ENDING

Crime Completed 8878

"Melati, maafkan aku. Maafkan aku.. Tolong aku. Aku sanggup sembah kaki kau. Asalkan kau lepaskan aku. Aku janji aku takkan ganggu suami kau lagi"

Melati memberhentikan langkahnya. Wanita itu berdiri di belakang mangsanya yang sedang menangis. Kapak berkarat yang setia bersamanya di julang dan di letakkan di bahu. Melati membungkukkan sedikit tubuhnya. Bibirnya menghampiri ke sisi wajah mangsanya.

"Malam ni, aku tak rasa nak membunuh. Tapi, aku rasa nk bagi sesuatu yang istimewa untuk kau."

Nera mulai rasa cuak. Wajahnya berubah serta merta. Peluh dinginnya tidak berhenti - henti mengalir.

"Kau takut?" soal Melati berbisik di pendengaran mangsanya.

Tiba-tiba..

"Aaarrggghhhhhhhhhhh!!!!!!" suara wanita itu menjerit nyaring.

Darah membuak-buak keluar dari potongan yang di lakukan Melati. Secebis daging yang menyerupai telinga berada di tangan Melati. Telinga yang di potong di layangkan di hadapan mata si mangsa.. Disebalik tembok yang berhampiran, seseorang sedang bersembunyi dan mengintai. Matanya membuntang melihat apa yang terhidang di depan mata. Rizal seperti tidak mahu percaya, bahawa isterinya yang tercinta sanggup lakukan perbuatan itu. Ianya amat-amat memilukan hatinya.

"Hadiah dari aku untuk seorang bakal madu. Hahahahahaha!!" Melati ketawa mengekek-ngekek.. Melati mula melangkah meninggalkan Nera di situ bersama mayat reput milik Azuan. Lelaki yang di upah untuk membunuh Melati. Nera menangis, dia sudah mulai merasa pedih dan sakit. Darah keluar semakin banyak dan sekaligus melencunkan tubuh dan pakaiannya.

"Tolonggg.." Rayu Nera sekali lagi menjerit meminta tolong. Suaranya juga sudah mulai hilang. Tubuhnya juga di rasakan seakan tidak mampu lagi untuk bertahan.

Dari jauh, terdengar suara Melati mengekek-ngekek ketawa.

Rizal yang sudah sedia ada di situ, mengambil peluang untuk menyelamatkn Nera..

"Awak, tolong saya" ujar Nera. Dia mengharapkn lelaki itu membantu dan menyelamatkn nyawanya. "Shhh.. Diam. Kalau tak, dia dengar nanti." kata Rizal sambil berbisik. Matanya kadangkala memerhati keadaan sekeliling takut-takut isterinya kembali lagi ke situ.

Tali yang terikat ketat di tangan Nera, sukar untuk di leraikan. Ianya mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit.

"Abanggg.." Rizal tersentak. Serta-merta tindakkannya terhenti. Dadanya berdebar hebat. Rizal menelan air liur berkali-kali.

"Buat apa tu?" Rizal berdiri di samping Nera. Melati memandang mereka berdua silih berganti. Dadanya terasa seperti mahu pecah apabila melihat Melati menggenggam kapak yang masih lagi berlumuran darah.

"Sa..sa..sayang bu..buat apa kat sini?" Rizal cuba memberanikan diri bertanya.

"Apa yang abang nampak? Itulah yang Mel buat." jawab Melati sambil tersenyum-senyum.

"Mel sedar tak, apa yang Mel buat ni salah. Lepaskan Nera, Melati"

Melati merenung wajah suaminya dalam-dalam. Kemudian, dia bergerak menghampiri Rizal. Rizal gugup.
Bahu suaminya di sentuh. Leher dan wajah suaminya di usap. Melati berdiri di belakang Rizal. Kemudian, Melati kembali berdiri di hadapan lelaki itu. Tanpa di sangka, Melati bertindak nekad mencengkam leher Rizal dan menolak Rizal ke dinding bangunan itu. Mata Melati mencerlung tajam ke mata Rizal. Rizal hanya mendiamkan diri.

"Kau kena ingat semua janji kau pada aku. Jangan sesekali kau mungkir, Rizal"

Nafas Rizal tersekat-sekat. Tangan Melati di sentuh. Kemudian, tubuh Rizal di tarik dengan kasar dan tanpa di sangka, Rizal juga diikat di sebatang tiang batu. "Mel, jangan buat abang macam ni. Mel tak sayangkan abang ke?" ujar Rizal sambil berusaha memujuk isterinya.

Melati hanya berlagak biasa. Kata-kata suaminya tidak di endah. Melati mengeluarkan sesuatu dari bag sandangnya. Sebuah gambar perkahwinan di usap perlahan, kemudian di letakkan di atas meja usang yang terdapat di situ.

Melati menghampiri jasad kaku Azuan. Rambut mayat Azuan yang kusut di renggut dengan kasar.

"Kau tengok ni. Kau tahu dia ni siapa? Dia lelaki yang betina ni upah untuk bunuh aku, semata-mata nak dapatkan kau!" Melati menunjukkan jari telunjuknya ke arah Nera yang sudah pucat lesi.

Rizal terpempan. Dia tidak menyangka begitu jauh sekali tindakkan gadis itu. Sanggup mahu menghancurkan rumahtangganya. "Aku minta maaf, Rizal. Aku tahu, aku salah. Maafkan aku" Nera menundukkan wajahnya. Tidak berani lagi untuk bertemu mata dengan lelaki itu.

"Kau fikir, kau bijak? Sebelum kau usik aku. Aku terlebih dahulu bertindak. Tapi, bukan aku yang bunuh dia ni. Dia yang mari sendiri aku cuma potong tangan dia je. Jadi bukan salah aku kalau dia mati, kan.."

Gambar perkahwinan mereka berdua, Melati dakap dengan erat. Gugur satu persatu air matanya. Sejak sekian lama, Melati tidak pernah mengalirkan air mata. Kali terakhir dia menangis adalah kerana mamanya. "Jangan sia-siakan aku, Rizal. Kau dah berjanji dengan aku untuk bersama dengan aku. Jangan tinggalkan aku" Ujar Melati. Ada getaran pada suaranya. Ada sedih dalam nada bicaranya.

"Sayang, abang masih pegang janji kita. Sayang kena percaya pada abang"

Melati bersandar di tubuh suaminya yang terikat. Gambar perkahwinan mereka di sua-sua di hadapan Rizal. Adakalanya, Melati menangis, kadangkala ketawa. Keadaan Melati membimbangkan Rizal.

Melati bergerak pula ke arah Nera. Rambut Nera yang panjang di belai. Nera ketakutan. Nafasnya turun naik. Dia takut akan tindakkan yang bakal Melati lakukan pada dirinya.

"Kau cintakan dia?" Soal Melati kepada Nera.
Kedua - duanya mengalihkan pandangan serentak ke arah Rizal.

"Sorry Melati. Tolonglah" "Jawab soalan aku! Kau cintakan dia?"
Melati menarik rambut Nera dengan kasar.

"Kalau kau cintakan dia, aku boleh serahkan dia pada kau. Mahu?"

"Sayang, apa ni!"

"Ssshhhh.. Jangan masuk campur. Ini antara aku dengan betina ni. Kau duduk diam-diam kat situ"

Melati mencapai sebilah pisau. Pisau itu di genggam kemas. Dengan langkah yang longlai, Melati menghampiri Nera semula. Wanita ini berdiri di belakang gadis itu. Kemudian, pisau itu di letakkan ke leher Nera.

"Manusia macam kau, selayaknya mati sahaja. Manusia macam kaulah, punca rumahtangga orang lain menjadi rosak, Manusia macam kau ni lah, aku hilang papa aku. Manusia macam kau ni lah, aku jadi pembunuh, aku hilang zaman kanak-kanak aku. Manusia macam kau ni lah, aku di sumbat ke dalam penjara. Manusia macam kaulah, aku jadi gila. Kerana manusia macam kau, aku di kurung bertahun-tahun. Kau tahu tak apa aku rasa? Seksa!"

Nera menangis kerana ketakutan. Sudah puas dia merayu. Tetapi, nampknya usaha dia gagal. Yang pasti, nyawanya bakal berakhir sebentar lagi. "Aku minta maaf Nera, aku terpaksa hantar kau ke neraka. Mamat ni, dah tunggu kau di sana, hahahahaha!"

"Tolong Melati. Tolong aku. Jangan buat macam.." belum habis Nera berkata-kata, Melati terus mengelar leher Nera dengan pantas. Darah segar memancut-mancut keluar dari kesan kelaran itu.

Tubuh Nera terkujat-kujat sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Air matanya yang masih lagi bersisa mengalir laju ke bawah.

Melati tersenyum-senyum. Di pandang nya pula ke arah Rizal. Keempat-empat mata mereka bertemu.
Melati memandang Rizal dengan seulas senyuman. Senyuman yang sukar untuk di ertikan. Rizal hanya mendiamkan diri sehinggalah, dia ternampak isterinya datang menghampirinya dengan satu botol yang berisi minyak tanah.

"Mel, Mel nak buat apa dengan minyak tanah tu? Jangan buat yang bukan-bukan Mel. Abang suami Mel. Mel pun tahu kan, abang sayang kat Mel?" Rizal mulai cuak. Melati pula langsung tidak bersuara. Hanya senyuman manis yang menghiasi wajahnya sejak dari tadi.

Botol minyak tanah di letakkan di bawah. Kemudian, ikatan pada tubuh Rizal di ketatkan dengan lebih kuat.

"Mel tahu abang sayang pada Mel. Mel pun sayang pada abang. Sayang Mel pada abang lebih dari segala-galanya. Tapi, abang dah janjikan, apa sahaja yang terjadi pada kita berdua, abang tetap setia dengan Mel. Abang takkan tinggalkan Mel macam tu aje kan?. Mel masih ingat janji abang tu. Mel harap, abang pegang janji-janji tu sampai akhir hayat abang" ujar Melati sambil memeluk erat tubuh Rizal. Kemudian, wajah Rizal di cium dengan penuh rasa sayang dan cinta.

"Abang janji takkan tinggalkan Mel. Abang janji sayang..abang janji. Abang sumpah!" Tanpa di pinta, air mata bergenang di pelupuk mata Melati. Laju-laju di seka dengan belakang tapak tangannya. Melati tidak mahu suaminya melihat dia dalam keadaan sedih.

Pelukkan di renggangkan. Penutup botol minyak tanah di buka dengan perlahan sambil menyanyi-nyanyi.

"Dimana kan ku cari ganti, serupa dengan mu.."

Kemudian, minyak tanah itu di siram ke tubuh Rizal. Rizal meronta-ronta ingin melepaskan diri. Minyak tanah yang masih lagi bersisa di siram juga ke tubuhnya sendiri sehingga lencun.

Tidak lama selepas itu, Melati mencapai telefon pintar miliknya. Di dail nombor seseorang. Entah siapa, Rizal sendiri kurang pasti.

"Hello.." Selesai bercakap di dalam telefon. Melati mencapai semula botol minyak tanah yang masih lagi bersisa. Matanya terus-menerus memandang ke arah Rizal. Tiada lagi senyuman di wajahnya. Tiada lagi keceriaan pada diri wanita itu.

"Kita mati sama-sama. Kita hidup di syurga sama-sama. Abang dah janji dengan Melati kan? Sayang nak tuntut janji tu sekarang ni" Melati berdiri tegak di hadapan Rizal. Di dakap semula lelaki itu. Wajah suaminya di belai dan di kucup. Air mata kedua-duanya mengalir deras. Rizal sudah tidak mampu lagi untuk memujuk. Dia redha dengan segala ketentuan yang sudah di takdirkan untuknya. Rizal juga sudah bersedia untuk sehidup semati bersama Melati.

Melati mengeluarkan pemetik api. Kemudian di nyalakan. Melati kembali tersenyum. Sekali lagi wajah Rizal di kucup sebagai kucupan terakhirnya. Api yang di nyalakan di dekatkan kepada tubuh mereka berdua. Rizal memejamkan matanya kerana tidak sanggup untuk melihat apa yang berlaku nanti kepada mereka berdua. Tetapi, lain pula yang berlaku. Melati menjauhi diri Rizal. Dengan sebuah senyuman indah, Melati memberikan pesanan terakhir untuk Rizal.

"Melati sayangkan abang, sampai bila-bila" ucap Melati.

Kemudian, Melati terus bertindak membakar dirinya..

Rizal tergamam. Dia tidak mampu lagi untuk bersuara. Hanya air mata yang mengiringi pemergian isterinya.

***

Kini, dia mengerti mengapa Melati bersikap aneh. Mengapa Melati sanggup membunuh Misha dan Nera, hanya kerana wanita itu amat menyayanginya.
Beberapa minit selepas kejadian itu, pihak polis datang membuat serbuan. Rizal yang terikat di sebatang tiang di lepaskan. Serta merta tubuh hangus Melati di dakap seerat-eratnya. Rizal menjerit sekuat hati, melepaskan rasa sesalnya dengan apa yang terjadi. Mayat Nera dan Azuan di ambil dan di hantar ke hospital untuk di bedah siasat. Begitu dengan mayat Melati. Rizal pula seolah-olah tidak mahu berpisah dengan Mayat Melati. Dia mengikut sahaja mayat isterinya yang di bawa pergi.

Rumah mewah milik Melati di bongkar. Pihak polis melakukan siasatan hasil maklumat dari Melati sendiri ketika wanita itu menghubungi pihak mereka. Rangka mayat Misha dan beberapa tulang temulang yang tersimpan didalam sebuah stor di bawah tangga telah di temui.

Beberapa ketulan daging yang sudah mula berbau di temui didalam peti sejuk. Ketulan daging itu di percayai adalah daging manusia hasil pemeriksaan anggota forensik yang bertugas. Rizal mengalami satu trauma yang hebat. Dia kehilangan isteri, malah di hadapan matanya sendiri Melati membakar dirinya hidup-hidup. Semuanya masih lagi terbayang-bayang di ruang matanya. Kini, di tambah pula, Melati penyebab kehilangan Misha. Ianya memberikan satu tamparan hebat kepada dirinya. Sesuatu yang tak di jangka bahawa isterinya seorang pembunuh selama ini.

Rizal melepaskan satu keluhan berat. Dia tidak menyalahkan isterinya. Tetapi, menyalahkan dirinya sendiri. Kerana dia, Melati sanggup membunuh hanya kerana terlalu cinta dan sayangkan dirinya.

***

Suasana di Rumah Kasih tenang dan sunyi. Hanya terdengar kicauan burung yang berada di celah rimbunan pohon. Seorang lelaki tua, merenung jauh ke arah pagar putih yang besar dan gah. Matanya tidak berkelip apalagi untuk mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Terbit seulas senyuman di bibirnya. Matanya berkaca-kaca. Lelaki tua itu bingkas berdiri, melepaskan sebatang pen dan kertas di atas meja.

"Sayang pergi mana? Lama abang tunggu." ucap lelaki tua itu. Tubuh wanita yang berbaju hitam itu di dakap erat seolah-olah terlalu lama menyimpan rindu.

"Mel ada je kat sini. Teman abang.."

Lelaki tua itu tersenyum meleret.

"Assalamualaikum pakcik, jom masuk dalam. Dah senja ni" ujar seorang lelaki yang berkerja di Rumah Kasih tersebut.

"Aku tak mahu! Aku nak duduk dengan isteri aku."

"Dah senja ni pakcik Rizal. Kita masuk ya. Pakcik mandi, makan, lepas tu pakcik sambung cerita kisah pakcik dengan Melati pada saya ya." pujuk pekerja tersebut. Pakcik tua yang bernama Rizal itu akhirnya menurut dan tersenyum. Senyuman rindu di berikan buat Melati yang duduk di bangku bersamanya tadi. Hanya pakcik tua itu sahaja yang bisa melihatnya. Perlahan-lahan Melati hilang dari pandangannya..

Tamat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience