Bab10:warded

Romance Completed 204114

Tengku Que Iskandar bersama anak buahnya bergegas mencari susuk tubuh Hazel di kawasan rumah,pintu kayu rumah itu yang dikunci juga dirempuh namun kelibat Hazel tidak kelihatan.Alex melangkah ke arah pokok nangka bila terlihat seperti ada susuk yang terbaring di sana.Setelah yakin apa yang dilihat Alex segera memanggil ketuanya,dia tidak berani untuk menyentuh isteri ketuanya itu.

"Bos,Puan Muda di sini!"Alex bersuara kuat menyeru nama tuannya.Tengku Que Iskandar berlari dengan langkahnya yang besar ke arah susuk tubuh isterinya yang terlihat terbaring kaku.Tubuh Hazel
dibawa ke pangkuannya,nadi Hazel segera diperiksa.Anak mata Hazel juga diperiksa dengan suluhan torchlight dari telefon Alex.Manik mata Hazel memberi respon bila cahaya masuk ke dalam matanya menghadirkan sedikit rasa lega buat Tengku Que Iskandar.

"Sayang,wake up!",Que menggosok-gosok pipi sejuk isterinya.Deru nafas Hazel kedengaran sangat perlahan tapi tidak teratur menyebabkan Que diburu rasa ketakutan.Aneh bila lelaki yang tidak pernah takut mati dapat merasakan ketakutan saat ini.Saat pistol dikepalanya juga dia tidak pernah rasa gentar seperti hari ini.Alex mati akal melihat ketuanya.

"Bos!kita perlu segera bawa Puan Muda ke hospital,"suara garau Alex menegur.Tengku Que Iskandar segera mengangguk kerana dia dapat merasakan otaknya seperti membeku.Setiap perlakuannya seperti bukan dirinya sendiri.Alex hanya mampu mengeluh melihat ketuanya.

Walaupun Tengku Que Iskandar terperuk dalam emosi,namun reaksi semulajadi badannya terhadap ancaman di sekelilingnya masih dapat bertindak dengan baik.Matanya tajam memerhati setiap pelusok halaman rumah usang itu.Matanya yang bagai helang dapat menangkap kelibat yang tersembunyi dicelah-celah pokok besar dikawasan yang sedikit berhutan.

"Damn you!"teriak Que kuat mengejutkan semua pengikutnya.

"Kejar dia!Hidup atau mati,aku mahukan jasad dia!"suara diktatornya kembali semula memberi arahan sambil menunjuk arah musuhnya.Tanpa berlengah anak buahnya segera berpecah mengejar bayang-bayang Indra yang sudah lintang pukang melarikan diri.Indra yang ketakutan melarikan diri ke kawasan hutan yang sedikit tebal dibelakang rumah usang Opah.Bunyi tembakan menyebabkan tubuh Hazel tersentak-sentak terkejut walaupun tuan badannya tidak sedarkan diri.Tengku Que Iskandar mengetatkan pelukannya dan mencempung badan isterinya masuk ke tempat duduk di belakang Lamborghininya.Alex diam-diam mengagumi kebolehan ketuanya mengesan musuh walaupun baru sekejap tadi dia sempat mengumpat sendiri melihat tuannya kaku seperti orang hilang otak.

"Alex!ayuh kita gerak dulu,biar budak-budak uruskan hal di sini",Que meloloskan diri sambil memangku Hazel diribanya.Wajah kecil yang pucat itu dibelai lembut,bibir Hazel yang semulajadi kemerahan juga berubah menjadi putih tidak berdarah. Wajah Hazel dirapatkan ke dadanya,tubuh isterinya terasa bergetar mungkin kesejukan.Jiwa Que terasa begitu rapat dengan Hazel,satu-satunya wanita yang sangat dia cintainya.Rasa cinta yang bercambah tanpa sesiapa sedari sejak kehadiran Hazel menetap dirumah agam daddynya selepas kematian Opah.Tengku Que Iskandar mengambil keputusan untuk mengikut Tok Akinya berpindah ke rumah agam di puncak selepas setahun Hazel mendiami rumah agam daddynya.Rumah agam Tok Aki terletak di puncak bukit di sebuah tanah hakmilik persendirian di kawasan Janda Baik.Lokasinya terletak jauh di pendalaman,kawasan berbukit dan dikelilingi hutan tebal.

Bertahun-tahun Tengku Que Iskandar memendam perasaannya sendiri..Hanya Tok Akinya tahu tentang apa yang dia rahsiakan.Jiwanya terdera melihat kebahagiaan arwah abangnya bersama Hazel.Rasa kekecewaannya diubati dengan mendalami ilmu seni pertahanan diri dan mengenal selok belok kerajaan bawah tanah sehingga rasa itu tertinggal jauh dipelusok hatinya.Dirinya semakin kuat,namun hatinya berubah dingin membentuk figura lelaki yang penuh dominan dengan keperibadian ais batu.Beberapa tahun Tengku Que Iskandar menjauhkan diri dari keluarganya dengan menyibukkan diri memperluaskan kuasa dunia bawah tanahnya.Tengku Que Iskandar berjaya menguasai dunia gelap bawah tanah bila penguasaannya begitu kukuh berjaya membina beberapa markas pertahanan dibeberapa negara luar.Ahli pengikutnya pula semakin bertambah hari demi hari,tahun demi tahun membentuk senjata manusia yang terlatih,pengikut yang begitu setia mengangkat sumpah janji setia di sisi ketuanya dengan taruhan nyawa mereka sendiri.

×××××××××

"Eric,I need some helps!"suara Que memecah kesunyian diantara mereka.

"Yup Hazel!she's got injured!aku perlukan beberapa pakar terbaik yang kau ada."

"I'm on my way,half an hour aku sampai hospital kau,just get ready!"Tengku Que Iskandar segera mematikan panggilan bila rintihan kecil meniti dibibir Hazel.

"Sakittttt....",Hazel merintih dalam tidak sedar.
"Shuu...shuuuuu....",Que mencium lembut dahi isterinya.Tubuh yang kedinginan dipeluk lebih rapat ke badan sasanya berkongsi kehangatan.Alex hanya mengerling cermin pandang belakang melihat perlakuan tuannya.

Bunyi enjin kereta Sport Lamborghini yang nyata sangat mewah berjaya menarik banyak mata melihat ke arah mereka.Tubuh kekar Tengku Que Iskandar gagah keluar dari perut kereta mencempung tubuh isterinya,langkahnya segera mendekati Eric yang sudah bersedia menunggu bersama beberapa orang berpakaian putih.Tubuh lemah Hazel segera diletakkan perlahan di atas katil hospital sebelum ditolak masuk ke dalam lif untuk ke bilik rawatan.Oleh kerana Eric pemilik hospital swasta tersebut,Tengku Que Iskandar dibenarkan masuk menemani Hazel sepanjang sesi rawatan ke atas Hazel Haufa.

Saat salah seorang doktor lelaki itu mahu memotong baju kurung isterinya,mata Tengku Que Iskandar mencerlung tajam memandang ke arah mereka.Doktor muda itu sudah berpeluh menghadapi aura membunuh yang dipamerkan wajah beku Tengku Que Iskandar.Sungguh wajahnya sempurna umpama bidadara namun aura kejahatannya tidak mampu ditutupi dengan kesempurnaannya.

"Huhhh!!...."Eric mengeluh.Sudah dapat dijangka penerimaan sahabatnya itu namun doktor -doktor itu hanya mengikut procedure perubatan.Eric yang memahami pandangan Que segera menahan perbuatan doktor pakar tersebut,lalu dia segera mengarahkan beberapa jururawat wanita membantu menukarkan pakaian Hazel dengan pakaian hospital yang telah disediakan sebelum rawatan dapat diteruskan sepantas mungkin.Eric sangat tahu sifat cemburu sahabatnya jika melibatkan wanita miliknya.Biar pun mereka bersahabat baik namun keperibadian sisi gelap Tengku Que Iskandar tidak boleh dipandang enteng.Nyawa mereka juga boleh melayang jika mengganggu jiwa iblis Que.

Setelah Tengku Que Iskandar berpuas hati dengan hasil rawatan yang diberi oleh doktor pakar,Hazel dipindahkan ke wad peribadi Vvip yang diminta oleh Tengku Que Iskandar.Alex mengatur kawalan ketat dipintu masuk wad yang diduduki Hazel.Hanya pelawat tertentu sahaja dibenarkan masuk..Semuanya perlu melalui keizinan dari Tengku Que Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience