BAB 10

Romance Completed 9482

Akhirnya, seperti yang diminta Zayn, Gigi tetap membawa Zayn ke restoran makanan Cina kegemaran Zayn. Meskipun hatinya sedikit kecewa namun dia nekad, dia perlu mengakhir segala persoalan yang bersarang di kepalanya.

Semasa makan malam, mereka dihampiri oleh beberapa peminat yang datang kepada mereka dan bertanyan tentang status hubungan mereka. Zayn kekal diam tanpa sebarang komen namun Gigi seperti selalu akan menggelengkan kepala dan membalas, 'No' dan walaupun dia mahu mengataka Ya kerana dia benar-benar ingin bersama dengan Zayn, namun dia terpaksa mengatakan sebaliknya demi mahu melihat reaksi Zayn. Namun Zayn tidak memberi sebarang respon.

Berbalik pada plan Gigi untuk memastikan sama ada Zayn juga menyimpan perasaan terhadapnya seperti mana dia menyukai Zayn dan demi untuk memastikan Zayn tidak menipunya lebih-lebih bila diaju soalan tentang ciuman - sebab setiap kali Gigi mengajukan soalan tentang mimpi ciuman dia perasan yang Zayn pasti menggelabah bagai cacing kepanasan. Dia nekad untuk melakukannya meskipun dia tidak pasti kalau-kalau Zayn jujur padanya kerana dia perlu tahu sama ada dia boleh bersama dengan Zayn, dia tidak mahu membuang masa dengan lelaki yang tidak mencintainya. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang sepertimana yang terjadi di antara dia dan Abel.

Kini mereka berada di apartment Gigi semula, Zayn mengekor belakang Gigi ketika Gigi melangkah masuk ke dalam rumah. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar, matanya menatap lantai fikirannya menerawang pada kejadian di restoran tadi.

Gigi bersikap aneh sepanjang makan malam, dia enggan memandang wajah Zayn setiap kali Zayn bercakap dengannya. Hanya menjawab acuh tak acuh seolah-olah mindanya berada di tempat lain atau barangkali juga dia marah pada Zayn.

''Tapi apa yang aku dah buat?'' tanya Zayn.

Dia meletakkan begnya pada meja dapur sebelum menoleh ke belakang dan hampir melanggar Zayn. Sambil membetulkan rambutnya dia berkata, ''Aku nak tukar baju dan tidur. Nak sleepover kat sini ke?''

Zayn memberikan senyuman sebelum mengangguk kecil tanda ya seraya melihat Gigi membalas senyuman dan menuju ke bilik tidur.

''Mungkin date tadi sedikit kelam kabut tapi rasanya kejap lagi akan okay sebaik saja aku dapat menciumnya,'' fikirnya dalam hati sebelum menanggalkan bajunya. Sambil mengenang semula kata-kata Gigi suatu ketika dulu yang mengatakan dia tak kisah kalau Zayn berkeliaran di rumahnya tanpa memakai baju - jadi sekarang ni bagi apa yang Gigi nak.

Zayn mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum dia mengambil keputusan untuk masuk ke bilik Gigi, dia benar-benar yakin yang Gigi sudah tertidur lena. Dia menutup pintu, menanggalkan seluarnya dan kemudian menyelinap baring di sebelah Gigi.

''Hai sayang,'' bisiknya, jarinya mengusap lembut rambut Gigi.

''You looks so beautiful when you sleep, mimpi indah sayang, I love you.'' dia kemudiannya mendekatkan diri pada Gigi lalu mengucup bibirnya pada gadis yang tidak pernah memberi respon dan sentiasa tak sedarkan diri. Namun kali ini ianya berbeza. tergamam, matanya terbeliak kaget saat melihat mata Gigi berkelip-kelip dengan senyuman kecil terukir di bibirnya.

''Kau memang terjaga dari tadi ke? tanyanya, matanya masih terbeliak dan jantungnya berdegup kencang, dia bahkan dapat mendengar degupan jantungnya berdetak laju di telinganya.

Gigi hanya tersenyum dan perlahan-lahan duduk menampakkan baju-T putih yang tersarung indah di tubunya.

''Ya.''

''Tapi, tapi kenapa?'' tanya Zayn lagi tergagap.

''Zayn sudahlah!,'' Gigi tertawa kecil sebelum menarik leher Zayn seraya memberikannya ciuman dan Zayn sudah tidak dapat membendung segala rasa yang dipendamkannya sudah sekian lama. Akhirnya selepas berpuluh kali ciuman yang tidak berbalas, hari ini Gigi membalas ciumannya dalam keadaan sedar. Segala imaginasi romantis dan nakalnya selama ini seakan berlumba-umba minta direalisasikan namun nampak gayanya Gigi bertindak lebih pantas dari Zayn. Dia membelai-belai rambut Zayn, mengucupnya berkali-kali penuh berahi sesekali berhenti diselangi dengan tawwa kecil seraya membisikkan, ''lembablah kau ni'' di telinga Zayn sebelum mengucup semula Zayn.

''And just so you know, I love you too,''bisiknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience