(sessanta nove)

Other Series 152486

Mereka berlepas keluar dari Malaysia menggunakan pesawat peribadi Dom malam itu juga. Lelaki itu juga sudah mengarahkan Sheng dan anak-anak buahnya membersihkan kawasan kejadian dan hapuskan sebarang bukti.

Semua saksi akan dibunuh samada bersalah mahupun tidak. Sheng juga telah memaklumkan bahwa Bao, pengkhianat yang memberitahu kedudukan Aleena kepada Javier telah berjaya ditemui iaitu di Ulsan, South Korea.

Bandar Ulsan yang berkapasiti rakyat padat itu menjadi tempat persembunyian Bao daripada orang-orang Sheng dan Dom tapi dia masih dapat dikesan melalui pemalsuan passport ke beberapa buah negara berlainan untuk mengelirukan mereka.

Dengan kewangan Dom yang sentiasa tak berluak jumlahnya, mereka singgah ke Korea untuk memburu Bao. Sebuah villa peribadi Homat Virginia mewah disewa Dom untuk menempatkan mereka di sana.

Dom langsung tak memberitahu niat mereka ke sana kepada Aleena. Dia tak mahu isterinya itu tahu rancangannya untuk membunuh Bao kerana pasti Aleena akan menghalangnya.

Sebuah kereta hyundai menjemput mereka di Ulsan Airport dan terus menuju ke villa yang sudah ditempah Dom selama 3 hari itu.

Zen berada di hadapan bersama pemandu manakala Aleena tak mahu berjauhan langsung dengan Dom semenjak semalam. Tambahan pula di Korea pada tika itu sudah musim luruh memandangkan waktu pertengahan bulan oktober.

Apabila mereka tiba di villa, Zen mula mengangkat barangan ke dalam dan Dom pula mengendong Aleena yang sudah dibuai mimpi ke bilik utama.

Tubuh itu dibaringkan lembut sebelum membuka tudung gadis itu perlahan, tak mahu mengejutkannya.

Pintu bilik dibiarkan terbuka dan Dom memanggil Zen ke ruang tamu utama villa tersebut.

"What can I help you signore?" Zen berdiri di sebelah sofa yang diduduki Dom.

"I want to settle that moron first.. and you, take a good care of Aleena while am gone. If she asked about me, just tell her I'll back tonight." tuturnya serius tanpa memandang Zen di sebelah.

"Si Dom." kepala ditundukkan sedikit tanda memahami.

"Teman Aleena di atas.. You may leave." arahan diterima. Zen terus berlalu ke bilik yang menempatkan Aleena di tingkat dua.

Dom pula menghubungi seseorang di talian sebelum keluar dari villa seorang diri. Dia mahu mencari lelaki itu. Bao Xieng.

'He'll be tormented to death because causing trouble with me..'

~~~~~~~~~~~~~~~

Aleena membuka matanya setelah beberapa jam tidur tak sedarkan diri. Sebelahnya dilihat. Kosong.

"Mika... Awak.." dia memanggil Dom sambio menggosok matanya. Pakaian ditubuh sudah ditukar entah oleh siapa. Dia benar-benar tak sedarkan diri sewaktu tidur tadi. Badannya dirasakan penat yang amat dengan segala yang berlaku.

Kaki dibawa turun dari tangga dan baru saja pada pertengahan tangga, tekaknya dirasakan loya semacam.

Tak berfikir lama, Aleena terus berlari ke dapur dan memuntahkan segala isi perutnya disitu.

Zen yang mendengar suara Aleena di tingkat bawah bergegas ke arahnya.

"Signora.. are you okay? Why you're vomid milady?" belakang tubuh Aleena diusap-usapnya lembut.

Aleena langsung tak bermaya, mulutnya dikumurkan beberapa kali sebelum Zen mangambil tisu dan dilapkan bahagian mulut Aleena yang basah.

Tubuh itu pantas dicempungnya ke sofa mewah di ruang tamu dan dibaringkan lembut.

Dahi dan leher Aleena dirasakan dengan belakang telapak tangan. Sejuk saja.

"Signora.. can you hear me?" anak rambut Aleena dikuakkan ke belakang dari menutupi wajahnya. Lembut.

"Hmm... " mata masih tertutup. Dia tak tahu mengapa dia mula berasa begitu.

Mungkin sudah bermula alahan mengandungnya. .

"Let's take a bath first okay.. then saya akan masakkan signora sesuatu ya?" dahi Aleena dikucupnya sekali sebelum membantu wanita itu bangun dan membersihkan diri.

"Zen.. where is Mika? I want him.." semasa Zen membutang bajunya, Aleena bertanya lemah.

Zen hanya menayangkan senyum manisnya saja. Dialah yang akan melayan semua kehendak dan karenah Aleena sehingga Dom pulang malam itu.

"I don't know signora.. he just left without saying a word." rambut Aleena mula disikat dan disanggulnya ringkas.

"Signora tak perlu risaukan Dom.. dia tak akan apa-apa out there.. You know him well right? Now.. kita pergi makan dulu okay? Saya sudah masakkan signora makanan sihat untuk ibu mengandung.. Mari." Aleena dipimpinnya ke meja makan.

Semua hidangan di atas meja langsung tak menarik perhatiannya. Dia langsung tak berselera.

"Makanlah sikit.." Zen memujuknya lagi. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Aleena masih tak mahu menjamah apa-apa.

"Saya tak nak semua ni..." muncungnya muncul tanda protes.

"Okay.. tell me. What you wanna eat hmm?" Zen tak akan tenang selagi wanita itu tak menjamah apa-apapun. Kesihatan Aleena akan menjejaskan kandungannya juga.

"Saya nak cake.. chocolate.. ice-cream. Ah ye dan donut. Lepas tu.. am.. pavlova! Saya nak semua tu boleh..?" lengan Zen dirangkulnya memujuk.

Lelaki itu sudah telan liur. Semua yang diminta Aleena sangatlah tak sihat dan Dom tak akan benarkan wanita itu makan sewenang-wenangnya tanpa mengikuti sukatan harian perempuan itu.

"I'll make you ice-cream okay? What flavour do you want?" itu saja yang Zen rasa boleh diterima. Makanan lain.... tidak sama sekali.

"Ala.. saya nak semua! Apa masalahnya?" Aleena merungut lagi. Wajahnya cemberut apabila Zen seolah-olah mahu mengelak.

"Signora.. apa kata signora rehat dulu. Saya akan buatkan ye?" Zen tak pernah meninggikan suara pada Aleena. Dipujuknya lembut.

"Fine.. tapi jangan lambat sangat." Zen hanya mengangguk mengiakan. Aleena dibiarkan rehat di ruang luar rumah sambil menikmati pemandangan autumn di kawasan sekitar.

Daun-daun semuanya bewarna kemerahan, jingga dan kekuningan. Ada juga yang sudah mati dan luruh apabila ditiup angin. Semuanya amat menenangkan Aleena bagaikan peristiwa semalam hanyalah mimpi ngeri buatnya.

"Ciao Dom" dia menyapa lelaki di hujung sana talian.

"Cosa vuoi?" (Apa yang kau mahu?) tuturnya dingin bertanya.

"Signora refuse to take her food and she wants something else." Zen mula menyatakan masalahnya.

Diam saja sebentar tanpa balasan sebelum Dom manjawab.

"Cosa vuole?" (Apa yang dia mahukan?) Dia bertanya pula.

"Cake, ice-cream, chocolate, donut and pavlova Dom." Zen menyatakannya lancar. Mata sesekali mencuri pandang Aleena melalui cermin tingkap sliding door di sebelah ruang tamu.

"Don't give her that such things. Make her sweets.. but a healthy one. Se non vuole.. figli che non tornerò a casa stasera." (Jika dia tak mahu.. kata padanya saya tak akan pulang malam ini.) Dom memberi arahan seraya mengugut.

"Si Dom." talian dimatikan. Zen mengeluh perlahan sebelum menoleh pada Aleena di luar.

"Sei molto speciale per lui signora.."

Dia mula menyediakan keperluan Aleena.

~~~~~~~~~~~~

Dom melihat skrin phone nya sekilas sebelum masuk ke dalam Lotte Hot Ulsan. Nombor condo itu juga telah diketahuinya.

Dom berjalan selamba melepasi pengawal-pengawal di pintu utama dan naik tangga menuju terus ke tingkat 1. Bilik stor bahagian pencucian di masukinya apabila pasti tiada sesiapa di dalam.

Dom menunggu mangsanya untuk tiba dan dua orang lelaki korean mula masuk. Sambil berbual, mereka langsung tak perasan kehadiran seseoarang di sebalik pintu masuk tadi.

Dom dengan berhati-hati mendekati sebelum mengetuk kuat berhampiran saraf tunjang dan carotic arterinya dengan tangan dan mengakibatkan collapse serta merta dan seorang lagi ditetak pada bahagian tekak yang akan mengakibatkan kecederaan dalaman pada saluran darah dan organ seperti larynx, esofagus, tiroid dan trachea.

Individu akan mengalami blund force trauma dan tersentak akibat masalah pernafasan sebentar sebelum pitam akibat kekurangan nafas. Cara ini tak mengakibatkan kematian pada si penerima.

Memandangkan tiada sebarang cctv di dalam bilik persalinan itu, Dom mengambil kunci lokar mereka dan membogelkan salah seorang. Kedua lelaki tadi disumbatkan ke dalam lokar sebelum dikunci.

Dom menyalin pakaian pembersih itu dan berpura-pura selaku 'room service'. Tanpa dipinta, Dom menolak troli pembersihan ke tingkat 28 iaitu aras yang menempatkan condo Bao.

Rancangannya yang seterunya bermula. Dia yakin Bao dengan senang akan memberikan dia masuk ke dalam condo lelaki itu kerana....

Bell ditekan sekali menunggu jawapan di interkom.

"Who is it?" balasan di interkom kedengaran.

Dom mengalihkan topinya dan memandang tepat ke kamera pada monitor screen di luar.

"Room service Sir." sopan dan lembut saja tuturnya. Senyuman manis juga turut diberikan walaupun tak melihat wajah Bao.

Bao di dalam memerhati susuk kacak dan sempurna melalui kamera di luar. Halkumnya turun naik memikirkan apa yang dia akan perolehi selepas ini.

'Cleaner pun tak kisahlah..' screen unlock. Pintu terbuka. Dom tersenyum riang.

"Get in.. Please.." Bao yang memakai bathrobes dengan segelas arak di tangan kanannya menyapa Dom ramah.

Dom hanya membalas dengan senyuman sebelum menolak masuk troli tadi. Dia mula berpura-pura mengemas segala yang patut di dalam condo itu.

Dom sedar Bao tak lepas dari memandangnya dan dia hanya berpura-pura tak melihatnya.

Boa Xieng.. dia merupakan seorang homoseksual atau gay.

Dia bersandar pada dinding sambil memerhati susuk tubuh Dom. 'Mewah aku malam ni..'

"Ehem.. so.. you didn't looks like Korean. Where you come from?" Bao memulakan perbualan. Ingin mengenali lelaki menarik di hadapannya kini.

"I'm American. I stuck here because of several reasons." Dom menjawab lembut sebelum ketawa kecil dengan kata-katanya. Dia menoleh seketika pada Bao dan tersenyum lembut.

Bao langsung tak mengenali mahupun mengecam Dom kerana dia tak pernah bertemu lelaki itu. Selalunya hanya bertemu Sheng sahaja.

"Ouhh.. poor you. Then you just work here as a cleaner? tsk tsk tsk.. I can give you a job with high salary if you want.." Bao mula menawar secara bersembunyi.

Dom mengalihkan tubuhnya menghadao Bao dengan wajah polosnya.

"What do you mean?" Bao perlahan-lahan mendekati Dom dengan senyuman sebelum menarik tangan kasar itu duduk di sofa bersebelahannya.

"Do you want to stay with all you have now, handsome?" Bao bertanya lembut.

Dom menundukkan pandangan, berlakon, sebelum menggeleng perlahan.

"There's a lot of simple way to overcome your matter.. do you understand me?" Dom mengalihkan pandangan menghadap Bao apabila lelaki itu mengusap pehanya perlahan dengan senyuman penuh makna.

"Yes Sir.." balasnya perlahan.

Senyuman Bao makin melebar mendengarkan jawapan Dom dan dia mula merapatkan wajahnya dan wajah Dom. Tangannya melingkari leher Dom dan menarik rapat wajah itu padanya untuk mengucup bibir merah jambu Dom.

Sebelum bibir mereka bertautan, mata Bao terbeliak apabila merasakan kesakitan yang amat pada bahagian lehernya. Darah berpusu-pusu keluar tanpa henti dan dia menekup lehernya yang mula terbelah.

Dom hanya duduk tak berganjak dari kedudukan tadi sambil memandang kosong ke arah Bao.

Lelaki itu langsung tak mampu bersuara. Dia menggelupur seksa agak lama di atas lantai sambil diperhatikan Dom.

'Please forgive me God..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience