MAB 10: BANTAL PELUK PATUH SYARIAH*

Romance Completed 902165

“I love you…Qai…”

“Apa Qai…Qai…? Ni Zahran, tahu?” Sekali lagi Zahran cuba melepaskan tangan Arianna, namun Arianna masih enggan. Dipaut erat lengan Zahran tidak mahu melepaskan.

“Please don’t go…Qai…I need you here…” Arianna menggumam dengan mata terpejam.

Zahran berdecit, namun tiba-tiba satu idea terlintas di fikirannya. Dikeluarkan telefon dari saku seluar lalu melabuhkan duduk di birai katil. Tangan kanannya masih dipegang Arianna, manakala tangan kiri menekan ikon kamera, menetapkan mode video dan merakam wajah Arianna.

“Who’s Qai?” tanyanya.

Kata orang, ada dua jenis manusia dalam dunia ini yang tidak berbohong. Kanak-kanak dan orang mabuk.

“Tell me, who’s Qai?” Zahran kembali bertanya apabila Arianna diam menanggapi pertanyaannya. Malah tidurnya nyenyak sekali, tanpa ada rengekan atau gumaman seperti tadi.

“Ooo tak nak jawab. Kalau tak nak jawab, dah jangan nak pegang-pegang tangan aku.” Zahran tarik tangannya dari genggaman Arianna, cuba bangun dari katil. Namun seperti tadi, setiap kali Zahran bergerak, Arianna akan mengeratkan genggamannya. Benar-benar dia takut dan tidak mahu ditinggalkan.

“Kau biar betul. Kau ingat aku ni baik sangat ke? Dalam dunia ni lelaki yang baik memang ramai, tapi tak termasuk aku.”

“Qai…”

“Qai lagi! Qai lagi! Aku yang susah payah heret kau masuk bilik, bagi katil yang selesa ni untuk kau, eh nama Qai pulak yang kau sebut. Cepuk kang baru tahu. Kalau aku jumpa budak nama Qai tu, tahulah nasib dia.”

Tiada jawapan daripada Arianna. Lena tidurnya dengan tubuh tengkurap dan satu tangan memaut erat lengan Zahran.

Melihat Arianna sudah nyenyak, perlahan Zahran meleraikan jemari Arianna yang memaut lengannya. Berhati-hati dia melakukannya supaya tidur Arianna tidak terusik. Setelah berjaya, dia mengangkat punggungnya dari katil. Semuanya dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati supaya Arianna tidak terbangun. Sudah seperti seorang bapa yang baru berhasil menidurkan seorang anak perempuan.

Namun, belum sempat satu kakinya mencecah lantai, Arianna sudah menarik tangannya kembali membuat dia jatuh terduduk ke katil semula. Kali ini Arianna mengengsotkan tubuhnya lalu merebahkan kepalanya ke pangkuan Zahran.
Kedua-dua tangannya memeluk erat pinggang Zahran, seolah tidak mahu lelaki itu meninggalkannya.

“Don’t go…I want you…”

Zahran menganga tidak percaya.

“Melampau kau ya? Dibagi tangan, nak paha pulak.”

Dilekapkan satu tapak tangannya ke dada sambil menengadah.

“Ujian apakah ini Ya Allah?”

“Aku bukan wali sehingga perlu diuji seperti ini.”

Zahran tarik nafas dan menghembusnya perlahan. Bersandar pada kepala katil, dia akhirnya membiarkan sahaja Arianna berbaring di pangkuannya sambil tidak lupa merakam beberapa keping gambar untuk ditunjukkan kepada gadis itu nanti.

“Banyak hutang kau dengan aku.”

Lebih setengah jam Zahran duduk tidak bergerak kerana takut tidur Arianna terganggu. Setelah memastikan gadis itu benar-benar nyenyak, perlahan dia mengalihkan kepala Arianna dari pangkuannya. Berhati-hati dia melakukannya ibarat kepala Arianna seperti jerangkap samar atau periuk api yang jika berlaku sedikit hentakan akan menyebabkan ia meledak dan meletupkan seluruh hotel.

Fuh!

Bagai satu kejayaan besar apabila dia berjaya bangun dari katil tanpa ditarik atau dipeluk oleh Arianna.

“Yes! Good job, Kapten Zahran.”

Zahran menggeliat, membetulkan urat-urat tubuhnya yang tegang kerana duduk statik lebih daripada setengah jam.

Sedang enak menggeliat, Arianna tiba-tiba menjerit nyaring; membuat Zahran terlompat kerana terkejut.

“Astaghfirullahalazim…” Lagi-lagi Zahran mengurut dada.

“Lama-lama aku dengan dia ni, boleh mati sakit jantung aku.”

Zahran berlalu, berniat mahu membersihkan diri sebelum tidur. Namun, lagi-lagi Arianna membuat hajatnya tertunda.

“Kesiannya ayam tu…hik…hik…hik…” Arianna tersedu.

“Kenapa dia kena bunuh? Hik…Hik…Hik…”

"Manusia memang kejam...hiks..hiks...hiks..."

Zahran bercekak pinggang, memerhatikan Arianna yang menggumam dengan mata terpejam.

“Orkk…Orrkk…”

Bulat mata Zahran apabila Arianna mengeluarkan bunyi seperti tercekik sesuatu. Menyangka Arianna mahu termuntah setelah menghabiskan beberapa tin bir tadi, dia mendekat mahu mengejutkan gadis itu. Namun langkahnya terhenti apabila bunyi tercekik itu bertukar menjadi kokokan ayam.

“Orrkkkk….Orkk…Orkkk…Orrrrkkkkkkk….”

“Hahahahahahahahaha!” Tawanya pecah tanpa ditahan-tahan sehingga terduduk dia di lantai.

“Ya Allah Ya Tuhanku…Kau boleh berkokok pulak tengah-tengah malam ni. Hahahahahahahaha!!!”

“Orrkkkk….Orkk…Orkkk…Orrrrkkkkkkk….”

“Hahahahahaha! Ayam berkokok subuh-subuh la oi.”

Zahran bersandar di dinding, cuba meneutralkan semula nafasnya yang terpingkal-pingkal kerana penat ketawa. Namun belum sempat dia mengatur nafasnya, bunyi kokokan itu kembali kedengaran.

"Ya Allah...Ya Allah..."

Zahran terus ketawa apabila bunyi kokokan itu semakin menjadi-jadi.

“Hai kau ni…Memang nak kena dengan aku.” Zahran mengeluarkan telefonnya dari saku seluar lalu menghampiri katil dan merakam aksi Arianna itu dengan ketawa yang masih bersisa.

"Orrrkk....Orrrkkkk....Orrkkkkk....Uhuk...Uhuk...Uhuk..." Arianna terbatuk-batuk sehingga merah mukanya namun dia langsung tidak terjaga.

"Bersungguh kau berkokok...Nak kejut orang tahajud ke apa?"

Hampir seminit, baru gadis itu berhenti.

“Ya Allah…Semput aku.” Dipandang Arianna yang sudah lena semula.

Dia menggeleng perlahan dengan ketawa yang masih bersisa.

“Nasib baik kau berkokok. Kalau kau mengilai, aku campak kau ikut tingkap,” ujarnya lalu bangun menuju bilik mandi, menuntaskan semula hajatnya yang tertunda tadi.

ZAHRAN tersedar apabila merasakan tubuhnya terhimpit. Dia ingat semalam dia tidur sofa setelah mengorbankan tilam selesanya untuk Arianna. Namun rasanya sofa ini tidak sesempit ini ketika dia merebahkan tubuhnya semalam.

Dia membuka mata. Perlahan dia mengerjap, cuba menyesuaikan jumlah cahaya yang masuk ke dalam retina matanya.

Separuh daripada objek di dalam bilik itu mengisi pandangan. Namun apa yang menarik perhatiannya adalah katil yang sudah kosong.

Dia berdecit perlahan, memikirkan Arianna sekali lagi keluar dan mabuk di mana-mana.

"Budak ni kalau sekali tak menyusahkan aku tak boleh ke?"

Zahran tolak selimut, namun saat itu dia menyedari sesuatu. Ada satu tangan melingkar di perutnya dan satu kaki di atas pehanya. Perlahan dia memusingkan kepalanya, dan dalam hitungan detik matanya membuntang sempurna. Mana tidak, dia melihat Arianna tidur di belakangnya. Nyenyak sekali berbaring dengan belakangnya dirapatkan ke sandaran sofa dan bahagian depan tubuhnya rapat ke belakang Zahran.

Zahran bingkas bangun sambil mendengus kasar. Berdiri bercekak pinggang sambil memerhatikan Arianna yang lena benar tidurnya.

Sejak bila Arianna berpindah ke sofa? Apa gadis itu ada tabiat berjalan ketika tidur? Tetapi pandai pula dia berjalan ke sofa. Kenapa tidak berjalan tidur di koridor saja?

Zahran mencapai telefon di atas meja, melihat jam yang sudah menunjukkan pukul enam setengah pagi.

Aduh, sudah pagi rupanya. Kenapa rasanya baru beberapa minit sahaja dia tidur? Ah, ini semua gara-gara Arianna yang menyempitkan tempat tidurnya sehingga dia tidak dapat tidur dengan selesa. Bila tidur tidak selesa, tidur yang lama pun jadi tidak cukup.

“Terbantut tidur aku.” Zahran capai bantal kecil yang sudah jatuh ke lantai lalu dicampak ke muka Arianna.

Berkerut Arianna merasa libasan pada wajahnya. Terpisat-pisat dia bangun dengan mata separuh terbuka dan rambut yang menutupi sebahagian wajahnya. Belakang kepala digaru sambil mulut menguap menahan kantuk.

“Tak berkokok pulak kau pagi-pagi ni,” kata Zahran.

“Dah pukul berapa?” tanya Arianna dengan suara serak khas orang baru bangun tidur tanpa mempedulikan perlian Zahran. Toh, dia juga tidak sedar dia berkokok semalam.

“Enam setengah. Kau dah kenapa merayap tidur dengan aku kat sofa? Saja cari nahas?”

Arianna terkebil-kebil memandang Zahran, sebelum menoleh ke kiri dan ke kanan memerhatikan tempat tidurnya.

“I have a nightmare. So I need someone to cuddle.”

“Itu bukan alasan untuk kau tidur dengan aku. Kau tahu tak apa akibat daripada perbuatan kau ni? Parents kau tak ada ajar ke jangan tidur dengan lelaki sebarangan?” Zahran benar-benar tidak habis fikir dengan jalan fikiran Arianna. Semudah itukah dia menyerah diri tidur dengan lelaki yang bukan sesiapa baginya? Bukan teman lelaki, bukan tunang, apatah lagi suami.

“Kita cuma tidur. Apa yang nak kecoh sangat? Bukan buat apa-apa pun. And I’m not sleeping with random man. I tidur dengan lelaki yang paling I percaya selain daddy dan datuk I.” Arianna papar senyum acah comel.

Bulat mata Zahran mendengar jawapan selamba Arianna sebelum dia menggeleng tidak percaya.

“Apa yang buat kau percaya sangat dengan aku?”

“I don’t know. It’s just woman instinct. Maybe sebab you dah ada isteri dan anak-anak. I percaya lelaki yang ada isteri cantik dan anak-anak yang comel takkan curang. Kalau ada pun, he is not a man but a boar.”

“So, perempuan yang tiba-tiba tidur dengan lelaki yang dia percaya suami orang tu layak dipanggil apa? Sow?”

“Hey, mind your words!”

“Mind your manners first, miss. Aku bukan bantal peluk patuh syariah yang kau boleh datang peluk suka-suka hati and aku takkan buat apa-apa, faham? Tak ada lelaki biasa yang baik dalam dunia ni kecuali kalau dia dah kena kembiri.”

"Kembiri? Biri-biri? Lelaki yang ada ciri biri-biri tu baik?"

Zahran tidak tahu mahu menangis atau ketawa, namun melihat wajah Arianna yang polos, dia yakin Arianna benar-benar tidak tahu.

“Bukan biri-birilah. KEMBIRI! Google sendiri maksud dia,” katanya lalu terus berlalu ke bilik mandi. Berdebat dengan Arianna, dari Subuh sampai ke Zuhur belum tentu habis.

Setelah Zahran menghilang ke bilik mandi, Arianna bangkit dari sofa lalu mencapai telefonnya di atas meja kopi tidak jauh dari sofa.

Digeser skrin telefon, lalu membuka aplikasi Google.

“The meaning of kembiri,” gumamnya sambil menaip carian itu.

Hanya dalam hitungan detik, muncul hasil carian di skrin telefonnya. Dibaca hasil carian itu satu persatu tanpa menekan pautannya. Hanya mencari artikel atau jawapan yang sesuai.

“Lima sebab kembiri kucing.”

Dia mengernyit. “Apa ni, tak faham. Kucing nak dijadikan biri-biri ke?”

“Kembiri kambing murah di Selangor? What the hell…”

Digeser lagi skrin sebelum dia menemui pautan artikel tentang kembiri dari laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Segera telunjuknya menekan pautan artikel itu.

“Kembiri bermaksud sudah dihilangkan alat jantannya atau tidak ada sifat kejantanannya lagi, atau sudah dihilangkan jantannya. Mengembiri merupakan perbuatan seseorang menghilangkan membuang alat jantannya. Eyewww…Seriously?”

Arianna mengernyit, namun dia meneruskan juga bacaannya. “Kembiri atau castrate dalam istilah perubatan merujuk kepada perbuatan membuang testis.” Arianna melekapkan tapak tangannya ke dada dengan mata membuntang luas. “Oh my…buang testis? Then how to…?” Arianna menggeleng, cuba mengusir bayangan kotor itu dari kotak fikirannya.

Dia masih asyik dengan beberapa artikel lain tentang kembiri tanpa menyedari Zahran yang sudah keluar dari bilik mandi.

“What do you want for breakfast?” tanya Zahran sambil membuka peti sejuk, mengambil sebotol air mineral lalu meneguknya.

“Testis kambing…”

Tersedak Zahran dengan jawapan Arianna. Habis bersembur air yang baru separuh masuk ke tekak. Terbatuk-batuk dia sehingga merah mukanya, namun Arianna kelihatan begitu khusyuk dengan telefonnya.

“You want what?!”

Suara Zahran yang melengking kuat itu membuat Arianna mengalihkan fokusnya dari skrin telefon.

“Kembiri tu biasanya dilakukan pada kambing. Dia buang testis pada kambing jantan so that kambing tu sesuai jadi kambing pedaging sebab, bila testis pada zakar kambing jantan ni dibuang, kambing tu tak dapat mengawan and finally akan menjadi lebih gemuk akibat kurang aktif untuk mengawan.”

Zahran melongo. Jadi itu yang membuat Arianna begitu khusyuk? Belum sempat otaknya yang sudah beralih tempat kembali ke tempat asal gara-gara Arianna, kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu lagi-lagi membuat dia kelu dan terkedu.

“So, kalau nak kurus kena selalu mengawan. Sebab kalau tak mengawan akan jadi gemuk.”

Ya Tuhan!!! Dia cuma bertanya mahu makan apa untuk sarapan, kenapa melarat-larat sehingga topik mengawan?

“Aku tanya nak breakfast apa pagi ni, yang kau melalut-lalut sampai mengawan tak mengawan ni dah kenapa?!”

“Oh…Bagitahu je breakfast for vegan. Chef mesti tahu,” kata Arianna sambil kembali fokus pada telefon.

Zahran mendengus sebal. Dijeling Arianna sebelum mengambil telefon, menghubungi restoran hotel.

“Please bring one set of breakfast for vegan and one set breakfast for karnivor,” ujarnya dengan nada geram. Marah dengan Arianna tetapi dilampiaskan pada staf kaunter depan restoran. Terpulang kepada mereka bagaimana mahu mentafsir makanan untuk karnivor itu.

30 minit menunggu, makanan yang dipesan sampai. Mereka menikmati sarapan dengan senyap sebelum tiba-tiba Arianna mengeluh.

“Semalam ayam, hari ni kambing.”

Zahran angkat muka, memandang Arianna dengan dahi berkerut.

“Kambing tu sakit tak bila testis dia dibuang?”

Nyaris tercekik Zahran dengan pertanyaan Arianna. Tuhanku, tak habis lagi rupanya isu kembiri tadi.

"Orang tengah makan, kau boleh bercakap pasal testis kambing pulak!"

"Bukan ke tu satu bentuk kekejaman pada haiwan?” soal Arianna tanpa mempedulikan kemarahan Zahran.

“Kau dah baca tadi kan, the purpose of castration. Untuk jadikan dia gemuk.”

“Lepas tu sembelih? Oh…I can’t…”

“Look, miss…Kita hidup dalam ekosistem. Kambing tu kalau manusia tak makan, harimau, serigala, singa akan makan. Matilah kalau singa, harimau, serigala tu kau nak bagi makan sayur.”

“Singa, harimau, serigala tu binatang. Tak ada akal. Manusia kan ada akal, sepatutnya boleh fikir,” kata Arianna.

“Kambing memang untuk dimakan. You want to be a vegan, then it’s your choice, but don’t judge people who eat meat.”

“I don’t judge anyone. I just…Rasa terganggu…Ayam tu semalam pun…” Arianna menggeleng, cuba menyingkirkan imej ayam berdarah dengan kepala terkulai semalam dari benaknya. Benar-benar mengerikan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Kalau rasa terganggu, tak payah fikir. Do something that can make you forget about it. Tengok TV ke, movie ke, drama ke, main game ke,” kata Zahran sambil mengelap mulutnya.

Arianna diam, mengacau-ngacau oat di dalam mangkuknya tanpa minat.

“Habiskan makanan tu. Jangan membazir. Ramai lagi orang kebulur kat luar sana yang tak cukup makan,” kata Zahran lalu bangun dari duduknya.

“Tahulah!” balas Arianna.

“Menjawab!”

“Jawablah. Kalau tak jawab, you kata I pekak pulak!”

Zahran malas melayan. Melangkah ke walk-in closet, bersiap-siap untuk majlis Grand Opening Ayana Imperial Hotel pagi ini.

Selesai berpakaian, dia keluar semula ke ruang makan. Arianna masih santai menikmati makanannya sambil menatal skrin telefon.

“Hari ni aku ada event. Kalau ikut plan sampai pukul satu. Kau duduk diam-diam dalam bilik. Jangan nak keluar mabuk-mabuk tak tentu hala. Jadi orang tu biar nampak macam berakal.”

“Tahulah! Semalam I stress sebab tu I keluar.”

“Hari ni kau stress ke tak stress ke jangan keluar. Kalau aku tahu kau keluar, siap aku sebar video kau.”

“Video apa?” tanya Arianna menantang, walaupun dalam hati kecut juga jika Zahran merakam aksinya ketika tidur semalam.

“Kau tunggu…” Zahran seluk saku seluar, mengeluarkan telefonnya sebelum menggeser skrin mencari video Arianna berkokok. Sebelum dia menunjukkan video itu kepada Arianna, dia menguatkan dulu volume.

“Dengar ni…” ujarnya.

“Orrkkk….Orrrkkk….Orrrkkkk….Orrrkkk…”

Arianna terbahak. Nyaris bersembur oat di dalam mulutnya.

“Bunyi apa tu? Macam ayam tercekik dedak…Hahahahahahaha!!”

“Kan?”

“Video apa tu?” tanya Arianna dengan tawa yang masih bersisa.

“Haaaaa….Tunggu ya?” Zahran memutar semula video itu lalu ditunjukkan kepada Arianna.

Bulat mata Arianna melihat video itu. Dia dengan mata terpejam, mulut ternganga-nganga, lidah terjelir-jelir berkokok.

Bukan sekali, malah berkali-kali. Malah suara ketawa Zahran jelas terdengar di dalam video itu.

“Kurang ajar kau!” Merah muka Arianna menahan marah, malu, geram. Tangannya tergapai cuba merampas telefon itu dari tangan Zahran namun lelaki itu pantas memasukkan semula telefon itu ke dalam saku seluarnya.

“Ha, lain kali kalau tahu ada tabiat tak serupa orang, tidur sorang-sorang. Jangan berangan nak tidur dengan orang.”

“Padam sekarang!” Lurus telunjuk Arianna ke muka Zahran dengan wajah mencuka.

“Tunggu aku balik nanti, baru padam. Buat masa sekarang, ni senjata aku.”

Arianna berdecit marah. Dicedok sesudu penuh oat lalu disumbat ke mulutnya. Geram!

"Aku balik nanti, aku nak tengok kau ada dalam bilik ni. Jangan keluar ke mana-mana, faham?!!”

Arianna hanya menjawab dengan gumaman.

“Faham ke tidak?!”

“Fahamlah!”

“Bagus. Macam tulah maid aku. Dengar cakap aku, jangan menyusahkan aku, baru senang hidup kau dunia akhirat.”

“Alah, you sendiri pun sipi-sipi dengan pintu neraka, ada hati nak bagi orang lain jaminan selamat dunia akhirat.”

Bulat mata Zahran memandang Arianna. “Berani kau ya?”

Arianna malas melayan, terus menikmati sarapan sambil memutar bola matanya.

“Duduk diam-diam. Nak berkokok ke, mengembek ke, mengilai ke, dalam bilik je. Jangan keluar!” Lagi-lagi Zahran mengingatkan sebelum melangkah kembali ke walk-in closet. Blazer disarungkan ke tubuhnya sebelum keluar.

Saat pintu tertutup, samar-samar dia mendengar Arianna menjerit nyaring di dalam bilik.

Dia terkekeh perlahan.

Share this novel

awer
2022-06-21 10:01:13 

calyta klu x buat lawam x sah...adoi ai

NidaRose
2022-04-11 15:00:34 

hai lucu la ariana ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience