Part 9

Romantic Comedy Series 91479

Keadaan kelas Tingkatan Enam Pluto agak tenang. Ketenangan yang terjadi apabila semua pelajarnya tengah tidur nyenyak setelah pening melihat kertas soalan. Ada seorang dua sahaja yang sedang khusyuk menulis. Emir seperti biasa, menyembah meja.

Aku geleng kepala. Bila lagi nak berubah agaknya?

Tunggu kiamat? Jahatnya aku.

"Kelas, awak ada 5 minit lagi sebelum masa menjawab tamat." Suaraku memecah keheningan kelas yang umpama dilanggar garuda.

Separuh kelas mengangkat muka mamai. Separuh lagi masih menyambung pelayaran ke alam mimpi. Aku mengeluh. Kalau beginilah perangai, macam mana nak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan?

Tepat jam 11, aku bangun mengutip kertas jawapan. Sambil melepasi setiap meja pelajar, aku perasan muka Emir lebam lebam.

Gaduh lagi ke? Dengan siapa?

Aku geleng kepala.

"Emir, bangun." Aku goncang tubuh keras Emir.

"Emir."

Aku goncang lagi. Ada ketika aku rasa ada haba yang keluar dari badan Emir.

Demam?

"Emir. Bangun. Masa menjawab dah tamat." Arahku seraya mengambil kertas jawapan di atas meja. Aku perhatikan sebentar jawapan Emir sebelum berpaling ke arahnya yang sedang terkebil-kebil memandang ke hadapan.

"Awak deman ke?"

Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Emir diam tanpa berkata. Aku jongket kening sebelah.

Ajaib. Selalunya masa ni aku dah kena sembur dah.

Suka ke kena sembur dengan Emir? Gila. Aku bukan masochist.

Aku berpaling semula ke arah hadapan setelah selesai mengumpul kertas jawapan.

"Kelas, senyap sekejap."

Tak habis lagi ucapan, kesemua pelajar Tingkatan Enam Pluto sudah bersorak kegembiraan. Mentang mentang esok cuti dan hari ini merupakan last peperiksaan sebelum ujian sebenar STPM bermula pada bulan 11 nanti.

"Merdeka. Yahooooooo!" Suara Vera sudah bersorak girang. Umpama berjaya menjaringkan gol nampak gayanya.

"Ohh yeah! Aku macam nak salsa aje ni." Andre tambah kenyataan.

Aku geleng kepala. Baru ujian penilaian kat sekolah. Bukan STPM yang sebenar.

"Weh, plan lepas ni? Go on tak?"

Munif bersuara sambil hi-5 dengan Arwish.

Aizat jeling Emir yang masih menyembah meja. Aku kerut dahi. Walaupun tangan masih lagi sibuk menyusun kertas jawapan pelajar, aku perhatikan mereka masih lagi sibuk menyusun rancangan untuk bercuti.

"Nady, kali ni travel mana?"

Aku jeling wajah Nadyra yang ditempek dengan make up tebal. Nadyra pandang kukunya.

"Australia kot. Cuti lepas kat London."

Aku teguk air liur. Makk aihhhhh. Aku sendiri, berumur 25 tahun, tak pernah lagi jejak oversea. Double over the sea, sekadar ke Semenanjung, itu pun dah cukup.

"Kelas."

"Alah, cikgu tak keluar lagi ke?"

Aku jeling lipat maut level 7 ke arah empunya suara. Karl terdiam.

"Sebelum awak mula bercuti seminggu sebab cuti Deepavali, cikgu mohon awak semua ni JANGAN simpan buku ketat-ketat dalam stor dulu sebab STPM awak tak lama lagi. Tak sampai sebulan lagi, plus minus cuti, sabtu ahad, awak ponteng, tak masuk kelas, berkabung dalam bilik PKHEM dan kena tahan kat balai polis. "

"Sebulan aje cikgu. Still have time." Ashirah kipas muka.

Aku geleng kepala.

"Itu kata awak. Ni, soalan dapat jawab tak?" Aku angkat kertas soalan.

"Dapat cikgu." Muka Ashirah merah sedikit.

"Memang awak dapat, tapi? Menepati kehendak soalan ke? "

Aku aku peluk tangan sambil bersandar ke meja. Baik basuh depa arini. Sental dengan Clorox dan Varnish, cuci dengan Daia, lepas tu letak pewangi Downy. Cuci sampai bersih dan berkilat.

"As long jawap je cikgu. Alah, STPM je pun."

Aku ketap bibir. Aku ni saban malam tak tenang nak memikirkan bagaimana nak bagi lulus anak anak murid 'kesayangan ' ni, boleh pulak cakap STPM je?

"Habis tu awak nak main-main? Gitu? Awak pernah fikir tentang masa depan tak? Apa awak nak buat lepas ni? Awk nak sambung mana? Nak kerja apa?"

Kelas beransur senyap.

"Cikgu, masa depan itu tidak pasti. Samar samar dalam kegelapan."

Beberapa pelajar ketawa sinis.

Aku berdecit. Pandai pulak si Kea Hin ni bermadah pujangga. Elok pulak bunga-bunga bahasanya.

"Daripada yang samar - samar tu lah awak kena pandai atur dan rancang apa yang awak nak buat. Takkan selama-lamanya awak nak biarkan diri awak tu dalam kegelapan? Awak nak jadi si buta yang sentiasa buta dalam kegelapan? Tak nak ada tongkat?"

Semua pelajar geleng kepala. Well, not for Emir. Pandangannya lebih selesa dilempar ke arah luar kelas. Senyap aje mafia arini.

"Banyak pulak cikgu membebel arini." Terdengar suara sinis Nadyra.

Aku jeling ke arah Nadyra.

"Baik cikgu membebel harini daripada membiarkan kamu tu semakin menyusahkan cikgu nanti. Repeat paper 2 3 kali lepas tu tak pernah pulak nak fikir tentang masa depan kamu."

Aizat dan Kea Hin menurunkan tangan mereka yang menjulang ke atas.

Serentak itu, terdengar meja dihentak kuat. Aku tersentak. Semua mata berpaling ke arah Emir yang sudah berdiri sambil mengetap bibir. Mukanya sudah merah, menahan amarah.

"Tak payah sindir-sindir aku."

Matanya tajam mencerlung ke arah aku. Aku pandang Emir. Tangannya semakin kuat menggenggam jemarinya. Urat-urat hijau mula timbul di tangannya.

Alamak.

Gulp!

Itulah Althea. Membebel tak ingat ada mafia dalam kelas. Dahlah memang tembak tepat batang hidung si Emir.

"Cikgu tak sindir awak, Emir. Cikgu bagi nasihat supaya awak semua boleh fikir tentang masa depan."

Althea. Be brave!! Walaupun air liur seperti pasir di kerongkong apabila mata Emir mencerlung tajam ke arahku.

"No need to hide between your advice. I can read between your line Cikgu Althea. " Suaranya tajam bercampur sinis. Matanya dipincing ke arahku. Bagaikan ada aura kegelapan di belakang badan Emir.

Aku tarik nafas. Argh! Geram! Sebal! Namun, aku tahankan juga perasaanku.

"Ah, baguslah awak faham. Lepas ni, tolonglah jangan buat masalah lagi. Lulus STPM dan rancanglah masa depan awak dengan baik."

"Just. Do. Your. Own. Fucking. Business. Cikgu. Althea!!"

Suara Emir yang naik 2 oktaf cukup membuatkan pelajar Tingkatan Enam Pluto menikus di tempat masing-masing. Kerusi yang diduduki Emir sudah terpelanting ke belakang. Mejanya sudah beralih ke tepi.

Aku naik geram. Bahasa memang dah kurang ajar sungguh. Perkataan huruf F*** pulak tu!

"Kalau diikutkan hati cikgu ni, nak je biarkan awak tu macam tu. Tak payah peduli awak tu masuk balai polis ke, bilik PKHEM ke. Biar je macam tu. Senang. Tak payah pening. Awak nak ponteng ke, tak nak belajar ke, ikut suka hati awaklah."

"Habis tu, kenapa tak buat macam tu aje?!"

Aku ketap bibir. " Sebab cikgu adalah cikgu. Awak adalah pelajar. A teacher will never abandon its student walaupun students tu perangai macam syaitanirrajim sekalipun."

Emir pegun sekejap sebelum matanya mula kembali mencerlung.

"Liar!" Suaranya melengking kuat.

Aku tergamam.

Wajah Emir yang memandang aku penuh dengan perasaan kebencian, sakit hati dan marah.

"Manusia sama aje cikgu. Everybody will leave me and that same goes to you."

Outburst Emir menyebabkan aku terdiam sebentar. Perasaan geram dan marah mulai kendur.

Emir ada hidden problem ke?

"No! I will never abandon you, Emir!" Aku berkata dengan tegas.

Emir pandang mata aku. Aku pandang mata Emir.

Ini bukan ala ala cerita melayu, dari-mata-turun-ke-hati-panahan-cinta ke, atau filem hindustan golek-golek -belakang-banjaran-titinwangsa-plus-muzik-kuch-kuch-hota-hei.

Tetapi, ini adalah pandangan  membunuh Emir VS pandangan butterfly in my stomach Althea. Makkk..... Berjuta-juta dah butterfly in my stomach aku masa ni. Logik tak?

"No!! You are big liar Cikgu Althea!"

Aku ketap bibir. Baik lari cepat. Gaya Emir macam nak makan aku dah. Itulah, cepat-cepat keluar kelas tadi. Jangan gaduh dengan Emir Hafiz. Dia tu memang mafia sekolah. Aku memarahi diri sendiri.

"Terpulang pada awak Emir."

Cepat-cepat aku tinggalkan kelas. Tak sanggup lagi bertentang mata dengan Emir. Kejadian hari ini bagaikan satu peringatan. Jangan terlalu leka menjolok sarang tebuan. Itulah padahnya.

" Cikgu. Nuralthea. Hazami!!"

Kedengaran suara Emir melengking kuat.

Alamak!

Alamak!!

Alamak!!!

"Cikgu!! Emir!!!"

Alamaaaaaakkkkk!!!!!!

Agak-agak melayang tak meja dekat aku ni? Kerusi ke? Ke Emir nak tumbuk aku?

................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience