“ Maira ! Saya nak cakap dengan awak sekejap. ” Kata Ilyas. Hampir gugur jantung Ilyas sebaik sahaja melihat Humaira keluar dari perut kereta bersama seorang lelaki yang merupakan teman baiknya tadi.
“ Orang yang hantar awak tadi tu… Lelaki yang awak kahwin secara paksa ke ? ” Tanya Ilyas. Pagi tadi dia dikejutkan dengan berita perkahwinan Humaira secara paksa. Kali ini, dia melihat teman baiknya yang menghantar Humaira. Dia kecewa yang amat kerana Humaira kini menjadi milik orang lain.
“ Ya ! Awak jangan ingat saya suka semua ni terjadi dekat saya. Kalau boleh, saya mahu lari dari masalah ni… ” Humaira menyatakan perkara yang sebenarnya.
“ Awak masih cintakan dia ? ” Ilyas benar- benar inginkan kepastian.
“ Kalau dulu ya. Tapi sekarang tak… ” Ilyas lega sebaik sahaja mendengar pengakuan Humaira walaupun Humaira bukan miliknya. Ini bermakna, usahanya untuk memisahkan Humaira dan Amir selama ini berhasil.
Humaira dan Ilyas menamatkan perbualan mereka. Ilyas pergi ke biliknya manakala Humaira pergi ke tandas untuk membasuh muka. Dia rasa mukanya agak berminyak. Ilyas dan Humaira langsung tidak perasan akan kehadiran Amir. Dia mendengar setiap perbualan Ilyas dan Humaira.
Tangan Humaira ditarik oleh Amir sebaik sahaja Amir melihat kelibat Humaira lalu di hadapannya. Humaira berteriak kecil dek terkejut. Amir mendakap Humaira. Dia cuba untuk mencari kekuatan.
“ Jadi, sebab tu lah awak bersikap dingin dengan saya ? Betulkah awak tak cintakan saya ? ” Amir mengucup pipi isterinya lembut. Humaira terkedu. Dia sendiri tidak tahu perasaannya terhadap Amir. Perasaanya seperti berbelah bahagi.
“ Awak ada terima surat yang saya kirimkan kepada Ilyas lima tahun yang lalu ? ” Soal Amir lagi. Humaira terkesima. Dia tidak tahu surat apa yang dimaksudkan Amir. Dia meleraikan pelukan Amir dan segera menuju ke bilik Ilyas. Dia perlu cari tahu surat apa yang dimaksudkan Amir.
“ Ilyas ! ” Panggil Humaira. Ilyas terkejut kerana Humaira muncul secara tiba- tiba. “ Ya… Kenapa ? ” Surat yang sedang dipegang Ilyas sejak tadi dimasukkan ke dalam laci mejanya. Humaira tidak boleh tentang kewujudan surat itu kerana dia akan berada dalam zon yang bahaya jika Humaira tahu.
“ Apa maksud Amir yang dia ada kirimkan kepada awak surat untuk diberikan lima tahun lalu ? ” Bagaikan ada lembing yang menusuk jantung Ilyas. Ilyas terpana. Dia baru sahaja menyimpan surat yang dimaksudkan Humaira itu di dalam laci. Dia tidak menyangka sama sekali Humaira akan bertanya mengenai surat itu.
“ Maksud awak ? ” Humaira geram kerana soalannya dijawab dengan soalan. Humaira menarik laci Ilyas. Dia nampak kertas yang dipegang Ilyas tadi. Ilyas hanya diam. Dia tidak berani menghalang Humaira. Air mata jatuh berguguran dari kelopak mata Humaira sebaik sahaja membaca surat itu. Surat daripada Amir untuknya. Di dalam surat itu, Amir menyatakan pemergiannya ke London untuk menyambung pengajiannya dan rancangannya untuk mengahwini Humaira sebaik sahaja dia tiba di Malaysia. Humaira merenung tajam ke arah Ilyas. Dia menarik nafas dalam- dalam sebelum menegking Ilyas.
“ Kenapa awak tak serahkan surat ini kepada saya. ? ” Ilyas meneguk air liur beberapa kali sebelum menjawab soalan Humaira. Walaupun dia menelan air liur, tekaknya terasa kering dan dia haus yang amat.
“ Sebab saya tak nak awak dan Amir bersama. Saya cintakan awak sepenuh hati saya… Maafkan saya ! ”
“ Bodoh !!! Sekarang ni…, saya nak tanya awak. Awak berjaya dapatkan cinta saya ? Awak tahu tak yang selama ni saya merana sebab saya ingatkan Amir dah tinggalkan saya kerana perempuan yang ada dalam gambar tu. Awak cakap perempuan dalam gambar tu kekasih Amir… Tapi Amir cakap perempuan tu adik dia… Apa semua ni ? ” Humaira mula menghamburkan kemarahannya terhadap Ilyas.
“ Saya minta maaf… Saya menyesal sangat- sangat ! Maafkan saya… Saya lakukan semua ni sebab saya cintakan awak… ” Humaira menghempaskan buku yang berada di atas meja Ilyas. Ilyas tersentak. Dia tahu Humaira sangat marahkan dia. Amir segera datang untuk mendapatkan Humaira. Dia telah tahu segalanya kerana dia curi- curi dengar perbualan mereka tadi. “ Mai…, sabar Mai ! Sabar ! ” Kata Amir.
Share this novel