11

Romance Series 93218

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan Aayra dan Harraz mendirikan rumahtangga. Namun sehingga ke hari ini mereka berdua belum berkesempatan untuk pergi berbulan madu. Harraz terlalu sibuk dengan tugasnya di pejabat. Tambahan pula kini Harraz telah dilantik sebagai pengurus besar ZE Corporation. Manakala Ezmal pula akan menguruskan sepunuhnya syarikat baru mereka di Rusia memandangkan projek mereka di sana sudah hampir 90% siap. Sebagai seorang CEO, sudah pasti Ezmal harus memikul tanggungjawab ini memandangkan Tan Sri Zamir telah menyerahkan 100% saham syarikat kepada Ezmal.

Dalam tempoh sebulan perkahwinan mereka ini, terlalu banyak perkara yang Aayra pelajari tentang selok belok syarikat ZE Corporation. Mana tidaknya, jika dahulu Aayra ditugaskan sebagai PA kepada Ezmal, tapi kini dia telah ditukarkan sepenuhnya menjadi PA kepada Harraz. Jadi sedikit sebanyak info tentang syarikat ini semuanya diceritakan kepadanya. Lebih mengejutkan Aayra apabila dia diperkenalkan kepada pemilik sebenar ZE Corporation. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise adalah pemilik sebenar syarikat tersebut. Jadi tidak hairanlah mengapa dengan mudahnya dia bisa memperolehi pekerjaan di syarikat ini walhal sebelum ini dia tidak pernah memohon sebarang pekerjaan di sini.

Walaupun pada dasarnya dia agak kecewa, namun Harraz cepat - cepat menyedarkannya. Kata suaminya itu, pasti ada hikmahnya yang tersendiri mengapa abah dan mamanya melakukan semua ini. Jika mereka tidak melakukan semua ini, pasti Aayra dan Harraz tidak akan bertemu sehingga ke hari ini.

“Sayang... " Panggil Harraz dengan penuh romantis.

“Abang! Bila abang sampai? Sayang tak dengar pun bunyi kereta abang?" Soal Aayra sambil mencapai tangan suaminya lalu dicium penuh hormat.

“Amboi! Sayang menungkan apa je tadi sampai abang balik pun sayang tak sedar ni?" Soal Harraz sambil memeluk pinggang isterinya erat.

“Takde apa - apalah abang. Sayang cuma terfikirkan soal office." Jawab Aayra jujur.

“Soal office? Kenapa sayang pulak yang nak kena fikir soal office ni?" Soal Harraz pelik.

Aayra tersenyum simpul. Dia menarik tangan suaminya menuju ke sofa. Sebaik masing - masing melabuhkan punggung, Aayra segera melentokkan kepalanya di bahu Harraz. Lengan Harraz dipaut manja. Aayra menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum dia membuka bicara.

“Abang... " Panggil Aayra manja.

“Ya sayang. Kenapa ni? Macam ada sesuatu je yang sayang nak cakap. Sayang ada masalah ke?" Soal Harraz risau.

Aayra menggeleng. Wajah Harraz ditenung dengan penuh rasa cinta. Semakin dia mengenali suaminya, semakin mendalam cintanya kepada Harraz. Bagi Aayra, Harraz memang seorang suami yang baik. Setiap kebajikan Aayra dijaga dengan sempurna sekali. Tiada cacat cela. Namun begitu, Aayra tidak mahu terlalu cepat membuat kesimpulan. Lagi pula mereka baru sahaja berkahwin. Jadi sudah pasti semuanya akan kelihatan manis dan wangi sahaja. Bak kata orang tua - tua. Awal - awal semuanya wangi. Nanti bila sudah lama, senuanya busuk.

“Abang, sayang ingatkan. Sayang nak minta izin abang sesuatu lah." Ujar Aayra masih cuba bermain teka teki dengan suaminya.

“Minta izin? Minta izin apa tu sayang? Sayang nak balik rumah abah dan mama ke?" Soal Harraz.

Kali ini dia langsung mengalihkan tubuhnya menghadap Aayra. Jari jemari isterinya itu digenggam penuh erat.

“Bukan. Bukan yang tu. Tapi ada yang lebih penting dari tu."

“Sayang... Sayang ni sengaja kan nak buat abang tertanya - tanya? Padahal boleh aje kan sayang cakap direct. Nakal ye isteri abang ni." Ujar Harraz kemudian tubuh Aayra ditarik ke dalam pelukannya lalu digeleteknya pinggang Aayra sepuas - puas hatinya.

Aayra menjerit kegelian. Berkali - kali dia cuba mengelak malangnya tenaganya tidak sekuat Harraz. Akhirnya Aayra mengangkat tangan tanda menyerah dan kemudian dia merayu kepada Harraz agar menghentikannya. Harraz tertawa melihat reaksi Aayra dan sekali lagi dia menarik tubuh Aayra ke dalam dakapannya. Tubuh isterinya itu dipeluk dari arah belakang. Satu ciuman hangat singgah di leher Aayra.

“Ok sekarang cepat cakap. Sayang nak minta izin abang untuk apa?" Soal Harraz ingin tahu.

Aayra mengalihkan tubuhnya menghadap Harraz. Kedua - dua tangannya memegang pipi Harraz. Anak mata suaminya ditenung sedalam - dalamnya.

"Sebenarnya sayang dah fikir masak - masak tentang permintaan abang tempoh hari. Abang ingat lagi tak?" Soal Aayra menduga.

“Permintaan abang? Yang mana eh? Kejap abang cuba ingatkan balik. Ohhh... Tentang permintaan abang nak anak satu team bola sepak tu eh?" Usik Harraz nakal.

“Abang!!! Sayang serius abang main - main pulak." Aayra sengaja menarik muka masam.

Harraz tertawa geli hati. Sekali lagi dia menarik pinggang Aayra agar lebih dekat dengannya. Perlahan - lahan bibirnya mendarat di bibir Aayra. Kemudian rambut panjang Aayra dibelai dengan penuh kasih. Aayra sedikit terbuai dengan tindakan suaminya itu namun dia segera menolak tubuh Harraz perlahan. Lagipun ini bukan masanya untuk mereka bersama. Harraz perlu segera tahu akan keputusannya.

“Abang ingat tak abang pernah suruh sayang buat pilihan sebelum ini sama ada sayang ingin terus jadi PA abang atau sayang akan ditukarkan ke department yang lebih sesuai dengan bidang sayang?" Soal Aayra sambil bermain - main dengan rambut Harraz.

“Ok. Abang ingat. So, apa yang sayang nak minta izin dari abang sebenarnya?" Soal Harraz masih belum dapat menangkap akan maksud sebenar isterinya.

“Sayang dah buat keputusan. Sayang nak tolak kedua - dua pilihan tu. Tapi sayang nak minta izin dengan abang untuk buat satu pekerjaan ni." Ujar Aayra samar - samar.

“Hmm... Kerja apa pulak ni? Sayang jangan buat keputusan bukan - bukan ye? Abang tak suka." Kali ini suara Harraz sudah mula berbaur tegas.

Aayra tertawa kecil. Dia tahu Harraz mula berasa panik. Apatah lagi apabila dia memberitahu untuk menolak kedua - dua pilihan yang diberikan Harraz.

“Ishh... Abang ni. Cubalah dengar dulu apa yang sayang nak bagitahu ni. Jangan cepat sangat buat andaian boleh tak?" Omel Aayra.

“Habis tu sayang pun dari tadi asyik main teka teki je dengan abang. Macam mana abang tak fikir bukan - bukan? Cuba sayang berterus - terang je. Kan senang?" Kali ini Harraz memulangkan paku buah keras kepada Aayra.

Aayra mencemikkan wajahnya. Namun ianya hanya seketika sebelum bibirnya kembali mengukir senyuman.

“Abang izinkan tak kalau sayang nak jadi suri hati abang sepenuh masa atau dalam erti kata lain, sayang nak jadi surirumah sepenuh masa." Luah Aayra akhirnya.

Buntang mata Harraz mendengar permintaan isterinya itu. Ikutkan hatinya, sudah lama dia menginginkan seperti itu. Namun dia tidak berani menyatakannya kepada Aayra kerana bimbang jika Aayra fikir bahawa dia ingin mengongkong hidupnya. Tapi kini siapa sangka bahawa Aayra sendiri yang menyuarakan pendapatnya itu dan sebagai suami sudah pastilah dia sangat bersetuju dengan cadangan itu.

“Sayang serius ni?" Soal Harraz seakan tidak percaya.

Aayra mengangguk laju. Dia cuba meyakinkan Harraz dengan keputusannya itu.

“Alhamdulillah. Kalau itu yang sayang inginkan, abang setuju. Sejujurnya abang lagi happy sayang. Dah lama abang nak suarakan benda ni dengan sayang. Cuma abang takut kalau - kalau sayang tak boleh terima dan sayang anggap abang cuba nak kongkong hidup sayang pula. Sebab tu abang diamkan sahaja dan biar sayang buat plihan lain. Tapi abang tak sangka pulak yang sayang akan ambil keputusan macam ni. Thanks sayang. I love you so much." Ucap Harraz teruja dan sekali lagi bibirnya mendarat di bibir Aayra.

Kali ini Aayra tidak menolak. Dia merelakan sahaja perbuatan suaminya itu lalu tubuh suaminya dirangkul dengan penuh rasa kasih. Sejujurnya dia sangat bahagia kini. Setiap saat dia hanya mengimpikan Harraz berada di sisinya. Betapa dia terlalu menyintai suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience