Rate

BAB 78 - TIGA KUNTUM MAWAR MERAH

Romance Completed 454604

Akhirnya Raif dengan pengiringnya selamat mendarat di bumi Kanada.. Raif yang berbekalkan alamat yang diberikan oleh Widad kepadanya terus menuju ke rumah anak perempuan sulung Widad yang bernama Nasrin itu..

Rumah yang dicat dengan warna kelabu dan berdinding corak bata merah itu diperhatikan lama oleh Raif . Dia yang sedang berdiri di hadapan rumah itu teragak-agak untuk terus melangkah masuk ke halaman rumah yang tak berpagar itu..

'perlukah aku beli bunga? Dia kan suka bunga.. Takkan aku nak jumpa dia dengan tangan kosong kan!' Raif berpatah semula kearah kereta dia mana pengiringnya sedang berdiri di situ..

''kita ke kedai bunga..'' kata Raif.. Memberi arahan.

Dua lelaki itu saling berpandangan tapi tak juga mereka membantah.. Pintu belakang dibuka untuk Raif masuk kedalam.. Misi mereka mencari kedai bunga di sekitar itu.. Kemudian mereka kembali lagi di tempat tadi kali ini Raif sudah siap dengan jambangan bunga mawa merah yang besar di tangannya..

Nasrin yang berada di dalam rumah mendengar loceng rumahnya ditekan beberapa kali.. Berlari-lari di ke pintu utama rumahnya sambil menyahut.. Bila pintu itu dibuka.. Alangkah terkejutnya dia melihat ada satu jambangan bunga yang besar.. Besar sampai tak terlihat siapa disebalik sana sedang menatang jambangan bunga itu..

''yes!?'' Nasrin bersuara.. Tapi dalam masa yang sama juga dia turut ketawa.. Jambangan bunga itu dibawa ke tepi.. Barulah Nasrin dapat melihat tuan bunga mawar merah itu..

''maaf.. Saya cari..''

''cari Inas ya..'' potong Nasrin. Raif menganggangguk..

''Inas baru saja keluar tadi..''

''keluar?''

''ya! Baru saja keluar.. Dia pergi.. Part time jobs, dekat Cafe depan tu..'' Nasrin keluar sedikit dari pintu utama rumahnya menunjuk kearah Cafe.

'kerja sambilan? Siapa suruh dia buat kerja sambilan.. Manis ni!!'

'' terima kasih.. Ni.. Bunga ni saya simpan dulu disini.. Boleh..?'' kata Raif ..

''yes, sure....'' Nasrin menyambut jambangan bunga besar itu.. Terundur kebelakang dia menerima bunga itu dari Raif..

''kejap..'' tiga kuntum mawar merah dari jambangan bunga itu ditarik keluar dari Raif..

''selebihnya buat Nasrin saja..'' kata Raif turun dari anak tangga rumah Nasrin.

''hah! apa?'' terkapai kapai Nasrin memeluk jambangan bunga itu.. Tambah pula bila melihat Raif sudah berlari pergi..

''budak-budak ni.. Tolonglah..! Ni macam mana nak bawa masuk dalam rumah ni..?'' keluhnya.. Melihat ke arah pintu rumahnya.. Kerana pintu rumah itu tak muat untuk membawa masuk jambangan bunga yang sebesar itu..

Raif berlari-lari menuju ke arah deretan kedai di sepanjang jalan itu.. Mengintai setiap kedai yang ada di situ mencari kelibat Inas sambil memegang bunga mawar merah di tangannya..

''tuan! Kita lari dari siapa ni?'' tanya salah satu pengiringnya yang ada di belakang Raif ..

''bukan lari.. Tapi mencari..'' balas raif..

''mencari? Siapa?'' tanya seorang lagi..

''isteri saya..'' jawap Raif..

''dah jumpa! kamu berdua.. Tak perlu ikut saya masuk.. Saya masuk seorang..

''tapi tuan!''

''tunggu saya disini.. Sampai saya keluar..'' arah Raif.. Pandangannya hanya tertumpu kepada seorang wanita yang sedang sarat membawa perutnya berjalan didalam Cafe itu..

''baik tuan..''dua lelaki itu berjaga diluar.. Pintu Cafe itu dibuka untuk Raif melangkah masuk kedalam..

Raif menghayun kakinya memilih meja untuk di duduk.. Dari jauh dia melihat Inas sedang tersenyum dan ketawa melayan beberapa orang pelanggan citizen negara itu..

''Good day.. Sir, May I have your order?'' tanya seorang wanita berambut perang berdiri di hadapan Raif...

''yes!.. Can I, order through the pregnant women over there..'' balas Raif menunjuk kearah inas yang sedang berjalan pergi. Wanita yang berambut perang di hadapannya berpaling melihat kearah yang di tunjukkan oleh Raif.

''Malaysia?'' tanya wanita itu dengan bibir yang merah tersenyum kepada Raif . Dia melihat ada tiga kuntum bunga mawar merah yang ada di atas meja.. Siapa yang tak mengerti maksud tiga kuntum mawar merah.. Walaupun tak terlafaz ayat keramat itu.. Mesej itu tetap sampai..

''yes I'm form Malaysia ..'' jawap Raif.

''Inas Husband?'' tanya nya lagi.. Buku nota dan pen yang ada di tangannya sudah disimpan di dalam poket apron yang terikat kemas di tubuhnya..

Raif mengangguk dan meletakkan jari telunjuknya di bibir.. Wanita itu mengenyitkan sebelah matanya.. Faham dengan isyarat yang diberikan oleh Raif..

''Inas.. Inas.. Can you help me.. Take order from table number five.. My stomach.. It suddenly hurt.. I need to go toilet right now.. Please..'' rayu wanita itu.. Bukan itu saja.. Tangan Inas dipegang erat merayu.. Sebelah tangannya memegang perutnya yang dikatakan sedang sakit..

''okay.. I will..'' belum sempat inas menghabiskan katanya wanita itu terus berlari masuk kedalam dapur sana.. Hilang di sebalik pintu ala koboi itu.

Inas yang baru menghantar pesanan keluar lagi ke hadapan.. Dari jauh dia melihat ke arah meja nombor lima.. Sehingga dia menghampiri meja itu.. Lelaki di hadapannya sedang membaca buku menu..

''Can I Take your order sir?'' tanya Inas.. Berkata sopan seperti biasa.. Sama kepada pelanggan yang lain..

''one Hot hazelnut coffee...'' kata Raif menurunkan buku menu kebawah, melihat Inas dengan lebih jelas dan dekat..

''one hot hazelnut coffee..'' Inas mengikut kata Raif.. Dia menunduk menulis di buku nota kecilnya..

''is thah...'' Inas mengangkat kepalanya melihat kearah pelanggan yang ada di hadapannya.. Untuk bertanya menu selanjutnya..

''manja!'' membuatkan Inas terjerit kecil.. Buku nota tadi diangkat menutup mulutnya.. Inas menunduk meminta maaf kearah beberapa pelanggan yang sedang berpaling melihat kearahnya.. Rata-rata mereka hanya tersenyum dan menyambung menikmati makanan mereka..

''no! I'm Raif...'' balas Raif.

''oh ya! Sorry.. ''

''manis..'' tangan Inas diraih oleh Raif.. Tapi, Inas segera menarik tangannya semula..

''That's all your order.. Sir?'' tanya Inas.. Beriak biasa.. Semula.

''manis tak suka tengok manja disini? Tahu tak yang manja rindu sangat dengan manis.. Sampai-sampai saja terus cari manis.. Tapi manis tak nak jumpa manja..?'' kata Raif ..

''maaflah! Bukan tadi kata.. bukan manja? Raif! Sekarang ni apa? Nak cakap apa? Nak cakap rindu-rindu pulak!'' balas Inas.. Memeluk tubuh di hadapan Raif.. Menayangkan wajah tak puas hati..

'comel sayang! Dalam merajuk-merajuk.. Masih juga membalas.. Masih tak mahu kalah..' Raif menongkat dagunya merenung melihat kedalam wajah isterinya, Inas Auliya..

''apa tengok-tengok! Siapa suruh datang sini?'' tanya Inas.

''rindu yang bawa manja tebang kesini..'' kata Raif..

''huh!''

''okay! Kalau manis tak suka.. Manja balik..'' Raif bangun dari duduknya.. Bunga yang ada diatas meja diambil lalu disuakan kepada inas..

'nasiblah..!' keluh Raif.

Tapi Cafe itu tiba- tiba riuh dengan bunyi sorakan dari pelanggan yang ada didalamnya.. Membuatkan pasangan itu tercengang dan tersipu malu..

'nampaknya nasib menyebelahi manja kalini manis...' seraya itu Raif turun melutut..

''manja buat apa ni! Bangunlah!'' Inas menutup wajahnya dengan tangan..

''manja tak akan bangun selagi manis tak maafkan manja..'' rayu Raif..

''bangunlah! Malu semua orang tengok ni.. Nanti dia orang pikir apa pula..'' kata Inas disebalik tangannya.. Raif berpaling melihat kearah orang yang sedang memberi sorakan dan galakkan kepadanya.

''she is my beloved wife.. Inas, I came from Malaysia.. Just to apologize to her.. Before this.. I have said something very bad that made her hate me.. I admit.. I was wrong that time.. I did not mean it..'' kata Raif sepatah-sepatah.. Menerangkan situasi sebenarnya.. seluruh Cafe itu menjadi hening dan sunyi..

''manja minta maaf.. manis.. Bagi lah peluang untuk manja.. Kali ni je.. Please..'' Rayu Raif..

Perlahan-lahan Inas menurunkan tangannya melihat kearah Raif yang sedang melutut di bawah sana.. Perutnya yang sedang sarat kini.. Diperhatikan.. Bunga mawar yang ada di tangan Raif diangkat tinggi sehingga terletak diatas perut inas..

''yeayy!'' bunyi sorakan dan tepuk kan bergema lagi bila bunga itu disambut oleh inas..

Raif bangun terus memeluk Inas erat.. Erat seeratnya.. Dahi Inas diciumnya.. Lama..

''manja..datang tak bagi tahu! .. Manis ada.. nak pesan..'' Inas mencubit perut Raif. Berkerut muka Raif menerima cubitan dari Inas..

''pesan?'' pelukan mereka terlerai.. Raif melihat Inas sedang mengangguk..

''jadi tadi tu .. bukan sebab marah yang hal yang itu.. Sebab marahkan manja datang tak beritahu?'' tanya Raif.. Kalini semakin laju Inas mengangguk..

''pesan apa tu? Jadi hal yang sebelum ni kita dah setel?'' tanya Raif .. Inas mengangkat kedua-dua bahunya keatas..

'tak selesai lagilah jawapnya.. Ni!'

''ikut manja.. Jom..'' Raif kembali ingin memeluk Inas.. Tapi tangan Inas lebih dahulu sampai menolak dada Raif dari terus merapat..

''nak apa tadi? hot hazelnut cofee kan.. Duduk lah dulu.. Entah sejak bila lah minum hazelnut cofee ni..'' Inas menunjukkan kerusi di belakang Raif.

''manja bukannya datang nak minum kopi.. Saja je semua tu.. Manja datang nak jumpa manis..dan anak kita..'' kata Raif . Tangan Inas dipegang erat oleh Raif .

''manis kerja ni..''

''siapa yang izinkan manis kerja? Duit yang manja bagi tak cukup? Sampai manis kena kerja ni?'' tanya Raif .

''manalah tahu.. Itu kan duit manja.. Bukannya duit manis..'' Inas menarik tangannya.. Dan terus berlalu pergi..

'nampaknya, masih belum selesai..' Raif duduk lemah di kerusinya..

Tak lama selepas itu Inas keluar semula bila dia diberitahu yang dia dibenarkan pulang untuk hari itu.. Terus di berjalan ke meja Raif. Melihat Inas ada di hadapannya.. Raif menarik tangan Inas berjalan keluar dari Cafe itu..

''manja..''

''maaf, kalau manis.. Cakap tadi buat manja marah..'' kata Inas.. Langkah mereka terhenti di hadapan kereta yang ada dua lelaki yang sedang berjaga di situ..

''masuklah..'' kata Raif .

''mereka ni siapa?'' tanya Inas .. Takut-takut dia hendak masuk kedalam kereta itu..

''pengiring manja.. Manis buat mereka macam tak ada je.. Santai saja..'' kata Raif..

''santai? Pengiring? Untuk apa?'' tanya inas..

''masuk dulu sayangku manis.. Please..'' Inas akur lalu masuk kedalam..

Kereta itu kemudiannya bergerak.. Dipandu oleh salah seorang Pengiring Raif. Inas langsung tak bersuara semasa berada didalam kereta.. Manakala Raif langsung tak melepaskan tangan Inas.

'manja akan terangkan semuanya.. Kenapa Manja terpaksa berkata dengan kejam sebelum ni manis.. Kali ini manja akan terangkan dengan jelas dan terang buat manis.. Rasanya cukup untuk itu manis tahu.. Selebihnya biar manja yang tanggung sendiri.. Dengan keadaan manis yang berbadan dua.. Sarat begini.. Manja tak nak bebankan manis..' perut Inas yang jelas menampakkan bentuknya itu disentuh oleh Raif.

Sudah lama dia ingin menyentuh perut inas.. Yang didalamnya terkandung buah hati mereka.. Kali ini.. Dia berjaya juga walaupun agak terlewat.. Dengan kekalutan yang dihadapi.. Inas berpaling melihat kearah Raif.. Kedua-dua mereka tersenyum melebar..
Hati tak pernah menipu.. Walaupun masih ada yang belum dijelaskan..

Alhamdulillah.. Hihihihi selesai.. Terima kasih semua.. Kita sambung esok ya.. MANJA semakin menghampiri penamat (^-^)

Share this novel

Ella Halim
2020-11-12 14:50:33 

wah seronoknya manja dapat jumpa manis


NovelPlus Premium

The best ads free experience