Chapter 18

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.18 Nnur..?

Normal POV

Keesokkan harinya , pihak hotel berencana untuk mengadakan pertandingan bola tampar antara pelancong dengan tujuan menceriakan suasana suram yang telah terjadi di hotel mereka.

"Korang patut sertai pertandingan ni. Takkan lah korang semua nak murung je? Come on guys ," kata pekerja hotel itu.

Alyn menatap wajah pekerja hotel itu dengan pandangan tajamnya. "Cik tak tahu ke apa tu 'sedih'? Kawan kami baru meninggal semalam dan hari ni cik suruh kami bersuka ria? Cik tak ada perasaan ke!?" marah Alyn.

Pekerja yang bertag nama Amanda itu tertawa kecil. "Kawan korang tu mati sebab tu kehendak dia sendiri. Haha , funny.."

Dia smirk apabila melihat jelingan tajam dari remaja-remaja itu.

"Cik , kalau cik taknak muka cik lebam , baik cik pergi.." Put berkata tanpa memandang wajah wanita itu.

"Tsk , dah lah , tak guna ajak korang bergurau.. Orang yang dah pergi , takkan boleh kembali ,"

Olyn berdiri , "Nak bergurau bukan macam tu caranya. Made fun of our dead friend and thought thats was funny? Where's your heart Ms. Amanda?" tanyanya dengan nada sedih. Dia melepaskan keluhan lalu berjalan pergi.

"Dia tu yang suka lari-lari tu kan?" Amanda tertawa lagi.

"Tengok muka kau buat aku meluat!" kata Dira. Dia juga pergi dari situ. Beberapa orang rakan mereka bangun dan mengikut Olyn dan Dira.

Amanda menyeringai , "Kawan korang perlu tenangkan diri mereka. Memanglah budak 'Ainaa' ni baru mati, tapi dia mati sebab dia sendiri yang nak kan? Dia bunuh diri. So , itu menyatakan yang dia tak suka duduk dekat dunia ni lagi dan dia..tak gembira berkawan dengan korang..? Maybe?" Amanda menyatakan fakta yang dia sendiri tidak tahu betul atau tidak.

"You should shut your mouth , miss. If you don't know the real story then don't say anything. Thats bad , really really bad." Iffa menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Real story? Oh , sekarang korang nak cakap ada pembunuh dekat hotel ni lah? Atau korang nak cakap..hotel ni berhantu?" Amanda tertawa lagi. "Tsk tsk tsk , kalau korang nak cakap hotel ni ada pembunuh , mesti dah banyak kes pembunuhan berlaku sebelum ni. Hantu pulak? Hantu mana boleh bunuh orang dek.. Hahaha" Amanda yang masih tertawa itu membalikkan badannya lalu meninggalkan beberapa orang gadis yang memandangnya speechless.

Bukan speechless sebab mereka tak mampu melawan kata wanita itu , tetapi speechless kerana melihat wanita itu tertawa seperti orang gila.

"That bitch should thank to Olyn cause Olyn didn't do anything to her beautiful face.." kata Inder. Dia menatap Amanda yang kini berada bersama dengan teman sekerjanya dengan penuh rasa benci.

"Aku rasa tak mustahil jugak kalau kita kata dekat hotel ni ada hantu.." Nabihah memandang rakannya seorang demi seorang.

"Eh? Kenapa kau cakap macam tu?" Yana memandang Nabihah pelik.

"Yelah , korang ingat tak pasal malam BBQ tu , kita ada dengar cerita pasal budak perempuan yang mati tergantungkan? ..dan yang cerita tu Ainaa. Mungkin ada kaitan.."

"Mengarutlah! Aku tak percaya benda karut macam tu!" Put memotong ucapan Nabihah.

"Aku cuma cakap ," Nabihah mengangkat bahunya.

Suasana menjadi hening di antara mereka.

"Aku rasa aku nak join lah pertandingan bola tampar ni.." kata Yana tiba-tiba.

Rakannya yang berada di situ memandangnya. Mereka juga seperti sedang berfikir.

"Aku pun nak joinlah , lumayan buat hilangkan rasa sedih.." Put mengangguk-angguk.

"Kalau gitu aku pun nak join jugak , korang?" tanya Iffa kepada Inder dan Nabihah. Dua orang gadis itu mengangguk setuju.

"Kami pun nak ," Adilla dan Aleeya tersenyum kecil.

*

"Put!" Bola di past kepada Put. Nasib baik dia sempat memukul bola itu kepada pihak lawan. Suprisely , pukulan yang dilakukan Put itu tidak dapat ditangkap oleh team pihak lawan.

Team mereka menang menentang team pihak lawan yang pertama.

"Yeah!" Aleeya dan Adilla berhigh five.

"Kau hebat.." Yana menepuk-nepuk bahu Put. Put tersenyum kecil.

Setelah berehat lima belas minit , kini team mereka lawan dengan team lain. Tak sangka permainan ini dapat membuat mereka melupakan perasaan sedih mereka.

Put dan Yana bermain dengan serius. Setiap bola yang menghala ke arah mereka tidak mereka lepaskan.

Keputusan akhir untuk permainan bola tampar itu tidak dimenangi mereka. Team mereka mendapat tempat kedua dengan mata 5-4. Itu pun sudah membuat mereka berasa gembira.

Semasa sedang duduk berehat , tiba-tiba sebiji bola tercampak di hadapan mereka meluru ke dalam semak.

"Boleh tolong ambilkan tak?" pinta seorang lelaki berbangsa Cina kepada mereka.

Put bangun dari tempat duduknya. "Tak apa Put , biar aku yang ambil.." Put kembali duduk. Yana berlari anak ke arah semak-samun.

Sudah sepuluh minit berlalu , Yana masih belum kembali. Wajah Put berubah menjadi risau. Bukan hanya dia , member teamnya juga berasa risau.

Mereka berlima bangun dan menuju ke arah semak yang Yana pergi tadi.

"Oh my.." Inder menutup mulutnya.

"Yana!!" Put berlari ke arah tubuh Yana yang terlentang di atas rumput. Melihat darah membasahi rumput membuat fikiran Put berserabut. Put membalikkan badan Yana dengan berhati-hati

Rupanya sebatang kayu tajam , mungkin dahan pokok atau kayu-kayu yang saja di buang di situ , telah tertusuk di perut Yana. Kemungkinan semasa Yana ingin mengambil bola , dia telah tersandung sesuatu sehingga keadaannya menjadi seperti ini. Lukanya tampak parah.

"Ugh.." Put meringis apabila mendengar Yana mengerang kesakitan.

"Aleeya! Adilla! Pergi panggilkan doktor dengan yang lain-lain!!" kata Put panik. Aleeya dan Adilla berlari ke hotel tanpa berkata apa-apa. Mereka juga panik melihat kecederaan kakak senior mereka itu. "Yana! Tahan Yana!" air mata Put kini mengalir deras.

"Sakit.." mata Yana terlihat kuyu sahaja. Melihat keadaannya ketika itu membuat Inder , Iffa dan Nabihah turut menangis.

"Tahan Yana , kau kuatkan? Tolong bertahan sampai doktor datang ," Tangisan Put menjadi-jadi. "Jangan mati sekarang.." Put tersedu-sedu.

"Put , aku tak boleh , sakit sangat.." Yana berkata dengan lemah.

Put mengepal penumbuknya. "Mana dorang ni!?" Put mendengus.

"Put ," panggil Yana dengan suara lirih.

"Jangan cakap apa-apa lagi , simpan tenaga kau tu.." rayu Put.

"Put , listen to me!" Yana menggenggam baju Put. Mahu tak mahu , Put terpaksa juga mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Yana. Put memandang wajah Yana.yang sudah pucat itu. "..Disebabkan aku dah tak dapat tahan lama , aku nak kau janji satu perkara dekat aku.." bisik Yana.

"Apa..?"

"Tolong..jaga sisa member Olala baik-baik untuk aku. Yang paling penting sekali , Olyn.. Jaga dia , jangan biarkan dia keluar dari Olala lagi. Walaupun aku dah mati nanti , aku tetap akan bersama dengan Olala.."

"Yana , apa kau mengarut ni , I know you can make it. Bertahanlah , sikit je lagi.." pinta Put.

Yana chuckled. Dia menggeleng perlahan. "I can't.. Please promise to me.. To..tolong pesan de..dekat keluar..ga aku ju..jugak , aku mita m..maaf se..bab jadi a..anak yang ke..keras ke..pala dan s..selalu tak deng..ar cakap mere..ka.." Suara Yana tersekat-sekat. Dia terbatuk dan meringis penuh rasa terseksa. Dia yakin dia tidak akan dapat bertahan lagi.

"Stop Yana ," Put sobbed. Yana tersenyum kecil. Sistem pernafasnya kini menjadi perlahan dan matanya terpejam sedikit demi sedikit.

"Yana? Yana , kau jangan bergurau dengan aku.. Yana!?" Put menggoncangkan tubuh Yana. "No..No way!!" Put menggelengkan kepalanya tidak percaya.

"Put ," Inder memegang bahu Put. Put menolak tangannya.

"YANA!? YANA!? BANGUN YANA!! TAK KELAKAR LAH WEH!! YANA!! YANA , WAKE UP!! YANA!!" Put menjerit sambil menggoncang tubuh Yana yang sudah tidak bernyawa itu dengan lebih kuat. Dia menangis teresak-esak. "Yana.." lirihnya.

"Put , Yana dah tak ada.." Inder juga teresak sama.

Beberapa ketika kemudian , seorang doktor dan dua orang jururawat muncul bersama beberapa member yang lain.

Doktor dan jururawat itu mendekati tubuh Yana manakala member yang lain berdiri kaku sambil melihat tubuh longlai Yana.

"Nurse , periksa nadinya!" arah doktor lelaki itu. Seorang jururawat memegang pergelangan tangan Yana dengan tujuan ingin memeriksa nadinya. Jururawat tersebut menggelengkan kepalanya. "Selasa-6.30 p.m." Doktor itu mencatat waktu kematian Yana. "Panggil pengawal bawa dia ke bilik mayat."

Doktor dan jururawat itu meninggalkan Olala dan KRS di tempat kejadian. Nad menolak rakannya yang lain ke tepi. Dia juga menolak Put dengan kasar.

"Ya..na?" panggilnya. Tiada sahutan penuh semangat yang mereka dengari dari gadis ceria bernama Yana itu. Tiada lagi reaksi Drama Queen yang dapat mereka lihat dari gadis itu kecuali wajah pucat tanpa ekspresinya.

Nad melutut di sebelah jasad Yana. Air matanya mengalir deras. Seakan tidak percaya. Gadis yang paling rapatnya , selalu mendengar keluhannya dan sentiasa berada bersamanya telah pergi buat selama-lamanya.

"Macam mana boleh jadi macam ni..?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience