Bab 23

Romance Completed 78326

Manila, Filipina.

Selepas beberapa hari pulang dari Thailand, Gia mengambil keputusan untuk keluar dari kondonya dan perlu pergi ke tempat fashion shownya dahulu tanpa pengetahuan Maya dan Kristine. Ada benda yang dia perlu cari di situ. Walaupun bukti yang melibatkan dirinya dah dihapuskan oleh Danial tapi tetap saja dia perlu jumpa dengan gerangan yang menolong hapuskan kesemua bukti tersebut.

Ketika dia tiba di kawasan tersebut, ada beberapa orang yang turut berada sama di tempat kejadian. Gia memerhatikan gerangan yang sedang berkumpul di hadapan bilik kawalan CCTV tersebut. Dah kenapa pulak diorang berkumpul di situ?

Gia segera menghampiri mereka dan menyapa salah seorang dari mereka. Dua orang dari mereka berempat menoleh memandang Gia manakala dua orang lagi sedang bercakap antara satu sama lain.

“Excuse me, baka malaman ko kung ano ang nangyayari
dito (boleh saya tahu ada apa dekat sini)?”

Mereka berdua agak terkejut dengan kehadiran Gia di sini. Mereka ingatkan yang Gia masih lagi berada di Thailand untuk sesi fashion show.

“Walang nangyari Miss Gia pero narito kami para sa pagkolekta ng ilang katibayan (tak ada apa pun Miss Gia cuma kami datang sini sebab nak kutip some evidence),” jawab lelaki di hadapannya yang memakai sut polis dengan tag nama Lt. Darwin.

Sebaik saja mendengarkan nama Gia, si dia terus menoleh dan memandang Gia dengan pandangan tajam. Gia sebaik saja melihat gerangan tersebut terus meminta diri untuk pergi dari situ namun cepat saja jalannya dihalang oleh si dia.

“Where do you think you’re going huh after what you’ve done?!” suara Luqman kedengaran keras. Matanya menikam tajam tepat ke dalam anak mata Gia.

“What are you talking about?” dalam masa sekarang dia perlu bertindak dengan tidak terburu-buru. Dia perlu buat step by step. Dia tahu, salah saja percaturannya dan dapat dihidu oleh mummy dan Danial, hidupnya akan musnah macam tu saja.

“Hey! Don’t act like you know nothing! You’re the one cause all of this happened! Dariya died that day because of you!”

Bila nama Dariya berdendang pada pendengarannya, terus saja hatinya terasa sebak dan sedih. Kalau tak disebabkan dia tersepit ditengah-tengah sekarang ini, mahu saja dia mengaku kesemua kesalahannya sekarang ini tapi…bukan saja ugutan mummy yang perlu dia pertimbangkan sekarang tapi ugutan dari Danial juga dia harus pertimbangkan.

Flashback…

“Hello…” suara Danial kedengaran bila dia mengangkat panggilan tersebut.

“Nak apa?”

“Sejak hari tu, kau still tak reti nak berterima kasih dengan aku kan? Kau ni memang dasar tak sedar diri! Dah ditolong tapi langsung tak ada ucapan terima kasih!”

Gia mengukirkan senyuman sinis pada bibirnya. Dia tahu disebalik apa yang Danial cakapkan sekarang ini, mesti akan ada udang di sebalik batu. Dia tahu sangat dari dahulu lagi kalau Danial menolong dirinya, takkan ada istilah percuma. Semuanya harus ‘dibayar’.

“Ada aku mintak kau tolong aku ke? Takkan? Yang kau gatal nak tolong aku sangat dah kenapa? Lepas tu, kau sendiri yang gelabah nak tuntut terima kasih dari aku.” Sorry! Aku takkan tunduk pada dia ni. Kalau tunduk pada Danial ibaratnya kau dah bersiap sedia korbankan diri kau ke dalam lembah neraka dia.

“Hmmm…still sombong. Tak apa, aku nak tengok sampai bila kau nak sombong dengan aku. Kau jangan lupa tau yang aku masih ada bukti kenapa mummy kau masuk dalam kehidupan daddy aku. Kau ingat aku tak tahu ke sebab apa hmmm? Kau nak ke aku buka sejarah silam mummy kau dan kau sekali? Oh ya lagi satu. Kau dengan Vitalika sama taraf je sebenarnya. Dah tak ada nilai tapi nak dibandingkan kau dengan Vitalika, nilai kau masih tinggi pada aku!”

Meremang bulu roma Gia dibuatnya bila Danial cuba mencari titik kelemahannya dengan mengungkit kisah silam mummy dan dirinya. Bila diingatkan kembali benda yang dah jadi pada masa dulu automatik dirinya akan jadi lemah.

No Gia! No! Kau tak boleh lemah dengan Danial! Dia sengaja cari titik kelemahan kau untuk buat kau jatuh pada dia! Jangan pernah terpedaya dengan taktik kotor dia! Gia menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.

“Hahahaha…kau nak ungkit kisah silam aku ke Danial? Kalau kau rasa dengan kau ungkit kisah silam aku tu boleh bagi keuntungan pada kau, then go ahead! Aku tak kisah pun sebab kau jangan fikir hanya kau saja boleh ugut aku dengan macam-macam. Kau ingat aku pun tak ada bukti dengan kegiatan haram kau selama ni? Hmmm? Kalau aku bagitahu daddy pasal kegiatan kau selama ni, aku rasa daddy takkan teragak-agak untuk…faham-faham jelah ehhh?”

Pengalaman lalu mengajar aku untuk berubah dari seorang manusia yang lemah tak berdaya menjadi seorang manusia yang tak lagi tunduk pada pijakkan manusia kepadanya. Dulu dia sering dipijak tapi bukan sekarang! Pengalaman lalu mengajarnya untuk menjadi lebih kuat!

Giliran Danial pula tak senang duduk dengan ugutan Gia.
“Ohhh…kau dah berani nak ugut aku ehhh sekarang ni?”

“Why not since kau pun guna taktik yang sama dekat aku?”

“Fine! You win this time tapi kau kena ingat satu benda Gia Vatanika! Hidup mummy kau ada dalam genggaman aku! Sekali kau salah percaturan dan boleh membabitkan nama dan business aku, mummy kau orang pertama yang akan aku bunuh depan mata kau! Faham?!”

Ugutan dari Danial membuatkan jantung Gia berdegup dengan kencang. Terus gelisah tak senang duduk dia dibuatnya bila melibatkan hal mummy. Sudahlah tatay seorang saja yang pergi hanya disebabkan dirinya, takkanlah disebabkan dirinya juga mummy kena pergi juga? Dia tak nak benda itu berlaku.

“Ok. Deal.”

“Good!”

End of flashback…

“Saya mintak maaf atas apa yang dah jadi pada Dariya, keluarga awak dan keluarga Dariya…” ujar Gia dengan nada yang sebak. Air mata ditahan dari keluar mengalir dari kelopak matanya.

Luqman tidak terkejut sedikit pun bila Gia bercakap dalam bahasa Melayu dengannya memandangkan perkara itu sudahpun pernah diberitahu oleh arwah Dariya sendiri dulu.

“Maaf kau dah tak ada gunanya sekaranglah! Kau tahu tak?! Dia punyalah minat dekat kau dan jadikan kau orang yang dia paling inspired dalam hidup dia tapi akhirnya apa yang dia dapat?! Orang yang dia paling inspired inilah yang bunuh dia!” marah Luqman. Urat-urat pada lehernya mula timbul. Keadaan diantara Gia dan Luqman agak tegang ketika ini.

“Sorry to say tapi mana awak tahu saya yang bunuh dia hah?! Awak ada bukti ke yang saya bunuh dia malam tu?! Ada bukti?!” Dia tak boleh terima bila Luqman menggelarkan dirinya pembunuh sesuka hati sedangkan kejadian malam itu hanya samar-samar saja dalam ingatannya dan selepas itu apa yang berlaku pun dia tak tahu. Tup-tup sudah dirinya sudah terbaring di hospital.

“Kau nak nafikan apa lagi hah?! Mengaku jelah yang kau sebenarnya bunuh dia kan?! Kereta kau dah cukup jadi bahan bukti! Kau yang langgar dia sampai mati!” Tubuh Gia ditolak kuat hingga menyebabkan Gia jatuh terduduk di atas jalan. Sakit punggung Gia dibuatnya.

“Luqman!” Idham segera menghampiri Luqman dan menghalang Luqman dari berbuat tindakan lebih jauh pada Gia. Nanti tak pasal-pasal timbul pulak kes yang lain. Lt. Darwin dan Lt. Michael datang menghampiri
mereka.

“What’s going on here? Miss Gia, are you alright?” Lt. Darwin bertanya kepada Gia dan menghulurkan tangannya untuk membantu Gia bangun tapi pantas ditolak oleh Gia dengan sopan.

Perlahan-lahan dia bangun dari situ. Punggungnya terasa sakit dan kebas bila jatuh terduduk dan tersentak dengan kuat.

“I’m alright. It’s just misunderstanding between us,” jawab Gia.

“No! It’s not misunderstanding but it is the truth that you’re the one who killed my fiancé! She’s the one!” Mata Luqman mula memerah menahan amarahnya yang mula bangkit dalam hatinya.

“Please be patient Mr. Luqman. This case still under investigation and we need to follow the procedures. We can’t make assumption or accusation without having any evidence that can proof Miss Gia was the one who killed Dariya, your fiancé,” ujar Lt. Michael bagi meredakan suasana tegang yang sedang berlaku sekarang ini.

“That car belongs to her! That’s more than enough to be an evidence that she was the killer!” Luqman masih lagi tak berpuas hati. Baginya, Gia tetap juga pembunuh dan pesalah di matanya.

“Luq! Bertenang boleh tak? Hanya kereta saja tak cukup bukti. Hasil siasatan pun tak dapat nak membuktikan yang Gia bersalah sepenuhnya dalam hal ini memandangkan cap jari Gia pada kereta tu memang clean! Tak ada langsung seolah-olah benda ni memang dah diplan! Cap jari yang available pun hanya cap jari kawan dia saja yang handle kereta Gia waktu tu dan Darwin dah siasat pun kawan dia! Tak ada bukti yang kukuh lagi setakat ini!”

“Ini mesti kerja kau kan?! Kau dah plan awal-awal sebenarnya kan?! Kau gunakan kawan kau untuk tutup nama kau yang kononnya kau ni suci!”

“Awak jangan nak tuduh saya macam-macam sedangkan keadaan saya pada waktu tu pun tak berapa nak sihat dan kejadian malam tu pun samar-samar dalam ingatan saya!”

“Liar!”

“Luq! Please bertenang. Tak ada guna pun kau marah-marah macam ni. Masalah takkan selesai langsung! Ok? Miss Gia, boleh saya mintak tolong sesuatu daripada awak?”

Gia menganggukkan kepalanya tanda boleh.
“Saya minta awak bagi kerjasama pada pihak polis untuk menyiasat secara lebih terperinci. Boleh ya? Saya tahu awak pun mesti nak benda yang terjadi ni diselesaikan dengan lebih cepat kan?”

“Baiklah…boleh. Lagipun, saya jenis takkan larikan diri sebab saya yakin yang saya tak bersalah!” kali ini Gia pula menikam tajam ke dalam mata Luqman.

“Saya minta diri dulu,” Gia meminta diri untuk beredar dari situ.

“Kejap!” Gia berhenti melangkah dan kembali menolehkan badannya menghadap Luqman di belakangnya. “Kenapa kau datang sini hari ni?”

“Kenapa? Tak boleh?”

“Ke kau sebenarnya datang sini sebab nak hapuskan bukti lagi? Aku tahulah kau mesti dah upah orang untuk hapuskan semua bukti kan?!”

“Apa masalah awak sebenarnya hah Luqman? Awak tak tahu apa-apa! Jangan tuduh saya boleh tak?!”

“What do you mean by aku tak tahu apa-apa huh? That’s mean kau tahukan dalang disebalik semua ni?! Mengaku jelah yang kau dah upah orang untuk lenyapkan semua bukti!”

“Jangan DESAK saya!” perkataan desak ditekannya dan terus melangkah pergi dari situ.

“Hey! Gia! Gia! Aku tak habis cakap lagi dengan kau!” Luqman bertindak untuk mengejar Gia tapi pantas ditarik oleh Idham.

“Lepaskan akulah! Aku tak settle lagi dengan dia!”

“Rileks! Jangan buat benda bodoh, Luq! Kalau kau cederakan dia, kau boleh disabitkan dengan hal lain pulak! Bertambah masalah pulak nanti!” Idham mengetatkan pegangannya pada lengan Luqman. Kalau dia tak tegah silap-silap entah apa benda Luqman akan buat nanti pada Gia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience