Bab 28

Romance Completed 207871

Setelah selesai berjumpa Aniq dan Syam, Intan membuka langkah menuju ke lift untuk naik semula ke bilik rehat Caden.

Hari ni satu hari dia tidak masuk ke bilik rehat pekerja. Tah apalah Aishah dan Kak Ana cakap nanti.

Whatsapp dari Aishah dan Kak Ana pun dibiarkan tak dibalas. Nanti-nanti lah. Serabut kepalanya.

Sebaik pintu lift terbuka, Intan terkejut kerana Caden dan Carlos berada di dalam lift tetapi tidak nampak seperti mereka akan keluar. Lalu Intan melangkah masuk.

Hanya Carlos yang tersenyum pada Intan. Caden pula wajahnya tegang sahaja. Apa masalah dia ni..

Intan kemudian menekan butang empat puluh lima. Diam mereka bertiga. Mujur juga lift tidak berhenti di mana-mana tingkat.

Macam tau-tau je ada angin ribut taufan di dalam ni.

Intan menjeling pada Caden di sebelah. Masih sama seperti tadi. Tak penat ke muka tegang, keras macam tu.

Intan toleh lagi. Sekali Caden tegak memandang Intan la.. Laju kepala ditoleh ke depan.

Mak oi, garangnya muka. Macam nak makan orang.

"Intan, butik akan hantar beberapa helai baju. Nanti Intan pilih ye. Saya tak pandai nak pilih baju perempuan ni" Carlos yang tadi senyap, tiba-tiba bersuara.

Laju Intan menoleh ke belakang. Terkejut juga, ingatkan kejap lagi nak keluar cari baju kurung yang sesuai. Tak sangka pula baju sudah ada, cuma perlu dipilih sahaja.

"Thanks Carlos" ucap Intan sambil tersenyum.

"Bukan pada saya, tapi bakal suami Intan ni" jawab Carlos.

"Oo... Terima kasih Tuan Caden" ucap Intan sambil melemparkan senyuman.

"Hmm.." balas Caden. Gitu je?

Marah aku ke dia ni. Ish, dah kenapa pulak. Aku ada buat salah ke.

Ikut suka kau la Caden oi.. Malas nak layan.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Caden melangkah keluar diikuti Intan dan Carlos.

Mereka bertiga menuju ke bilik rehat Caden. Carlos menekan password pintu dan daun pintu dibuka untuk Caden dan Intan masuk.

Setelah pintu ditutup rapat, Carlos kembali ke pejabatnya sementara menunggu pekerja butik menghantar pakaian.

Intan terus ke dapur, dahaga. Ingin basahkan tekak.

Kemudian kembali pada Caden di ruang tamu bersama segelas fresh orange. Gelas diletakkan di atas meja berhampiran Caden.

Selepas gelas diletak, Intan berpusing mengatur langkah ke bilik tidur.

"Siapa lelaki tadi, boyfriend?"

"Kenapa dia datang, kau panggil? Nak mengadu yang kau kena paksa kahwin?" soal Caden dengan suara yang tegang.

Terhenti langkah Intan yang ingin menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Tubuh dipusingkan menghadap Caden.

Dia ni dah kenapa, tiba-tiba tanya soalan pelik-pelik. Aku dah la serabut, dia tambah lagi serabut. Sat lagi ada yang makan penumbuk aku karang ni.

"Awak cakap apa ni Caden? Boyfriend apa nya ni" soal Intan tidak faham.

"Tak payah nak berpura Afrina. Dah lupa apa yang kau janji? Ingat Afrina, apa jadi kalau aku bocorkan rahsia siapa diri kau yang sebenar" kata Caden dengan mata yang tegak memandang Intan, seperti mahu ditelannya hidup-hidup.

"Eh, kau ugut aku? Kau ingat, aku ada kat tempat kau, aku takut?" soal Intan dan dengan pantas datang rapat pada Caden yang berdiri bercekak pinggang.

Mata Caden ditentang. Hilang hormat dia pada Caden.

Caden tersenyum sinis. Sikit pun tidak terusik dengan tengkingan Intan.

"Kau tak payah nak berpura Afrina. Aku nampak kau dekat cafe tadi. Dah puas mengadu?" soal Caden.

'Buk'

Terpaling wajah Caden ke kanan kerana penumbuk Intan.

Tangan Caden naik memegang hujung bibirnya yang pecah. Boleh tahan kuat juga penumbuk dia ni.

Caden mengangkat wajahnya memandang Intan. Tajam pandangan itu.

Merah wajahnya menahan marah. Menggeletar tangan geram. Dia ingat dia siapa nak tegur aku macam tu. Marah Intan dalam hati.

"Hey, kau ingat kau siapa? Belum jadi suami aku lagi dah macam ni. Ingat sikit, apa tujuan kita kahwin? Lupa, ke buat-buat lupa. Kau yang bagi syarat" marah Intan.

Begang Caden dengan soalan Intan. Bergerak-gerak rahangnya.

Lantas tubuh Intan diserbu dan ditolak ke atas sofa. Tubuh itu ditindih. Kedua-dua pergelangan tangan Intan dipegang dengan tangan besarnya.

"Eh! Kau nak buat apa ha! Jangan nak buat gila Caden" Intan meronta.

"Kau yang buat aku jadi gila!" tengking Caden.

Caden menundukkan wajahnya seakan mahu mencium Intan.

Laju Intan menoleh ke kiri dan kanan. Ini kalau biar, memang masak aku karang ni.

Tangan Intan dipegang rapat di dadanya. Caden sudah macam orang hilang akal.

Memang nak kena dia ni. Jangan salahkan aku kalau hidung mancung kau patah.

Tanpa membuang masa, Intan menghantuk dahi pada batang hidung Caden sekuat hati. Sakit juga dahinya. Tapi puas hati.

Menjerit Caden lalu bingkas bangun.

Intan mengambil kesempatan untuk menjauhi Caden.

Gila! Macam mana la aku nak hidup dengan orang psycho macam ni.

Tangan Caden naik memegang hidung, terbit cairan merah dari celah jarinya.

Caden memandang Intan terkejut. Strike 2-0 Intan kenakan dia.

Caden duduk di sofa berhampiran. Kemejanya sudah kotor dengan titisan darah.

Serba salah pula Intan melihat keadaan Caden. Kuat sangat ke aku hentak tadi. Buatnya patah sungguh hidung dia macam mana. Jenuh nak repair.

Intan pantas ke dapur mengambil first-aid, tuala dan mangkuk berisi air.

Takut-takut Intan hampiri Caden.

"Sini, saya tengokkan." pinta Intan.

Caden hanya diam dan membiarkan Intan mencuci darah di hidungnya. Ambil kau penangan Intan.

Lupa ke, dia tu polis, teknik lepaskan diri memang ada dipelajari. Merasa la kau tandukan Intan.

Sedang Intan membersihkan hidung Caden, tiba-tiba tercetus ketawa dari bibir Caden.

Ah sudah, takkan kena tanduk sekali terus gila kot. Biar betul dia ni, tiba-tiba je ketawa.

"Kuat juga kepala awak ye. Keras macam batu." kata Caden.

Terhenti tangan Intan dari membersihkan luka. Caden dijeling, sakit-sakit pun sempat dia perli aku.

"Kalau patah hidung saya, potong hantaran kahwin sebab nak tampung kos plastic surgery" usik Caden.

Ish, dia ni betul ke tak. Tadi marah sangat, ni dah buat lawak pulak. Intan dah pandang Caden pelik.

"Sorry.. Saya tak patut buat awak macam tu." perlahan tutur Caden.

Intan masih lagi diam, hanya tangan yang bekerja. Plaster ditampal pada hidung Caden. Dah kurang handsome.

Intan mahu bangun tetapi pantas tangan kanan Intan ditarik, tanpa diduga Intan terduduk di atas riba Caden. Lalu tangan Caden naik memeluk pinggang Intan menampung tubuh itu dari terjatuh.

Laju jantung Intan berdegup.

Rapat sekali wajah mereka, terasa hembusan nafas masing-masing di wajah. Sedang asyik melayan panahan mata, pintu terbuka dan Carlos terjengul bersama pekerja butik.

Terkejut Carlos melihat keadaan Caden dan Intan.

"Ehem"

Carlos memecah sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience