Bab 8

Fantasy Series 2417

Kelihatan kereta Myvi hijau mula memakir dihadapan rumah teres berpintu pagar berwarna hitam, sejurus selepas itu muncul Aqalili keluar dari kereta tersebut dan mula memasuki halaman rumah, tiba-tiba dia di sapa seseorang.

"Li macamana interview kamu tadi? Dapat tak?" tanya seorang wanita lingkungan usia 50an memandang Aqalili sambil menyiram pokok-pokok bunga halaman rumahnya.

Aqalili memandang muka wanita tersebut lalu menuju kearah bangku panjang di beranda rumah dan terus duduk sambil meletakkan tas tangan dan buku fail di sebelahnya. Aqalili masih membisu dari menjawap soalan wanita tadi.

Wanita tadi terus bergerak ke arah Aqalili dan menanyakan lagi padanya
"Li, mak long tanya ni, macamana interview tadi? Tengok air muka kau macam tak dapat je ye ke?" wanita yang membahasakan dirinya mak long menanti jawapan dari Aqalili.

Aqalili terus memandang mak longnya dan dengan senyum girang bangun melompat dan memeluknya
"Alhamdulillah mak long, Lili dapat" sambil mencium pipi mak longnya.

"Alhamdulillah!, alhamdulillah!..." teriak mak long Piah dalam kegirangan sambil menyambut pelukan Aqalili bila anak saudaranya yang lama menganggur akhirnya berjaya mendapat pekerjaan.

"Psk long kau mesti suka dengar berita ni" sambung mak long Piah.

"Jawatan apa yang kamu dapat masa interview tadi Lili?" Mak Long Piah menanya lagi sambil menolak perlahan Aqalili dari pelukannya.

"Entah lah mak long, manager yang interview Lili tu suruh Lili datang je keje esok" jawap Aqalili kembali duduk di bangku panjang.

"Ish ko ni Lili, kenapa tak tanya kerja apa? Karang kerja yang bukan-bukan je kamu kena buat, mak long tak nak Lili buat kerja macam-macam tau" risau mak long bila tidak mengetahui jawatan yang dipohon Aqalili.

"In sha Allah mak long, Lili takkan buat kerja yang mak long cakap kan tu. Lili tengok dulu kerja apa esok nanti, kalau tak ok Lili blah aje lah" senyum Aqalili pada mak long Piah yang dh lama menjadi penjaganya semenjak ibu bapa nya meninggal dalam kemalangan dikala beliau berusia 10 tahun lagi. Pada mak long Piah dan suaminya pak long Usop lah tempat Aqalili bermanja dan sememangnya pasangan suami isteri itu juga mencurahkan sepenuhnya kasih sayang mereka kepada Aqalili memandangkan mereka tidak mempunyai anak sekian lama.

"Ha, kalau macam tu ok lah, mak long percaya Lili tau bezakan mana yang baik dan buruk kan?...Mak long masuk dalam dulu Li, nak menggoreng telur jap, Pak long kau katanya nak balik makan tengahari, nasi, sayur dan lauk ikan sambal dh pun mak long masak awal tadi" beritahu mak long lepas berpuas hati dengan jawapan Aqalili.

"Telur goreng, yes!! Kena ada tau mak long, kalau tak ada telur goreng, maka tak lengkap lah makanan Lili!" gurau Aqalili mengenai makanan kesukaannya.

Mak long Piah tersenyum lalu terus melangkah masuk kedalam rumah membiarkan Aqalili duduk di bangku beranda rumahnya.

"Macamana lah aku boleh jatuh dalam pelukan lelaki tu? , malunya....! Tapi... hensem juga dia" Aqalili teringat kembali peristiwa keluar lif tadi dan kemudian tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience