7

Drama Series 4104

Adeline dan Dyan mula menjadi perhatian semua mata di dalam ballroom itu. Kedengaran semuanya mula berkata sesama sendiri. Ada yang memuji dan ada yang mengutuk.

"Lagi lawa dari aku weh."

"Lawa siot. Menyesal tak try dia dulu."

"Bapak hot sia."

"Pergi luar negara, budaya pun ikut negara sana."

"Nak perhatianlah tu."

"Mesti buat plastic surgery."

Dyan juga tidak lepas menjadi tumpuan terutamanya para gadis. Yang lelaki sudah mengeluh.

"Siapa dengan Lin tu?"

"Hensem duh. My prince charming."

"Weh. Aku dapat crush baru."

"Bajet je mamat tu. Fikir hensem ke jalan sebelah Lin tu."

"Aku lagi layak diri sebelah Lin. Mamat tu berlagak je, muka pun macam timun."

Tumpuan seisi dewan mula tertumpu kepada seorang homo sapien apabila sebaris ayat keramat terlontar.

"Faiq! Ex girlfriend kau!" Lontaran ayat itu agak kuat berbanding bicara yang lain.

Adeline bagaikan disambar petir. Tangan Dyan yang digenggam sedikit tadi diperkuatkan. Dyan memahami apa yang dihadapi sepupunya itu.

Dyan mencari susuk tubuh Faiq. Terlihat Faiq berada di meja paling hadapan pentas iaitu meja di mana alumni kelas 5 Zeta, kelas aliran sains tulen.

"Lin. Mind to join 5 Zeta ex-students at the front row. Bring Dyan as well." Iris mula mencapai mikrofon dari tangan Nadia apabila melihat Adeline dan Dyan berada dalam keadaan tidak selesa. Iris meminta Adeline untuk duduk di hadapan kerana permintaan Faiq. Pada awalnya dia memang tak mahu membantu namun, melihat kesungguhan Faiq, dia relakan. Dia juga yakin, Adeline boleh bahagia dengan Faiq.

Loceng kondo yang berbunyi membuatkan langkah Iris laju menuju ke arah pintu rumah dengan rambut yang sedang basah.

Pintu dikuak dari dalam. Apabila melihat gerangan yang datang, dengan segera pintu itu ingin ditutup semula.

"Tunggu! Iris please. Tolong aku kali ni. Please Iris." Rayu si tetamu. Perbuatan Iris terbantut. Pintu dibuka besar.

Aduh mamat ni. Apa lagi kau nak? Mengganggu ketenteraman awam betullah.

"Tunggu dekat cafe. I'll be there in 10 minutes." Ringkas jawapan Iris sebelum pintu kembali ditutup.

Bilik dandanan dituju sebelum rambut yang basah dikeringkan menggunakan pengering rambut.

Hanya telefon pintarnya dan beg duit sahaja yang dibawa memandangkan cafe itu hanya terletak di bawah kondonya sahaja.

Pintu cafe ditolak sebelum melangkah ke arah Faiq yang duduk di tempat yang sedikit tersorok.

Iris mengambil tempat berhadapan dengan Faiq.

"Apa benda lagi kau nak?" Tanpa salam, Iris terus bersuara. Tak ada masa nak berlembut dengan lelaki ini. Buat sakit jiwa sahaja. Masuk hari ini, dah dekat 5 tahun dia berpisah dengan kawan baiknya disebabkan lelaki ini.

"Adeline." Sebaris nama keluar dari bibir Faiq. Dia tidak mahu macam mana nak mulakan permintaannya kepada Iris. Setiap kali dia sebut nama gadis itu, airmatanya akan bergenang. Rasa bersalah dan rindu yang terlalu mendalam terhadap gadis itu membuatkan dia jadi sebegitu.

Iris tersenyum sinis. Mata Faiq yang penuh dengan kekesalan ditenung dalam mencari keikhlasan dan penyesalan sebenar-benarnya.

"Aku tak faham dengan kau ni Iq. Dulu masa dia ada, kau buat dia macam perempuan murahan. Since pembaca pun tak tahu apa yang jadi, aku rewind sikitlah." Iris mula berbicara. Nafas ditarik sebelum bicaranya disambung.

"At first, kau rapat dengan dia. Bila kau tahu dia tu sebenarnya dangat kaya, kau lagi rapatkan diri dengan dia untuk kepentingan kau. Then, bila dia cakap dia suka dekat kau, kau accept dia sebagai girlfriend kau padahal kau langsung tak ada sikit pun rasa kasih dekat dia. Yalah, masa tu dia hodoh, kan? Bila kau dah puas mainkan perasaan dia, kau kumpulkan semua student dekat dewan, kau cakap yang dia dah kotor, jijik, perempuan murahan, perempuan jalang. Lepastu kau tunjuk gambar dia waktu dia tertidur dekat bilik rehat time dia demam. Gambar yang aku percaya boleh buatkan dia dicop perempuan murahan. Lepastu, bad things started to appear. Sebab tu dia decide untuk balik Australia. I bet you already knew about this. So, aku tak ada tambah apa-apa, kan? Semua tu betul, am I right?" Iris bersuara dengan nada yang agak tegang. Faiq mengangguk lemah. Rambutnya dikuak ke belakang sebelum tangannya turun menyapu mukanya. Berdosanya dia terhadap Adeline.

"Since kau yang kata semua ni betul, aku nak tanya kau. Setan mana yang sampuk kau waktu kau buat semua tu? Adeline Christina sangat sayang dekat kau. Aku mengaku kawan aku bodoh sebab sayang dan percaya pada lelaki yang spesies macam kau ni. Apa yang kau buat pada dia, dia langsung tak bagi tahu mak ayah dia sebab dia tak nak lelaki yang dia sayang ni diapa-apakan oleh keluarga dia. Kalau ikutkan aku, aku sendiri pergi bagitahu ayah dia. Biar ayah dia hantar bodyguard belasah kau sampai mati. Dude, she has that royal blood. Where is your mind!?" Suara Iris mula naik seoktaf. Kalau ikutkan hati, nak je dia order air panas semata-mata nak siram lelaki di depannya ini.

"Aku tahu aku salah Ris. Tu sebabnya aku nak tebus kesalahan aku. Aku nak kau tolong aku. Aku merayu dekat kau. Aku sanggup buat apa saja asalkan Adeline terima aku balik." Rayuan Faiq kedengaran ikhlas membuatkan Iris mengeluh.

"Kau nak aku buat apa?" Iris pasrah. Bukan dia tak tahu sepanjang 5 tahun Adeline tiada, Faiq bagaikan orang sasau mencari Adeline di setiap penjuru Australia. Itu pun diberitahu oleh Hakim, kawan baik Faiq kepada mereka, kawan baik Adeline.

"Aku cuma nak minta korang bagi aku peluang untuk bercakap dengan dia. Itu sahaja."

Itulah bagaimana susunan kedudukan di dalam ballroom itu akhirnya diubah pada saat akhir oleh Iris. Sampai bergaduh dia dengan perancang majlis semata-mata nak ubah tempat duduk semua rakan sebayanya. Faiq juga sudah maklum bahawa Iris hanya akan membantu sampai di situ sahaja. Yang lain perlu diuruskan sendiri.

Adeline dan Dyan mengambil tempat duduk. Iris turun dan mengatur tempat duduk mereka. Pada mulanya Adeline melawan dan meminta agar Dyan duduk di sebelah Faiq, namun Dyan menenangkannya dan akhirnya Adeline duduk di sebelah Faiq.

Kedudukan Faiq dan Adeline serta semua tingkah laku Adeline diperhati dari meja yang tidak jauh di belakang.

Semak betullah perempuan ni. Dah pergi luar negara tu, duduklah sana. Tak perlu pun balik sini. Menyusahkan hidup aku je. Makin susahlah kerja aku nak dekat dengan Faiq. Semua sebab kau, Adeline Christina. Dasar perempuan murah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience