Rate

Bab 29 Ketegasan Adib

Romance Completed 278220

Setelah Cikgu Farah melihat penerimaan Puan Saleha dingin, dia segera meminta izin untuk pulang ke rumahnya.

"Kalau macam tu saya pulang dulu ya makcik." Kata Cikgu Farah menyalam Puan Saleha.

"Sekejap Cikgu Farah, saya ada mau cakap dengan Cikgu sekejap. Adib, kamu tolong tunggu di luar sekejap."

Adib pun keluar mengikuti kehendak ibunya dan dia tertanya-tanya apa yang ibunya nak cakap dengan Cikgu Farah.

"Ada apa ya makcik." Kata Cikgu Farah lembut.

"Makcik harap Cikgu jangan lagi cuba mendekati Adib, makcik sudah ada pilihan sendiri. Itu saja makcik nak cakap." Ucap Puan Saleha dengan tegas tanpa senyuman di wajahnya.

Wajah Cikgu Farah menjadi tegang terkejut mendengar setiap kata-kata yang meluncur di mulut Puan Saleha. Dia cuma terdiam dan segera meminta diri untuk segera pulang.

Puan Saleha cuma mengangguk melihat Cikgu Farah yang  sudah berjalan menuju keluar pintu bilik rawatan Anis. Adib masuk semula untuk meminta izin menghantar Cikgu Farah balik ke rumahnya.

"Adib hantar Cikgu Farah balik dulu ya ibu nanti Adib datang balik!" Kata Adib pada Puan Saleha.

"Terserah, tak payah datang balik...nanti ayah kamu yang datang urus Anis. Kamu uruslah Cikgu Farah kamu tu." Kemarahan Puan Saleha jelas kedengaran.

"Adib sekejap saja ibu!" Jawab Adib ingin Puan Saleha faham situasi yang dia hadapi.

Puan Saleha hanya membuang muka melihat Adib.

Adib menjadi serba salah. Bukan begini yang Adib nak sebenarnya. Adib bertekad untuk membicarakan hal ni pada Cikgu Farah, terserah Cikgu Farah nak terima ataupun tidak.

"Ibu tunggu Adib, Adib sekejap saja hantar Cikgu Farah balik." Kata Adib Umair mengharap supaya ibunya mengerti.

"Ibu tak mahu tahu Adib, kau kena tegas dengan diri kau sendiri... kau kena sedar yang kau tu bukan bujang lagi, ibu tak nak menantu lain selain Anis...!" Puan Saleha terpekik pelan menahan emosinya yang menggebu-gebu. Lalu berbalik menuju ke arah katil Anis.

Adib keluar dari bilik rawatan Anis dengan perasaan yang berkecamuk, dia melihat Cikgu Farah yang duduk di kerusi dengan wajah yang tegang.

"Mari saya hantar Cikgu balik dahulu, silakan Cikgu." Kata Adib tanpa ada senyuman di wajahnya.

Cikgu Farah cuma mengangguk pelan sambil mengikuti langkah Adib. Dalam perjalanan ke parkiran kereta, Adib dan Cikgu Farah hanya diam membisu.

Inilah kali pertama Adib melihat ibunya Puan Saleha marah, dan itu di sebabkan kecuaiannya sendiri. Adib cuba membuka cerita terlebih dahulu setelah kereta mereka sudah meninggalkan kawasan hospital.

"Cikgu Farah, macam ni...!" Adib cuba mencari cara bagaimana dia nak memberi faham pada Cikgu Farah agar tidak mendekatinya lagi.

"Ada apa ya Cikgu?" Tanya Cikgu Farah terdengar lembut.

"Sebelum terjadi kesalah fahaman antara kita berdua, saya harus berterus terang dengan Cikgu Farah." Kata Adib Umair lambat-lambat.

Cikgu Farah melihat Adib dengan kerutan didahinya.

"Cikgu Farah ada hati dengan saya ke? Saya cuma nak tahu, takut ada salah faham." Kata Adib Umair sambil melirik Cikgu Farah seketika.

Cikgu Farah cuma mengangguk sambil tertunduk.

"Saya harap Cikgu Farah tak payah menyimpan perasaan dengan saya lagi, saya tak boleh menerima perempuan lain dalam hidup saya." Kata Adib kedengaran tegas.

Wajah Cikgu Farah menjadi tegang bila mendengar ucapan dari mulut Adib sendiri.

Adib memberhentikan keretanya di tepi jalan, dia mesti selesaikan sebelum masalah ini berlarut-larut.

Dia turun dari kereta untuk menghindari fitnah. Cikgu Farah juga ikut turun kerana ingin mendengar penjelasan Adib yang dia tak dapat terima.

"Apa maksud Cikgu Adib?" Tanya Cikgu Farah ingin tahu.

"Saya tidak mahu Cikgu Farah mengharap dengan saya, saya cuma menganggap Cikgu Farah tidak lebih daripada rakan sekerja di sekolah." Ucap Adib lagi sambil melihat Cikgu Farah yang hanya berdiri membeku.

"Kenapa Cikgu? Adakah di sebabkan ibu Cikgu Adib?" Tanya Cikgu Farah tak terima.

"Bukan begitu Cikgu, saya sudah ada plilihan sendiri." Kata Adib tegas dan berharap Cikgu Farah boleh faham. "Saya harap Cikgu Farah faham dan boleh terima dengan hati terbuka setiap penjelasan saya tadi." Kata Adib lagi.

"Siapa dia Cikgu? Anis ke?" Tanya Cikgu Farah terpekik tertahan.

Adib tidak menafikan dan tidak juga membenarkan.

"Suatu saat Cikgu Farah akan tahu juga, sekarang ni belum masanya lagi. Mari Cikgu saya hantar pulang. Lepas ni saya kena mengurus segala urusan Anis di hospital." Kata Adib Umair lagi lalu menaiki semula keretanya. Cikgu Farah pun ikut menaiki kereta Adib dalam senyap.

Setelah Adib mengeluarkan semua yang terbuku di hatinya, fikirannya terasa lapang dan tenang. Adib berharap agar Cikgu Farah dapat memahami segala yang dia jelaskan tadi. Dia sebagai suami Anis Umairah harus tegas untuk menyelamatkan perkahwinannya yang masih seumuran jagung itu.

Cikgu Farah hanya diam membisu sehingga sampai kerumahnya.

"Minta maaf ya Cikgu!" Ucap Adib setelah Cikgu Farah turun dari keretanya. Adib terus meninggalkan Cikgu Farah yang masih berdiri membeku melihat Adib makin menjauh dari pandangan matanya.

Sampai sahaja Adib di bilik rawatan Anis, ibunya masih kelihatan marah. Anis sudah terbangun dari tidurnya dan duduk tersenyum melihat kedatangannya.

"Abang baru sampai ya?" Kata Anis dengan senyuman.

"Assalamualaikum ibu, anis...maaf abang lambat." Katanya sambil datang mendekati katil Anis.

"Waalaikumussalam!" Jawab Puan Saleha dan Anis.

"Abang sudah jumpa doktor ke?" Katanya Anis lagi sambil melihat Adib yang tersenyum.

Adib menggangguk membenarkan ucapan Anis.

"Anis siap-siap ya, abang pergi bayar bil hospital dulu. Doktor kata Anis boleh pulang petang ni." Sahut Adib dengan lembut. Puan Saleha tersenyum melihat Adib melayan Anis dengan baik.

Anis tersenyum ceria mendengar setiap ucapan yang terkeluar dari mulut Adib.

"Kamu cepat urus Adib, ibu sudah siap kemas barang-barang tadi." Kata Puan Saleha sambil mengusap lembut kepala Anis.

Adib hanya menggangguk pelan dan keluar dari bilik rawatan tersebut dan segera membayar bil hospital. Setelah semua sudah selesai, Adib pun segera menemui Anis dan ibunya.

"Jom balik!" Kata Adib Umair dengan senyuman bahagianya.

Adib segera mengangkat barang-barang Anis, sementara ibunya Puan Saleha dan Anis berjalan bergandingan tangan. Dia bahagia melihat 2 orang wanita kesayangannya tersenyum ceria. Inilah kebahagiaan yang Adib cari selama ini, semoga Allah permudahkan setiap langkahnya dan diberi keteguhan hati dalam menjaga kesucian pernikahannya dengan Anis.

kita Cuba tunaikan permintaan ya, tapi Adib belum boleh ungkap pernikahannya, sekolah anis kena dia fikirkan juga. semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience