Bab 10

Romance Series 16573

Ellya sungguh gembira kerana hari jadi nya jatuh pada hari esok.. dia semakin tidak sabar untuk menyambutnya bersama kawan baiknya Husna. Kini Ellya sudah mencecah 25 tahun tetapi sekalipun Husna tidak pernah melupakan hari jadi sahabatnya itu, pasti ada sahaja aktiviti yang mereka akan lakukan.. akan tetapi Ellya terlupa dia kini sudah bersuami.. Dia perlu meminta izin suaminya dahulu..

Lalu Ellya mendail nombor telefon suaminya..yang masih berada di pejabat pada hari cuti.

“Syad..awak busy ke?”
“Kenapa?”
“Saya nak mintak izin..nak keluar dengan Una esok..boleh?”
“Dah tak boleh nak bincang kat rumah ke isteri ku tercinta? Kejap lagi saya balik ye” lembut Irsyad menjawab soalan isterinya.. tahu sangat isterinya bakal cair akan kata katanya..
“Hehehe..yelah saya tunggu awak! Balik cepat tau..saya masak”
“Alright honey..”
Ellya menutup telefon dengan tersenyum lebar..semakin hari semakin banyak yang Irsyad buatnya tersenyum dengan ayat ayat manis lelaki itu..tapi kalau bergaduh..lelaki itulah yang paling buat dia menyampah..nasib lah dapat suami annoying macam ni..rungut Ellya.

‘Eh lupa!’ Ellya menepuk dahinya, lauk yang dipanaskan tadi tidak bertutup..
‘Fuhh nasib sempat..’ Desisnya.. lalu dia mempersiapkan diri seperti biasa.. tudung disarung kemas dikepala..Irsyad sekalipun tidak memaksa Ellya untuk membukanya..

Sedang Ellya melayan cerita Me Before You di televisyen, ketukan dari luar.

‘Irsyad lah ni’ Desis Ellya

“Sorry lupa tertinggal kunci kat pejabat..sebab teringat orang tu lah” sempat Irsyad menjeling Ellya disisinya yang sudah menayangkan senyuman lebar..
“Alaa saya mintak awak balik awal harini je..”
“Eh yelah yelah..tak usah nak mencebik sangat..kiss nanti baru tahu”
Pantas Ellya menutup mulutnya..tergelak Irsyad dengan perlakuan Ellya sebentar tadi..

“Awak pergi mandi dulu lah..busuk..saya siapkan makan eh”
“Eh sorry sikit busuk busuk ni lah yang dia sayang..nah bau sikit ketiak” sengaja Irsyad menyuakan tangannya ke arah Ellya, berlari Ellya menuju ke dapur..
“Eee tak senonoh lahh!! Pergi lah mandii..urghh”
“Hahahahaha nak pergi lah ni..”

Selesai Irsyad mempersiapkan diri untuk makan..dia turun..melihat Ellya yang sedang membancuh air untuknya..

Irsyad yang hanya memerhati gerak geri Ellya..terbit idea nakalnya utk menyakat isterinya itu..

Dirapati isterinya.. Irsyad memeluk Ellya dari belakang kemas..Ellya yang terkejut terlepas sudu di tangan nya.. membuatkan Irsyad semakin galak menyakatnya..

“Jangan lah! Terkejut lah saya awak buat mcm ni.. “
“Biarlah awak kan isteri saya”
“Tapi kan saya tengah buat air ni..kalau tertumpah air tadi kat awak haa mcm mana”
“Takpala kita mandi lah lagi sekali..mandi sama sama” Irsyad sudah memandang Ellya nakal, Ellya sudah merona merah pipinya..
“Eeee blushing lah dia..nak le tuuu”
“Mana adaaa!!”
Chuppp! Bibir Irsyad mendarat ke dahi Ellya,

“Dah 3-1 dah kita ni..awak memang taknak fight balik ke? Tak takut kalah?”
“Alaaa saya biar je awak mendahului..nanti saya kejar lah..i have my own tactics okay” Ellya cuma berlagak, tetapi otak nya masih kosong oleh kerana blurr dek kerana perlakuan Irsyad sebentar tadi..

“Dah dah jomm makan..lepasni kita deal mcm mana nak fight lagi..okay?”
“Yelah pape jelah Suamiku Tercinta”
Hidangan yang sudah sedap tersedia..Irsyad tersenyum lebar..lauk kegemarannya kini menjadi santapan mereka pada malam itu..
usai makan..

“El..buatkan kopi..”
“Alright”
Ellya sudah siap sedia membuatkan Irsyad kopi untuk dibawa ke ruang tamu..
“Haa tadi cakap nak bincang nak keluar esok kan..Nak pergi mana?” Soal Irsyad
“Nak..pergi..taktahu lagi..tak plan lagi lah..” ‘Dia tak ingat ke birthday aku? Aku boleh ingat birthday dia kot..takkan dia tak ingat..hmm’ Desis Ellya yang sudah merenung Irsyad yang fokus dengan tv.
“Lahhh..kalau taktahu mcm mana saya nak bagi perlepasan awak nak keluar..nanti tah kemana mana awak pergi..sesat ke apa nanti”
“Alaa Una kan ada..takpa lah..kitaorang boleh je berdua..”
“Betul ni?”
“Ye betul..”
“Okay lah macam tu..keluar lah..” Irsyad menyambung kembali matanya di tv.
Ellya sudah menghembus nafas, sedikit kecewa kerana Irsyad tidak mengingati hari jadinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience