BAB 24

Romance Completed 42886

Genap seminggu sudah Adi Ashraf bercuti. Sepanjang masa itu jugalah dia menjaga dan merawat Ariana Atilia sehingga sembuh sepenuhnya. Mulut lelaki itu yang tak henti membebel supaya isterinya lebih berhati-hati pada setiap masa membuatkan Ariana Atilia naik rimas.

Padahal dia elok saja, yang suami dia tu pulak yang nak melebih-lebih. Nak tak nak, ditadah juga telinga ni dengar. Kalau tak, memang kena bebel lebih parah lagilah dengan mulut lancang Adi Ashraf.

Setelah sekian lama, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya, Adi Ashraf dapat bekerja semula seperti biasa. Dia melangkah keluar dari bilik dengan sepersalinan baju kerjanya.

Ariana Atilia tersenyum penuh makna kerana akhirnya dia bebas! Bebas daripada bebelan suaminya. Bebola matanya menangkap figura suaminya baru keluar dari bilik tidur.

"Ash, sarapan la dulu." pelawa Ariana Atilia yang sudah berada di meja makan. Lelaki itu menoleh. Senyuman lebar Ariana Atilia membuatkan dia serba salah untuk pergi kerja begitu saja.

"Okay." ringkas Adi Ashraf membalas. Langkahnya diatur ke arah tempat duduk yang berhadapan dengan isterinya. Tali lehernya dilonggarkan sedikit untuk memudahkan pergerakan.

Pinggan yang berisikan mee goreng dihulurkan kepada Adi Ashraf. Pinggan tersebut bertukar tangan. Ariana Atilia menyanyi kecil sambil menuang air kopi ke dalam cawan milik suaminya.

Riak wajahnya yang gembira itu menarik perhatian Adi Ashraf. Matanya melihat isterinya yang telah siap berpakaian lengkap seperti mahu keluar. Dahinya dikerutkan.

"Happy nampak? Suka eh aku pergi kerja." tegur Adi Ashraf sambil mengangkat kening kepada isterinya.

Secawan kopi tadi dihulurkan kepada lelaki itu. Kata-kata Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia berpeluk tubuh. Bibirnya mengulum senyuman.

"Eh, mestilah. Takkan tak happy kan kalau dah sihat macam ni. Dah tak ada orang nak bebel macam aku ni tak reti jaga diri." balas Ariana Atilia sambil membuat nada sedih. Mulutnya dimuncungkan sesekali.

"Alhamdulilah, sedar jugak akhirnya yang kau tak reti jaga diri." balas Adi Ashraf selamba. Dia menyuap sesudu mee goreng ke dalam mulut. Pandangan tajam daripada isterinya dibalas dengan riak muka tak bersalah daripada Adi Ashraf.

"Kau nak pergi mana hah?" ucap Adi Ashraf lagi ingin tahu. Bukan main beria lagi isterinya bersiap. Lagaknya seperti mahu berjumpa dengan seseorang yang istimewa.

Ariana Atilia tersengih. Ingat suami dia tak perasan tadi. Panggilan daripada rakan baiknya, Ris, tempoh hari membuatkan dia semakin tak sabar untuk keluar pada hari ini.

"Nak pergi kerja lah. Ada meeting dengan client dekat luar." jawab Ariana Atilia. Jam tangannya dikerling sekilas. Nasib baik masih awal lagi. Dia menghirup jus orennya sesekali.

"Meeting? Bukan kau kerja dari rumah ke?" tanya Adi Ashraf pelik. Dia melihat wajah isterinya dengan perasaan ingin tahu. Bibirnya menyisip sedikit kopi yang dituang oleh isterinya tadi.

"Memanglah. Tapi, eh kejap. Mana kau tahu aku kerja dari rumah ni? Aku rasa aku tak pernah bagitahu kau, Ash." soal Ariana Atilia kembali. Dia menudingkan jari ke arah suaminya. Matanya dikecilkan. Mana pulak suami dia tahu ni?

Adi Ashraf tersedak. Dia mula mengutuk dirinya sendiri apabila tersedar mulutnya terlepas cakap. Pandangan matanya dilarikan daripada isterinya. Dia cuba berpura-pura batuk kerana tersedak.

"Eh eh, nah air. Kau ni minum tu elok-elok lah. Cakap orang tak reti jaga diri padahal dia tu. Minum air pun tersedak." perli Ariana Atilia. Segelas air masak disuakan kepada suaminya.

Adi Ashraf segera meneguk air tersebut. Dikerling sekejap wajah isterinya sekilas. Otaknya mula ligat mereka alasan.

"Ehem, lega sikit tekak ni. Apa kau cakap tadi? Aku tak reti jaga diri? Cakap dengan cermin ke tu?" balas Adi Ashraf sejurus meneguk air tersebut. Dia cuba menukar topik.

"Ah tak kira, macam mana kau tahu-"

"Kau yang bagitahu aku eh."

Balasan daripada Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia terdiam sejenak. Bila pulak dia bagitahu? Sejak bila ketika mana pula dia ada kata eh.

Adi Ashraf berdehem cuba menyedarkan isterinya yang terdiam dari tadi. Takut sekiranya dia tertangkap apabila cuba menipu isterinya. Ariana Atilia mengalihkan perhatian kepada suaminya semula.

"Tak kisahlah kau ada bagitahu ke tak. Ada apa-apa lagi tak nak cakap ni? Aku nak pergi kerja dah." maklum Adi Ashraf sambil mengerling jam tangan yang dipakai. Dia sudah bangun berdiri. Beg kerjanya yang berada di atas meja diambil.

Ariana Atilia menepuk dahi. Lupa pula mahu meminta izin suaminya untuk keluar melepak dengan rakan baiknya, Ris, selepas meeting bersama kliennya pada hari ni.

"Oh Ash, boleh tak kalau aku nak keluar dengan kawan aku hari ni? Cadang lepas meeting nak lepak kejap dengan dia. Boleh kan? Kan?" pinta Ariana Atilia dengan nada yang merayu-rayu. Cuba menagih simpati daripada suaminya.

Adi Ashraf menyilangkan tangan ke dada. Dia berkira-kira mahu membenarkan gadis itu keluar tanpa dirinya. Macam mana kalau ada apa-apa yang buruk berlaku dan dia tak ada?

Riak muka kasihan yang dibuat oleh Ariana Atilia membuatkan hatinya lemah. Tak cukup dengan itu lagi, mata gadis itu dikedip-kedip sesekali bersama bibirnya yang sedang mencebik membuatkan dia menahan diri daripada memicit pipi gebu isterinya.

Adi Ashraf menghela nafas berat. Dia melihat sekali lagi wajah isterinya. Akhirnya dianggukkan juga kepalanya tanda bersetuju. Ariana Atilia tersenyum lebar. Yes!

"Okay aku bagi tapi..."

Kata Adi Ashraf secara tiba-tiba lalu sengaja dileretkan. Ariana Atilia menunggu dengan sabar. Jangan cakap suami dia ubah fikiran. No, jangan cakap...

"Tapi apa, Ash?" rungut Ariana Atilia tanda tak puas hati. Tak suka apabila lelaki itu sengaja membuatkan dia tertunggu-tunggu. Nak cakap pun lambat ke?

Adi Ashraf tersenyum herot. Langkahnya maju ke hadapan mendekati isterinya. Ariana Atilia naik hairan. Dia berjalan ke belakang cuba menjauhi lelaki itu.

Namun Adi Ashraf tetap meneruskan langkah sehingga membuatkan Ariana Atilia terhenti apabila belakang badannya bertemu dengan sebuah almari kasut yang berdekatan dengan pintu rumah. Adi Ashraf mendekatkan lagi jarak antara mereka.

Ariana Atilia menahan nafas. Matanya dipejamkan. Dia sedar wajah lelaki itu terlalu dekat dengan dirinya. Kedua-dua belah tangannya naik menutup muka. Risau jika pipinya yang terasa membahang itu disedari oleh suaminya lagi. Detak jantungnya mula berdegup kencang.

"Tapi...jangan pakai heels." bisik Adi Ashraf pada telinga Ariana Atilia. Dia tersengih apabila melihat muka isterinya yang merah padam. Sudah lama dia tak dapat mengenakan gadis itu.

Tangannya mengalihkan tubuh isterinya yang menghalang dia untuk mengambil kasut kulitnya yang berada di dalam almari tersebut. 

"Dengar tak aku cakap ni? Jangan pakai heels. Nanti jatuh aku tak ada dah nak sambut. Nanti sakit lagi aku jugak yang susah." kata Adi Ashraf mengingatkan isterinya. Dia duduk untuk memakai kasutnya di bangku yang disediakan.

"Ya ya ya. Aku tahu." balas Ariana Atilia geram. Dia menjulingkan mata ke atas. Dadanya diurut lembut cuba menenangkan detak jantungnya yang bagai baru lepas marathon.

"Kalau kau pakai jugak, aku patahkan semua heels kau, Riana. Aku tak main-main." kata Adi Ashraf memberi amaran. Sutnya dibetulkan sedikit. Ariana Atilia mengeluh namun dianggukkan juga.

"Jangan lupa call aku, tak kisah kau sesibuk mana. Kerja elok-elok. Jangan nak mengada pergi mana-mana tak bagitahu aku, faham?" pesan Adi Ashraf buat sekian kalinya.

Ariana Atilia mengangguk kepala tanda faham. Ibu jarinya diangkat. Dia tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih bersih. Adi Ashraf menghela nafas lega.

"Aku pergi dulu. Take care, wife." ucap Adi Ashraf sebelum menarik tombol pintu untuk keluar. Namun lengan bajunya ditarik oleh Ariana Atilia. Dia melihat Ariana Atilia mahukan jawapan.

"Kau ni." rungut Ariana Atilia.

Tak semena-mena, tangan kanan Adi Ashraf diambil lalu dicium lembut oleh Ariana Atilia. Adi Ashraf kaku. Tak menyangka perbuatan itu dari isterinya sendiri. Tak lama kemudian, tangan kanannya dilepaskan dari pegangan hangat tangan isterinya.

"Take care too, husband." ucap Ariana Atilia sambil melemparkan senyuman manis. Dia menolak tubuh Adi Ashraf yang masih kaku itu keluar.

"Dah pergi cepat. Nanti lambat. Bye, husband!" sambung Ariana Atilia lagi. Adi Ashraf yang baru tersedar mengangguk. Kakinya diatur ke arah keretanya.

Tanpa dia sedari, bibirnya mengukir senyuman kecil. Masih terasa kehangatan ciuman isterinya pada tangannya sebentar tadi. Kekosongan hatinya bagai terasa terisi.

??????

Kejadian pagi tadi terlayar difikiran membuatkan Adi Ashraf tersenyum sendiri. Agak susah untuk dia menumpukan perhatian apabila wajah gadis itu akan terlintas di fikiran. 

Telefon pintarnya juga akan diperiksa beberapa kali kerana menunggu panggilan atau mesej daripada isterinya. Mahu memastikan isterinya selamat sepanjang ketiadaan dirinya.

Sedang dia sibuk memeriksa beberapa dokumen penting, sesuatu terjatuh. Matanya cuba mencari benda yang telah terjatuh itu. Tangannya mula meraba-raba lantai pejabatnya.

Selepas beberapa minit, akhirnya Adi Ashraf berjaya mencapai benda tersebut. Dia kembali duduk bersandar di kerusinya. Baru dia menyedari bahawa benda yang terjatuh itu ialah bingkai gambar Mawar Adriana bersama dirinya pada suatu ketika dahulu.

Wajah putih bersih milik Mawar Adriana yang sedang tersenyum manis kepada dirinya didalam gambar itu membuatkan dia tersenyum simpul. Betapa dia rindukan untuk melihat senyuman itu lagi.

Senyuman yang didambakan oleh jiwanya setelah gadis itu meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Yang kini hanya tinggal kenangan dan rindu yang tak tertanggung terhadap gadis yang bernama Mawar Adriana itu.

Adi Ashraf meletakkan kembali gambar tersebut diatas mejanya. Sebuah keluhan berat terlepas dari dirinya. Ketukan di pintu membuatkan dia menoleh ke arah pintu tersebut.

Terserlah Izz Faris dari muka pintu tersebut. Lelaki itu melemparkan senyuman. Adi Ashraf membalas senyuman tersebut kembali.

"Izz, masuklah. Kau suka datang tak bagitahu aku kan?" ucap Adi Ashraf bersama senyuman lebar. Mereka berpelukan.

Izz Faris tersengih. Bahunya diangkat tanda tak tahu. Punggungnya dilabuhkan di hadapan Adi Ashraf.

"Kau tahu kan aku suka buat surprise?" ucap Izz Faris sambil mengerakkan kedua-dua keningnya. Bibirnya tersenyum nakal. Adi Ashraf mengeleng kepala sambil tertawa kecil.

Izz Faris mengerling sekilas meja lelaki itu yang penuh menandakan rakannya itu sedamg sibuk. Baru balik bercuti memang bertimbunlah jawabnya. Bingkai gambar disisi meja Adi Ashraf membuatkan Izz Faris mematikan senyuman.

Apa kata Ariana Atilia jika sedar bahawa ada gambar perempuan lain di meja suaminya sendiri nanti? Dia cuba mencari sekiranya ada gambar perkahwinan mereka berdua yang diletakkan di atas meja itu juga. Namun, tiada. Dia mula susah hati.

"So, macam mana lepas kahwin ni?" soal Izz Faris ingin tahu. Dia cuba menyembunyikan perasaan susah hatinya daripada pengetahuan Adi Ashraf.

"Oh semua okay. Tak ada apa yang menarik pun sebenarnya." balas Adi Ashraf bersahaja. Tak tahu apa yang boleh menggambarkan hubungannya dengan Ariana Atilia sekarang ini. Bagi dirinya, mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Kau...still ingat dekat Mawar?" soal Izz Faris dengan nada yang perlahan. Risau apabila menyentuh isu sensitif sebegitu. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan arwah Mawar Adriana.

Soalan itu memang sudah dijangka akan keluar dari mulut Izz Faris. Adi Ashraf merenung seketika gambar yang terletak di sisi mejanya sebelum berpaling semula kepada Izz Faris. Dia hanya membalas dengan anggukan.

"Susah nak lupakan orang yang kita sayang sepenuh hati, Izz." ucap Adi Ashraf menjawab persoalan sahabatnya. Izz Faris mengangguk tanda faham. Bahu sahabatnya itu ditepuk lembut.

"Tak apa aku faham. Aku tak salahkan kau. Cuma kau dah ada Ariana sekarang. Mungkin kau boleh cakap benda ni kat dia. Mana tahu dia boleh tolong kau kan?" pujuk Izz Faris. Dia tak mahu perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan.

Kata-kata yang diucapkan oleh Izz Faris mengingatkan dia kepada kata-kata yang pernah Ariana Atilia ucapkan kepadanya minggu lepas. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh mereka berdua. Adi Ashraf mengangguk kecil.

"Dah, jom makan. Aku belanja. Lapar aku membebel dengan kau ni." ucap Izz Faris memegang perutnya yang lapar. Matanya dikenyitkan.

"Kau memang. Makan je tahu." balas Adi Ashraf lalu bangun berdiri. Izz Faris mengikuti langkah rakan baiknya.

"Lambat tinggal!"

??????

"Akid mana? Tak ajak sekali?" soal Izz Faris sebaik tiba di restoran yang dipilih oleh mereka berdua. Matanya mencari kelibat adik lelaki rakan baiknya itu. Selalunya jika melepak sememangnya trio itu akan bersama.

"Adi oh Adi. Kau dengar tak aku cakap ni? Kau buat apa tengok telefon dari tadi?" soal Izz Faris geram. Mana tidaknya, boleh pulak Adi Ashraf merenung telefonnya bagai nak makan. Apa yang tak kena pun dia tak tahu.

"Ha?, Oh aku tunggu Riana call." balas Adi Ashraf ringkas. Dia kembali memegang telefon pintarnya di tangan. Senang untuk mengangkat panggilan isterinya nanti.

Izz Faris menepuk dahi. Apa susah? Call jerlah terus. Penat sebenarnya nak layan Adi Ashraf ni. Macam mana Ariana Atilia tahan dengan perangai sahabatnya tu pun dia tak tahu.

"Haish, kau ni. Call jerlah. Payah tak ada Akid ni." rungut Izz Faris lalu meneruskan langkah meninggalkan sahabatnya di belakang.

Langkah Izz Faris diikuti oleh Adi Ashraf dari belakang. Dirinya masih menunggu panggilan daripada Ariana Atilia. Risau sekiranya ada apa-apa yang berlaku.

Tak semena-mena, tubuhnya terlanggar Izz Faris yang secara tiba-tiba memberhentikan langkah. Adi Ashraf mendesis kesakitan.

"Woi, kau kenapa?" soal Adi Ashraf sambil menggosok lengannya yang terlanggar kuat ke arah Izz Faris sebentar tadi.

"Ariana ada cakap dia keluar dengan sesiapa tak, Adi?" soal Izz Faris ingin tahu secara tiba-tiba. Membuatkan Adi Ashraf mengerutkan dahi.

"Ada. Dia cakap dia keluar dengan kawan dia hari ni. Kenapa?" balas Adi Ashraf berterus-terang. Pelik dengan soalan yang ditanya oleh rakannya itu.

"Maksudnya itu kawan Ariana la kan?" kata Izz Faris sambil menunjukkan ke arah sepasang pasangan yang sedang menjamu selera.

Kelihatan seorang lelaki bersama figura yang mereka berdua amat kenal sekali. Iaitu Ariana Atilia. Pandangan Adi Ashraf dihalakan ke arah yang ditunjukkan oleh Izz Faris. Riak wajahnya berubah serta-merta.

Tanpa berlengah, Adi Ashraf menuju ke arah pasangan tersebut. Izz Faris mengejar langkah sahabatnya itu risau sekiranya ada pergaduhan yang bakal berlaku tak lama lagi.

Sebaik Adi Ashraf tiba dihadapan pasangan tersebut, mata Ariana Atilia dibulatkan. Gadis itu segera bangun berdiri. Tindakan gadis itu membuatkan lelaki bersamanya menoleh ke arah Adi Ashraf.

"Ash...macam mana boleh ada dekat sini?" soal Ariana Atilia takut-takut.

Adi Ashraf merenung tajam ke arah lelaki yang bersama isterinya. Mereka berdua berbalas pandangan membunuh. Ariana Atilia menelan air liur melihat keadaan itu.

"Kenapa salah ke aku ada dekat sini?" soal Adi Ashraf serius sambil memandang tepat ke dalam anak mata lelaki yang tidak dikenali itu.
Senyuman sinis terukir dibibir lelaki itu membuatkan Adi Ashraf semakin berang.

"Jom balik." ucap Adi Ashraf senada. Tangan isterinya ditarik untuk pergi dari situ. Izz Faris hanya memerhatikan keadaan itu. Tak berniat untuk masuk campur.

Namun, langkah Adi Ashraf terhenti apabila melihat lengan baju isterinya ditarik oleh lelaki yang tak dikenali itu. Rahangnya diketapkan dengan rapat. Kini, Ariana Atilia berada di tengah-tengah antara dua lelaki itu.

Belum sempat Adi Ashraf mengarahkan lelaki itu untuk melepaskan lengan baju isterinya, kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu membuatkan mata Adi Ashraf membulat.

"Aku boyfriend Ariana."

Surprise!
Stay tune
Don't forget to vomment!
-ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience