"Saraa, kau okey?" tanya Adam.
Saraa mengangguk.
"Kenapa?" tanyanya.
"Takdela, kau macam... dingin semacam," luah Adam.
Saraa ketawa kecil mendengarnya.
"Apala kau ni. Aku memang macam ni kot. Kau dah macam tak kenal aku pulak" yakinnya.
Tak, dia tak okey. Tapi Saraa tidak mahu menceritakan hal semalam kepada Adam. 'Tak penting pun' katanya dalam hati.
"Ya, kau memang selalu dingin. Tapi ni lain. Tak macam kau yang selalu pun. Kau banyak mengelamun. Kau tau kan kalau ada benda yang mengganggu fikiran kau, aku sedia mendengar," terang Adam panjang lebar.
"Aku okey je la Adam. Aku just pening sikit," Saraa memberi alasan.
"Em tu je ke? Okeyla jom kita pergi minum lepastu aku hantar kau terus balik," Adam mengalah.
"Eh kau ni dah kenapa? Kita baru je masuk mall ni kan? Kau memang sengaja nak bazirkan masa aku ke?" marah Saraa.
"Kenapa kau beria nak marah aku ni, Saraa?" tanya Adam keliru.
Saraa terkedu.
"Ah? Em takde pape la. Aku taknak balik dulu. Lepas aku teman kau ni, aku dah janji dengan Areena,Syafiqa dan Shazrin nak jumpa diorang,".
Adam hanya mengangguk.
"Okeyla jom. Adik aku ada pesan suruh belikan dia kamus so kita pergi stationarylah dulu,".
"Okey jom," Saraa memandang Adam dengan senyuman.
Adam membalas senyuman Saraa.
Dia lega melihat senyuman rakannya itu. Senyuman Saraa membuatkannya bahagia. Sudah empat tahun dia berkawan dengan Saraa. Baginya Saraa memang seorang yang dingin tetapi Saraa juga seorang yang amat memahami. Dia selesa berkawan dengan Saraa sehingga ke mana sahaja dia pergi, dia akan membawa Saraa bersamanya.
...
"Mana Saraa ni?" Syafiqa mengeluh. Kawan Saraa yang seorang ini memang jenis yang kurang sabar.
"Kau ni. Tunggula kejap lepasni adala dia muncul," bebel Shazrin.
"Tu dia," kata Areena sambil bibirnya dimuncungkan ke arah Saraa yang kelam kabut berjalan ke arah mereka.
"Maafkan aku. Aku teman Adam beli bahan untuk dia buat kek hujung minggu ni," kata Saraa sambil mengambil tempat duduk di sebelah Shazrin.
"Tempahan apa pulak kali ni?" tanya Areena.
"Kakak dia nak bertunang," jawab Saraa ringkas.
"Kau dengan Adam couple ke?" tanya Shazrin secara tiba-tiba.
"Eh berapa kali aku nak cakap aku dan dia kawan je la. Aku rapat dengan dia sebab dia je kawan lelaki aku yang aku selesa," Saraa menafikan.
"Habistu, Iqwan?" sampuk Syafiqa.
"Kiteorang takda apa-apala. Dahla jom kita order minuman," Saraa cuba menukar topik.
"Kiteorang dah order, kau je," kata Areena.
Saraa lantas memanggil waiter untuk memesan minuman.
"Iced Latte satu,"
Tiga pasang mata memerhatinya dengan serius.
"Coffee?" tanya Syafiqa.
"Are you sure? Kau dah mula minum kopi lagi ke, Saraa?" tanya Areena pula.
"Kau ada masalah ke? tanya Shazrin prihatin.
Saraa mengukir senyum.
"Ala lek ah aku craving je," Saraa menenangkan kawan-kawannya.
Mereka hanya berdiam. Tidak mahu untuk memaksanya. Mereka tahu bahawa Saraa akan menceritakan sendiri masalahnya jika dia sudah bersedia.
Minuman yang dipesan kini sudah tersedia untuk dinikmati. Saraa menikmati minumannya sambil menghela nafas panjang.
"Eh kenapa senyap je ni?" tanyanya apabila ketiga-tiga rakannya itu hanya senyap memerhatikan gelagatnya itu.
"Takdela. Selalunya kau yang talkative. Tapi ni tak, kau senyap je. So kami pun taktau la nak cakap tentang topik apa," terang Syafiqa.
"Kau ada masalah ke? Kami kan ada," kata Areena.
Saraa mengeluh sambil memeluk lengan Shazrin yang berada disebelahnya.
"Semalam..."
...
"Mereka memang takde nak melawat kita ke?" tanya ayah kepada ibu.
"Abang takpayah nak berharap sangatla. Kita ni tak berduit. Takde orang sudi nak melawat kita," jawab ibu.
"Takkanla sampai macam ni sekali. Kita ni tak penting ke? Kita ni bukan keluarga ke?"
"Manalah saya tau. Diorang kan adik-beradik abang. Patutnya abang lebih kenalla siapa mereka," jawab ibu tanpa memandang wajah ayah.
Ayah hanya berdiam diri.
"Kalau saya tau, dari awal lagi saya taknak pindah sini," luah ibu.
"Nak buat macam mana? Abang dah tak bekerja. Mana dapat nak terus menyewa. Rumah pusaka peninggalan arwah mak ni je lah satu-satunya tempat kita untuk berteduh. Kalau abang awak tak pinjam duit dengan kita dulu mungkinla kita dah dapat beli rumah sendiri sekarang," jawab ayah.
"Mereka takde kena mengena dengan masalah kita sekarang," ucap ibu bernada tidak puas hati.
"Kenapa pulak? Betulla kan?" soal ayah sambil bercekak pinggang.
"Tak, masalahnya kenapa sekarang kita tukar topik?" tanya ibu.
"Mereka pun sebahagian daripada penyumbang kepada masalah kita sekarang," jawab ayah.
"Ayah! Ibu!" panggil Saraa. Nafasnya pantas. Dia melihat wajah kedua orang tuanya sambil menggenggam tangan.
Ibu dan ayah melihat wajah satu-satunya anak mereka. Perbalahan dihentikan.
...
"... tu je yang mengganggu fikiran aku. Aku taknak mereka bermasam muka. Cukupla aku lahir dalam broken family. Aku taknak ada broken parent," luah Saraa.
"Relaxlah Saraa. Biasala tu mak ayah berbalah kadang-kadang. Mak ayah aku pun selalu je berbalah," Areena menenangkan.
"Aku risau je," kata Saraa.
"Kau janganla fikir banyak sangat. Semuanya akan okey," pujuk Syafiqa. Shazrin hanya mengangguk setuju.
Saraa melihat jam di tangannya. "Eh dah lewat ni. Aku balik dulula. Korang tak balik?" tanya Saraa.
"Nak balikla lepasni. Nak hantar Shazrin balik terus," jawab Syafiqa.
"Reen?"
"Aku tunggu Damien. Dia yang ambik aku lepasni," jawab Areena.
"Okeylah. Byee. Terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku hehe," ucap Saraa sebelum berlalu pergi.
Share this novel