MAB 20: I WILL LOVE YOU FIRST

Romance Completed 901126

PERLAHAN Arianna membuka genggaman tangannya apabila pedih yang dirasainya hilang, terganti oleh rasa kebas.

Dengan tangan yang masih berlumuran darah, dia menuju ke tandas lalu mencuci lukanya. Dibalut tangannya dengan tisu bagi menghalang darah daripada menjejer keluar sebelum dia kembali ke tempat acaranya berlangsung.

Lurus langkahnya mendekati daddynya yang sedang berbual dengan beberapa tetamu. Kedua-dua tangannya disembunyikan di belakang badan.

“I need to talk to you…” bisik Arianna.

Datuk Eric mengangguk sebelum meminta diri dan berlalu, mengekori langkah Arianna menuju ke satu sudut.

“What’s up honey?” tanya Datuk Eric setelah mereka berada di satu sudut terlindung di luar sayap kanan roof top itu.

Arianna membuka balutan tisu pada tangan kanan lalu menunjukkan kesan luka itu kepada daddynya. Buntang mata Datuk Eric melihat luka dengan kesan darah yang sudah hampir mengering.

“Ari!” Datuk Eric menangkap pergelangan tangan Arianna. Meringis dia melihat kesan luka yang agak dalam itu.

“W…What happened?” tanyanya panik.

“Call off the party,” ujar Arianna. Perlahan dan datar. Serak suaranya jelas menunjukkan dia menahan tangis. Matanya berkaca dengan hidung dan wajah yang sudah merona merah.

“What?”

“I’m sorry. But, can you call off the party?”

Datuk Eric menatap lekat wajah Arianna. Riak yang sama dia lihat lebih lima tahun lalu. Wajah putus asa dan putus harapan. Segera dia mendekat lalu menarik tubuh Arianna ke dalam pelukannya.

“Tell me, what happened? Apa yang Aaron dah buat? Did he hurt you?” tanyanya lembut.

Arianna menggeleng dalam dakapan Datuk Eric. Air mata yang ditahan luruh jua mendengar pujukan lembut daddy.

Terhinggut bahunya menahan tangis dengan tubuh yang bergetar hebat menahan amukan emosi yang berasak-asak memenuhi rongga dadanya.

“Hey, what’s wrong? Tell me.” Datuk Eric bersuara memujuk tanpa melepaskan pelukannya. Mendengar tangisan Arianna membuat hatinya turut remuk.

“Why…Why…” Suara Arianna terbata-bata. Tangisan lebih mendominasi percakapannya sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa.

“Why what?”

“Why did you…lie to me?”

“What lie?”

Arianna tidak segera menjawab. Cuba meneutralkan nafasnya yang tersekat-sekat. Mengingat Qaiser, membuat rasa terkilan dengan penipuan keluarganya menjadi-jadi. Lima tahun dia ditipu. Lima tahun dia hidup dengan rasa bersalah kerana menyangka dialah penyebab kematian Qaiser. Tiga kali dia cuba mengambil nyawanya sendiri kerana mendengar bisikan yang menyalahkannya atas kematian Qaiser sehingga dia terpaksa dirujuk ke psikiatri. Namun, keluarganya tetap menyembunyikan tentang Qaiser dan lebih tega melihatnya begitu daripada berterus terang.

“He didn’t die…”

Perlahan dan lirih namun ia jelas sampai ke telinga Datuk Eric. Tubuhnya menegang dengan dada berdetak hebat. Tidak perlu dia berfikir lama untuk dia mentafsir kata-kata anaknya itu. Perlahan pelukannya dileraikan. Menunduk dia menatap Arianna yang enggan menentang tatapannya.

“Ari…look at me…” Lembut tutur Datuk Eric. Paut dagu Arianna, dia menarik wajah sugul itu supaya memandangnya.

“You’re a liar. The whole family is a liar.” Tidak meninggi suara, tidak juga berkurang ajar. Datar dan tanpa nada, bersama getar suara yang tidak terkendali.

Datuk Eric terkedu. Otaknya beku, lidahnya kelu. Apatah lagi melihat rona wajah Arianna yang menggambarkan kecewa luar biasa.

“Lima tahun Ari hidup dalam penipuan yang dicipta keluarga Ari sendiri. The person I love and I trust the most. Lima tahun Ari macam orang gila salahkan diri sendiri sebab Ari ingat Ari yang menyebabkan Qaiser mati. Ari Lima tahun Ari hidup dengan rasa bersalah sampai Ari tak boleh tidur. Tapi daddy lebih sanggup tengok Ari gila daripada bagitahu perkara sebenar. I’m so disappointed with you.”

Kata-kata terakhir Arianna itu benar-benar membuat Datuk Eric terhenyak. Sejak Arianna lahir, dia mahu menjadi hero di mata anaknya itu. Semua jalan hidup Arianna telah dia susun rapi kerana dia hanya mahukan yang terbaik untuk satu-satunya anak yang dia ada. Membuat Arianna kecewa adalah sesuatu yang dia tidak akan lakukan, namun malam ini, melihat wajah itu membuat dia rasa gagal segagalnya.

“Daddy buat untuk kebaikan Ari.”

Arianna tertawa getir. Perlahan dia menggeleng.

“No. It’s for your own good.”

“Ari…”

“Call off the party or you’ll see my dead body tonight.” Arianna membuka genggaman tangan kirinya.

Bulat mata Datuk Eric melihat satu serpihan kaca berlumur darah di atas tapak tangan Arianna. Makin buntang matanya apabila melihat Arianna menancap kaca itu pada pergelangan tangannya.

“Arianna…”

“Call off the party. I don’t care what’s excuse you will make, as long as Aaron won’t put a ring on my finger tonight.”

“Arianna, this isn’t just between you and Aaron. Pertunangan ni melibatkan dua keluarga. We’ve planned all this. Please honey…”

“You’re good at making lies, right? Just tell them anything. I don’t care. If you can’t call off the party, okay fine. Just postpone it.”

“Ari…”

“Good bye, daddy…” Arianna menekan serpihan kaca itu pada pergelangan tangannya, tidak berniat mahu mengambil nyawanya sendiri; hanya mengugut daddynya supaya membatalkan majlis malam ini. Dia tidak bersedia untuk bertunang dengan sesiapa di saat dia tahu selama ini dia dibohongi tentang kematian Qaiser.

“Okay…Okay…I’ll postpone it. Don’t…Don’t…do it.” Datuk Eric gelagapan. Dia tidak mahu Arianna mengulangi cubaan bunuh diri yang sudah beberapa kali dilakukannya di awal ‘kematian’ Qaiser dulu. Cukuplah setahun itu sahaja dia dan isterinya menghadapi trauma kehilangan Arianna. Dia tidak mahu melaluinya sekali lagi.

Tangannya terhulur cuba meraih tangan Arianna, namun anaknya itu mundur selangkah sambil menggeleng perlahan.

“Malam ni jangan cari Ari. Jangan kerahkan sesiapa cari Ari. Ari takkan lari dan Ari takkan ke mana-mana. Ari takkan tinggalkan mommy dan daddy. I just need some space. Please…” Arianna bersuara separuh merayu.

“Baby…” Datuk Eric keberatan.

“Daddy…” Arianna gigit bibir bawahnya. Sungguh sulit untuk menahan air mata ini daripada mengalir. Sedih kerana dibohongi oleh insan-insan yang paling dia percaya. “…Ke mana pun Ari pergi, selama mana pun Ari menghilangkan diri, Ari akan balik pada daddy.”

Jeda apabila Arianna cuba menenangkan nafasnya yang tersekat-sekat.

“Because you’re my daddy and I love you so much. Even after these five years of lying, I still don't hate you. But tonight, please let me go. I promise I’ll get back to you once I’m calm.”

Datuk Eric tidak segera menjawab. Berat untuk dia membiarkan Arianna pergi kerana dia takut Arianna akan terus menghilang dan tidak kembali kepadanya.

Lama dia menatap anaknya itu. Turun naik halkumnya cuba meluah kata untuk menghalang Arianna. Namun, dia juga tidak mahu terus menyakiti Arianna dengan terus menahannya di sini. Bimbang jika Arianna bertindak lebih jauh lagi.

“Okay…I’ll postpone the engagement. But promise me you’ll be back.”

Arianna anguk. “I promise. And you have to promise me too…Don’t find me, and don’t ask anyone to find me. Jangan ganggu Qaiser and don’t do anything to him. Otherwise, you will see my dead body.”

“Please Ari…Don’t do that…”

“Promise me!”

“I promise.”

Mendengar jawapan daddynya, perlahan Arianna mengalihkan serpihan kaca dari pergelangan tangannya, namun dia tidak membuangnya. Perlahan dia berundur sebelum memusingkan tubuh, meninggalkan Datuk Eric yang memandangnya dengan tatapan sayu. Rasa bersalah dan berdosa terasa menghambat sehingga berat kakinya mahu melangkah.

PULANG dari parti Aaron dan Arianna, Zahran tidak segera pulang ke rumah, sebaliknya dia menuju ke sekolah muziknya.

Sama seperti selepas pernikahan Zahrin dan Irdina beberapa tahun lalu, di sinilah tempat dia mengalihkan rasa sedihnya.

Tidak sepenuhnya berhasil, namun setidaknya dia punya tempat untuk melampiaskan rasa kecewa.

Dibawa langkahnya menuju ke galeri yang menempatkan berbagai alat jenis muzik, yang pernah menjadi tempat dia dan Arianna meluangkan masa selepas mereka menyelesaikan kes kematian di tapak pembinaan.

Diambil cello dari dalam almari kaca lalu melabuhkan duduk di kerusi di tengah-tengah ruang itu. Tidak lama, melodi dari anime Violet Evergarden bergema sayu, menggambarkan rasa hatinya saat ini.

Entah mengapa dia memiliki perasaan seperti ini sedangkan dia dan Arianna tidak lebih hanya sekadar kenalan. Bukan bercinta, bukan pasangan kekasih. Malah masa yang mereka habiskan bersama lebih banyak berdebat berbanding meluah rasa. Tetapi kenapa rasanya begitu menyakitkan saat melihat Arianna bersama Aaron? Bukankah dia juga yang tanpa ragu mengatakan tidak tertarik kepada Arianna?

Zahran pejam mata, cuba mengusir bayang wajah Arianna yang menari-nari di tubir mata. Tubuhnya bergerak, mengikut rentak melodi perlahan dan mendayu itu.

Dia tidak mahu yang mana lebih menyakitkan, mencintai Arianna atau melupakan Arianna kerana kedua-duanya tetap akan meninggalkan luka.

Cinta?

Pantaskah dia memberi dan memiliki cinta, sedang dalam usia yang hampir menginjak 40 tahun, dia masih belum bertuah dalam cinta?

Apa wujudnya dia di dalam dunia ini hanya untuk menjaga jodoh orang?

Detak kasut seseorang menaiki tangga tidak membuat Zahran berhenti. Pintu yang tidak tertutup membuat bunyi itu terdengar jelas. Tajam matanya merenung pintu dengan tangan terus memainkan melodi dari siri anime yang meninggalkan sedikit kenangan bersama Arianna, namun dia tidak beranjak dari kerusinya. Memang dia tidak mengunci pintu utama tadi, namun entah mengapa dia tidak cuba lari atau melihat siapa yang datang. Sudah lebih lima belas minit melewati pukul sebelas malam. Siapa saja yang datang ke kelas muzik pada waktu begini?

Semakin lama, semakin dekat bunyi detak kasut itu, seakan bersatu dengan melodi cello yang bergema sayu.

Bayang seorang wanita dengan sepasang kaki jenjang dengan dress separas lutut terlihat jelas dan tidak sukar untuk Zahran meneka siapakah gerangannya.

Derap langkah itu terhenti apabila pemilik sepasang kaki itu kini berdiri di depan muka pintu, memandang tepat ke arah Zahran. Serentak itu juga, melodi dari gesekan cello itu terhenti.

Mereka bertatapan, namun tiada sesiapa yang bersuara. Baik Zahran, mahupun Arianna bagai tenggelam dalam taufan yang bergelung hebat yang mereka sendiri tidak tahu dari mana puncanya. Sesak, lemas, dan terkapai-kapai mencari sisa nyawa untuk terus bernafas.

“I did it…” Bergetar suara Arianna menuturkan itu. Entah mengapa. Mungkin terlalu gembira kerana akhirnya dia berjaya melakukannya. Meski pertunangan dia dan Aaron hanya ditangguhkan, tetapi itu sudah memadai untuk dia menyelesaikan urusannya dengan Zahran. Urusan perasaan yang masih tergantung dan belum selesai. Ya, Zahran harus bertanggungjawab kerana Zahran yang mendorong dia untuk melakukannya.

Selangkah demi selangkah dia mendekati Zahran. Lelaki itu tetap bergeming di tempatnya. Menatapnya tanpa riak bererti, namun Arianna tidak peduli; terus melangkah sehingga hanya menyisakan jarak beberapa sentimeter saja antara mereka.

“You have to be responsible for what I’ve done,” ujar Arianna. Diangkat kedua-dua tangannya, menunjukkan luka yang masih berdarah, dan itu tidak gagal membuat kelopak mata Zahran membuntang sempurna.

“What the hell…” Pantas Zahran berdiri, meletakkan cellonya ke tepi lalu menarik tangan Arianna menuju tandas.

Kedua-dua tangan Arianna dia tarik ke bawah pili dan membiarkan air yang mengalir membasuh luka itu.
Arianna meringis. Baru sekarang sakit itu terasa nyata.

“Sakit?” tanya Zahran.

Angguk.

“Tahan sikit.” Zahran mengusap kesan darah yang sudah kering pada tapak tangan Arianna. Berhati-hati dia melakukannya apabila melihat luka yang agak dalam itu. Tidak sampai dek akal warasnya, Arianna sampai nekad mencederakan dirinya sendiri seperti ini.

“Kita pergi hospital,” ujarnya.

“Tak nak.”

“Habis tu nak biar macam ni je?”

“I trust you.”

Entah mengapa Arianna berkata begitu, namun dia sangat berharap Zahran akan mengerti dan tidak membawanya ke hospital. Luka itu lambat laun akan sembuh. Tetapi luka di hatinya, dia tidak tahu sampai bila akan menganga. Buat masa ini dia hanya mahu di sini, bersama Zahran.

“I don’t want to go to the hospital.” Tidak memaksa, tidak juga merayu. Lirih dan terdengar sangat berputus asa, membuat Zahran akhirnya malas memaksa.

Setelah tangan Arianna bersih dari kesan darah, ditarik tangan Arianna kembali ke ruang tadi lalu didudukkan di kerusi.

Kemudian dia keluar dan beberapa saat kemudian kembali semula bersama peti pertolongan cemas.

Melutut di depan Arianna, dia mengambil satu tiub krim lalu dioles pada tapak tangan Arianna yang luka. Arianna hanya memandang setiap gerak geri itu Zahran itu tanpa berkata apa-apa.

“Bodoh,” kata Zahran tanpa memandang Arianna.

Hening. Arianna diam, tidak berniat mahu membalas kata-kata Zahran. Biarlah Zahran mengatakannya bodoh. Ya, kadangkala dengan sedikit kebodohan, tanpa menggunakan kepandaian, kita boleh mengajar orang lain.

“Lain kali kalau nak lukakan tapak tangan, buat sebelah je. Yang kau buat dua-dua belah kenapa?” Zahran terus berleter sambil membalut tangan Arianna dengan kain kasa.

Arianna masih diam. Hatinya tersentuh. Bicara Zahran terdengar kasar, namun gurat wajah lelaki itu jelas menggambarkan kekhuatiran. Setitis air matanya jatuh sehingga mengenai belakang tangan Zahran, membuat pergerakan Zahran yang sedang membalut tangannya terhenti.

Perlahan lelaki itu mendongak sehingga mata mereka bertemu.

“The reason for me being so stupid…is because I love you. I love you, Zahran Ashfan.”
Zahran terpana. Kaku tubuhnya mendengar pengakuan Arianna yang sedikit tidak berselindung.

“You don’t have to love me back, but I’m gonna give you my heart anyways…” ujar Arianna.

Zahran terus terdiam. Bukan dia kehilangan kata-kata, tetapi dia sibuk menyusun kata untuk membalas pernyataan cinta Arianna itu.

“I know it hurts so much to want something I can’t have but…I pray in my heart, one day you’ll love me back.”

“That one day has long come..”

Sayu wajah Arianna berubah menjadi tidak percaya. Ya, jika dia tidak salah mentafsir kata-kata Zahran, bukankah lelaki itu bermaksud membalas cintanya?

“Tapi…aku tahu, kau pun tahu yang semua ni salah. You’re going to marry my best friend. This is not as simple as falling in love but we trap ourselves in an endless conflict. Me, you, Aaron, we live in the same circle. We will come across each other…And…” Zahran mengeluh. Lama dia menjeda sebelum menyambung, “…kalau kita mulakan hubungan ni, macam mana kita nak berhadapan dengan Aaron? I’m not a coward, but he’s my best friend. I swear, if it is not him, I will fight for you with everything I have. I will make you mine no matter what.”

“Zahran…Boleh tak sekali ni saja kita jangan fikirkan orang lain? Boleh tak sekali ni saja kita fikirkan tentang kita, perasaan kita, kebahagiaan kita…Sekali ni saja…”

“It’s not that easy…” Zahran tidak tahu bagaimana dia harus memberi pengertian kepada Arianna, tetapi dia benar-benar tersepit. Aaron bukan sekadar kenalan, bukan sekadar kawan biasa, tetapi Aaron adalah sahabat baiknya.

“It’s not easy, but it’s not difficult either. I love you and if you love me, let’s just…”

"Arianna..." Zahran menyela sebelum sempat Arianna menyudahkan kata-katanya.

Bertatapan sejenak sebelum menyambung, "...I've experienced great disappointment in my life. It's not easy to see someone we love marry someone else. And that someone else is my own twin brother."

"It's not an instant of time I took to convince myself she wasn't for me. She was my first love and I love her so deeply that I can't find another woman like her."

Jeda. Zahran tarik nafas dan menghembusnya perlahan. Kali pertama dia meluahkan rasa yang terbuku di hati setelah bertahun-tahun dia menyimpannya sendiri.

"Kali pertama dia melangkah masuk ke rumah aku sebagai bakal isteri Zahrin...God, I feel like my life is ruined. Rasa kecewa luar biasa yang aku tak boleh luahkan pada sesiapa."

"I asked God...Why? Kenapa Irdina mesti bersama Zahrin? Kenapa bukan aku? Aku dengan Zahrin sama. We're twin. Tapi kenapa Dina pilih Zahrin sedangkan dia kenal aku dulu."

"I feel inferior. I feel useless and aku rasa diri aku banyak kekurangan. I don't deserve to fall in love and I don't deserve to be with anyone."

Hening. Arianna tidak berkata apa-apa; hanya mendengar luahan Zahran tanpa menyela.

"But now I'm happy to see her happy with my brother. I'm happy to see how well Zahrin treats her that makes me feel that...he is better than me."

"Aku tak nak melalui kekecewaan tu sekali lagi Arianna. I don't want to risk my life to fall in love with someone I can never have. It hurts and it's killing me inside."

Satu tangan Arianna terhulur, menekup pipi Zahran sambil menatap tepat ke dalam anak matanya.

"You don't have to go through that pain again. If you love me back, I'll make sure I'll be yours...Forever..."

Zahran mendesah putus asa. Kata-kata Arianna berhasil meruntuhkan tembok yang dibinanya dengan susah payah. Tembok yang menghalangnya daripada terus berharap kepada sesuatu yang tidak mungkin dia miliki.

Perlahan dia berdiri lalu menarik Arianna ke dalam pelukannya. Tubuh Arianna dirangkul erat menyalurkan seluruh perasaan yang memberati dadanya sejak akhir-akhir ini.

"Does this mean you'll love me back?" tanya Arianna.

"No."

Bahu Arianna merosot , kecewa dengan jawapan Zahran namun dia tidak cuba melepaskan pelukan itu.

"I will love you first and you must love me back."

Senyum Arianna mengembang. Kedua-dua tangannya yang lurus di sisi perlahan terangkat, membalas pelukan Zahran.

"Then, I love you too..."

Arianna tidak tahu akan bagaimana penerimaan daddynya jika tahu dia menjalin hubungan dengan Zahran, Arianna tidak tahu bagaimana cara dia mahu memberitahu Aaron tentang dia dan Zahran, Arianna juga tidak tahu akan bagaimana pengakhiran kisah cintanya dengan Zahran, namun untuk malam ini, dia malas memikirkannnya. Dia mahu menikmati malam indah ini dengan tenang tanpa perlu terganggu dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Sekali ini saja, dia mahu hidup untuk hari ini, tanpa perlu memikirkan hari esok.

Share this novel

haminah hamid
2022-06-05 14:45:47 

terima kasih

Aisyah Esya
2022-06-02 17:44:06 

aaaauuww.. I love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience