BAB 13

Family Completed 7465

Tiga bulan kemudian…

Huru hara malam itu dengan berita yang mengejutkan semua penduduk kampung di sini. Berita kematian Harun, ayah Diana sekejap sahaja menular hingga ke kampung sebelah.

“Bang..” Mak Kiah memanggil suaminya yang berada di sisinya.Beberapa orang kampung mula mendail nombor telefon pihak berkuasa. Sekeliling rumah Pak Harun di kepung.Pembunuh ayah Diana masih ada di dalam rumah. Masih memegang sebilah pisau pemotong daging di tangan yang masih berdarah.Siren kereta polis kedengaran memasuki kawasan kampung ini. Banyak yang terkejut dengan berita ini, namun tiada siapa lagi dapat membantu.Mayat Pak Harun di bungkus dan di hantar ke hospital Sultan Ismail bagi melalukan siasatan ke atasnya. Pembunuh Pak Harun juga telah di berkas. Apa yang merunsingkan Mak Kiah dan Pak Amin serta seisi kampung ini adalah, pembunuh itu tidak melarikan diri setelah melakukan jenayah kejam itu. Hari perbiicaraan sudah pun sampai. Keputusan dari mahkamah ke atas pembunuh Pak Harun adalah di bawah akta seksyen 302 kanun keseksaan. Hukuman gantung sampai mati.

“Bang..” Mak Kiah memanggil perlahan suaminya yang duduk di sebelah.Hampir jatuh jantungnya ke bumi. Tak sanggup dia melihat anaknya berada di kandang salah. Suasana di dalam bilik mahkamah ini menjadi riuh seketika. Namun kerana budi bicara, tertuduh di ringankan hukuman. Doktor Mastura. Mak Kiah membaca nama dokter yang merawat anaknya di suruh masuk untuk membincangkan perihal anaknya. Seperti yang di ketengahkan semasa di dalam mahkamah tadi.

“Silakan encik, puan.” Doktor Mastura mempelawa dua orang tetamunya duduk di depannya.

“Seperti yang peguam tadi katakan, kami sudah menjalankan siasatan dan juga pemeriksaan sepenuhnya kepada anak makcik. Dan.. dia di dapati mengalami simptom skizofrenia. Atau lebih di kenali dengan sakit jiwa. Penyakit ini untuk pengetahuan puan dan encik banyak sebabnya sehingga ia terjadi. Salah satunya adalah tekanan emosi yang terlalu tinggi sehinggakan anak puan tidak mampu atasinya.” Satu persatu Doktor Mastura menerangkan punca-puncanya yang menyebabkan Diyana Aqilah di masukkan ke dalam hospital Tampoi ini. Setelah di beri penerangan terhadap kes Diana, mereka di bawa di mana Diana dikurung di dalam satu bilik. Hanya dia seorang. Kerana Diana belum lagi pulih. Sayat pilu hati Mak Kiah melihat anaknya. Bercakap seorag diri. Dan tiba-tiba Diana cuba untuk mencederakan dirinya sendiri.

‘Ya Allah, semua ini salah mereka. Kerana kebencian terhadap ayah Diana anaknya juga menjadi mangsanya.’

“Penyakit Diana termasuk di dalam kumpulan delusi kawalan. Maksudnya, pesalah mempercayai bahawa perbuatan, kemahuan, dan perasaan menjadi pasif dan hanya di kawal oleh kuasa luar tanpa kehendak diri. Siasatan keatas mayat ayah Diana juga terdapat kesan lebam di leher mangsa. Mungkin berlaku pergelutan waktu itu. Dan di bawah sedar Diana melihat ayahnya yang dulu. Yang cuba membunuhnya.” Mak Kiah dan Pak Amin mendengar dengan teliti butir kata Dokter Mastura.

“Masa lampau Diana hampir di bunuh ayahnya sendiri juga boleh diambil dan di jadikan satu fakta. Memandangkan ayahnya telah terlepas hukuman 302 kanun keseksaan itu, dibawah sedar dia membuat satu spekulasi untuk membalas dendam.”Terngiang-ngiang suara Dokter Mastura
di telinga Mak Kiah. Sayu hatinya tidak dapat melepaskan Diana.Membiarkan Diana hidup di dalam bilik kurungan ini menambahkan lagi kepedihan yang belum berpenghujung.

“Moh le kita balik. Hari dah jauh petang. Esok kita datang lagi jenguk Diana. Si Ucu pun nak jenguk Diana esok.”

“Yelah bang..” Mata Mak Kiah belum lagi lari dari melihat keadaan Diana yang sedang terbaring membelakangi mereka berdua.

“Mak balik dulu ye sayang. Esok mak datang lagi dengan Pak Cu.” Mereka berdua jalan meninggalkan Diana.Di dalam bilik, mata Diana terpejam rapat. Cuba menghalau suara-suara yang menengkingnya.Suara along jelas kedengaran. Mustafa juga sedang tertawakannya. Mata yang terpejam rapat pantas di buka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience