Chapter 07

Fantasy Completed 2854

"Awak..." Kai mengejutkan aku daripada tidur. Aku menggosok-gosok mataku. Kabur. Aku masih lagi mamai. Kulihat kakiku sudah dibalut kemas dengan kain. "Kaki awak sakit lagi?" aku menggelengkan kepalaku lalu tersenyum. "Terima kasih awak.. Sayang awak.." aku memeluk tubuh Kai.

"Dah dah tak payah lah nak sweet sangat depan aku." sindir Mezz. Aku tertawa. Kai menolong aku untuk berdiri dengan perlahan-lahan. Nike memukul kecil bahuku. Aku memandangnya. "Tak payah kau nak mengada dukung beg berat ni. Kaki kau belum pulih lagi." aku tersengih. "Alah setakat beg ringan..." nike membantah. "Kai, tengok awek kau degil sangat." Kai tertawa kecil. Awek? sejak bila pula aku awek Kai?

"Sekarang kita nak ke mana?" tanya Mezz sambil menggaru-garu rambut pendeknya. Aku termangu. Aku pun tak tahu sangat jalan ini. "Sekarang dekat mana?" tanya Nike. Kai melihat suasana tempat ini. "Ini bukan ke dekat-dekat dengan lapangan terbang?" teka Kai. Nike dan Mezz mengusha tempat-tempat lain. Aku masih dalam dakapan erat Kai. Mataku hanya meliar melihat suasana disitu.

"Tu! aku ada nampak kapal terbang kat sana. Mungkin betul cakap Kai. Marilah kita ke sana. Mana tahu kita jumpa tempat yang kita rancang dari awal." Kami mengikut jejak langkah Mezz.

"Betullah, ni lapangan terbang..."kata Nike setelah kami memeriksa keadaan sekeliling. Suasana di lapangan terbang sangat sepi seperti tiada makhluk tersebut. "Kebetulan aku dan Nike pandai pandu kapal terbang. Aku rasa kita dah boleh cari kapal terbang yang sesuai dan juga peta untuk kita mendarat. Kita kena plan strategi yang betul-betul boleh dipakai." aku terus memikirkan idea yang baik sementara itu kami mengambil tempat untuk beristirehat.

"Korang, bagi aku lima minit nak tukar pakaian dekat tandas tu.." tunjuk aku. "Tak boleh sorang. Kai ikut." laju sahaja Kai bangun dan terus menemani aku pergi ke tandas wanita

"Saya tunggu luar..." kata Kai. Aku tersenyum nakal. Kai ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Aku menukar pakaian aku kepada baju t-shirt hitam dan seluar pendek biru jeans bersama kasut tali berwarna putih. Aku menyarung jaket jeans aku yang sememangnya aku bawa dari rumah Keluar sahaja dari bilik air, Kai mengejutkan aku. Aku hampir menjerit. Tetapi sempat Kai menekup mulutku

"Awak ni terperanjat saya." marah aku. "Janganlah marah sayang..." aku tergelak. "Dah pandai panggil sayang sekarang ya.." perli aku. "Yelah sebab saya sayangkan awak sepenuh hati saya." Kai mencuit hidungku lembut. Kemudian kami pergi ke arah Nike dan Mezz semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience