Bab 1

Fantasy Completed 13895

"Jane! Budak sunyi! Tak ada kawan!! Hahahahahahahaha"

Arghh! Bingit. Jane memandang ke arah dua orang lelaki yang sibuk mengejek dan mentertawakan dirinya. Tanpa mengendahkan mereka, dia berjalan terus sambil memeluk erat buku sekolah di dadanya.

.. Nama aku jane. Umur aku 17 tahun. Aku masih bersekolah di sekolah menengah Johns di tahun 1995. Dan aku seorang gadis.. yang selalu di buli. Kenapa mereka ejek aku sunyi? Sebab aku selalu seorang diri. Bukan aku tak mahu berkawan. Tapi mereka sering kali menjadikan aku sebagai mangsa keadaan.. Jadi lebih baik rasanya aku bersendiri.

Jane melangkah laju masuk ke dalam kelas.
Habislah.. Dah lambat mesti cikgu michel marah! Laju langkah dihalakan ke arah kelas yang hanya tinggal beberapa meter sahaja.

"jane!" BUM! Kuat bunyi rotan cikgu michel berbunyi apabila berlaga dengan meja.

"kenapa kamu lambat hah? Masuk kali ni dah tiga kali kamu lambat!" mata lelaki tua botak itu mencerlung marah memandang jane yang hanya berdiri tegak di hadapan pintu sambil menundukkan wajahnya.

Bukan salah saya cikgu! Tapi ni semua salah orang yang suka buli saya.. Mereka jatuhkan barang barang saya dan minta saya kutip kesemuanya semula! Jane hanya mampu menjerit di dalam hatinya. Ikutkan hati memang dia hendak memberitahu perkara sebenar tapi apakan daya.. Lagi teruk dia akan dibuli nanti.

"kau ni kalau tak mahu belajar baik tak payah datang sekolah! Menyemakkan mata aku saja. Dah pergi duduk!" cikgu lelaki itu menjeling jane sebelum mula menulis sesuatu di papan hitam.

Jane segera bergerak ke arah tempat duduknya yang berada di belakang sekali. Dan semestinya dia duduk berseorangan. Disebabkan oleh orang orang yang suka membulinya mengarahkan murid lain untuk tidak berkawan dengan dirinya jadi.. Itulah dia. Gadis sunyi tanpa teman. Tak ada orang yang sudi duduk di sebelahnya.

Pembelajaran berterusan sehingga pukul 4 petang. Sekolah bermula dari pukul 8. 30 pagi hingga pukul 4 petang.

Semua murid berpusu pusu keluar dari kelas menuju ke destinasi masing-masing.

Jane melihat sekelilingnya. Setelah dipastikan semua orang keluar barulah kakinya melangkah keluar dari kelas.

Perlahan lahan dia menapak keluar dari sekolah menuju ke rumahnya yang berada agak jauh dari sekolah.
---------------

"mak saya sudah pulang" ucap jane sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Rumahnya hanya rumah batu yang sederhana dan kecil. Dia tidak kaya dan satu satunya anak kepada ibunya iaitu Puan erika.

Puan erika tersenyum melihat anaknya.
"kamu sudah pulang sayang? Bagaimana sekolah?"

"macam biasa.. Saya salin pakaian dulu ya"

Puan erika hanya mengangguk kecil memandang anaknya. Dia tahu apa yang terjadi tapi tidak ada apa apa yang mampu dilakukan. Mereka bukan orang senang.

"ERIKA!! ERIKA!!" dari luar kedengaran suara garau lelaki terhuyung hayang berjalan sambil memegang sebotol arak.

Puan erika menggeleng kepala memandang suaminya "abang kenapa ni?!" segera wanita itu memapah suaminya masuk ke dalam rumah.

"aku nak duit.. Aku nak duit!! Bagi aku duit!" jerkah lelaki itu sambil menolak ibu jane ke tepi.

"ta.. Tapi duit semua abang sudah habiskan.."

"menjawab! Aku suruh bagi bagi jelah! Mana anak sial kau tu?! Jane! Janeee!!"

Segera gadis itu keluar dari bilik kerana terkejut mendengar pekikan bapa tirinya.
"kenapa pakcik?"
Jane mencerlung tajam memandang lelaki itu sambil menuju ke arah ibunya.

"ibu tak apa apa?"

Puan erika hanya mengangguk sambil menangis. Dia takut lelaki itu mengapa apakan anaknya.

"duit? Mana duit? Aku nak duit?!!"

"mana ada duit!!" lantang Jane membalas.

Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi mulus gadis itu. Berdengung sekejap telinga kirinya. Terduduk gadis itu akibat tamparan kuat bapa tirinya.

Jane!! Puan erika terus memekik sambil menghalau suaminya keluar dari rumah. Bingit rumah kecil itu dengan pergaduhan mereka. Sebab itu lah mereka duduk jauh dari penduduk kampung. Kalau tidak lambat laun mereka pasti akan diusir kerana menganggu ketenteraman.

"jane.. Jane kamu ok tak?"
Segera wanita itu memeluk anaknya sambil menangis.

"jane.. Jane ok mak.. Sikit je ni"
Balas gadis itu. Dia mengukir tsenyum nipis untuk menenangkan hati ibunya.

"maafkan ibu nak.. Pasal ibu kamu yang harus menanggung akibatnya"

Share this novel

mean2girl
2019-12-05 12:54:09 

(/◕ヮ◕)/


NovelPlus Premium

The best ads free experience