BAB 6

Thriller Completed 3653

Nadira menolak pintu rumah putih itu perlahan-lahan. Dia menapak masuk lalu memerhati sekeliling rumah. Pelik! Kenapa susunan meja dan kerusi tidak seperti malam sebelumnya. Malam dimana dia dan Najib pertama kali ke situ. Ah! Mungkin ada yang jaga rumah ni kot, bisiknya ingin menyedapkan hati. Tiba-tiba dia mendengar seperti bunyi seseorang sedang berlari di tingkat atas rumah.

Nadira pelik. Rumah ni ada tingkat atas ke? Bisik nya pada diri sendiri. Mana tangganya? Persoalan demi persoalan bermain di fikirannya. Nadira terus menyusuri rumah yang tidaklah terlalu besar baginya. Tiba-tiba dia ternampak seakan sebuah ruang di kirinya berhampiran sudut dimana di sudut itulah dia melihat hiasan meja sudut dan sebuah pasu bunga. Tapi dimana meja sudut itu? Kenapa semasa dia dan Najib ke situ, mereka tidak nampak ruang itu. Ruang yang seakan-akan menuju ke kawasan lain rumah itu dan sebaik saja dia melalui ruang tersebut mulutnya terlopong. Mak datuk besarnya rumah! Jerit hatinya. Rupanya rumah itu seakan terbahagi dua. Dan kawasan yang baru saja dia jejaki lebih besar dari ruang pertama tadi. Tangga! Matanya tajam menangkap tangga yang berada di hujung ruang tersebut. Lantas kakinya laju melangkah ke situ.

Sebaik saja kakinya mendarat di tangga pertama, tiba-tiba tiupan angin halus menyapa tengkuknya menyebabkan bulu romanya terangkat serta-merta. Menepis segala yang terfikir di hatinya, Nadira meneruskan langkah menuju ke tingkat atas. Di tingkat atas, Nadira meliarkan pandangan matanya.

Tiada apa yang menyeramkan kecuali sebingkai gambar yang tergantung kemas. Gambar seorang wanita dengan sebuah senyuman manis. Wanita itu seolah-olah sedang melemparkan senyum kepadanya dan tanpa sedar Nadira juga mengukir senyuman lalu perlahan-lahan menghampiri gambar tersebut.

“Dira……” tiba-tiba dia terdengar seakan ada suara yang memanggilnya. Nadira menoleh ke belakang. Tiada siapa-siapa kecuali bunyi ketawa yang datang dari sebuah bilik yang ada di situ. Walaupun takut, Nadira tetap melangkah perlahan menuju ke bilik itu tanpa menyedari wajah wanita di dalam gambar sebentar tadi telah berubah reaksi. Dari senyuman manis menjadi sedih dan terdapat air mata mengalir dari mata wanita itu.

Nadira menolak pintu bilik itu perlahan-lahan. Bunyi keriut menambahkan lagi seram di hatinya. Apabila terbuka saja pintu tersebut, hanya terdapat sebuah katil dan almari usang. ‘Siapa yang ketawa?’ tanya hati kecilnya. Semasa hendak menutup kembali pintu bilik itu, sekali lagi suara halus itu memanggil namanya. “Dira……tolong aku!”

“Siapa kau? Keluar sekarang! Aku tak takut pada kau,” jerit Nadira walaupun degupan jantungnya seolah-olah dapat di dengar. Sunyi! Suara tadi hilang begitu saja. Nadira memutarkan pandangannya kembali ke arah gambar wanita tadi. Entah kenapa hatinya mengatakan bahawa wanita itu yang memanggilnya. Nadira melajukan langkahnya menuju ke arah gambar tersebut. Nadira memerhati gambar tersebut, lama. Seolah terpaku, Nadira mengusap gambar wanita yang seakan tersenyum kepadanya. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi terjatuh dari tingkat bawah. Segera Nadira berlari menuju ke tingkat bawah. Dia memerhati sekeliling. Dari jauh, dia melihat satu lembaga yang berselubung di kepala berjalan terincut-incut menuju ke arahnya. Dalam debar yang kuat, Nadira memberanikan diri. Dia membuka bunga silat, ingin mempertahankan diri jika ada apa-apa berlaku.

“Dira, nasib baik……”

Bukkk! Satu tendangan padu hinggap di atas kepala lembaga tersebut. Lembaga tersebut jatuh bergolek dan mengaduh sakit.

“Adoiii, Dira! Apa ni? Aku lah Najib,” lembaga tadi membuka selubung kepalanya.

“Ya Allah Najib!” pekik Nadira terkejut lantas membantu Najib untuk berdiri.

“Kenapa kau ni? Sakitlah!” marah Najib. Nadira hanya tersengih.

“Engkaulah. Siapa suruh berselubung. Aku ingatkan hantu,”

“Hantu belakang rumah engkau!” Najib masih marah. Dia menggosok kepalanya akibat tendangan keras dari Nadira. Nama saja perempuan, tapi keras mengalahkan lelaki! Omel Najib sendiri.

“Alah, sorrylah Jib. Aku tak sengaja. Lagipun, tadi aku baru saja melalui pengalaman seram,” adu Nadira.

“Kau dapat apa-apa ke?” tanpa mempedulikan kepalanya yang masih sakit, Najib ingin mengetahui cerita Nadira.

“Ada juga. Tapi tak cukup seram kot,” Nadira memandang ke tingkat atas. Gambar wanita tadi masih bermain di mindanya.

“Apa yang kau jumpa kat atas tu?” Najib memuncungkan mulut menghala ke tingkat atas.

“Sebuah gambar dan sebuah bilik. Tapi takde apa yang menarik pun,” keluh Nadira. “Kau ni apa mimpi cari aku kat sini,” sambung Nadira.

“Mila telefon aku, dia cakap kau tak balik-balik sejak keluar dari pukul 12.00 tadi. Kau ni kalau dah takde apa-apa kat sini buat apa sampai pukul 3 pagi?” marah Najib.

Pukul 3! Eh, rasanya baru sekejap tadi dia menjejakkan kaki ke rumah itu. Takkan selama itu dia di dalam rumah ini. Nadira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Dah! Dah! Jom balik,” Najib menarik tangan Nadira ingin berlalu dari situ.

“Kejap lah Jib. Aku nak tunjukkan sesuatu pada kau,” Nadira menarik kembali tangannya lantas melangkah menuju ke tingkat atas.

“Apa lagi cik Dira oiii. Dah sah-sah lah rumah ni takde apa-apa,” walaupun mengomel dia tetap membontoti Nadira menuju ke tingkat atas.

“Apa dia?” tanya Najib sebaik saja dia berdiri di sebelah Nadira.

“Errkkk. Tadi ada kat situ,” tunjuk Nadira ke suatu tempat. Dia pelik. Mana gambar itu?

“Apa yang kat situ?” Najib pening.

“Gambar…..” Nadira tidak menghabiskan ayatnya apabila segera dipintas Najib.

“Dahlah Dira. Lebih baik kau terus terang dengan singa tua tu nanti, yang rumah ni takde apa-apa,” Najib lantas menarik tangan Nadira. Nadira melangkah perlahan tetapi masih menoleh ke arah tempat gambar wanita tadi tergantung kemas. Kosong!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience