bab 32

Romance Series 423079

“Bila aku boleh keluar?” soal Isac yang mula bosan apabila sudah dua hari berada di hospital.

“Asal kau dah bosan? Yang kau tunjuk hero selamatkan perempuan tu apahal. Kau tengok sebab dia kau dekat sini.”

“Bukan tunjuk hero, dah kalau orang nak mampus depan kau tak kan kau nak tengok je.”

“Tapi kau memang nak selamatkan dia kan? Aku tak fahamlah dengan kau ni Isac… Kau dulu tak macam ni kau tahu. Tapi sejak kau dengan perempuan tu kau tengoklah sekarang sikit sikit Ayriz… Ni mulut kau ni dulu macam ada emas tapi sekarang banyak pula kau bercakap.” luah Lim. Sudah lama dia memerhatikan bosnya itu. Isac merenung tajam lelaki di hadapannya.

“Hal aku. Pergi cakap doktor aku nak keluar.” arah Isac dingin.

“Aku dah jumpa dia kata kau boleh balik.” celah seseorang di muka pintu. Wajahnya sedikit berubah mungkin mendengar perbualan tadi. Isac menjeling tajam ke arah Lim dan Lim terus melangkah keluar.

“Berapa lama kau berdiri dekat situ?”

“3 minit.” jawab Ayriz tanpa perasaan. Isac memandang tepat arah gadis itu. Suasana menjadi sunyi.

“ Mama ajak kau holiday sekali.” beritahu Ayriz membuka cerita. Isac yang mendengarnya mengerutkan dahi. Ayriz yang melihat reaksi wajah Isac tersenyum sebaris.

“Tapi aku cakap kau kena balik ada kerja. Aku datang sini sebab nak ucap terima kasih dekat kau sebab selamatkan aku. Lepasni kau fokuslah dekat kerja kau.” ucap Ayriz dengan perlahan.

“Kau dengar Lim cakap ke?” teka Isac apabila melihat wajah Ayriz tidak seceria selalu.

“Aku balik dululah… dorang ajak lunch, aku singgah sini kejap je.” kata Ayriz tanpa menjawab soalan Isac tadi. Tanpa berlengah dia terus keluar. Isac yang memerhati mengetap gigi menahan amarah.

“Adik…. mana Isac? Bukan adik kata nak bawak dia datang lunch dengan kita?” soal mamanya apabila Ayriz hanya berseorangan.

“Haah…. daddy baru nak tengok kawan Ayriz.” wajah Ayriz cuba dimaniskan. Dia sendiri tidak tahu ingin memberi jawapan. Mulanya dia kelihatan teruja apabila ingin berjumpa lelaki itu dan makan bersama namun selepas daripada itu keadaan menjadi lain.

“Dia…..”

“Maaf lambat, saya tertinggal telefon tadi.” kata seseorang daripada belakang. Terkejut Ayriz dengan kehadiran Isac. Isac yang menyedari wajah Ayriz berubah hanya membuat riak biasa.

“Hah datang pun. Mama ingat Isac tak sudi tadi nak lunch sama sama.”

“Eh tak adalah ma. Orang dah ajak.”

“Adik, yang adik berdiri dekat situ buat apa? Duduklah.” tegur papanya.

“Ouh… o… okay. Isac sinilah.” Isac bersalam salaman dengan saudara mara Ayriz sebelum dia duduk berhadapan dengan Ayriz dan bersebelahan dengan Fariz.

“Long time no see bro. Kau okay?” tegur Fariz.

“Okay cuma badan aku rasa sengal sengal lah.”

“Mau tak rasa seharian kau tak sedar.” Fariz sedaya upaya membuat riaksi biasa namun hatinya masih lagi merasakan bekas isterinya sudah mempunyai perasaan kepada Isac.

“Terima kasih lawat aku.”

“Tak ada hal.”

“Bro, lepas ni kau ada hal ke?” soal Andy mengubah topik.

“Tak pasti, kenapa tu?”

“Alang alang kau dekat sini, jom la sekali bercuti dengan kitaorang. Lagi pun kau pun dah jadi anak angkat mama papa.” usik Andy tambah dengan tawa.

“Abang Andy! Isac dia banyak kerjalah… kan Isac? Kau cakap dengan aku tadi kan.” kata Ayriz sambil membuat isyarat mata.

“Kau nak aku join ke?” soal Isac pula saja ingin mengusik Ayriz. Ayriz mengerutkan dahi.

‘Memanglah nak, tapi….’

“Boleh je bro kalau tak mengacau.” jawab Isac tenang. Makin terbeliak mata Ayriz.

‘Aik aku cakap dalam hati macam mana dia boleh….’

“Aku tahulah.” kata Isac lagi.

“Hah?”

“Ma…. Isac onz bercuti dengan kita.” beritahu Andy.

“Ye ke? Baguslah macam tu. Lagi ramai lagi meriah.”

“Betullah tu… boleh Isac kenal kenal dengan semua.” tegur Umi pula. Ayriz dengan tidak sengaja melihat wajah Fariz yang menunduk. Dia baru menyedari situasi tadi sudah membuatkan Fariz terasa hati.

“Fariz…. nah ni fav awak. Saya suruh abang Ayie orderkan tadi. Awak suka kan.” tegur Ayriz sambil meletakkan otak otak di atas pinggan Fariz. Fariz sedikit terkejut kerana dia tidak pernah memberitahu Ayriz yang dia sukakan makanan itu. Fariz seakan terharu dengan hal itu tersenyum lebar.

“Awak tahu?”

“Ofc lah… semua pasal awak saya tahu tau. Ni makan bagi habis. Kalau tak habis….”

“Awak tolong habiskan.” sambung Fariz tertawa. Ayriz juga turut tertawa.

“Okay.”

Isac yang disebelah sedikit pun tidak mengubah riak wajahnya seperti tiada apa yang jadi. Sya pula sejak tadi hanya memerhati. Terselit perasaan cemburu kepada adik sepupunya.

“Kau nak yang mana sebenarnya?” soal Sya tanpa lengah. Ayriz yang tadi duduk mengambil angin berkerut memandang kakak sepupunya yang sedang bersilang tangan itu.

“Apa kau ni? Tak ada salam tiba tiba tanya soalan entah apa.”

“Kau tak nampak atau kau buat buat buta? Kau sedar tak kau tengah mainkan perasaan orang sekarang ni?”

“Hah sejak bila pula ni? Aku mainkan perasaan siapa?”

“Tak sampai setahun dah ada pengganti… wow power jugak kau kan?” perli Sya sambil tersenyum manis.

“Apa masalah kau sekarang dengan aku?”

“Masalah? Aku ni tak faham kenapa semua ada pada kau. Kau tengok sekarang dah jadi janda ada dua lelaki terhegeh hegeh nak dekat kau… aku?”

“Tak cukup dengan bf aku kau ambil sekarang kau nak ambil Isac? Ouh ke bekas suami aku pula?”

“Kalau kau nak bagi?” Sya makin mencabar kesabaran adik sepupunya itu. Wajah Ayriz kini membahang. Kesabarannya sudah di tahap yang tertinggi masa itu.

“ Aku ingat benda ni dah settle tapi kau memang tak berubahkan. Apa lagi kau tak puas hati dengan aku?”

“Memang aku tak puas hati… semua orang manjakan semua ikut je apa kau nak… kalau diaorang tahu kau ni macam mana dulu… kau ingat diaorang pandang ke kau?”

“Baik kau diam….”

“Kalau aku tak nak? Asal takut aku bagitahu?”

“Aku kata diam!” bentak Ayriz sambil mengumpal penumbuk. Sya tersenyum sinis dan ia membangkitkan lagi kemarahan Ayriz.

“Kalau tak nak, why not kau berambus dalam hidup Fariz dengan apa sorang lagi tu… Isac? Yess aku rasa aku suka dekat dia. Tapi Fariz pun not bad.”

Kali ini kesabaran Ayriz tidak dapat dibedung, satu tamparan hinggap di pipi Sya. Terteleng Sya sambil memegang pipinya. Sya juga tidak mahu kalah, dia menampar semula wajah Ayriz. Baru sahaja Ayriz ingin menaikkan tangan…

“Ayriz!”

Share this novel

norsila
2022-10-29 22:33:20 

geram lak si sya ni..boom joo..haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience