Chapter 10

Drama Completed 9601

" Oklah, Haniez. Kitaorang balik dulu. Dah pukul 11 malam ni. Dah lewat ni " pamit Tengku Ainnul.

" Ha yelah. Senang senang datanglah lagi. Ainnul, Izzat " pelawa Tengku Haniez.

" In Shaa Allah " jawab Tengku Ainnul dan Tengku Izzat serentak.

" Ok arh Fiq, aku balik dulu. Jumpa kat airport esok " kata Tengku Izzat sambil bersalam dengan Tengku Afiq.

" Korang ada flight ke esok? " tanya Tengku Haniez.

" Ada. Aku, Izzat, Afiq ngan Waiz " jawab Tengku Ainnul.

" Ouh. Pergi mana? " tanya Tengku Haniez lagi.

" Pergi jamban " sampuk Tengku Afiq.

" Ishh " Tengku Haniez yang malu mencubit lengan Tengku Afiq.

" Aduh " Tengku Afiq mengerang kesakitan. Kuat ketipan jari isteri.

" Hahah. Korang ni cute lah. Kitaorang flight pergi Beijing " jawab Tengku Ainnul.

" Laju je tangan Fieqa cubit Afiq. Kalau sayang buat macam tu tak? " tanya Tengku Izzat.

" Eh tak. Sayang tak buat macam tu. Sayang buat cam ni " jawab Tengku Ainnul sambil memijak kaki Tengku Izzat.

" Adoiii! Sakit oiii! " jerit Tengku Izzat.

" Jangan le jerit. Jiran jiran sedar nanti " kata Tengku Ainnul sambil menutup mulut Tengku Izzat.

" Fiq, kalau kau nak tahu, Ainnul ni lagi gangster dari Afieqa. Diorang ni sama sama gangster " adu Tengku Izzat.

" Tumbuk kang " ugut Tengku Ainnul.

" Ye ye. Ok ok. Sorry " Tengku Izzat mengaku kalah.

" Hahahahahahaha " Tengku Haniez dan Tengku Afiq ketawa terbahak bahak.

" Korang ni lawaklah. Selalu buat aku gelak. Hahaha " kata Tengku Haniez.

" Mana ada " jawab Tengku Ainnul pula.

" Ye. Lagi lagi kau. Ade je kerenahnya " balas Tengku Afiq pula.

" Aku pulak. Entah ape apelah korang ni " ujar Tengku Ainnul.

" Hurh. Dah lah. Kitaorang balik dulu " pamit Tengku Izzat.

" Ha yelah. Drive elok elok. Hati hati " pesan Tengku Afiq.

" Ok boss " balas Tengku Izzat.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Afiq! " panggil Irfan sambil mengetuk pintu rumah Tengku Afiq.

" Woi! Kau nak apa pagi pagi bising kat rumah aku. Nak apa? " jawab Tengku Afiq.

" Reporter cari kau! " kata Irfan. " Ha?! Cari aku? Nak buat apa? " tanya Tengku Afiq bertubi tubi.

" Apa lagi? Gosip pasal kau dengan Qistina haritu lah! Kau ni pun sengaja cari pasal kan? Ha kau tanggunglah sendiri " jawab Irfan.

" Gosip pasal aku dengan Qistina? Gosip apa? " tanya Tengku Afiq lagi. Namun, belum sempat Irfan menjawab pertanyaan Tengku Afiq, kedengaran suara Tengku Haniez menjerit memanggil Tengku Afiq.

" Sayang!!!!!!! " jerit Tengku Haniez.

" Ye saya " jawab Tengku Afiq.

" Awak sengaja kan buat saya sakit hati. Kenapa awak tak bagitahu yang awak jumpa Qistina? Kenapa awak tak bagitahu yang awak pegang tangan Qistina? " tanya Tengku Haniez dalam keadaan marah.

" Mana ada " jawab Tengku Afiq.

" Habistu ni apa?! " tanya Tengku Haniez sambil membaling surat khabar ke muka Tengku Afiq.

" Ha? Pelakon terkenal, Tengku Afiq dikatakan sedang bercinta dengan seorang bekas model, Qistina. What is this? " Tengku Afiq membaca ayat yang tertulis di muka depan akhbar itu lalu menghempas akhbar itu ke lantai.

" Sayang, saya minta maaf. Tapi saya tak buat pun. Saya just tolak dia ke tepi sebab saya nak lalu. Ha! Time tu Afief ada. Tanya Afief " Tengku Afiq meminta maaf dengan Tengku Haniez dan menjelaskan perkara yang sebenar.

" Sudahlah. Kalau betul benda yang awak cerita tu, saya nak awak dengan Qistina jelaskan pada saya perkara yang jadi masa tu. Saya nak awak bawak Qistina jumpa saya " ujar Tengku Haniez lalu mengambil kunci motornya dan menghidupkan enjin. Dia keluar dari perkarangan rumahnya dan memecut laju menuju ke rumah Tengku Ainnul.

" Sayang! " panggil Tengku Afiq.

" Kau tengok apa dah jadi? Sekarang ni baik kau masuk dalam rumah sebab reporter dah nak sampai. Pergi masuk " arah Irfan.

" Sayang, maafkan saya " desis Tengku Afiq di dalam hati. Dia pun masuk ke dalam rumah bersama Irfan.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Hahahaha. Baru puas hati aku. Hahahaha. Haih Afiq, Afiq. Kau fikir aku takde cara ke nak buat kau dengan bini kau bergaduh. Aku Qistinalah. Sentiasa ada cara. Hahahahahahahaha " kata Nur Qistina sambil ketawa jahat.

" Qis! Qis! " panggil Mellysa.

" Eh kau nak apa? Terjerit jerit " marah Nur Qistina.

" Kau baca paper tak? " tanya Mellysa.

" Baca. Aku yang suruh reporter tu buat cerita tu. Aku dengan Afiq kononnya bercinta. " jawab Nur Qistina.

" Kau ni. Tak baiklah. Sah sah lah diorang bergaduh suami isteri. Kau ni otak letak kat mana? Suami orang pun kau nak. Eyh, banyaklah lelaki kat luar sana. Tapi laki orang jugak kau nak. Terdesak sangat ke? " bebel Mellysa.

" Lantaklah. Aku nak Afiq. Afiq milik aku " balas Nur Qistina.

" Orang bodoh je yang nak laki orang " sindir Mellysa.

" Namun, Qistina hanya membuat tak tahu. Dia kemudiannya berjalan masuk ke biliknya.

" Astaghfirullahhalazzim. Ya Allah, kau kuatkan Imanku. Kau jadikanlah Nur Qistina binti Saidini seorang perempuan yang baik dan elok budi pekertinya. Kau ubahlah perangainya. Jadikan dia lebih baik dari sebelum ini. Hanya kepadamu aku berserah. Amiin Ya Rabbal Alaamiin " Doa Mellysa. Dia bertafakur seketika sambil berzikir. Kemudian, dia meneruskan rutin hariannya iaitu memasak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience