Series
5510
9:06 PAGI.
TIBA sahaja di stesen bas. Bergilir-gilir penumpang keluar dengan penuh tak sabarnya. Ada juga diantara mereka para pelajar yang pulang ke kampung halaman.
Bella tarik bagasi dan mencari tempat duduk untuk menunggu seseorang. Kata Ayu ada seseorang yang akan menjemputnya.
Aniq? Entah malas dia ambil tahu. Bangun saja dari lena lelaki itu sudah tiada. Mujur la, ada juga pagi yang tenang buatnya tanpa kehadiran si serigala pengacau itu.
Bunyi hon dari kereta yang berhenti didepannya membuatnya kehairanan sebentar. Cermin diturunkan dan terjegul muka seorang wanita berusia pertengahan 40an.
"Bella kan? Ayu minta jemput ni. Makcik umi dia. Naik lah." ujar wanita itu ramah mengaku sebagai umi Ayu. Ada juga iras-iras muka Ayu.
"Ah ya." Bella sumbat bagasi dan dirinya kedalam kereta proton itu tanpa banyak soal. Memang Ayu pernah tunjuk gambar keluarga kepadanya.
Bella melabuh punggung dibelakang apabila perasan ada seseorang dibahagian sebelah pemandu.
Siapa? Tak jelas kerana orang itu pakai topi cap yang menutupi mukanya.
"Terima kasih ya, Aunty." sopan Bella berbicara.
Kereta mula meluncur pergi. Puan Salina tersenyum ramah.
"Pfftt! Aunty!"
Bella dibelakang berkerut aneh. Kenapa suara orang disebelah umi Ayu seperti tak asing ditelinganya.
"Aunty! Dia panggil umi aunty. Hahaha!" akhirnya pecah juga ketawa yang ditahan.
Puan Salina sudah geleng kepala. Kenal benar dengan perangai anak terunanya. Suka sakat!
"Abang long... tak baik. Biar la Bella nak panggil umi apa pun. Umi rasa muda pula Bella panggil aunty." ujar Puan Salina tak mahu anaknya terus gelakkan gadis tersebut.
Hah? Abang long?
Aniq berpaling ke belakang bersama sengihan kambingnya bercampur... sinis!
" Ka-kau lagi?" Bella kawal nadanya agar tak terlalu nampak kurang ajar. Mimik muka tak usah ditanya lah tak dapat control. Wtf! Macam mana pemuda itu boleh ada bersama umi Ayu?!
Seronok Aniq gelakkannya.
Bella pegang kepala. Bingung! Apa benda semua ni?! Sungguh diluar nalar! Tak boleh berfungsi dengan baik otaknya saat ini. Beberapa kali juga ternganga mulut. Sepanjang perjalanan itu Puan Salina menjelaskan apa yang buat keliru.
"Laa rupanya tak ada orang bagitahu Bella ke?"
Bella geleng kepala. Ah tak boleh brain! Sampai hati Ayu tak cerita kepadanya. Ifah sekalipun tak pernah sebut. Yang...
"Ayu dengan Aniq ni kembar. Takkan la tak ada orang sebut pasal dia orang ni?"
Bella geleng kepala. Takde! Memang tak ada langsung bunyi tentang Aniq ada hubungan dengan Ayu temannya. Musuh dan sahabatnya adalah kembali?! Oh my gosh! Bella merasa benar-benar bod*h saat ini.
Kereta proton saga itu mula menapak di halaman rumah kawasan. Setelah kereta diparkir dibawah pohon. Buru-buru Aniq keluar tak sabar ingin bertemu adik-adik kecilnya.
Bella di seat belakang masih tak berganjak. Rasanya dia nak merajuk 10 tahun dengan Ayu. Sampai hati Ayu tak cerita kepadanya tentang hal sepenting itu. Kalau dia tahu Aniq bakal ada ditempat yang sama dia tujui, memang tak la dia setuju nak ikut pulang kampung!
Bella berdebar pula nak keluar. Peluh merenik seluruh wajah. Kalau dia lari sekarang ni, agak-agak jadi tak? Mana dia nak pergi? Ah, apa hairan. Dia boleh saja telefon pekerja keluarganya supaya jemput dia. Yes idea bernas!
Baru saja mahu keluarkan telefon. Matanya disapa satu pemandangan yang buatnya terkaku tak bergerak.
Pemandangan langka jarang disaksikan mata. Senyum bahagia pemuda itu. Sedang berpelukkan dengan satu... dua... tiga... Tiga adiknya! Ramai juga. Kalau dicampur dengan Ayu jadi empat la.
Tak sangka lelaki bersikap kekanakkan dan nakal itu sebenarnya anak sulung dari lima beradik. Yang adik masih kecil-kecil. Apa la nasib adik - adik dia dapat abang macam tu? Nasib nasib.
Tuk tuk
Ketukkan pada cermin sebelahnya membuat Bella terkejut. Mujur tak terlompat terlatah dia.
Ayu tersenyum kepadanya. Bella keluar dari perut kereta sambil memberi jelingan tajam kepada gadis itu. Ayu faham dengan itu. Salahnya juga.
"Apa kau ingat aku terkejut? Ha yalah buat apa la cerita kat aku ni. Aku ni bukan kawan kau ke sesiapa." Bella bersikap merajuk, sengihan itu tak dihirau.
Ayu paut lengan temannya. "Alaa, sorry la. Tak macam yang awak fikir pun. Nanti saya cerita." pujuknya lembut.
Bella akhirnya mengalah. Fikirnya Ayu pasti ada sebab tertentu hingga pilih untuk rahsia tentang Aniq.
"Yelah yelah."
Kedua gadis itu melangkah masuk kedalam rumah sederhana. Tak kaya tak miskin. Mereka sederhana saja, Puan Salina merupakan suri rumah. Manakala bapa Aniq dikatakan seorang guru di sekolah hujung kampung itu. Keluarga mereka juga mempunyai sebuah tempat untuk menternak ikan keli dan patin.
Malam itu...
Seharian Bella terkurung saja dalam bilik bersama Ayu. Mana tak nya, alkisah panjang segalanya Ayu ceritakan dari A sampai Z kenapa dia pilih untuk berahsia tentang Aniq. Bella malas nak merajuk lama-lama memandangkan dia di rumah orang tika ini. Dan dia faham kenapa Ayu berbuat demikian.
Bella termenung sendirian di beranda. Jauh fikirannya menerawang. Teringat kembali perbualannya bersama Ayu pagi tadi.
"Saya dengan Abang long tak ada la bermusuh. Cuma... masa awal masuk sekolah menengah dulu, saya ada terrsakitkan hati dia. Mungkin sampai sekarang dia ingat dengan ayat saya. Saya tak salahkan dia. Memang salah saya."
Pandangan Bella kosong melihat kedalam gelap malam. Tiada apa yang boleh dia katakan mengenai permasalahan antara dua beradik kembar itu. Masalah keluarga dia tak mahu masuk campur. Namun jauh disudut hatinya meronta perasaan ingin tahu. Bagaimana ayat Ayu yang sampai buat abang kembarnya dingin dengannya hingga sekarang? Mungkin gaduh manja saja. Adik beradik kan, air yang dicincang takkan putus.
Bella malas serabutkan kepala memikirkan itu. Dia berniat untuk masuk tidur. Rambut yang diikat tocang dilepas kerana merasa sakit ikatan terlalu ketat. Rambut blonde separas atas siku dileraikan.
Angin malam bertiup sepoi sepoi bahasa membuat rambutnya beralun lembut. Merasa beroleh tenang yang jarang dia rasai. Di suasana sepi ini, wajah seseorang muncul dalam benak.
Seseorang yang sudah lama dia tidak bersua muka. Hati kecilnya menjerit rindu akan si dia. Seseorang yang bersamanya sejak dia kecil. Memori indah bersama keluarga bermain dilayar mata. Kini semua itu hanya tinggal kenangan yang tak terlupakan.
Tanpa sedar air jernih mengalir di pipi mulusnya. Cepat dia kesat apabila merasa langkah seseorang di belakang.
Puan Salina melabuh punggung di sebelah gadis itu yang menunduk. Bahu Bella disentuh lembut. Bella angkat wajah menahan tangisan sebak. Matanya berkaca menunggu masa saja untuk jatuh.
Entah kenapa melihat kemesraan keluarga Ayu membuatnya teringat akan keluarganya sendiri yang berada jauh di negara orang. Tiada seorang pun di Malaysia.
"Bella okay tak sayang? Mari la kita masuk dalam. Sejuk diluar ni." ujar Puan Salina penuh prihatin. Wajah yang keibuan itu makin menambah sebak didada Bella.
"Aunty... boleh tak Bella panggil...umi?" bergetar suara Bella. Menunduk malu dengan permintaannya sendiri. Melampau sangatkah permintaannya?
Puan Salina memeluk gadis itu seraya berkata.
"Boleh sayang. Umi faham... Bella rindu keluarga ya?" Puan Salina turut terjentik naluri ibunya. Mata berkaca sambil menggosok lembut belakang tubuh gadis itu.
"Hrmm... Rindu. Rindu sangat." Bella balas pelukkan Puan Salina. Tangisannya tak dapat ditahan. Argh! Air matanya sungguh mahal. Tetapi wanita didepannya sungguh baik hati mahu terima dia yang bukan sesiapa. Mereka bahkan tiada pertalian darah.
Jiwa Bella meronta menangis bagai anak kecil. Sesak didada hanya Tuhan saja tahu.
Dari sudut bucu rumah. Ada sepasang mata asyik memerhatikan Bella dan Puan Salina yang berpelukkan bagai anak dan ibu.
Bibirnya diketap. Dia seperti nampak Bella seperti anak kecil. Seperti adik kecilnya yang menangis dalam dakapan umi. Hati menyuruhnya mendekat namun otak melarang. Biarlah uminya tenangkan gadis itu.
Sesaat mata mereka bertemu. Meski dia berdiri dalam gelap tapi dia yakin Bella cam dirinya. Gadis itu jelas terkedu cepat menyorok muka pada bahu Puan Salina.
Bibir Aniq ternaik sedikit. Sebaris senyum tipis diberi.
"Manja rupanya..." getus Aniq perlahan.
°°°°°°°°°
Kereta Alpha hitam berkilauan memasuki kawasan luas garaj. Berbaris kereta mewah tersusun tak terusik di garaj.
Pintu kereta dibuka oleh pemandu. Rafael keluar dari perut kereta seraya berdiri menghadap rumah agam di depannya saat ini.
Matanya agak terpaku. Sempat dia puji dengan keluasan dan kemegahan rumah agam tiga tingkat tersebut. Walau malam hari namun matanya jelas nampak setiap sudut rumah dikerana cahaya lampu yang menyimbah.
Bagasinya ditarik oleh pemandu dan baru saja ingin di ambil oleh maid. Rafael angkat sebelah tangan. Tanda dia boleh bawa sendiri.
"Tapi Tuan..."
"Tak apa, saya bawa sendiri."
Rafael berjalan masuk melalui pintu utama. Pintu juga gah besar bagai gerbang. Seperti memasuki istana. Matanya sekali lagi terpaku melihat keindahan dan keunikkan ruangan rumah ini. Diluaran tampak mewah, didalam sepuluh kali mewah. Sudah lama dia tak jejak kaki ke sini. Terakhir dulu semasa dia berusia 12 tahun. Sudah banyak perubahan pada rumah agam ini.
Dia henyak tubuh tingginya di sofa. Melepas lelah. Mata terpejam rapat kerana diserang ngantuk meskipun sepanjang perjalan ke negara ini, dia hanya santai dan tidur saja.
"Tuan Muda, makanan dah disediakan. Tuan mahu makan dulu atau naik ke bilik." sapa seorang butler berpakaian kemas berdiri tak jauh darinya.
Rafael masih memejam mata.
"Kejap lagi saya pergi. Mana dia? atau sudah tidur?" tanya Rafael tenang.
Butler lelaki tersebut kehairanan seketika. "Dia?"
"Adik saya. Mana? Bukan ke dia seorang saja Cik Muda dalam rumah ni?" Rafael mula geram apabila terpaksa ulangi soalan yang sama.
"Ouh Cik Muda Bella. Tuan tak tahu lagi? Cik Muda dah tak tinggal di rumah ni. Dia tinggal kat asrama." balas Butler itu tenang dan penuh hormat.
"Whatt?! Asrama? Kenapa dia tak tinggal sini?" tanpa sedar suara Rafael sudah meninggi hingga bergema ruangan tamu itu.
Butler itu tampak serba salah.
"Saya kurang tahu detail, Tuan. Jarang kami dengar khabar Cik Muda lepas dia masuk sekolah baru dan menetap di asrama." Butler itu masih bersikap profesional meski mendapat pandangan tajam dari tuan muda.
Rafael mendengus kasar. Kepala dipicit-picit memikirkan dimana keberadaan adiknya.
"Bawa saya ke sekolah dia esok."
"Tapi Cik Muda tak ada di sekolah. Dia..."
"Habis tu dia kat mana sekarang ni? Cuba kamu cakap terus terang! She's my sister, I need to know di mana dia sekarang!" tegas Rafael pandang tajam menyinga. Dia selalunya tenang dalam apa jua situasi tetapi entah kenapa melibatkan hal adik tersayang dia menjadi emosi.
"Cik Muda..." Butler bernama Bastian itu tampak serba salah. Sebenarnya dia diberi amanah dari Bella untuk jaga rahsia. Tetapi dia juga gerun dengan pandangan gerun dari tuan mudanya itu.
"Tell me everything atau aku akan beritahu Madam Jasmine tentang ketua butler yang tak boleh nak jaga seorang saja puteri dalam rumah ni. Macam mana? Masih fikir panjang?" ugut Rafael sinis membuat Bastian berubah pucat riak.
"Maafkan saya Tuan. Sebenarnya Cik Muda ikut kawannya balik kampung. Di mana kampung tu, memang saya tak diberi tahu. Kalau Tuan tak percaya, tuan boleh tengok sendiri mesej dari Cik Muda." ujar Bastian tergugat dengan ugutan tersebut. Telefon dikeluarkan lalu tunjuk kepada Rafael.
Rafael mendengus perlahan. Dia kembali henyak badan ke atas sofa. Mukanya penuh tekanan. Dahi dipicit-picit.
Dia tak kisah sebenarnya gadis itu mahu kemana pun. Tiada hak dia nak halang Bella bebas. Cuma sekurangnya jika di rumah ini Bella selamat. Dia hanya mahu adiknya berada ditempat selamat.
"I just want to see her, cari location dia sekarang." tutur Rafael perlahan.
"Baik, Tuan."
Share this novel