1

Mystery & Detective Completed 32802

Beberapa hari kemudian,

"Tuan Khairul Musaini, ada panggilan dari Cik Suzy di talian 2".

"Yea sambungkan", terus mencapai telefon di meja Adie.

"Tuan Khairul, saya Suzy dari bahagian forensik. Berkait dengan kes pembunuhan warga emas tempoh hari kami dah keluarkan laporan dan hantarnya. Tapi ada benda yang saya nak Tuan tahu sendiri".

"Apa maksud awak Cik Suzy, jelaskan?".

Musa yang pada awalnya berdiri di sisi Adie, terus menolak rakannya agar beralih dari kerusi itu. Sambil mendengarkan segala maklumat tangannya menarik kerusi itu untuk duduk.

"Hmm, baik baik.. Yea saya sudah tahu hal itu akan berlaku sebelum mayat itu di bawa tempoh hari. Yea, terima kasih kerana maklumkan".

Musa terus meletak ganggang telefon dan tersandar di kerusi. Mulutnya kumat kami seperti membaca sesuatu dan pada masa sama dia menutup matanya. Selesai sahaja dia membuka mata dan terkejutmuka Adie betul-betul di depan mukanya dengan jarak yang dekat.

Laju tangannya menolak Adie menyebabkan rakannya jatuh kebelakang. Berterabur barang disitu gara-gara Adie jatuh dan semua mata memandang Adie dan ada yang ketawa, ada yang terkejut melihat Adie jatuh menyangkakan mereka bergaduh.

"Hisyh kau ni kalau ye pun. Pergi tadah muka depan aku tadi kenapa?", sambil menghulurkan tangan membantu Adie bangun.

"Aku ingatkan kau berangan, baru nak usik. Mujur aku dah letak air panas tu atas meja kalau tak sia-sia je mandi air panas".

Adie mengutip bersama Musa barang-barang yang berterabur di lantai. Pada masa sama mereka ketawa bersama sambil minta rakan-rakan pejabatnya bertenang dan sambung kerja semula.

"Sorry guys, terkasar pula Tuan korang ni bergurau dengan aku hari ni".

"Sorry bro, tindakan reflek haahaa", balas Musa.

"Aku dah biasa dah. Apa cerita tadi?", sambil menolak gelas ke rakannya.

"Ohh pasal orang tua tu, Suzy kata sesuatu menggangu mereka masa buat bedah siasat".

"Macam yang kau terangkan pada aku hari tu ke?. Seriously Suzy kena ke?, So dia okay ke dok?", balas Adie lalu mulutnya menghirup kopi panas dan matanya memandang Musa sambil duduk di bucu mejanya.

"Hmm, tapi sekarang semua dah okay. Aku dah settlekan tadi, kau pulak tiba-tiba muncul kat muka aku".

"Malam ni jadi?", soal Adie.

"InsyaAllah, aku gerak lepas maghrib. Kau tunggu aku tempat biasa dengan team kita. Malam ni kau lead", balas Musa.

"Berehh".

........

Musa bersiap untuk keluar malam ni. Ketika berdiri di pintu rumah, ibu baru keluar dari bilik menegur anaknya bersedia untuk pergi.

"Abang, lewat lagi ke balik malam ni?".

"Saya tak tahu lagi ibu, rasanya ibu tak payah tunggu kot. Maaf yea", terus menuju ke ibu yang berdiri di situ.

Musa menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan ibu. Dia mencium tangan ibu kemudian mencium pipi ibunya saat itu.

"Hati-hati ye. Kamu tu jangan lama sangat dalam unit tu".

"Baik Puan, saya akan selesaikan tugas itu segera", sambil ketawa.

Ibu menepuk Musa dengan kuat kerana anaknya yang suka bergurau bila di nasihat. Musa terus keluar dari rumah mendapatkan rakan-rakannya yang telah berada di tempat yang di janjikan.

Sampai sahaja di sana, Dia memandang beberapa rakannya sudah mulakan tugas.

"Kenapa lambat?", Fakri menegur sambil menghulurkan tiket parking.

"Bini tak kasi keluar".
.
"Cehh, Kentut la kau".

Musa terus masuk parking bersebelahan dengan kereta suspek. Ketika keluar dari kereta Musa sempat melihat di tempat duduk belakang kereta itu. Dia terus keluar dan berjalan menuju ke pusat judi seorang diri. Sepanjang perjalanannya dari parking hingga ke dalam dia dapat lihat merata rakannya telah mengambil tempat masing-masing.

Ketika melangkah masuk ke dalam pintu terus di tutup dari dalam tidak benarkan sesiapa keluar dari kedai. Dia dapat lihat dengan jelas Adie sudah berbual dengan penjaga kedai judi itu. Pada masa sama salah seorang dari team mereka minta semua yang ada di dalam di arah bertenang dan beri kerjasama kepada mereka.

"Mana bos?", soal Musa mencelah.

"Bos tiada la", balas lelaki cina itu.

"Jangan tipu la", Musa menolak kepala cina itu dan terus menuju ke belakang.

Beberapa pekerja baru di situ yang belum kenal Adie dan Musa menghalang mereka dari masuk berjumpa bos mereka. Masing-masing mengeluarkan senjata.

"Simpan la semua tu, rosak kedai ni nanti bos korang marah", Musa menegur mereka selamba.

Adie memulas tangan seorang dari mereka cuba mengacukan pisau ke arah mereka. Musa sekali lagi menolak lelaki india yang berdiri depan pintu bilik bos mereka kerana menghalangnya masuk berjumpa lelaki cina di dalam bilik itu.

"Hello uncle, apa khabar?. Ini malam kedai ni I terpaksa kacau yea. You buat side income rupanya", Adie bersuara bila lihat uncle tiada dalam biliknya.

"Haiiyaa, apa pasal mau kacau?", tiba-tiba muncul dari sebalik tirai tunduk.

"Kan dah kata kedai judi, kenapa ada barang lain. Itu ikan baru sampai dari Thai, pun you punya meh?".

"Aiyoo sapa kata itu saya punya barang?", mana ada".

Musa hanya duduk biarkan rakannya selesaikan tugas dengan bos kedai itu. Dia lihat ada seseorang berdiri di sebalik tirai.

"Keluar dari situ", Musa bersuara.

Perempuan Thai itu keluar, Musa dan Adie senyum sesama mereka serta membuat muka.

"Ni apa uncle, sudah la tak payah banyak cerita", balas Adie.

Musa menepuk bahu lelaki cina itu terus keluar dari bilik itu dan lihat rakan-rakannya sedang menahan mereka di luar. Mereka menyita kesemua mesin slot judi yang ada dalam premis itu. Selain itu berpuluh paket putih di letakkan atas meja serta kondom.

Dia terus keluar dari kedai itu pada masa sama dia lihat seorang wanita berpakaian seperti baru pulang dari acara melintas celah kesibukan beberapa polis di depannya. Baunya harum seperti haruman bunga segar di malam hari. Musa diam dan memerhati wanita itu. Dia cuba mengikut wanita itu namun seseorang menepuk bahunya.

"Tuan, suspek hilang".

"Yea saya tahu, minta team Rat ke bangunan sebelah sana, pagar warna hijau tu".

"Huh, baik", Erik terkedu mendengar dan dia bertindak mengikut arahan Musa.

Polis berjaya menemui suspek di tempat Musa maklumkan namun sudah terlambat kerana dia sudah di bunuh terlebih dahulu sebelum mereka tiba.

"Cis, lambat. Pasti ada orang hidu pergerakan kita. Jadi dia bertindak dulu".

Ketika berbual dengan rakan setugasnya matanya melihat sesuatu di tepi tembok longkang. Perasaan ingin tahu terbit di hatinya.

"Betul tu Tuan".

"Settlekan mayat ni, saya ada hal", balasnya dan terus menuju ke bayangan yang dia lihat sebentar tadi.

"Baik Tuan, jangan bimbang".

Musa menghampiri bayangan wanita itu. Dia menarik nafas sebelum memberi salam pada bayangan yang begitu cantik itu. Sekali langkahnya menghampiri dengan lebih dekat ke wanita itu.

"Kenapa ada di sini lewat malam?, tak sesuai awak disini?".

Wanita itu diam tanpa bersuara. Dia sekadar tunduk memandang ke bawah.

"Ada masalah ke?, kenapa merayau?".

Adie melihat Musa di tembok itu, dia berlari menuju ke Musa dan menegur rakannya yang keseorangan di situ.

"Woi abe, buat sorang-sorang kat sini. Jom dah settle kawasan ni", sambil menumbuk belakang Musa.

"Ohh, okay".

Adie menarik Musa pergi dari situ, namun Musa lihat wanita itu masih tidak berganjak walaupun seinci dari situ.

...............

Cuaca yang redup dan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai membuatkan Musa tenang duduk di atas tong ais bersama rakannya menghisap rokok sambil berbual kosong. Mereka melepak di tepi jeti sementara menunggu pakcik Ehsan yang masih berada di dalam bot memunggah hasil tangkapan.

Musa dan Adie tiba-tiba beralih pandangannya melihat suasana yang agak panas dan kecoh di seberang jalan. Kelihatan meriah bila makin lama makin ramai yang menghampiri. Masih belum berhenti dan masih lagi kecoh.

Pada awalnya mereka sekadar memerhati dan menikmati namun keadaan semakin tidak terkawal bila makin ramai berkumpul dan suasana makin tegang. Musa memandang rakannya itu memberi isyarat. Dia terus bangun bersama Adie membuang puntung rokok terus pergi ke seberang untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Kenapa ni?", Adie cuba bertanya pada penonton di situ.

"Entah, diaorang tu memang suka cari pasal dengan kami kat sini. Ni cari masalah dengan pakcik tu pula".

Adie mengangguk, saat itu Adie terus menghampiri mereka dan cuba leraikan dengan cara baik, namun tidak menjadi masih lagi bertumbuk. Dia hilang sabar bila pemuda-pemuda di situ masih tidak mengendahkannya. Masing-masing tunjuk hero belasah lelaki itu.

Adie terus menghayun penumbuk tepat di pipi salah seorang dari mereka menyebabkan pemuda yang ditumbuk rebah.

''Aku dah kata sudah tadi kan?", sambil menumbuk batang hidung lagi seorang di situ.

"Kau siapa masuk campur, ni kawasan kami", seorang lagi mencapai pisau di kaki kirinya cuba mengacah ke Adie bila lihat dua rakannya tumbang kena penumbuk Adie.

Belum sempat dia menghayun pisau ke arah Adie, Musa menendang belakang lelaki itu dengan kuat menyebabkan lelaki itu tersembam ke depan.

"Kau ni, dari mana?, sini bukan kawasan untuk gangster macam korang cari makan", balas Musa.

Lelaki itu bangun dan cuba menyerang Musa, namun belum sempat dia serang, Musa hadiahkan penampar kuat ke pipinya menyebabkan lelaki itu rebah ke pasir. Kedua-dua lelaki itu terus bangun menarik rakannya yang Musa tampar tadi. Mereka terus melarikan diri bila lihat Musa muncul. Semua yang ada di situ ketawa bila lihat mereka lari lintang pukang.

Beberapa orang nelayan yang dibelasah lelaki itu mengucapkan terima kasih pada Adie dan Musa. Musa mengutip duit yang berada di tanah dan di hulurkan pada pakcik itu.

"Apa puncanya tadi?", soal Adie.

"Biasalah nak, tunjuk hero kononnya. Mereka kata kawasan ni Hung punya", balas lelaki usia lewat 40an.

"Takpa bang, sini bukan tempat diaorang", balas Adie.

"Dah bersurai yea", balas Musa bersahaja dan meraba poket mengeluarkan telefon.

Laju jarinya menekan membuat panggilan.

"Jaga budak-budak korang boleh. Ke mau aku settlekan mereka?".

"Jangan kacau kawasan nelayan cari rezeki. Kau je reti makan, diaorang tak reti makan ke?".

Adie senyum sinis bila dengar ayat mamat di sebelahnya, dia terus berlari dapatkan pakcik Hassan yang sedang mengangkat tong di jeti.

"Pakcik", sambil menolong pakcik itu.

"La, lama dah ke sampai. Musa mana?".

"Tu, tengah call orang", balas Adie menoleh ke arah Musa pada masa sama muncungnya di panjangkan.

"Sibuk kenapa datang?, pakcik baik-baik je kan. Buat susahkan korang je".

"Takda la susah, tu tadi ada orang gaduh kat seberang jalan tu masa kami tunggu pakcik".

"Ohh ye ke. Mesti budak baru Hung tu datang lagi buat kacau. Sejak Musa dan kamu datang sini dah lama mereka tak datang. Tiba-tiba muncul semula".

"Siapa tak takut dengan Musa, pakcik tengok la tu badannya besar macam bonzer sekali libas macam lembu mengamuk haahaa".

Pakcik mengangguk sambil ketawa mendengar bebelan Adie. Mereka berjalan bersama pulang ke rumah. Musa mengikut belakang pakcik dan Adie yang sedang menyorong tong-tong ais kosong.

"Pakcik Ehsan, jom duduk rumah saya.Lagipun pakcik kat sini sorang", Musa bersuara menyebabkan pakcik itu menoleh.

"Eehh, biarlah pakcik habiskan usia pakcik disini. Laut, bot, bau hasil laut tu dah sebati dengan pakcik".

Pakcik itu mencuci kakinya di tempayan sebelah tiang rumahnya.

"Saya try je haahaa walaupun dah tahu jawapan pakcik. Macam Ros pernah cakap dulu...", balas Musa sambil ketawa mengusik.

Matanya terpandang seseorang yang begitu cantik di persisiran pantai ketika itu. Di tambah pula tiupan angin menerbangkan rambut dan bajunya menyerlahkan lagi keayuan wanita itu.

"Pakcik, anak siapa yang suka duduk tepi pantai waktu sekarang?", soal Musa masih lagi melihat

Pada awalnya pakcik itu bingung siapa yang Musa maksudkan. Dia dan Adie melihat ke arah Musa sedang pandang ketika itu.

"Hhmm, mana?", soal Adie cuba ingin tahu.

"Dulu", balas Musa menyebabkan Adie menggelengkan kepala dan mengeluh.

Dia malas nak layan Musa kali ini kerana matanya dan mata Musa tidak sama penglihatannya. Sakit pula hati kadang-kadang bila sedap berbual bab1 atau 2 dan dia masuk bahagian bab 10 terus. Dia terus membawa masuk kotak makanan yang mereka tinggalkan tadi di serambi ke dalam rumah.

"Oohh, dulu memang ada seorang anak dara namanya Hanan. Dia suka tunggu ayahnya balik dari laut. Kawan Ros dulu, sebelum Ros sambung belajar. Anak pakcik bagitahu Musa ke tentang Hanan?", balas pakcik itu terus menyidai jala.

"Hanan yea, Ehh ohh aah haah", sambil senyum dan terus membuka kasutnya naik ke serambi.

Musa hanya mengangguk dan Adie keluar membawa tiga gelas air tidak berdulang diletakkan di lantai.

"Jemput minum abah, abang", sambil terkepit-kepit macam anak dara sunti.

"Laa, sejak bila pakcik ada anak perempuan lagi yea?", soal pakcik sambil tersengih menampakkan gusinya.

"Hahaha, saya baru nak tanya pakcik tadi", balas Musa ketawa besar melihat gelagat Adie.

"Saya anak bongsu pakcik Ehsan, Rossadie, panggil manja Rossa. Panggil Adie pun boleh".

Semua ketawa mendengar gurauan Adie yang suka berceloteh ikut suka dia.

"Sorry la pakcik kalau air saya tak sedap, saya belum ada lesen buat air".

"Elok la ni, tak manis tak pahit".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience