Bab 23

Romance Completed 21373

"Wohoo.." memang kelihatan ramai pelajar yang bergembira sakan hari ni. Maklumlah, hari convo yang memang dinantikan. Bagi pelajar, hari convo ni lagi ditungu-tunggu dari hari jadi.. yeke?

"Congrates Dya. Berjaya convo. Wau.. dah lah dapat convo. Lepastu tambah orang baru pula ya?" Hajah Laila mengerling ke arah perut anaknya. Kandungan sudah memasuki empat bulan. Bila pakai jubah convo ni taklah nampak.

"Wei beb. Tak nak ucap tahniah dekat aku ke?" Naila menarik sedikit hujung tudung shawl Iris. "Congrates beb. Kau tak nak ucap kat aku ke?" Iris pula menarik tudung bawal Naila.

"Tak nak." kata Naila selamba. Iris mula menjeruk wajah. "Sampai hati. Malas lah nak layan kau." Iris ingin berlalu dari situ. Naila cepat sahaja menarik jubah Iris. "Ala.. kau ni. Janganlah ngajuk. Karang laki kau datang kejar aku dengan parang. Hmm.. cakap pasal mamat perasan tu, mana dia? Ke dia pun convo sekali? Apapun, congrates, mama."

"Thank you. Aku main-main je. Alaa.. kau pujuk aku bukan sebab takut dengan Rayyan, kan? Sebenarnya takut aku tak bagi kau jumpa Iz. Ingat tak tahu? Rayyan on the way dari hotel. Yang kau tanya pasal hubby aku ni kenapa? Karang marah encik tunang kau yang sedang merenung kau dari jauh tu?" serentak Iris dan Naila menoleh ke arah yang dirptunjukkan Iris.

Terus Aqeef mengalihkan pandangannya ke arah lain. Merah muka Naila.

Iris tergelak melihat perubahan tona wajah Naila.

Cup. Iris pula yang berubah tona wajah. Lagi merah padam dari Naila. Memanglah, Naila tidak seputih Iris. "Congrates, sayang! Sorry saya lambat datang." Rayyan tersengih sambil menghulurkan bunga kepada isterinya. "Thank you." Iris hanya tunduk merenung bunga. Malu nak melihat rakan-rakannya berbisik sambil tersenyum ke arahnya.

"Tulah kau. Ejek aku lagi. Padan muka." Naila menjelirkan lidah ke arah Iris. Iris menutup mukanya dengan bunga ros ditangan. "Haishh... kau ni sibuk je kacau Iris. Syuh, syuh! Pergi dekat Aqeef tu. Dari tadi nak datang dekat. Tapi shy shy cat." Rayyan memuncung ke arah Aqeef yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Bisinglah mamat perasan!" Naila terus melangkah ke arah Aqeef.

Rayyan tersengih. "Sayang, saya ada lagi satu special gift for you." Iris teruja untuk mengetahui hadiah itu. "What is it?" Rayyan memusingkan badan Iris menghadap ke belakang.

Terkejut Iris melihat Encik Saiful, Puan Salmi dan Tania berada di hadapannya. "Iris... aku nak minta maaf sebab dulu. Aku buta dulu. Maafkan aku." Tania terus memeluk Iris. Iris juga membalas pelukan Tania.

"Aku dah maafkan kau. Takpayahlah nangis. Bukan ada orang meninggal pun." usik Iris kepada Tania. Rindu sangat dia dengan kenangan mereka. Tania menolak sedikit pipi Iris.

"Kau tak berubah langsung. Mana anak kau? Aunty Nia dia nak main dengan dia." Tania melihat sekeliling. Macamlah dia kenal rupa Izhan tu macam mana. "Ada dengan umi aku. Makcik, pakcik." Iris menyalam Encik Saiful dan Puan Salmi.

"Makcik dan pakcik pun nak minta maaf dekat Iris." Iris tersenyum mendengar permohonan maaf itu. "Saya dah lupa pun. Jonlah pergi dekat sana." Iris mengenggam tangan Rayyan dan menariknya menuju ke Izhan.

Izhan yang ternampak mama dan papanya berjalan ke arahnya, dia bertatih mendapatkan mama dan papanya. "Hai sayang... Say congrates to mama." Rayyan mendukung anaknya itu. "Ma, ma." hanya itu yang Izhan mampu cakap. Tergelak Iris.

"Thank you, Iz." dia mencubit perlahan pipi Izhan.

"Oh! Nilah anak kau tu? Nama dia apa?" Tania menghulurkan tangan kepada Izhan. Cepat sahaja Izhan mesra dengan Aunty Nia nya. Ibu bapa Tania sedang berbual dengan keluarga Iris dan Rayyan. Sesi bermaafan lah tu.

"Ryan Izhan bin Rayyan Hadif. Kau bila lagi nak kahwin? Kitaorang dah nak masuk 2 anak dah pun." Rayyan membangga diri. Kembang kuncup hidung dia. "Wah! Nak masuk 2?! Baik ah! Umur 21 ni ada yang single lagi, korang dah nak masuk 2. Elehh.. nanti aku kahwin, kau jangan terkejut tengok suami aku lagi handsome dari kau Rayyan." Tania menjeling tajam Rayyan. Sejak bila mamat ni tahu kembang-kembang?

"Eh! Aku ni lagi handsome dari artis-artis luar sana tu. Mustahil betul kau punya bakal suami yang tak tahu pun kewujudan dia di mana tu dapat kalahkan ke-handsome -an aku ni? Tiada tandingnya, kan sayang?" Rayyan cuba mendapat persetujuan isterinya pula.

"Kau ada calon ke Nia? Wah!! Nak tengok. Mana tahu lagi handsome dari laki aku ni, nak juga aku try." terbukti yang Iris tidak menyokong suaminya. Muka Rayyan masam mencuka. 'Ish! Berani dia tackle orang lain? Aku main ragbi tackle pula dengan mamat tu nanti.'

Belum sempat Tania menjawab, Naila dan Aqeef datang ke arah mereka. "Ni siapa beb? Wah! Kawan kau ke? Asal tak kenalkan dekat aku?" Naila kelihatan teruja dengan kehadiran Tania.

"Ni Tania Airina, kawan baik aku masa sekolah menengah. Nia, yang ni Naila Arissa, kawan baik aku dekat U. Yang sebelah tu, tunang dia, Aqeef Zafran. Mamat ni lebih kurang mereng sama dengan Rayyan." Serentak itu pipi Iris dicium.

"Awak cakaplah macam tu lagi. Sekali lagi awak kata macam tu, mulut awak tu taulah nasib dia. Saya tak kira."Rayyan berbisik lembut di telinga Iris.

"Udahlah tu Rayyan. Tak abis-abis nak mencium bini tu. Sedarlah sikit dekat mana ni. Kalau ya pun tunggulah dekat bilik." Puan Sri Hadina mencelah. Hareez tergelak sakan. Matanya tertancap pada Tania. Gadis itu menarik perhatiannya.

"Kamu tu pula, Rayyan Hareez, jangan ditenung anak dara orang. Kalau nak pinangkan saja." Haji Iman pula mengusik Hareez. Merah padam muka Tania. "Nia, aku doakan kau jadi biras akulah ya? Sayang ibu ada anak lelaki dua orang saja. Kalau tak boleh ajak Naila sekali. Biar mamat gedik ni berputih mata." Iris tersengih ke arah Aqeef.

"Amboi kau, Iris! Kalau betul, aku hantar kau pergi afrika guna pos laju. Biar kawan dengan haiwan."

Serentak mereka semua ketawa. Memang membahagiakan betul hari convo ni. Dia mengusap perlahan perutnya. Tidak sabar hendak menanti anak keduanya melihat dunia. Rayyan memeluk bahu Iris. 'Thank you, atok! Baecause of you, Rayyan bahagia sekarang. I love you, Iris Lidya.'

~Tamat~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience