BAB 1

Romance Completed 1249

GERAM! Itulah yang dirasakan oleh Farikha sekarang ini. Mana tidaknya, kesabarannya semakin menipis seperti kulit bawang apabila mendengar butir bicara manusia yang sungguh.... grrr... susah mahu cakap macam mana. Oleh kerana dia pelanggan, Farikha harus menelan pahitnya. Kenapalah harus ada slogan ‘customer always right’? Kadang-kadang pelanggan pun salah juga. Haiyak!

Disebabkan malas mahu melayan bebelan pelanggan wanita yang gaya macam mak datin ini, Farikha sibuk menilik muka jejaka yang duduk di sebelah wanita itu. Mungkin dia ialah teman lelaki kepada wanita ini.

Badan dia ketak beb, putih kalah aku agaknya, smart and so.. so.. handseome. I like! Sempat lagi Farikha memuji.

Tersenyum sendiri dia apabila memerhatikan jejaka itu. Jejaka yang sedang sibuk membaca majalah dengan gaya duduk kaki kiri diletakkan ke atas paha kanannya. Badannya bersandar dan wajahnya selamba. Langsung tidak mempedulikan wanita disebelahnya yang sedang membebel.

“Hoi, kau sengih apahal? Aku punya bebel sampai perit tekak aku kau berangan lagi? Bos apa kau ni?” sergah wanita itu.

Okay, fine. Ini sudah lebih. Bisik hati Farikha . Nak tahu siapa wanita ini? Ini dia Diha . Artis baru yang sedang meningkat naik tetapi mulut kalah artis yang sudah sepuluh tahun bertapak dalam bidang hiburan.

Hanya kerana rekaan baju yang tidak menepati rasanya dia sudah melenting macamlah langsung tak buat. Farikha pun naik pening. Apa agaknya kehendak si Diha ni? Dia reka baju ni pun berdasarkan apa yang diberitahu oleh Diha sendiri. Tiba-tiba lain pula jadinya. Hai.. nasib badanlah dapat pelanggan begini.

“Saya minta maaf jika ada yang Cik tak puas hati tapi rekaan baju ni saya buat bersarkan ciri-ciri yang cik sendiri bagi. Cuba cik tengok betul-betul. Saya tak ubah apa-apa pun,” kata Farikha , lembut.

“Yeke? Tapi kenapa aku tak suka? Seriously, aku tak suka.”

“Jangan buat saya macam ni, cik. Saya tak ubah langsung apa yang cik beritahu. 100 percent definitely saya ikut permintaan cik. Kalau cik tak percaya boleh tanya kawan cik ni. Masa tu kan dia ada.”

Farikha cuba membela diri. Memang harus membela diri pun. Kenapalah minah ni meroyan sangat? Jejaka di sebelah terus mengerling ke arah Farikha . Tertelan air liur Farikha . Seksi.

Jejaka itu terus meletakkan majalah di atas meja dan memandang lakaran baju yang ditunjukkan oleh Farikha . Dia memandang Farikha dan memandang Diha pula.

“Sayang, you look. I tak suka rekaan ni. tak cantik langsung,” rengek Diha .

Amboi.... sesedap mee sup tuang dia cakap tak cantik. Aku ni pereka fesyen termuka okay. Wah, ini perempuan. Gerutu hati Farikha .

“I tengok okay saja. Like she say ini memang baju yang you mahu masa tu. Tak lari dari permintaan you pun,” kata jejaka itu.

Diha terus memuncung dan memeluk tubuh. Merajuklah tu. Yelah teman lelaki sebelahkan orang lain. Padan muka! Farikha sudah menekup mulutnya. Cuba menahan diri daripada ketawa di situ. Tak mahu dilabel tidak sopan pula. Nanti dia disaman. Tak pasal-pasal pula.

“You sebelahkan dia baby?” kata Diha .

“Bukan sebelahkan dear. It’s true. Here, kita tak ada masa sekarang kalau mahu buat rekaan baru. You know we need to hurry now. Majlis tu hanya tinggal berapa hari,” balas jejaka itu.

Edison , itulah nama jejaka itu. Artis yang sedang popular. Ramai peminat dan lakonannya sering menjadi perhatian penonton serta pengarah. Ketinggian dan bentuk badannya memberikan kelebihan kepadanya untuk menjadi seorang model yang sungguh... err.. seksi. Opps!! Itulah yang difikirkan oleh Farikha .

“Yelah, yelah. I terima. Nasib baik kita tak ada masa kalau tak kita cari pereka fesyen lain,” ujar Diha .

Farikha mencebik. Ceh, nak cari pereka fesyen lain? Pergilah. Dialu-alukan. Tapi sebelum tu, tinggalkan Edison di sini. Hehehe... gatal kau Farikha . Bisik hati Farikha .

“Apa sengih-sengih? Aku terima. So, buat baju ni sebelum Jumaat. Kalau tak siap aku saman kau. Kedai ni aku jual dekat orang lain,” marah Diha .

Cet.. ada aku kesah? Aku kaya lah. Aku beli kedai lain. Muehehe... gelak Farikha dalam hati. Malas mahu layan, Farikha terus mengemas meja yang sedikit bersepah. Edison dan Diha mula berjalan dalam butik untuk melihat baju yang lain.

Farikha pula sibuk mencoretkan sesuatu. Tangannya ligat menaip dan meneka keypad untuk menelefon pihak yang terlibat. Tukang jahit, tukang itu dan tukang ini. Masa yang diberikan agak singkat. Jumaat ini? Hari ini hari Isnin, pukul 3.30 petang. Itu adalah sesuatu yang gila. Diha memang gila!

Tanpa disedari Farikha , tindak tanduknya diperhatikan oleh Edison . Diha yang sedang membebel disebelah langsung tidak dipedulikan. Cantik! Comel! Puji Edison dalam hati. Tersengih dia seorang diri apabila melihat betapa kelam-kabutnya Farikha waktu ini. kasihan pun ada tapi nak buat macam mana sudah itu permintaan Diha .

“You hear me or not?” tanya Diha .

“Yes? Ouh.. of course,” balas Edison , teragak-agak. Sebenarnya apa yang dibebelkan Diha tadi langsung dia tidak dengar.

“You ni cepatlah. Kita ada shoot. Merajuklah macam ni.”

Diha terus keluar sambil memuncungkan mulutnya. Edison hanya memandang dan hanya sekejap matanya terus memandang ke arah Farikha . Nak merajuk pi sana di sini sangat lawa. Bisik hati Edison nakal. Dia terus meninggalkan butik itu dan mengikut langkah Diha tadi.

TERKEJUT dan penuh tanda tanya apa manusia ni buat dekat sini? Ada benda penting? Atau sengaja cari pasal? Malas mahu berteka-teki Farikha terus mendekati susuk tubuh itu.

“Hai,” tegur Farikha .

“Hey, Hai. Nice to meet you,” kata Edison .

“Ada apa mahu berjumpa Mr. Edison . Mahu saya reka baju atau ada apa-apa masalah tentang baju rekaan saya untuk Miss Diha ?”

“No. Bukan sebab-sebab tu saya datang. Saya datang because....”

“Because what?”

Because I miss you. Bisik hati Edison .

“Saya mahu berkerjasama dengan awak untuk mereka baju saya. Saya tengok awak berbakat. Banyak baju rekaan awak yang dapat perhatian.”

“Yeke? Bukan tak cantik?”

“Ouh, Diha agak buta tentang fesyen. Pedulikan dia. Lagipun honestly. Saya memang suka baju rekaan awak. Kreatif, kemas dan superb.”

“Ada-ada saja. So how can I help you? Mahu kerjasama? Maksudnya?”

“Reka baju sayalah. Hurm?”

“Okay, macam mana yang awak mahu?”

Edison terus menerangkan apa yang dia mahu. Rekaan baju yang memang diidamkannya sejak dahulu lagi. Cuma dia kurang pasti siapa yang patut merekanya. Kali ini dia pasti orangnya ialah Farikha . Seorang pereka fesyen muda yang berbakat.

Hampir setengah jam mereka bertukar buah fikiran. Baju yang diidamkan oleh Edison semakin cantik dan menepati citarasanya. Tak sangka Farikha bijak mahu menambah dan menolak bahagian mana yang sepatutnya. Dia kagum dengan hasil tangan Farikha . Memang tidak salah orang mengangkatnya sebagai pereka fesyen muda yang sangat kreatif dan bijak. Dari perwatakannya sahaja dia tahu betapa bijaknya Farikha ini.

“Selesai juga. Tak sangka awak bijak sangat,” puji Edison .

“Ouh sungguh merepek. Saya biasa-biasa saja,” bantah Farikha , malu pula apabila dipuji begitu.

“Saya jujur.”

“Kalau macam tu, terima kasih.”

“Sama-sama kasih.”

Farikha hanya tersenyum. Omo.. jantung jangan berdegup laju sangat. Edison membalas renungan Farikha . Buat seketika mereka saling berbalas mata. Farikha melarikan matanya apabila Edison mengeyitkan mata kepadanya.

Jatuh cinta? No, Farikha . You can’t. Aku tak boleh jatuh cinta dengan sesiapa pun. Aku tak mahu dan tak akan mahu. Getus hati Farikha .

“Sudah pukul 4.30 petang. I think I have to go. Many work to do,” kata Farikha lantas bangun dari duduknya.

Langkah Farikha berhenti apabila Edison memegang tangan Farikha . Tanpa sebarang pilihan, Farikha menoleh sekilas sebelum melarikan pandangannya ke arah lain.

“I have something to tell you. You’re such a beautiful girl. Honestly, dari hati saya yang sangat dalam, I think I fall in love with you,” kata Edison agak tersekat-sekat.

“Better you go now. This is not funny at all. Don’t worry about your tuxedo. I will make sure it will be finish as soon as possible. Excuse me. Let go off me.”

Edison melepaskan pegangan tangannya dan dia merenung mata Farikha . Apa yang dikatakan olehnya adalah benar belaka. Masakan soal perasan dibuat subjek main-main. Itu bukan dirinya. Dia tidak akan mempermainkan perasaan orang lain dan perasaannya sendiri.

Farikha terus berlalu naik ke pejabatnya. Matanya sudah mula panas. Ouh hati, why you must have this feeling? Rintih Farikha .

Perkara lalu membuatkan dia serik untuk bercinta lagi.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience