Bab 4

Action Series 9408

Anna disambut pulang ke rumah oleh ibunya yang sedang terduduk di depan pintu. Wajah ibunya basah dengan air mata dan riak wajahnya kelihatan ketakutan. Anna segera melutut di hadapan ibunya, tangannya memegang bahu ibunya lembut.
“Ibu! Kenapa ni? Bangun jangan duduk depan pintu!”
Kata Anna sambil cuba mengangkat tubuh ibunya. Ibu Anna memegang tangan Anna.
“Anna… Ibu minta maaf, Fatimah nampak ibu tadi..”
Kata ibu Anna dengan suara serak. Terkedu Anna, dia terduduk di samping ibunya. Melihat reaksi anaknya yang terkejut Damia segera menyambung percakapannya.
“Ibu tengah beli baju tadi dekat pusat beli-belah dan ibu tak pakai mask macam yang Anna nasihatkan ibu selama ni sebab sebelum ni elok je ibu tak terserempak dengan Fatimah. Tetapi kali ni Fatimah berada di tempat yang sama dan dia telah nampak ibu dengan jelas. Fatimah juga kejar ibu tadi. Ibu lari dan naik teksi! Apa lagi yang dia nak dari ibu Anna?”
Kata ibu Anna dengan suara yang bergetar. Wajah Anna bertukar suram. Dia memicit dahi merancang rancangan untuk menyelamatkan ibu.
“Ibu kemas pakaian ibu. Anna nak call abang Taufiq untuk jemput ibu.”
Langsung itu Anna bangun dan membantu ibu dia untuk berdiri semula. Wajah ibu Anna kelihatan terkejut mendengar tutur kata anaknya.
“Mereka tahu tentang ibu ke Anna?”
Soal ibu. Anna tersenyum lemah.
“Anna beritahu mereka tadi masa Anna datang pejabat mereka. Ibu jangan risau. Ayah tak tahu tentang ibu. Kami rahsiakan dari ayah. Sekarang ibu kemas baju dulu ya.”
Kata Anna lalu dia mengeluarkan telefonnya dan mencari nama abang Taufiq di telefonnya. Setelah jumpa dia menekan nama Taufiq. Tidak menunggu lama Taufiq mengangkat panggilan Anna.
“Ya Anna, baru jumpa tadi dah rindu ke?”
Tanya Taufiq berseloroh.
“Abang! Fatimah dah tahu tentang ibu! Anna memang tak boleh nak keluar dengan ibu sekarang ni sebab Anna yakin Fatimah mesti hantar orang untuk ikut Anna. Abang ambil ibu dan sembunyikan ibu boleh tak bang?”
Rayu Anna resah. Taufiq terkejut mendengar kata-kata Anna.
“Abang hantar orang untuk ambil ibu Anna. Biar abang uruskan tempat persembunyian mak cik. Anna fokus dengan siasatan Anna. Nanti kalau pemandu dah sampai abang call Anna.”
Kata Taufiq. Nada suaranya yang tadi kedengaran riang bertukar jadi tegas. Anna mematikan telefonnya dan berlari memasuki bilik utama yang merupakan bilik ibunya. Anna lihat ibunya sedang menangis ketakutan sambil melipat baju. Anna mengambil bag sandang bewarna hitam yang tersimpan di almari ibunya.
“Ibu jangan guna beg roda, guna beg sandang untuk mengelakkan orang pandang ibu.”
Kata Anna lalu mengambil pakaian ibunya yang sudah dilipat kemas didalam beg roda.
“Tak perlu bawa baju banyak. Nanti selepas ibu sampai dekat tempat yang selamat ibu boleh beli baju lagi. Anna bagi kad Anna untuk ibu guna.”
Ibu Anna terduduk di atas tilam.
“Apa salah ibu Anna?”
Tanya ibu. Anna tersenyum.
“Ibu tak bersalah. Yang salahnya dia. Sekarang ni Anna nak ibu bagitahu Anna, kenapa ibu kata Fatimah berbahaya?”
Kata Anna sambil memandang ibunya serius. Tapi ibunya memilih jalan untuk diam.
“Ibu, you need to trust me.”
Kata Anna lembut. Ibu Anna mengambil masa lama untuk membuka mulutnya.
“Ingat tak Ayah bawa Anna pergi kursus dekat luar negeri? Waktu tu Fatimah serang ibu dan gugurkan kandungan ibu. Ibu baru tahu yang ibu mengandung hari sebelumnya dan silap ibu sebab ibu bagitahu Fatimah. Ibu sangkakan dia bukan orang yang macam tu sampai sanggup serang ibu. Ibu sangkakan dia madu yang baik, tetapi tidak. Lepas ibu gugur, Fatimah ugut ibu untuk minta cerai dengan ayah.”
Anna mengeluh mendengar cerita ibunya.
“Ibu tak nak cerai dengan ayah. Di sebabkan ibu degil Fatimah hantar orang untuk ikut setiap pergerakkan ibu. Malah Ketika ibu tidur ada orang pecah masuk rumah dan cuba lemaskan ibu. Bila ibu nak beritahu ayah dia akan ugut ibu nak cederakan Anna. Ayah pernah masuk hospital sebab ditikam oleh orang yang rompak rumah. Tapi tu bukan rompakan sebenarnya. Orang pecah rumah kita waktu tu sebab nak bunuh ibu, bukan rompak rumah.”
“Mana ibu tahu sebenarnya bukan rompakan?”
“Dia tak ambil barang berharga pun, dia pecah pintu masuk rumah dan terus menuju ke bilik ibu dan cuba menikam ibu. Ayah waktu tu berada di tandas, sebaik sahaja dia keluar dari tandas dia lihat ada lelaki nak tikam ibu. Disebabkan ayah cuba lindung ibu, ayah di tikam. Ayah pengsan dan lelaki yang tikam ayah panik dan melarikan diri. Sewaktu dekat hospital Fatimah beritahu ibu. Itu tanda amaran untuk ibu. Selagi ibu tak minta cerai, dia akan ganggu ibu. Jadi ibu minta cerai dengan ayah.”
Kata ibu lemah. Anna memandang ibunya sayu. Lalu dia memeluk ibunya.
“Ibu, Anna akan pastikan yang Fatimah tak akan apa-apakan ibu.”
Kata Anna lembut sebelum telefonnya berbunyi. Anna angkat tanpa melihat gerangan yang menghubungi dia.
“Anna, kereta dah sampai.”
Kata Taufiq. Anna mematikan talian dan menutup zip bag sandang. Ibu Anna memakai penutup muka dan cermin mata hitam. Lalu Anna dan Damia keluar dari rumah menuju ke lif. Sebaik sahaja mereka tiba di tingkat bawah, Damia meninggalkan anaknya di dalam lif dan berjalan keluar menuju ke kereta yang telah Taufiq sediakan. Anna hanya memandang ibunya sayu sebelum pintu lif tertutup.
Tibanya Anna dirumahnya dia segera meghubungi Taufiq.
“Ibu dah masuk kereta. Mana abang bawa ibu?”
Soal Anna resah.
“Abang dah bincang dengan ayah abang. Lokasi ibu Anna kami akan rahsiakan dari Anna untuk mengelakkan Fatimah tahu. Macam yang Anna cakap Fatimah mesti ikut Anna untuk tahu lokasi ibu Anna, jadi biar kami je tahu lokasi tu. Anna pun hati-hati. Abang akan hantar kak Sarah untuk jaga Anna dekat rumah.”
“Rumah Anna tak boleh masuk tanpa kad akses. Orang Fatimah tak boleh masuk.”
Kata Anna, Taufiq mengeluh lembut.
“kita berjaga-jaga buat masa sekarang. Sebab abang percaya Fatimah bukan orang biasa. Dia pasti ada jalan untuk naik ke rumah Anna walaupun kena ada akses kad.”
Anna terdiam.
“Okay bang, terima kasih. Nanti kalau kak Sarah dah sampai bagitahu Anna.”
Anna dan Taufiq kemudian mematikan talian.
Anna terduduk di sofa. Persembunyian mereka selama 4 tahun ini sudah terbongkar. Dia terbayang apa akan jadi dengan hidupnya tanpa keluarga.

XXXXXXXXXX

“Abang, bagi semua laporan audit syarikat dari 5 tahun yang lepas. Berikan juga senarai panjang maklumat semua staff yang bekerja di syarikat ini.”
Kata Anna sebaik sahaja Taufiq membuka pintu pejabat miliknya. Taufiq terkejut kerana Anna sudah tiba di pejabat seawal jam 7 pagi.
“Anna! Apa Anna buat dekat dalam pejabat abang? Pukul 7 pula tu. Office hour start on 8 am! Kata Taufiq yang dadanya masih berdebar melihat Anna di dalam pejabatnya.
“Awal? Then what are you doing here 7 o’clock at the morning? Office hour starts on 8 abang.”
Sindir Anna semula. Taufiq tersengih lebar.
“Abang bos… Biasalah datang awal sikit balik tetap lambat…”
Kata Taufiq. Anna mencebik.
“So do you copied what I’m asking you just now?”
Tanya Anna. Taufiq tersenyum lembut.
“Mestilah, Abang dah tahu Anna mesti nak semua tu. Abang dah sediakan dari semalam lagi.”
Kata Taufiq sambil dia meletakkan beg laptopnya dia atas meja. Anna yang duduk di sofa bangun mengekori Langkah Taufiq.
Taufiq kemudian duduk di kerusi kerjanya dan membuka kunci laci meja. Anna pula duduk di kerusi berhadapan meja kerja Taufiq.
“Here the document as your request.”
Taufik meletakkan 3 fail tebal dihadapan Anna. Anna tercengang.
“Ni je?”
Taufiq menggelengkan kepala.
“Ini list staff sahaja Anna. Nanti untuk audit 5 tahun yang lepas, abang akan hantar sendiri ke meja Anna.”
Anna tersengih.
“Abang, Meja Anna dekat situ je bang. Anna boleh angkat sendiri.”
Kata Anna pada Taufiq sambil menunjukkan bilik berkaca di tepi pintu utama pejabat Taufiq. Mereka memang telah sediakan bilik kerja untuk Anna bekerja. Personal assistant dan secretary walaupun kerja tidak jauh beza, tetapi di syarikat ini Personal assistant lebih tinggi jawatannya kerana mereka kerap membuat kerja dalaman seperti menyiasat, menggantikan ketua ketika di mesyuarat dan lain-lain kerja berat yang biasanya dilakukan oleh ketua syarikat. Kerana itulah pejabat mereka berada di dalam pejabat ketua mereka. Hanya Farid, ayah Anna sahaja sebelum ini yang memegang jawatan itu. Kini Anna juga sudah memegang jawatan yang sama. Kerja yang susah dan memerlukan kesabaran yang tinggi hanya boleh dilakukan oleh pekerja yang berkelayakkan. Sebelum ini mereka ada juga melantik pekerja untuk memegang jawatan ini tetapi semuanya mengalah setelah bekerja selama seminggu.
“Tak apalah. Anna ambil je fail ni dulu, Kejap lagi abang jantar fail yang lain.”
Kata Taufiq. Anna tersenyum dan ambil fail tersebut untuk di teliti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience