Rate

Lelaki paling biadap Bab 25

Humor Completed 61915

Teguh holding

Dato sri Hassan kamarudin kelihatan serba salah mahu memandang wajah isterinya yang sejak tadi merenung tajam padanya, selepas isterinya memaksa supaya menghubungi anak bongsunya, supaya meminta maaf

Datin Sri Sahara memeluk tubuh
"Saya betul-betul tak faham, mengapa abang beria-ria nak jodohkan Farid tu dengan anak Tan seri Omar, padahal abang dah tengok dah rupa anak Si Tan seri tu macam mana,"

Dato sri Hassan kamarudin mengusap dahinya
"Memang saya dah tengok, tapi niat saya sebenarnya nak Farid tu berubah kalau berkahwin, tapi tawaran Omar tulah yang membuat saya memaksa,"

"Kenapa abang pilih farid, kenapa bukan Alang?,"

"Sebenarnya Abang bagi gambar Alang dengan Farid, tapi pilihan anak Omar tu Farid,"

Datin Sri Sahara mengeleng kepala
"Lain kali abang, kalau abang nak buat apa-apa tolonglah beritahu saya dulu, tak cukup lagi ke apa yang abang dah buat,"

"Ya.. ya.. Abang tahu, abang betul-betul minta maaf, tolonglah jangan ungkit kisah lama,"

"Ingat abang, ini kali terakhir, kalau abang buat lagi, siap abang, saya ambik alih syarikat nie nanti,"
Kata Datin Sri Sahara dengan nada mengugut membuatkan Dato sri Hassan kamarudin menelan air liurnya

*****************

Ampang

"Fazura nak gie mana tu?,"
Tanya Farid Husin bila melihat Fazura bergegas ke arah bilik hujung membuatkan wanita muda itu menoleh dengan wajah terpinga-pinga

"Saya nak masuk biliklah,"
Jawab Fazura

"Masuk bilik sinilah, buat apa nak masuk bilik sana lagi,"

Wajah fazura lantas berubah kemerahan merasa malu dengan ajakan farid Husin
"Nak buat sekarang ke?,"

"astaghfirullah al- azim.., kau dah tak sabar ke?,"

Mata Fazura terbeliak kerana terkejut
"Ha.., tapi, encik Faridkan suruh saya masuk bilik tu,"

"Yelah, kaukan isteri aku sekarang, tak payahlah tidur kat bilik tu lagi,"
Farid Husin mengeleng kepala sambil menapak masuk ke dalam bilik utama

"Besarnya..,"
Ucap Fazura bila melihat ruangan bilik besar dan mewah, dia menapak perlahan mendekati katil double bertilam tebal di baluti kain cadar tebal berwarna coklat, itulah petama kali dia melihat katil secantik itu
"Saya boleh tidur atas nie ke Encik Farid?,"

Farid husin menoleh sambil menaruh dompet dan telefon pintarnya di atas meja
"Kau nak tidur atas lantai ke?,"

"tengok tu.. Kau, kau lagi,"

Farid Husin mengeluh perlahan
"Ya fazura, katil tu dah jadi milik fazura, bukan katil tu je, rumah nie, semua dah jadi milik fazura selagi fazura jadi isteri aku,"

"Betul ke encik Farid,"

"Tentulah tak,"
Jawab Farid Husin bersahaja sambil menanggal bajunya,

"Ceh..,"
Mata Fazura lantas terbeliak dengan mulut ternganga bila memandang tubuh Farid Husin tanpa baju

"Tutup mulut tu Fazura,"
Arah Farid Husin bila melihat tingkah Fazura yang agak menjengkelkan

Fazura pantas menutup mulutnya tetapi tidak kedua matanya, hanya mengikut arah tubuh Farid Husin bergerak di ruang bilik lalu memberanikan diri untuk menyentuh belakang tubuh Farid Husin

"Eh mak kau!,"
Terkejut Farid Husin sehingga terjonket bila Fazura menyentuh belakangnya lalu menoleh memandang Fazura
"Kau nie dah kenapa Fazura?,"
Tanya Farid Husin sambil menutup tubuhnya

"Laa buat apa tanya, Kitakan suami, isteri,"
Jawab Fazura sambil kebil-kebilkan kedua kelopak matanya sengaja ingin mengusik farid Husin

Farid Husin melopong seketika sambil menatap wajah Fazura
"Kau nie dah parah Fazura, sepatutnya aku yang buat gitu kat kau, ini dah terbalik nie,"

Fazura mengecil kelopak matanya, sambil menghampiri Farid Husin, kedua tangannya seakan-akan mengacah-ngacah ingin menyentuh tubuh Farid Husin

"Sini.. biar saya sentuh tubuh tu sekejap,"

Farid Husin mengeleng kepala lalu mencengkam leher fazura kemudian menapak ke arah pintu

"Dah pergi tunggu bawah,"
Arah farid Husin lalu menutup pintu bilik

"Sakitlah!,"
Jerit Fazura sambil mengusap tengkuknya

*****************

"Kau tahu tak guna dapur gas nie,"
Tanya Farid Husin sambil berdiri bersama fazura di depan kitchen kabinet

"Tentulah saya tahu,"
Jawab Fazura mengerut dahinya bila di tanya

"betul?,"

"Betullah buat apa saya nak tipu,"

"Manalah tahu, kat kampung kau, kau guna kayu api untuk memasak,"

"Ha tengok tu, hina saya lagi,"

"Aku bukan hina, aku tanya je,"

Fazura memeluk tubuh dengan wajah merajuk
"waktu umur saya 13 tahun saya dah kerja kat kantin jadi tukang cuci pinggan, lepas umur saya 14 tahun saya dah jadi tukang masak, dapur kat katin tu lagi besar daripada nie,"

"Biar betul, umur 14 tahun dah jadi tukang masak,"

Fazura mengangguk
"tapi tak sampai setahun, sebab covid,"

"Maksudnya, fazura memang pandai masaklah,"

"Tentulah, sayakan anak sulung, bila mak dah kudung tangan, sayalah kena masak setiap hari,"

Farid Husin diam seketika menatap wajah fazura
"Okay, jom kita pergi beli barang dapur,"

"Sekarang ke,"
Tanya Fazura dengan wajah teruja

Farid Husin menghembus nafasnya
"ya... tak akanlah esok,"

*****************
Aeon Shopping mall

Minit yang berlalu seperti emas bagi fazura, bibirnya setiasa melirik senyuman riang bila berjalan bersama Farid Husin sedang menolak trolley di sebelahnya mencari-cari barang keperluan dapur, hidupnya umpama mimpi menjadi kenyataan, sesuatu yang sering dia impikan namun bukan dengan lelaki seperti Farid Husin bahkan dia tidak berani membayangkan semua itu namun sekarang semua itu telah belaku di depan matanya

"Ada bawa Voucher tu?,"
Tanya Farid Husin ketika beratur untuk membayar barangan yang telah di beli

"Ada.. ada,"
Fazura lantas menyeluk poket baju kurungnya untuk mengeluarkan Voucher

"Tak payah keluarkan, nanti guna untuk beli pakaian,"

Fazura mengangguk kepala

Farid Husin menolak trolley selepas habis membeli barangan keperluan dapur, kemudian berjalan-jalan bersama Fazura sambil melihat-lihat butik menjual pakaian dan ketika itu farid Husin tersengih-sengih bila perasan orang yang lalu lalang selalu melihat ke arah Fazura kita melewati mereka

"Fazura nak beli pakaian dalam tak?,"
Tanya Farid Husin ketika berhenti di depan butik menjual pakaian dalam wanita

"Ha..,"
wajah Fazura kemerahan menahan malu, tingkahnya serba tidak kena, seakan-akan ingin melarikan diri dari Farid Husin

"Alaa.. nak buat apa malu, kitakan suami isteri, beli jelah,"
Bibir Farid Husin tersengih

Fazura mengangguk kepala
"Tapi encik Farid temanlah saya,"

"Kalau aku teman, tentulah aku suruh kau pilih yang seksi-seksi nanti,"
Farid Husin lantas tergelak membuatkan Fazura menekup wajahnya kerana terlalu malu

***************

Ampang

"Okay puspa, you, wati dan Aisya pergi dulu, tak perlu tunggu aku, nanti bila aku sampai sana aku akan call,"

Puspa
"Okay Farid,"

Setelah menamatkan panggilan, Farid Husin segera mengankat beg pakaiannya di taruh di atas katil, selepas membuka beg pakaiannya, dia membuka almari pakaian, beberapa pakaian yang tergantung di ambil kemudian mencampaknya di atas katil namun di saat dia mengambil beberapa lagi helai pakaian yang tergantung, hidungnya tiba-tiba tercium bau yang menyelerakan

"Sedapnya bau,"

Farid Husin lantas menapak keluar dari bilik lalu bergegas turun ke bawah, dia menapak perlahan ke ruang dapur

"Eh, saya baru je nak panggil encik Farid,"
Ucap Fazura sambil menaruh dua hidangan lauk di atas meja makan

"Wow, Fazura masak lauk apa nie, kuat betul bau,"
Tanya Farid Husin sambil melihat lauk pauk di atas meja makan

"Itu Ayam masak kicap lada hitam, tempe masa pedas dengan tomyam campur"
Kata Fazura sambil menaruh nasi panas ke atas pinggan

"Macam sedap je,"

"Tentulah sedap, rasalah kalau nak tahu,"

Farid Husin menapak laju ke arah singki, mencuci kedua tangannya kemudian menapak laju ke arah meja makan

"Fazura duduklah sekali makan,"
Arah Farid Husin bila melihat Fazura hanya berdiri di tepi kerusi

Fazura mengangguk kepala, dengan bibir tersenyum bila melihat Farid Husin seakan tidak sabar merasa masakannya

Farid Husin segera mengambil seduk lalu mencelup kuah tomyam di tiupnya seketika sebelum menyuap ke dalam mulutnya

Wajah farid Husin tergaman sebelum mencelup sekali lagi, kali ini dia mengambil seketul ayam di dalam kuah tomyam lalu memakannya

"Masya Allah sedapnya Fazura,"
Ucap Farid Husin, selepas merasa masakan fazura

Fazura tersenyum riang bila Farid Husin memuji masakannya
"Cubalah ayam masak kicap lada hitam dengan tempe tu pulak,"

"Mestilah kena cuba,"
Balas farid Husin lalu mengambil seketul ayam masak kicap lada hitam dan dua senduk tempe masak pedas kemudian mengaul sedikit isi ayam, tampe bersama nasi panas

Farid Husin menguyah sambil mengeleng kepalanya
"Sedap Fazura betul-betul sedap,"
Puji Farid Husin
"Siapa yang ajar Fazura masak sedap macam nie?,"

"Tentulah mak Fazura, mak fazura dulu kerja tukang masak kantin sekolah, sebelum kemalangan,"
Jawab Fazura dengan nada lemah, wajahnya kelihatan sedih bila teringatkan ibunya

Farid Husin mengangguk, tapi dia perasan perubahan raut wajah fazura
"Susah sangat ke hidup Fazura sampai tak bersekolah,"

"walaupun selepas arwah ayah meninggal, saya masih lagi bersekolah, tapi lepas mak kemalangan sampai kudung tangan kanan, waktu tu hidup dah jadi susah, tapi nasib baik ada bantuan setiap bulan dari baitulmal, itu pun cukup-cukup untuk belanja barang dapur dengan yuran sekolah adik fazura je,"

Farid Husin menatap wajah fazura seketika, wajah wanita yang di kahwini kerana perasaan marah pada ayahnya, terdetik rasa bersalah dalam hatinya kerana mempermainkan kehidupan wanita muda itu

"Tapi aku cakap betul, masakkan Fazura nie memang sedap, jika hari-hari ngadap masakkan macam nie, aku boleh jadi macam hamdan tau tak,"
Kata Farid Husin

Fazura lantas ketawa, lega hatinya bila mendengar pujian dari Farid Husin menyukai masakannya,

****************

"Encik farid hubungi tak saya nanti?,"
Tanya Fazura hanya memerhati Farid Husin memasukkan beg pakaian di dalam bonet

"Insyaallah, kalau aku ada masa aku call,"
Jawab Farid Husin sambil menutup bonet kereta
"Ha.. ingat, jangan keluar, jangan sesekali buka pagar rumah nie kalau ada sesiapa datang, tengok dulu, kalau lelaki, jangan keluar dari rumah, ingat tu,"

Fazura mengangguk lemah
"Encik farid pun janganlah mengatal kat sana,"
Kata Fazura dengan nada perlahan

"Apa?,"

"Takde apa-apa, jaga diri encik farid baik-baik,"

"Kau pun sama,"

"Kau?,"

Farid Husin menatap wajah fazura
"Fazura pun sama, jaga diri, jaga rumah tu ya,"

"Baik,"
Balas Fazura sambil memerhati Farid Husin masuk ke dalam kereta, sehinggalah kereta berwarna merah itu bergerak keluar dari halaman rumah, Fazura menapak laju sehingga ke luar pagar sambil melambai-lambai tangannya, air matanya mengalir memerhati kereta di pandu suaminya hilang dari pandangannya

*****************

Hari demi hari berlalu, rutin harian Fazura di rumah hanya mengemas rumah, mengemop lantai, memasak dan menonton nexflix di laptop, namun hari-hari yang berlalu itu membuatkan hatinya merasa rindu dan sakit apabila Farid Husin tidak pernah menghubunginya sekali pun semenjak lelaki itu pergi ke Indonesia, walaupun dia cuba menghubungi Farid Husin, namun penggilannya tidak pernah di jawab

Fazura menapak perlahan ke arah tangga sambil melihat skrin Telefon pintar kemudian melabuhkan punggungnya di atas tangga sebelum menyandarkan tepi kepalanya di dinding, hatinya tertanya-tanya mengapa Farid Husin lansung tidak menghubungi dan menghantar mesej kepadanya, apakah lelaki itu lansung tidak mengingatinya, apakah lelaki itu terlalu seronok bersama-sama staf-staf wanita sehingga melupakannya, Fazura mengeluh perlahan,

"Mengapalah aku fikir benda tu semua, dah terang-terang encik farid tu bukan berkahwin dengan aku kerana cinta"
Bisik Fazura perlahan, sehingga sekarang dia masih tidak mengetahui alasan Farid Husin memilihnya menjadi isteri, namun di dalam sudut hatinya, dia tidak kisah jika suatu hari nanti farid Husin menceraikannya, baginya hidup bersama lelaki itu walaupun seketika sudah cukup membuatkan hatinya gembira, umpama hidup di dalam mimpi, bila-bila masa sahaja akan terjaga

"Tring... Tring..."

Fazura bergegas bangun bila mendengar loceng pagar di luar berbunyi, kedua kakinya pantas menapak ke arah jendela menyelak kain langsir untuk melihat di luar rumah

"Siapa pulak tu?,"
Bisik fazura bila melihat seorang wanita berdiri luar pagar rumah

Fazura segera mengambil remote pagar di atas meja perhiasan sebelum membuka pintu, kedua anak matanya memerhati ke arah wanita yang agak tinggi bertudung satin dan berpakaian jubah gaya mewah kelihatan anggun walaupun wajah wanita itu seakan sudah di mamah usia

"Assalamualaikum puan, puan cari siapa?,"
Tanya Fazura sambil berdiri di balik pagar rumah

"Waalaikummusalam,"
Jawab wanita itu sambil menatap fazura dari atas hingga ke bawah
"Kamu nie siapa?,"
tanya wanita itu

Wajah Fazura lantas terpinga-pinga bila di tanya
"Nama saya Fazura puan,"

"Siapa pemilik rumah nie?,"
Tanya wanita itu lagi lansung tidak tersenyum pada Fazura

"Rumah nie..,"
Fazura mula merasa bimbang, serba salah untuk menjawab pertanyaan wanita itu
"Ini rumah suami saya puan,"

"Siapa nama suami kamu?,"
Tanya wanita itu lagi

Fazura menarik nafas, ingin saja dia masuk semula ke dalam rumah, tetapi bimbang jika tindakannya itu tidak sopan pada wanita itu
"Nama suami saya Farid Husin,"

Bibir wanita itu mengukir senyuman lebar setelah mendengar nama yang di sebut fazura
"Tunggu apa lagi, bukalah pagar nie, tak akan nak biar mak mertua berdiri kat luar"

"Ha.. Mak mertua,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience