Bab 17

Romance Completed 78329

Jericho menunggu dengan penuh resah di hadapan wad yang menempatkan Gia mendapat rawatan. Dia berharap supaya tiada benda yang buruk berlaku pada Gia dan juga Dariya. Yang lebih parahnya adalah Dariya. Sebaik saja Gia ditolak masuk ke dalam wad, terus Jericho menghubungi Kristine dan memberitahu tentang keadaan Kristine.

Aliya pula menunggu perkhabaran tentang Dariya dari doktor. Resah dia menunggu perkhabaran dari doktor memandangkan keadaan Dariya tadi dah lemah sangat. Berita pasal Dariya pun sudah dimaklumkan kepada keluarga Dariya dan Luqman. Luqman lepas dapat tahu berita tentang Dariya, terus dia menempah tiket flight tapi flight nya esok pagi.

“Jericho!” Nama Jericho dilaung oleh seseorang. Jericho memandang ke arah seorang lelaki tinggi lampai menghampirinya. Siapa lagi kalau bukan Danial Louis?

“How’s Gia?”

“Tak tahu lagi. Still dirawat dalam tu…” jawabnya. Bukan dia tak tahu masa kejadian tu tadi Danial ada di tempat kejadian tapi bila kejadian tu berlaku, Danial larikan diri. Aku syak memang benda yang jadi pada Gia mesti ada kena mengena dengan Danial.

“Tapi aku peliklah kenapa kau care sangat pasal Gia hmmm?”

“What do you mean?”

“What I mean is kau ada dekat tempat kejadian dan aku tahu kau mesti ada kena mengena dalam kes ni sebab bila Gia jadi macam tu tadi, kenapa kau larikan diri ehhh? Kenapa tak tolong?” Senyuman sinisnya diukirkan kepada Danial. Jelas pada pandangan matanya yang Danial mula tak senang dengan pertanyaannya.

“Kau jangan nak tuduh aku sembarangan eh!”

“Bila masa aku tuduh kau? Aku tak tuduh aku cuma cakap je,” eleh! Ingat aku tak nampak muka kau dah start cuak bila aku cakap macam tu tadi? Aku tahu dari dulu lagilah yang kau ni memang ada niat tak baik dengan Gia!

“Aku gerak dulu. Nanti kalau Gia dah sedar ke apa, kau bagitahu aku!”

“Tak nak tunggu sekali ke?” Tanyanya dalam nada memerli.

“Aku ada hal!” Danial segera pamitkan diri dari situ.

Ada hal konon! Aku tahulah hal kau tu hal apa! Mesti ke club punya! Kau kan kaki clubbing! Tapi bagus jugak dia blah awal sebab aku nak tahu ujian lab ke atas Gia. Aku nak tahu apa punca Gia jadi macam tu dan aku yakin sangat yang semua ni ada kaitan dengan abang tiri dia.

Namun, tiba-tiba saja namanya dipanggil dari jauh. Dia memandang ke arah Aliya yang sedang berlari menghampirinya. Air mata bercucuran keluar dari kelopak mata Aliya. Kenapa pulak dengan Aliya ni? Ke ada apa-apa yang dah jadi dengan Dariya sebenarnya?

“What’s wrong Aliya? Why are you crying?” Jericho bertanya dengan nada cemas. Tolonglah cakap keadaan Dariya ok sekarang ni! Aku tak nak dengar langsung berita buruk.

“Dariya…” percakapan Aliya terhenti dek esak tangisnya.

“Why? What happened to her? Everything was okay, right?”

“She’s dead…” lemah pertuturan Aliya sekarang ini. Esak tangisnya semakin kuat bila terkenangkan berita yang disampaikan oleh doktor tadi.

“Huh?! No! This is not true! You’re kidding me, right?!”

“No! I’m not! The doctor has told me about her condition got worst and she can’t be saved anymore! She’s gone…”

Oh God! Berita yang aku tak nak dengar akhirnya jadi jugak. Susah nak percaya benda yang dia dah dengar tadi. Rasa seperti dalam mimpi.

“Have you told her family about this news?”

“Yes and her fiancé will come tomorrow since his flight tomorrow morning.”

“She has fiancé?”

Macam manalah perasaan tunang Dariya sekarang bila dapat berita sedih yang tiba-tiba.

“Yes and they both get engaged about 3 months something like that and will getting marry one month from now.”

“My condolence for him,” ujar Jericho dengan nada sayu. Agaknya kalau dia jadi tunang kepada Dariya, mesti sedih dan rasa kehilangan sangat.

GIA membuka matanya bila bermimpi buruk tentang Dariya yang berlumuran dengan darah dan memandangnya dengan pandangan sayu. Rasa lemah semacam je badan dia sekarang ni. Matanya memandang ke sekeliling bilik. Aku dekat hospital sekarang ni. Tapi, kenapa pulak aku ada dekat hospital sekarang ni? Apa yang dah jadi sebenarnya? Agak lama juga Gia cuba mencari puncanya kenapa dia boleh ada di sini tapi masih tak dapat jawapan yang dia mahukan.

Pintu wad ditolak oleh seseorang dari luar. Gia memandang Jericho yang menghampirinya dengan plastik berisi buah di tangannya. Gia cuma mampu mengukirkan senyuman kecil kepada Jericho. Haih…kenapalah badan aku rasa lemah semacam je sekarang ni.

“Gia…how are you?” Jericho meletakkan plastik berisi buah di atas meja kecil sebelah katil wad lalu dia mengambil tempat duduk di birai katil sambil matanya memandang tepat ke arah wajah Gia yang agak pucat.

“I’m fine tapi rasa letih sikit. Emmm…apa dah jadi dengan aku sebenarnya sampai aku kena warded ni? Ada apa-apa yang jadi semalam ke?” Sungguh dia tak dapat nak cerna lagi kenapa dia dimasukkan ke hospital. Satu benda yang terjadi semalam pun dia tak ingat. Apa yang dia ingat dia hanya ada fashion show saja.

“Aku rasa kau letih sangat kot semalam Gia? Lepas kau habis fashion show semalam, badan kau lemah semacam then kau pengsan waktu ke kereta. Nasib baik aku ada dekat situ semalam sebab Kristine kena balik Cebu ada masalah family.”

“Ohhh…” Gia cuma mengangguk mendengar penjelasan dari Jericho. Tapi, aku tak nafikan jugak mungkin badan aku letih sebab seminggu tu saja kadang-kadang aku busykan diri dengan pelbagai aktiviti dan kadang-kadang pukul dua atau tiga pagi baru aku sampai rumah.

Vitalika masuk ke dalam wad kakak kembarnya lalu menghampiri mereka berdua. “Akak macam mana sekarang? Ok ke?” Cemas dia bila dapat khabar berita dari Jericho yang kakaknya masuk hospital. Dia nak datang semalam pun keadaan tak mengizinkan memandangkan dia mempunyai final report yang perlu disiapkan sebelum dia menduduki peperiksaan terakhir.

“Akak ok je Vi. Cuma tulah, badan ni rasa letih sangat!”

“Hmmm tulah…Vi dah suruh akak rest kan dekat rumah tapi degil nak keluar jugak pergi butik lah apa lah! Haih…”
Vitalika dah mula sesi bebel-membebelnya. Memang dah lama pun dia tak bebel dekat kakaknya ini.

“Alah…sikit je ni.”

“Tengok tu! Orang punyalah risau pasal dia, dia cakap sikit je?!” Vitalika mencubit lembut lengan kakaknya.
Geram pulak aku dengan jawapan Gia ni! Jericho ketawa melihat adik-beradik bergaduh. Haih…macam-macam betul! Yang Gia pun satu dalam keadaan sakit pun sempat nak berlawak.

Jericho memberi isyarat kepada Vitalika supaya mengikutknya ke luar wad. Ada benda yang dia perlu bincang dengan Vitalika sekarang ini. Vitalika mengangguk faham dan melangkah keluar dari wad bersama dengan Jericho.

“Ada apa kau nak cakap dengan aku?” nampak muka Jericho sekarang serius sangat.

“Actually, aku dah tahu kenapa Gia boleh hilang waras malam tu.”

“Kenapa?” Vitalika makin tertanya-tanya. Sebab setahunya kakak kembarnya memang bukan jenis kaki mabuk ataupun kaki minum. Kakak kembarnya lebih gemar meminum jus ataupun air kosong. Wine langsung tak pernah disentuhnya.

“Sebenarnya Gia kena spike with drugs. Mengikut keputusan lab yang dibuat ke atas Gia, drugs yang digunakan untuk spike Gia malam tu jenis scopolamine.”

“Scopolamine?” Rasanya dia pernah dengar jenis nama scopolamine dan kegunaan scopolamine ni untuk cegah dari nausea dengan muntah yang penyebabnya dari motion sickness atau dari anesthesia during surgery.

Macam mana Vitalika tahu? Maklumlah dia bakal habiskan pelajarannya dalam bidang kejururawatan dan sedikit-sebanyak ubat-ubat jenis ni dah terhafal di dalam kepala otaknya memandangkan masa dia belajar dia pernah dengar nama ubat ni dan juga nama-nama ubat yang lain.

“Tapi, aku tak faham kenapa Gia langsung tak ingat apa yang jadi semalam sedangkan doktor terangkan dekat aku semalam ubat tu digunakan untuk treat stomach or intestinal problems, Parkinson-like condition or prevent nausea and vomiting disebabkan motion sickness.”

“Doktor tak bagitahu ke side effect dari ubat tu?” Vitalika yakin yang doktor mesti ada bagitahu side effect ubat tu. Mustahil doktor tak bagitahu.

“Emmm…ada! Doktor cakap dos ubat scopolamine yang diberikan dekat Gia dose yang sedikit tinggi tapi tak adalah sampai over dose…”

“Dan bila dose yang diberikan lebih dari dose yang biasa, kak Gia kemungkinan boleh loss memory ataupun ada problem with memory tapi aku rasa kak Gia hanya ada masalah memory sebab tulah kak Gia tak ingat apa yang jadi semalam.”

“Yang aku peliknya macam mana Danial boleh dapat scopolamine ni?” hairan jugak Jericho dibuatnya. Nak kata Danial ni kerja sebagai doktor, bukan.

“Danial? What do you mean?”

“Punca yang terjadi dekat Gia semalam aku syak Danial puncanya sebab waktu Gia terlanggar Dariya, Danial ada dekat situ kejar Gia dari belakang lepastu terus blah bila kejadian Gia terlanggar Dariya tu.”

Danial! Kau ni memang tak pernah serik kan nak kacau hidup Gia! Apa lagi yang kau nak dari dia hah?! Vitalika menahan rasa geram di dalam hatinya. Nampaknya aku kena jumpa jugak dengan Danial! Kena buat perhitungan dengan mamat yang tak pernah berubah perangainya yang satu itu. Harap je umur dah 30-an tapi…faham jelah. Nak mencarut rasa tak sopan pulak.

“Danial tu memang! Selagi hidup dia tak senang, selagi tulah dia akan kacau Gia! Tak apa, nanti aku sendiri buat perhitungan dengan dia. Cuma, aku nak tanya kereta kak Gia ada dekat balai polis ke?”

“Yep.”

“Oklah kalau macam tu. Oh ya! Satu lagi! Family Dariya dah sampai sini ke?”

“Emmm…fiancé dia flight pagi ni. Maybe dalam pukul lapan malam macam tu baru sampai airport. Maybe datang sekali dengan family Dariya kot.”

“Ohhh…ok.”

Ninoy Aquino International Airport, Manila, Philippines.

SELEPAS mengambil begnya di conveyer, Luqman segera menuju ke arah teksi yang sedang menunggu di ruangan teksi hadapan pintu masuk airport bersama dengan ibu Dariya, Puan Aminah. Alamat diserahkan kepada pemandu tersebut. Dia dan Puan Aminah terus masuk ke dalam teksi. Untung saja dia hanya bawak beg galas untuk pakaiannya. Jadi, tak payahlah susah-susah nak bersesak sangat.

Walaupun begitu, perasaannya tak dapat dibendung lagi. Air mata yang sudah kering kini kembali mengalir keluar dari kelopak matanya. Sewaktu dia dapat berita tersebut dari Aliya, perasaannya terus bercampur baur. Rupanya perasaan gelisahnya selama ini memang benar. Buktinya sekarang Dariya sudah pun pergi meninggalkannya. Ya Allah…kuatkanlah hati aku ini sebaik saja aku berdepan dengannya nanti.

“Luqman…berhenti menangis nak. Dariya dah tak ada pun,” begitu tenang Puan Aminah menuturkannya.
Tipulah kalau perasaannya sebagai seorang ibu langsung tak luluh mendengar khabar tentang anaknya yang sudah pun tiada tapi ditabahkan juga hatinya untuk menerima kenyataan yang sudah pun ditakdirkan oleh yang Maha Berkuasa.

“Luqman tak boleh ibu…”

“Luqman…dengar sini apa yang ibu nak cakap. Kita kena terima kenyataan yang Dariya dah tak ada. Perasaan ibu sebagai seorang ibu kepada Dariya lagilah perit rasanya. Sekarang ibu dah tak ada sesiapa selepas ayah Dariya dan Dariya pergi tinggalkan ibu. Cuma, apa yang ibu mintak ialah Luqman kuat ye?” Puan Aminah menggosok lembut bahu Luqman.

Luqman tidak membalas dan mendiamkan dirinya dengan air mata yang masih mengalir di pipinya. Entahlah dia kuat atau tidak untuk berhadapan dengan mayat kaku Dariya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience