BR 14

Romance Series 4386

Bunyi dentingan kuali berlaga dengan sudip menganggu tidur Kaira. Siapa yang masak? Kaira memandang Humaira yang masih nyenyak dikatilnya. Dia menilik jam pada skrin Oppo Reno miliknya yang terletak disebelah bantalnya. 8.56 pagi.

Dalam keadaan yang mamai, Kaira menjengah ke arah dapur. Figura rambut bersanggul tinggi menampakkan leher jinjang yang berdiri membelakangi dia itu cukup dia kenal. Senang hati benar nampaknya dia menggoreng. Bersiul lagi. Tangan Kaira menarik tuala mandi sebelum dia keluar dari bilik.

"Goreng apa Syeira?" Kaira melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Kepala dilentokkan ke atas meja.

Kedengaran bunyi dapur elektrik ditutup tanda Syahira telah siap memasak. Syahira memunculkan diri ke meja makan bersama sepinggan nasi goreng.

"Nasi goreng. Kau buat apa tersadai dekat sini. Nape tak mandi lagi?"

"Nak toilet dulu."

Untuk beberapa detik, pintu tandas terkuak.

"Lamanya dalam toilet. Banyak ke melabur?"

"Ish pegi je la masuk." halau Mia yang ingin mengambil tempat Kaira.

"Mia makan." ajak Syahira yang telah pun menghabiskan separuh nasi gorengnya.

Terbantut untuk duduk, Mia ke dapur untuk mengambil nasi goreng. Teh O panas dibancuh oleh Mia dalam jag saiz sederhana dan dibawa ke meja makan.

"Mia discussion kau pukul berapa?" soal Kaira yang baru keluar dari tandas.

"Emm... Pukul 10."

"Kat mana?"

"Library."

"Okey. Tunggu tau. Kita pergi sekali."

"Nak ikut." celah Syahira.

"Nak buat apa? Kau nak gi mana?"

"Hee... Saja. Nak download cite Korea."

Mia dan Kaira hanya mencebik. 'Ceh ingat nak study.'

Selesai makan, Mia dan Syahira membasuh pinggan mereka. Mia ke bilik untuk bersiap-siap. Kerja yang sedikit tergendala semalam diambil oleh Mia untuk diselesaikan.

Syahira yang selesai menghirup Teh O panas itu ke bilik mandi untuk menyegarkan diri. Terasa melekit tubuhnya yang masih belum mandi itu.

9.50 Pagi

"Dah siap ke?" soal Kaira yang telah lengkap berpakaian. Bersedia untuk keluar dari rumah.

Mia dan Syahira mengangguk.

"Kunci kan rumah?" tanya Kaira.

"Kunci je lah. Lagipun dua ekor tu tido lagi." ujar Syahira yang mengenangkan Humaira dan Bella yang masih enggan membuka mata. Jadi lebih baik mereka kunci untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Selesai mengunci Kaira masuk ke dalam keretanya dan terus meluncur ke destinasi mereka.

"Kau nak buat apa kat library Kaira?" soal Mia memecah kesunyian dalam kereta sambil membuka radio.

"Alaa biasalah." ujar Kaira. Bibirnya mengukir senyuman malu.

"Okey." Faham sangat. Jumpa buah hati la tu.

Jarak yang hanya beberapa kilometer antara rumah sewa mereka dan universiti itu memerlukan masa dalam 3-5 minit sahaja untuk sampai ke perkarangan Universiti Malaysia Terengganu itu.

Di pagi Jumaat yang sunyi itu memudahkan Kaira mencari tempat letak kereta yang strategik dan dekat.

"Nanti dah settle, kalau kau nak balik wassup je aku okey." Kaira mematikan enjin kereta. Mia dan Syahira mengangguk sahaja.

Mereka berpisah ke haluan mereka. Mia dan Kaira menuju ke kawasan bawah perpustakaan manakala Syahira menuju ke perpustakaan yang terletak di tingkat atas. Nak pendingin hawa kata Syahira.

"Mia tu Naufal. Aku pergi dulu ya." pinta Kaira.

Kaira membuat gaya 'Fighting' ke arah Mia. Mia hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

'Yeah. This is nothing and I can do it'

Mia membuka semula WhatsApp Group-nya untuk melihat dimana tempat mereka akan berkumpul.

Lab KA

Huzir

Kumpol bwh library kat ngn roti canai

Pukol 10 pagi. Jgn lewat. Cepat kumpul cepat balik

Mia meninjau-ninjau beberapa buah meja yang terletak berdekatan kedai roti canai yang dikatakan dari jauh. Masih banyak yang kosong.

'Takde pun muka geng-geng ni'

Jam tangan ditelek. 10.00 pagi.

"Mia!"

Tersentak Mia mendengar namanya dilaung. Ruangan lapang yang terdapat dibawah perpustakaan itu menambahkan gemanya lagi. Huzir yang muncul dari kawasan meja yang agak tersorok melambai-lambai kearah Mia.

Tika sampai di meja, Mia agak terkejut apabila matanya bertentangan dengan Emir. Dia menyangka hanya Huzir sahaja di situ. Ternyata, Emir dan Maleeq juga telah sampai. Canggung pula bila dia seorang sahaja perempuan di situ. 

'Mana Azura nih' Tiba-tiba Mia perlukan Azura biar pun dia tidak ngam dengan Azura.

"Azura kata dia on the way." jelas Huzir tanpa dipinta. Mia hanya mengangguk. Matanya mula tidak keruan. Tidak tahu mahu memandang siapa.

"Nak order makan tak Mia? Roti canai? Air? Aku order-kan." cadang Maleeq.

"Emm teh suam je lah."

"Makan?"

"Dah makan."

"Guys... Sorry lambat sikit." Nasib lewat lima minit. Kelam kabut dia menarik kerusi kosong sebelah Mia. Akhirnya, lengkap juga kumpulan makmal mereka.

Setelah order mereka semua sampai, mereka memulakan perbincangan kumpulan.

Mood serius aktif apabila mereka berbincang tentang laporan eksperimen yang perlu disiapkan dengan sebaik mungkin kerana masing-masing mahu menjaga 'Carry Mark' mereka.

Tangan Maleeq lincah menaip kembali segala perbincangan yang telah mereka persetujui ke dalam komputer ribanya.

Sejam masa berlalu, siap juga laporan lengkap eksperimen kumpulan mereka. Hanya tinggal untuk di cetak sahaja.

"Dah siap Maleeq? Nak aku print-kan tak?" Azura meminta kepastian.

"Boleh jugak. Nak aku send by email or pendrive?"

"Nah."

Pendrive milik Azura bertukar tangan.

Siap menyalin dokumen, Maleeq memulangkan kembali pendrive itu kepada Azura.

Masing-masing menarik nafas lega bila satu tugasan mingguan telah pun selesai. Mereka bersantai-santai sambil mengemas barang mereka.

"Mia, saya dengar awak takut api. Betul ke?" tanya Huzir.

"Mana awak tau?"

"Dr. Ana yang bagitau kita orang tentang tu. So next time, kalau ada eksperimen berkaitan api dia nak kita orang kecualikan awak."

Mia mengangguk.

"Kenapa?" Itu yang terpancul dimulutnya. Belum pernah dia jumpa orang yang takut dengan api. Tertanya-tanya juga.

"Tak tau la. Dari dulu lagi macam tu."

Huzir tidak terus bertanya apabila Mia seakan tidak mahu berbicara mengenai sakitnya itu.

"Emm Emir, I dah lama nak tanya you. You asal mana? I mean where you come from?" Persoalan Azura menyebabkan semua mata terarah kepada Emir pula.

"Dubai." Sebutir perkataan itu membuatkan mulut mereka ternganga. Tidak percaya.

"Serius ah." sangsi Huzir.

Emir hanya mengangguk.

"Wait. Are you Arabian?"

Emir berfikir sebelum mengangguk lagi.

"Serius ah." Untuk keberapa kalinya mereka masih tidak percaya kerana selama ini satu kuliah mereka mengganggap Emir seorang lelaki Inggeris.

"Jap kau faham Bahasa Melayu kan?" soal Maleeq sebelum meneruskan pertanyaannya.

Emir mengangguk lagi.

"Rambut kau blonde dan mata biru macam mat saleh. Bukan orang arab semua rambut hitam dan mata coklat ke?" sambung Maleeq yang masih tidak berpuasa hati.

"Haah. Jambang mana jambang? Mata tak bercelak pun." Hampir tergelak Huzir menyoalnya.

"Yeah betul tu. And you speaking with us. I tak pernah dengar pun you cakap Arab."

Pelbagai soalan yang mereka tuju bila membandingkan Emir dengan imej orang Arab yang mereka tahu. Tipikal sangat pemikiran.

Emir menggaru belakang kepalanya bila dia dihujani pelbagai soalan dari rakan kuliahnya. Nasib baik di situ hanya tiga orang sahaja bertanya. Kalau mereka berada di bilik kuliah pasti rakan yang lain turut menyerbunya. Malas dia hendak melayan soalan-soalan yang bakal di lemparkan. Lemas!

"Anaa saaiid jiddan bimuqaabalatak." (Saya sangat gembira dapat berjumpa awak) kata Emir setelah membisukan diri dari pertanyaan rakannya. Matanya memandang Mia untuk beberapa detik. Mia terpegun apabila matanya bertembung dengan mata biru itu.

Dup Dap

"Wow!"

Itu reaksi Huzir, Maleeq dan Azura bila mendengar buat pertama kalinya Emir berbahasa Arab. Kagum bin hairan!

"Maksudnya? Kau faham ke Emir cakap apa Mia?" soal Maleeq yang menyangka Mia mungkin faham sedikit Bahasa Arab. Kebetulan dia perasan akan pandangan mata Emir. Ayat yang diucapkan itu seperti ditujukan kepada Mia.

"Hah? Tak. Aku tak pernah belajar Bahasa Arab."

"Aku gembira jumpa korang." jelas Emir.

"Okay. Then why you speaking? Your hair and eyes colour? " desak Azura yang dahagakan penjelasan.

"Well, its true that Arabic is our language but in Dubai, English also often been used. Widely actually. For my hair and eyes, it might because of my father get it from my grandmother."

"Jap..jap..jap. Aku pening. Maksudnya atuk kau orang Arab lah kan. Nenek kau yang orang putehnya." ujar Huzir. Dagunya digosok-gosok.

Emir mengangguk.

"Kiranya mix Arab-Inggeris lah ni. No wonder-lah hensem lain macam." Azura mengetap bibirnya. Senyuman cuba disembunyikan.

"Tapi cepat jugak kau fasih Bahasa Melayukan Emir?" kata Maleeq sedikit hairan. Selalunya mengambil masa juga untuk orang boleh berbahasa Melayu. Tapi Emir hanya mengambil masa tiga minggu sahaja untuk faham dan fasih Bahasa Melayu.

"Dah mak aku orang Melayu apa peliknya." jawab Emir selamba.

Makin bulat mata mereka mendengar kata-kata Emir.

"So, you ni macam King Coco la. Have a lots of mix."

Terburai juga tawa mereka.

Mereka mula bersurai apabila Emir meminta diri untuk beredar. Melihatkan arah tuju mereka sama, Mia mengekori Emir dari belakang.

'Patut. Tak patut. Patut. Tak patut.' 

Entah berapa kali Mia berkira-kira untuk bercakap dengan Emir. Dia masih berhutang ucapan terima kasih dengan Emir kerana telah menyambutnya ketika hampir rebah di atas lantai makmal tempoh hari.

Malu menguasai diri bila memikirkan reaksi Emir tapi lantaklah. Kita terjah aje lah.

"Emir." panggil Mia perlahan apabila dia merapatkan langkahnya ke arah Emir.

Mia hampir bertembung dengan Emir yang berhenti dan memalingkan tubuhnya secara tiba-tiba.

"Yes?"

"Thank you."

"....."

"What?"

"Sebab tolong aku dekat makmal tempoh hari." Mia mengigit bibir bawahnya.

"Hmm..."

Mia mula mengangkat mukanya apabila merasakan Emir bergerak meninggalkannya.

'Tu je dia balas. Buat malu aku je gabra tak tentu pasal. Ish apa yang aku kesah sangat nih.'

"Woit."

Tepukan dibahu memaksa Mia memaling ke sisi.

"Ehem... Aku nampak apa yang berlaku."

"Ish tak yah nak kecoh eh. Aku just nak cakap terima kasih je."

"Okey. Pastu dia balas apa?"

"Hmm je"

"Hmmm je?"

"Eeyee..dah laa jom balik. Syahira mana?"

"Weh! Tak syoknya. Itu je yang dia balas."

Kaira yang masih tidak berpuas hati itu diheret oleh Mia ke kereta. Nombor Syahira didail untuk memanggilnya pulang sekali.

Sudahlah. Tiada apa yang perlu difikirkan sangat. Tapi kalaulah geng rumahnya tahu apa yang dia dengar pasal Emir tadi mesti lagi kecoh.

'Nak cerita ke tak nak cerita?'

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience