BAB 5

Short Story Completed 3350

Apabila keinginan membuak-buak untuk berjumpa kekasih hati, eh! belum jadi lagi kot. Hehe.. oklah bila hati tergedik-gedik nak jumpa orang itu secara face to face, maka terpaksalah diriku berkorban masa, tenaga dan wang ringgit deminya.

Kalau dah suka, semua tu bukan terpaksa ya anak-anak. Ini adalah kepuasan hati sendiri. Maka, semua itu hanya masalah kecik aje.

“Bas pukul berapa malam ni, kakak?” soal abah yang tengah tengok Buletin Utama.

“Pukul 10.30 malam, abah. Nanti kakak suruh Firdaus hantar. Lepas dia balik dari masjid.” Rutin harian si adik yang moga-moga amalnya dapat disalurkan direct terus ke arwah Mak.

Kami adik-beradik sedaya upaya cuba membahagiakan Mak di sana. In sha Allah. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

“Ok, siapa ambik dekat sana?” tanya abah lagi.
“Ninia, abah. Dia tolong ambik dekat stesen bas and lepastu kakak tumpang tidur kat rumah dia. Kakak balik Ipoh hari Ahad petang kot, in sha Allah kalau tak ada aral.” Abah hanya angguk-angguk sambil mata tepat memandang TV bukannya nak tengok anak dia ni.

Apalah abah aku. Haish!

“Abang, pukul 10 lah kita keluar. Pergi awal nanti kena tunggu lama-lama pulak. Bosan!” kata aku kepada adik kesayangan aku yang gemuk gedempol.

Tapi sis sayang dia ok!

“Ok, berapa hari pergi KL ni?” Firdaus bertanya.

Dia merupakan anak ketiga dalam family aku tetapi dia merangkap anak sulung lelaki. Kami sekeluarga banyak bergantung harap dengannya. Sebab tulah abah aku tu sayang sangat dengan si gemuk ni.

Tak boleh berjauhan langsung! Jadi disebabkan sayang anak kepada bapanya, dia banyak berkorban termasuklah mengorbankan peluang kerjaya di luar kawasan Ipoh. Terima kasih adikku!

“Ahad petang baliklah. Maybe sampai malam kot.” Aku menjawab persoalannya sambil tangan tengah lincah melipat baju ke dalam bag pack kesayangan aku.
“Hello, Nia. Bas aku dah gerak. Dalam 3 jam ke 3 jam setengah, in sha Allah sampai. Nanti kau pick up aku dekat tempat biasa ya.” Ninia ni selalu jadi driver tak terhormat aku setiap kali aku turun KL.

Hati berdebar-debar untuk sampai ke tempat yang dituju. Oh ya! Kali ni kedatangan aku untuk berjumpa my three muskeeters dan kalau diizinkan Tuhan, teringin juga diri ini nak berkunjung ke Mentari FM. Mana tahu ada rezeki dipertemukan dengan Jebat Zulkarnain.

Peace no war!

“Ok, nanti dah dekat nak sampai, macam biasa call aku ok.” Ninia membalas.
Selesai bersembang dengan Ninia, aku terus masukkan earphones ke dalam lubang telinga.

Lagu Angan-Angan yang dinyanyikan oleh Raja Ema menyapa telinga aku. Asyik pulak dengar lagu time gini. Aku sendiri mengikuti rentak lagu itu sambil bernyanyi seorang diri.

Kena nyanyi slow dalam bas! Nanti ada pula manusia yang marah sebab memekak! Suara macam Siti Nurhaliza tak pelah jugak. Ini suara macam Si Sajat memanglah kau saja minta cemuhan orang sekeliling!

Angan-angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan
Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi
Fikiran menerawang ke raut wajah seorang manusia yang aku panggil lelaki. Siapa lagi kalau bukan Abang Jebat ku!

Angan-angan. Yes! Aku ni memang asyik berangan jelah. Siapalah aku sampai Jebat nak kan aku. Agak-agaknya mesti Jebat pilih perempuan yang cantik, putih melepak, tinggi, kurus, pandai bergaya, bekerjaya, malah mungkin datang daripada golongan orang kaya! Sambil mengeluh aku melihat diri aku dalam kesamaran malam.

“Kau tu tak ada pun dalam kriteria Jebat! Sedar lah diri, Mea.” Hati aku berkata-kata tapi ada lagi satu suara yang bergema.

“Kau kena usaha! Mana datangnya hasil kalau kau tak berusaha untuk kenal dia. Kau kena berusaha sehingga dia sedar kehadiran kau dalam hidup dia. Doa jangan lupa!” suara hati masih menyokong keinginan aku untuk cuba berkenalan dengan Jebat Zulkarnain.

Orang mesti fikir, kenapa nak terhegeh-hegeh dengan orang yang dah terang-terang tak akan pedulikan kau pon.

“Ish! Kalau nak ikutkan orang memang semuanya tak berubah apa-apalah.” Hati aku masih kuat menyokong apa yang aku buat sekarang ini.

Terima kasih, Mea! Apalah nak kisah orang, bila kau ada kawan-kawan yang selalu sokong kau. “Yes! Aku hanya perlukan mereka dan Jebat!” terasa poyo di situ. Hahaha.

Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan
Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan

Betul cakap Raja Ema. Jangan berangan lama-lama. Sebab itulah aku bersungguh nak pergi sana. Mana tau rezekikan.

Iyalah, walaupun itu bukan tujuan asal aku untuk kesana tapi mencuba itu tak pernah salah. Kalau ditakdirkan untuk tak jumpa dia. Then, bukan rezekilah.

Aku masih ada peluang untuk jumpa dia kalau Mentari FM ada buat jelajah lagi. Kalau tak salah aku, jelajah Mentari FM akan datang ke Ipoh bulan ni. Jadi mungkin disitu aku dapat berjumpa DJ kesayangku itu buat pertama kali.

Semoga akan jadi nyata! Amin.

Setelah 3 jam aku berhibernasi didalam bas, akhirnya sampai juga di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Dulu aku ingatkan TBS tu Terminal Bas Selatan. Hahaha.. maaf hakak noob. Aku pun terus mengeluarkan smartphone aku untuk telefon si Ninia.

“Wei, dah tido ke? Tak kisahlah kau dah tido ke apa ke. Aku dah sampai ni. Aku tunggu kau kat seberang jalan tu ya. Senang sikit kau ambik. Bye!” Ninia hanya membalas OK! Dah tahu dah mek tu mesti dah tidur.

Konon tadi cakap nak tunggu aku sampailah apa lah. Tak boleh pakai sungguh mek ni sorang! Tapi dia jelah yang sanggup nak ambik aku pagi-pagi macam ni. Manalah nak cari sahabat sebaik kau kan, Ninia!

Terima kasih sahabat dunia akhirat aku!

Dekat lima belas minit menunggu, muncul jugalah driver tak terhormat aku. Kereta MyVi kesayangan Ninia berhenti betul-betul dibahu jalan tempat aku menunggu tadi.

“Ada order grab ke bang?” mencebik aku dengar ucapan ‘selamat datang’ dari Ninia!

“Tengkorak kau! Tadi cakap tak nak tidur!” ketawa geli hati Ninia bila dengar ayat aku. Tak guna betul mek ni. Boleh duk bergelak bahagia pulak dekat aku.

“Sayang tertidur lah bang.” Oh jangan salah faham ya. Ninia ni suka sangat panggil aku abang. Aku ni perempuan sejati! Masih meminati jantina berlawanan iaitu LELAKI!

“Banyaklah kau tertidur bagai. Dah jom pergi tempat favourite kita. I kelaparanlah sayang…,” sambil nak melentokkan kepala dibahu Ninia tapi dengan pantas dia menolak kepala aku!

Haish!

“Tak nak! Mengantok! Jom balik!” aku terus memandangnya dengan muka yang meminta simpati.

“Kasihanilah abang. Abang lapar. Jom abang belanja ayang eh..,” itu jelah umpannya.

Terus berubah wajah Ninia.

Saja nak suruh aku bahasakan diri aku abang juga and dia paling seronok perkataan BELANJA sebenarnya! Ninia terus mengangkat jari tanda Ok dan terus membelok keretanya ke restaurant Mc Donald yang berhampiran.

Hati terasa girang bila memikirkan esok!

Eh, hari inilah.

Oh, Jebat Zulkarnain! Tunggu saya ya!

Terima kasih sudi baca karya saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience