BAB 7

Humor Completed 3969

Tasnif tersenyum. Sengal punya orang. Orang macam tu pun ada. Bising lebih, sesuka hati je gelar orang budak sekolah tapi dia sendiri perangai macam kera belum habis tamat persekolahan. Mata Tasnif berhenti pada satu sudut pandangan di KLIA tersebut. Gulp! Ni bala dari langit ke berapa pulak. Langkahnya terhenti. Dari arah depan kelihatan seseorang lelaki berjalan menghampirnya dengan langkah yang perlahan. Aduh ni raja segala masalah. Idea oh idea cepat datang tak. Aku kena buktikan aku dah ada pakwe Tasnif berpaling. Dari arah belakang kelihatan mamat tak habis sekolah tu baru meneruskan langkah kakinya meninggalkan tempat pergaduhan tu. Ah aku tak kira baik aku hadap mamat tak habis sekolah lagi.

Tasnif berjalan laju menghampiri Nadhim. Bunyi jeritan dari lelaki itu tidak diendahkan. Sebaik sahaja langkahnya bersaing dengan Nadhim. Lengan Nadhim dipeluk. Kepala dilentokkan di bahu Nadhim. Nadhim yang hendak berlalu terkejut apabila terdapat sedikit ganguan dalam langkahnya.

“Eh asal mencabul kehormatan aku ni?” marah Nadhim.

“Ish kau diam la. banyak bunyi pulak. Aku nak pinjam badan kau kejap” Amboi perempuan ni cakap macam badan aku ni tong drum pulak. Main pinjam-pinjam.

“Eh…”

“Baik kau diam kalau tak nak kehormatan kau aku cabul” belum pun sempat Nadhim nak marah dia dikejutkan dengan ugutan Tasnif. Terkedu dia mendengar kata-kata Tasnif. Dia nak cabul kehormatan aku? Terkebil-kebil Nadhim. Cuba mencerna kejadian yang berlangsung sekarang. Tasnif tersenyum. Tahu pun diam. ini tak dari tadi bercakap tak henti-henti. Kalah aku yang perempuan ni.

Nadhim dah termenung. Lagak macam ayam duk beranak. Kehairan dan kemusyilan yang tiada penyelesaian. Pipinya dipegang. Kejadian di KLIA kembali belayar difikirannya.

“Nenek kebayan punya perempuan” bebel Nadhim.

“Eh papa. Kebetulan pulak” suara Tasnif menyapa telinganya. Eh papa? Nadhim hairan. Di amati lelaki tegap dihadapannya. Lelaki itu dalam lingkungan 50-an kalau tidak silapnya. Nadhim menghulurkan tangan. Namun huluran tersebut tidak bersambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience