.Abang akan temankan sayang sampai sayang selamat melahirkan.Insyallah semuanya akan selamat."
Iris tersenyum senang.Apa yang dia miliki sekarang adalah hikmah atas apa yang berlaku sebelum ini.Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Iris bersyukur sangat.
Kadang terkeluar juga airmata mata bahagia.Bila bersama Attar sikit pun dia tidak rasa kekurangan.Malah kasih sayang Attar makin melimpah ruah.
"Tengok tu,airmata mula lah bergenang."Attar cepat seka airmata Iris dengan ibu jarinya.
"Terima kasih abang untuk semua ini.."ucap Iris dengan titisan airmata yang mula menuruni ke pipi.
Siapa sangka dari jiran sekampung menjadi suami isteri.Jodoh itu rahsia Allah.
Emosinya makin tidak terkawal sejak mengandung.Attar dah faham sangat akan keadaan Iris.Tonton drama dekat televisyen pun Iris boleh nangis padahal cerita tak sedih mana sangat pun.Betul kan orang cakap perempuan mengandung ni sensitif dia lain macam.Attar layankan saja karenah Iris.Sikit pun dia tidak mengeluh.Lagi manjakan Iris ada lah.
Attar tunduk mencium perut Iris.Telinga di dekatkan ke perut Iris.
"Assalamualaikum.. anak ayah buat apa tu?baby tengok ibu dah nangis.Ayah tak marah ibu pun..nanti baby keluar jangan nangis banyak tau.."adu Attar.
Iris tak jadi berlama sedih.Terus terburai ketawa.
"Abang rasa anak kita lelaki ker perempuan?"tanya Iris teruja.
"Abang tak kisah lelaki ker perempuan janji anak kita lahir sihat tubuh badan."
"Abang dah cari nama untuk anak kita?"
Attar koyak senyuman.Iris macam tahu saja yang dia dah tengah mencari nama yang sesuai untuk anak mereka.
"Nanti kita cari sama-sama ya.Ni kan anak bersama."katanya gembira.Dia juga begitu teruja menanti kelahiran anak sulung mereka.Sepatutnya di usia tiga puluh dua tahun ini dia sudah mempunyai anak seperti rakan seusia dengannya.Tapi dia bersyukur sangat bila Allah anugerahkan isteri sebaik Iris.Tak sia-sia penantiannya selama ini.
"Cuba abang rasa ni.."Iris letak tapak tangan Attar atas perutnya.Terasa satu denyutan kecil.
Membulat mata Attar bila terasa lagi sekali.Dia dan Iris tersenyum gembira.
"Terima kasih sayang sebab sudi mengandungkan zuriat abang."ucap Attar.
"Zuriat kita bersama lah abang ni.."Attar ikut ketawa.Dipeluknya Iris.
"Abang rasa bertuah sangat dapat hidup bersama dengan Iris.."entah kali yang ke berapa ucapan Attar pada Iris.
Memiliki Iris satu impiannya suatu ketika dahulu.Pada hal masa tu Iris sudah bergelar isteri orang.Namun Attar masih berharap dapat bertemu kembali dengan Iris dan impian kini telah menjadi nyata.Iris kini dalam pelukkannya.
Siapa sangka takdir yang memisahkan mereka,takdir juga yang menemukan mereka kembali.
Setiap malam selepas solat Isyak.Iris akan berbaring mengiring di atas karpet gebu.Mendengar Attar mengaji surah-surah dari Al-quran.
Sejuring senyuman manis dihadiahkan buat si isteri yang sedang leka mendengar alunan surah dari mulutnya.Iris ikut senyum.Suka dia dengar suara Attar mengaji.Sangat merdu dan menusuk ke jiwa.
Dulu,Iris ingat lagi dia dengan beberapa orang kawan pernah mengintai di sebalik tirai surau.Selalunya yang mengalunkan azan suara agak berusia tapi kali ni sangat berbeza.Diam-diam mereka naik ke surau dan melihat dengan mata sendiri.
Abang Attar!
Masa tu Iris tak rasa apa-apa.Cuma bila dengar sekali rasa nak dengar lagi suara abang Attar.Sampai Noni siap cop abang Attar dia punya.Tak pernah terfikir pula Iris yang Attar ada perasaan padanya ketika itu.Kalau difikirkan balik,Iris pada masa tu masih lagi budak hingusan,selekeh kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain.
Macam mana Attar boleh tertarik padanya pun Iris tak tahu.
Pandangan mata seseorang takkan sama dengan mata sendiri agaknya.Macam tak percaya saja,kini Attar ada lah suaminya.
"Abang!"panggil Iris manja.Sebenarnya dari petang tadi dia sudah rasa tidak selesa.
"Kenapa sayang.."Attar letakkan Al-quran kembali atas rak buku.Dia kembali mendapatkan Iris.
"Rasa tak selesa..."adunya.Dahinya sudah berpeluh-peluh manakala tangan memegang perutnya yang terasa sakit.
Attar terpampan seketika.Panik!Tadi elok saja Iris baring atas karpet gebu siap senyum-senyum lagi padanya.
Doktor cakap lagi seminggu.Tak mungkin awal sangat Iris sudah mahu melahirkan.
"Abang,sakit!"suara Iris makin lemah dah terketar.Terus laju Attar sambar tudung di sisi katil dab sarungkan ke kepala Iris.
"Okey..okey..jom kita ke hospital.."Attar terus pimpin Iris masuk ke kereta.Beg Iris semua Attar dah siap sedia letak dalam bonet kereta Segala persiapan Attar dah sediakan tinggal bawa diri saja.Betapa bertuahnya Iris!
Junior Attar dan Iris sudah selamat dilahirkan.Attar yang masuk sendiri menyambut bayi lelaki mereka.Muka bulat dengan rambut hitam pekat nampak sungguh comel sekali.
Iris tersandar keletihan.Patutlah termengah nak bawa perut boleh tahan juga berat anak mereka. 3.7 kilogram.Besar juga tu.Pada hal badan Iris tak besar mana pun.
"Terima kasih sayang..."Attar cium dahi Iris dan kemudian kedua belah pipi anak mereka.Satu anugerah yang tidak ternilai.
"Abang anak kita lapar agaknya.."bila melihat mulut kecil baby seperti mencari sesuatu sambil terkumat-kamit.Tak dapat yang dicari anak mereka mula menangis.Bergema satu bilik.Kuat pulak tu.
Iris dah panik.Pengalaman pertama baru belajar menyusukan anak dia tidak berapa pandai.Masih terkial-kial.Kekok.
"Tak boleh la abang..."Iris dah rasa nak menangis bila bayi mereka tak mahu hisap mata susu.Dah puas Iris cuba.
"Meh sini abang tolong.."tanpa segan silu Attar duduk berdepan Iris.Iris pula yang malu.Muka dah bertukar warna.
Dibetulkan sandar Iris dan kemudian dirapatkan mulut bayi ke arah dada Iris.Baru bayi mereka menghisap dengan betul dan penuh nikmat.Attar usap perlahan pipi si kecil yang berlekuk kecil.Iris turut tersenyum kecil.Dibiar saja Attar 'menyertai' mereka.
Satu pemandangan yang indah yang harus dikongsi bersama.
Share this novel