BAB 11

Humor Completed 6445

Dua minggu sudah berlalu. Masuk minggu ini, sudah tiga minggu dia tidak

berjumpa si pelukis bisu. Sudah tiga minggu, tupperware yang dibawa ke

taman tasik, penuh berisi dan tidak bersentuh langsung apabila dia

pulang ke rumah. Sudahnya, tok wan buat sambal bilis dia tu lauk nasi

lemak yang dia jual setiap pagi itu.

Nurul Ain mengeluh. Dia rindu.

Rindu dengan senyuman Zeek.

Rindu dengan kerlingan mata Zeek.

Rindu dengan suara Zeek.

Dia rindu segala-galanya tentang Zeek.

Dan dia rindu Zeek.

Sangat rindukan Zeek...

Nurul Ain mengeluh. Di mana Zeek? Sihat ke dia? Zeek, awak tak nak

datang jumpa saya ke?

Zeek buka mata! Terkejut! Dia terasa bagai ada satu suara berbisik di

telinga, menyerunya! Di pandang sekeliling sebelum dia meraup muka.

Nafas dihela. Dia tengok jam di dinding, sudah pukul 2.15 petang. Zohor

belum lagi ni, bisik hati kecilnya. Dia bingkas bangun dan berlalu ke

bilik air.

Usai membersihkan diri dan berwuduk, sejadah dibentang menghadap kiblat

dan dia mula mengangkat takbiratulihram. Empat minit kemudian, Zeek

memberikan salam ke kiri dan ke kanan, mengakhiri solatnya. Kedua-dua

belah tangannya mula menadah tangan. Sedang Zeek berdoa, pintu biliknya

tiba-tiba dibuka.

Zeek cepat-cepat menghabiskan doanya dan meraup wajahnya. Dia bangun

dari sejadah lalu sejadah itu dia tarik dan dia lipat sebelum dia

letakkan di atas katil, “Kenapa, Amli?”

“Suhu badan umi, tak turun-turun lagi. Makin panas, long. Umi

meracau-racau panggil abah.”

Zeek bergegas ke bilik tidur umi. Baru dia nak masuk ke bilik umi, pintu

bilik umi dibuka dari dalam. Adni muncul dengan wajah yang basah dengan

air mata, “Along, kita bawa umi pergi hospital ya?”

Zeek mengangguk, “Angah tunggu di rumah, ya? Tunggu Acha balik dari

sekolah. Acha tu bukan kuat mana sekarang. Along pergi dengan Amli je,

apa-apa nanti, along call.”

Adni mengangguk sebelum dia kembali masuk ke bilik umi. Zeek pandang

Amli, “Tolong kemaskan apa yang patut and tolong start enjin kereta along.”

Amli mengangguk dan terus berlalu. Zeek hela nafas. Dia rasa lelah tapi

dia tak boleh tunjukkan di depan adik-adiknya. Kau kena kuat, Zeek! Kena

kuat!

Alif senyum pada Zeek yang baru melangkah masuk ke kedai gambar mereka.

Namun senyuman Alif tidak dibalas oleh Zeek. Wajahnya sugul dan mendung.

Saat Zeek duduk di kaunter dan meletakkan kepala di atas kaunter, Alif

menggeleng kepala, “Umi hang dahkeluaq wad?”

Zeek angguk, “Sudah tapi malam-malam, umi meracau lagi. Dok panggil abah

aku.”

“Dia rindu tu...” balas Alif.

Zeek ukir senyum yang bukan dari jiwa, “Tahu.”

“Tabah, Zeek!” Alif senyum.

“InsyaAllah,” Zeek mengangguk, “Kau ada beli nasi lemak? Aku lapar. Tak

sempat nak sarapan.”

Alif sengih, “Ada kat ataih meja kat dalam. Hang ambiklah, aku saja beli

lebih.”

“Kenapa kau suka beli nasi lemak tu lebih, hah?”

“Sebab aku sayang hang,” Alif buat muka minta penampar macam selalu.

Zeek ketawa, “Maaf, tak ada ruang dalam hati aku untuk kau.”

“Blah! Pi makan, nuh!Gambaq ada lagi yang tak cuci,” Alif menghalau

Zeek, konon berpura-pura marah kerana cintanya ditolak. Konon.

Zeek terus berlalu ke ruang belakang kedai. Nasi lemak yang dibalut

dengan daun pisang itu dia tarik keluar dari plastik. Sudu yang tersedia

di atas meja dia capai, dia malas nak guna tangan sebab dia malas nak

cuci tangan. Bungkusan nasi lemak itu dia buka. Dia gaul sikit nasi dan

sambal bilis yang ada di dalam bungkusan itu. Bibirnya sempat membaca

doa makan sebelum sesudu nasi lemak dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dikunyah perlahan sebelum mulutnya berhenti mengunyah. Rasa sambal bilis

ni...! “Alif!”

“Hoi! Awat?” Alif menjengulkan kepalanya dari tirai yang memisahkan

kawasan depan dan kawasan belakang kedai.

“Mana kau dapat nasi lemak ni?”

“Awat? Sedap kan? Nasi lemak tok wan Lijah tu memang marvellous! Hotel

pun kalah. Tambah sambai dia tu! Ya Allah! Memang...”

“Whoa!” Zeek angkat tangan, “Kau tak menjawab soalan.”

“Oh, aku beli kat warung dekat dengan rumah aku. Sambai dia sedap

sungguh, kan? Rasa pedas, masam, manis, masin... semua cukup. Tip top!”

Zeek telan liur. Dalam tak sedar dia mengangguk. Ya, sambal bilis ni

semua cukup. Sambal bilis ni buat aku teringat pada orang yang sama

pernah ajar aku makan roti dengan sambal bilis harga 80 sen tu.. Nurul Ain...

“Gambaq sapa ni?” Zeek menoleh pada Alif yang bertanya. Darahnya

berderau saat melihat tangan Alif menyelak buku lakarannya yang ada di

atas meja.

“Tu... er...” Zeek mati kata.

“Manih! Aku rasa kan macam pernah tengok budak perempuan ni tapi aku

tak ingat kat mana,” Alif mengetuk dagunya, memikir di mana dia pernah

lihat gadis di dalam potret lakaran Zeek.

Zeek cuma diam. Tak mahu komen lebih-lebih.

“Wei, banyak gila gambaq dia hang lukih! Sapa dia ni sebenaqnya?

Sejak bila hang ada marka? Tak habaq kat aku pun!” Alif bersuara,

teruja sambil tangan menyelak helaian-helaian di dalam buku lakaran

milik Zeek itu. Sungguh, memang banyak betul gambar potret milik si

gadis yang telah dilukis oleh Zeek.

Baru dia menyelak satu lagi helaian, buku lakaran di tanganya dirampas

oleh Zeek kembali. Terus dia buat muka, “Hang ni! Aku tak tengok habih

lagilah!”

“Dah! Lagha semua ni! Pi buat kerja,” ujar Zeek sebelum berlalu ke

kaunter semula.

“Wei, siapa perempuan dalam gambaq tu? Ceritalah dengan aku!” Alif

tiba-tiba menarik kerusi lalu dia duduk di sebelah Zeek.

“Just a friend of mine!”

“Hang nak muhong aku tak beragak! Hang mana lukih muka

member-member, wei!” Alif mencemuh. Itu hakikatnya! Zeek suka melukis

potret wajah orang tetapi bukan kawan-kawan mahupun ahli keluarganya

sendiri.

Zeek diam. Malas nak melayan Alif. Nanti lama-lama dia senyaplah sendiri.

“Hang suka perempuan tu ka?”

Tangan Zeek yang baru nak memotong sekeping gambar, terhenti terus,

“Alif...”

“Zeek...” dengan nada yang sama, Alif bersuara.

Zeek hela nafas, “Dia someone yang aku kenal waktu aku lepak taman tasik.”

“Hah?”

“How special she is to you?”

Zeek angkat bahu. Very special, jawabnya dalam hati.

“Hang suka dia?”

Zeek ukir senyum tawar, “Suka tu bukan boleh bawak kemana pun, Alif.”

“So, betuilah hang suka dia?”

Zeek diam tak menjawab. Dia kembali memotong gambar yang ada di tangannya.

“Sunting dia jadi permaisuri hati hang,” Alif ukir sengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience