SEPI yang menguasai ruang, membuatkan Airra dan Azrul diam tdk berkutik. Masing-masing kehilangan idea utk bercakap. Penyudahnya, Airra hanya sibuk memandang ke luar jendela, memerhatikan ragam manusia di atas jalan raya. Azrul mengerling Airra di sebelahnya. Gadis itu tampak polos dan tetap terlihat cantik meski tiada sebarang solekan dikenakan ke atas wajahnya. Dalam diam, dia menguntum senyuman. Mengagumi akan kecantikan wajah itu. Dulu, sewaktu mereka berpacaran, dia selalu memesan kepada Airra agar tdk mengenakan sebarang solekan pada wajahnya kerana dia cemburu apabila semua mata-mata memandangnya tdk berkelip. Azrul tersenyum. Rindunya pada saat itu, Allah sahaja yg tahu!
Airra menoleh sekilas. Pandangannya bersatu dgn pandangan Azrul. Ada getaran dan sinar cinta pada mata lelaki itu. Namun, dia tdk berani mengagak apa-apa kerana dia tdk kenal lelaki yg di sebelahnya saat ini. Azrul mengalihkan pandangan. Dia kalah pada sepasang mata sepet itu. Getarannya pada gadis itu semakin hari semakin kuat ,bahkan semakin takut utk berhadapan dgn sebarang kehilangan.
Airra menggigit bibir. Dia belum puas utk menatap sepasang mata itu. Berbeda dgn mata hazel milik Ashraf yg acapkali menggodanya, mata lelaki ini lebih tenang dan redup. Justeru menjadikan dia insan yg ketagihan dlm diam. Mata itu spt pernah lekat di hatinya. Tetapi bagaimana?
" Mata awak..." Airra tdk jadi meneruskan ayatnya tatkala Azrul memandangnya, penuh pengharapan.
" Kenapa dgn mata saya?"
" Kenapa saya rasa saya pernah ada sesuatu dgn awak? Kita pernah jumpa ke sebelum ni? Or kenal rapat?"
Azrul menekan brek secara tiba-tiba, hampir-hampir terlanggar kereta Hilux di hadapannya. Dia menghela nafas lega. Nasib dia sempat!
Airra terkaku. Sekejap saja, dia sudah teresak-esak memaksa Azrul mengalihkan pandangan. Dilihatnya Airra sdg menangis. Dia mengangkat kening. Kereta diparkir di bahu jalan.
" Airra. Kenapa awak menangis? Are you okay, hun?" Dia pula ditimpa cemas apabila melihat esakan Airra yg semakin kuat. Dipandang sekeliling, nasib baik keretanya bertinted gelap. Kalau tdk ,mesti org ingat dia sedang membuli Airra. Arghhhh!
" Hun!! Are you okay??" Bahu Airra digoncang sedikit.
Airra mengangkat kepala ,memandang Azrul. Pandangan mereka bertaut kembali. Namun hanya utk dua saat kerana lelaki itu beralah pd akhirnya.
" Saya takut bila awak tekan brek mengejut. Perasaan tu spt pernah saya rasa satu ketika dulu. Tapi saya tak ingat" Airra sudah merintih. Jari-jemari Azrul dicari. Entah kenapa saat ini dia begitu memerlukan lelaki itu.
Azrul mengerut dahi. Tak ingat? Dulu Airra juga pernah mengalami keadaan spt ini, hampir-hampir menabrak kereta org. Dia menangis spt ini juga, namun setelah ditenangkan oleh Azrul, dia kembali reda.
Azrul terkejut saat jari-jemari kanannya digenggam Airra. Lantas, pandangannya jatuh pada wajah gadis itu. Airra tampaknya sedikit tenang dan sudah mampu mengawal emosi. Dia tersenyum lalu tangan kirinya mengusap lembut kepala Airra.
" Takde apa-apa yg berlaku. Saya okay. Awak pun okay. And same goes to the car" Azrul pamer senyuman manis.
" Saya cuma trauma. Saya..."
" Saya faham. Tak payah risau. You feel much better?"
Airra mengangguk kepala.
" Saya hantar awak balik?"
Airra mengangguk lagi. Tdk mampu utk bersuara sementelah dia lemas dgn air matanya. Genggaman Azrul tdk mahu dia lepaskan sehinggalah mereka sampai ke destinasi mereka.
AYUNI berlalu keluar dgn hati yg sebal. Rancangannya mahu memberi kejutan kepada Azrul terpadam apabila setiausaha lelaki itu, Shila mengkhabarkan ketiadaannya pada hari itu. Punat di lif ditekan berkali-kali, sebagai menempias kemarahannya pada Azrul. Sejak kebelakangan ini, lelaki itu agak susah utk ditemui. Bagaimana dia mahu meneruskan misinya jika Azrul seringkali ghaib dari pandangan matanya?
Pintu lif terbuka luas. Ayuni memboloskan diri ke dalam perut lif dgn saki-baki kemarahannya. Seketika, pintu lif terkatup rapat. Hanya dia seorang sahaja di dalam lif tersebut. Punat GF ditekan.
" Arghhhhhh! Semakin hari, semakin berani kau mengelak dari aku ye Azrul?" Ayuni tersenyum sinis.
" Takpe. Kita tengok sejauh mana kau dapat lari dari aku, Encik CEO!!" Nampak pada gayanya, dia hsrus meningkatkan lagi pengintipannya terhadap Azrul. Lelaki itu sudah berani bermain-main dengannya.
" Kalau ni ada kaitan dengan Airra, kau akan menyesal Azrul!!!" Entah kenapa setiap kali nama Airra meniti di bibir atau singgah pada pendengarannya, hatinya bernanah luka. Dia benci pada nama dan wajah itu.
Pintu lif terbuka lantas kakinya menapak keluar dari situ. Alarm kereta ditekan. Sekelip mata sahaja, dia sudah berada di dlm perut kereta. Pulang dengan hati yg sebal, tapi for sure dia akan kembali dengan kemenangan yg kekal!!
SELESAI makan malam, mereka duduk bersantai di ruang tamu. Setelah menghidangkan pencuci mulut kepada para tetamu, Airra pamit utk ke dapur. Dia lantas menerpa ke sinki dan mencuci pinggan mangkuk yg ada di situ.
Malas rasanya hendak mengikuti agenda perbincangan di antara ibu bapanya dan keluarga Ashraf. Biarlah hanya mereka sahaja yg mengatur segala-gala. Dia hanya akan menurut sahaja.
Airra terpandangkan jari-jemarinya. Tiba-tiba, ingatannya kembali melayang teringatkan peristiwa petang tadi.
" Awak tak nak masuk?" pelawa Airra, ikhlas. Azrul sudah sejauh itu sudi menolongnya. Jadi tdk salah jika dia membalas budi lelaki itu. Kereta Nissan Almeranya sengaja diparkirkan di bawah pokok. Risau sekiranya keluarga Airra dpt menghidu kedatangannya.
" Ehhh takpelah. Saya kena balik pejabat lepas ni. Ada meeting yg kena attend" Sengaja dia berbohong padahal dia sudah memaklumkan kpd Shila utk membatalkan semua temujanji atau meetingnya pada hari itu. Dek kerana Airra, hidupnya tidak tenang spt selalu. Dan dia ingin gadis itu sentiasa berada satu langkah di hadapannya agar keselamatannya terjamin selalu.
" Meeting? Dekat nak Maghrib ni, masih meeting jugak ke?" Airra pelik. Setahu dia, waktu ini bukanlah waktu bekerja lagi. Sudah seharusnya merehatkan diri dan minda dari kesesakan dan kekacauan sebarang pekerjaan.
Azrul ketap bibir. Dia alpa dgn waktu saat itu. Tersalah memberi alasan, dia terperangkap dalam jeratnya sendiri!
" Meeting family. Awak tahu jelah kan, all these stuffs, kinda people like me, used to have it. Eventho I'm not really into it!"
" Ohhh. Okay. Kalau awak tak nak masuk dalam, minum-minum or makan-makan, apa yg saya boleh buat utk tebus balik jasa baik awak?"
Azrul terdiam seketika. Inilah peluangnya utk lebih mendekati Airra dan mencari tahu punca perubahan sikap gadis itu. Dia harus memikirkan permintaan yg memberi jalan kepada peluangnya itu.
" Asalkan awak sudi utk jumpa saya lagi lepas ni, and be my friend, it's more than enough. Boleh?"
Airra berkira-kira hendak menyetujui. Bagaimana ingin bertemu semula? Dia tdk punya sebarang kontak atau alat perhubungan utk berhubung dgn lelaki itu.
" Nak jumpa kat mana? Saya takde handphone" luah Airra jujur.
Azrul terdiam. Betul jugak. Masakan dia mahu bertemu Airra di rumahnya. Sedangkan kehadiran lelaki itu amatlah ditegah sama sekali dlm keluarganya sementelah dia pernah diberi amaran oleh Akief. Bukan dia tdk berani menunjukkan muka, cuma belum masanya lagi.
" Takpe. Nanti tahulah saya uruskan. Dah, awak masuklah. Dah lewat ni. Nanti ibu risaukan awak"
Airra memandang tampang Azrul. Ibu? Kenapa dia bahasakan diri, bunyi yg agak mesra? Tadi pun dia panggil aku Airra. Padahal aku belum lagi kenalkan diri aku pada dia?
" Kenapa?" Soal Azrul saat anak mata Airra menikam tepat ke wajahnya.
" Takde apa-apa" Airra tayang senyuman. Mungkin di lain pertemuan saja dia akan bertanya soal itu.
" Saya keluar dulu. Drive elok-elok ye awak? Bye" Airra sudah menapak keluar. Daun pintu dikatup perlahan. Dia melangkah ke pagar pintu, dibuka locknya lantas meloloskan diri ke dalam rumah. Setelah memastikan keadaan Airra baik-baik, Azrul meluncur laju meninggalkan kediaman Airra.
"TERMENUNG jauh nampak? Teringatkan siapa tu?" Sapaan satu suara mengembalikan Airra ke dunia nyata. Dia menoleh. Wajah Ashraf hampir-hampir dekat dengannya. Dia menapak ke belakang. Fuhhhhh... dia ni suka buat kejutan tak menyempat! Sebijik mak dia!!! Airra mengurut dada.
" Mana ada termenung. Awak ni, memang hobi kejutkan orang ke?" Airra separuh merungut. Ashraf gelak besar. Dia menyandarkan badannya ke sinki.
" Sorry dear!" Ashraf angkat tangan, surrender!
" Sini, saya tolong awak" Ashraf offer diri utk menolong Airra. Pinggan mangkuk yg sudah dicuci oleh Airra, dilap dgn kain bersih lalu disusun di almari kecil yg letaknya tdk jauh dr sinki.
" Luka tu dah elok?"
" Dah. Luka tu tak seberapa dalam kan? Lagipun, ada doktor hebat yg sembuhkan saya" Airra sengaja berseloroh.
Ketawa Ashraf meledak. " Puji ikhlas ke main-main ni?"
" Laaaa, ikhlaslah. Takkan main-main pulak. Terima kasih sebab tolong saya selama saya koma. Dan tolong saya masa saya hampir-hampir kena langgar haritu" Yang ini, Airra betul-betul maksudkannya. Sesungguhnya, dia terhutang nyawa pada Ashraf. Kalau tdk, mungkin dia tdk akan berada di sini pada saat ini.
Ashraf senyum. " Tapi kenapa nak kena rahsiakan benda ni dari ibu dan ayah awak? They deserve to know" Tadi, sewaktu dia tiba bersama umi dan abahnya, Airra sempat menariknya ke beranda dan memesan agar perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan kedua org tuanya. Ashraf ingin bertanya dgn lebih lanjut, namun apabila mereka disergah oleh umi dan ibu, niatnya terbantut serta-merta.
" Ohhh saya tak nak ibu dan ayah risau. Lagi-lagi ibu. Entah kenapa saya rasa yg saya ni terlalu banyak susahkan ibu sebelum ni. Hmmmmm"
Ashraf terdiam. Teringatkan perbualannya dgn Akief tengah hari tadi, memang dia tdk nafikan perkara itu. Akief sempat menitipkan pesan agar masa silam Airra terus menjadi rahsia. Tiada siapa yg berhak tahu, Airra sekalipun. Biarlah ianya terkubur begitu sahaja.
" Yelah Airra. Saya takkan bagitahu keluarga awak perkara ni. Tapi awak kena janji satu benda dgn saya"
Pinggan yang terakhir itu diserahkan kepada Ashraf. Kemudian, dia berpaling dan menyandarkan tubuh ke sinki. Ashraf turut serta.
" Benda apa?"
" Awak kena jaga diri baik-baik lepas ni. Apa-apa pun jadi, kena bgtau saya cepat-cepat. Saya tak nak awak rahsiakan apa-apa"
Airra kerut dahi. " Rahsia apa yg saya nak rahsiakan dari awak?" Pelik !
" Apa-apa rahsia. Boleh kan?" Wajah penuh berharap Ashraf ditatap. Tadi, dia membuat janji dgn Azrul. Sekarang, berjanji lagi pada lelaki yg satu ini. Memang para lelaki suka menuntut janji ya?
Airra hanya menganggukkan kepala, malas hendak memanjangkan cerita.
Share this novel