BAB 3 PERTEMUAN

Romance Series 24257

Begini rupanya rasa berkerja bagi seorang Ammara, seronok sangat bila pertama kali pegang duit hasil titik peluh sendiri selama 1 bulan, walaupun tak seberapa...walaupun kedai buku tersebut hanya kedai yang sederhana,tetapi sentiasa ada pelanggan yang masuk, dari mencari buku yang nipis sehingga yang setebalnya, hanya ALLAH yang tahu nikmatnya.
“ Dhia jom aku belanja kau makan KFC balik kerja nanti nak tak? Nanti kita balik rumah sama-sama okey ” tanya Ammara pada Dhia.
“ Belagak ye kau mentang-mentang la dah dapat gaji hari ni kan..okey boleh-boleh, tapi aku nak makan apa saja boleh ke? ” Dhia membuat muka kesiannya.
“ Kau nak makan apa pun boleh asalkan kau makan habis yang kau order.. kalau tak lain kali aku tak nak kawan dengan kau lagi.. hihihi.. ” tergelak-gelak manja Ammara dan Dhia.
“ Terima kasih Ara, kau lah sahabat aku dunia akhirat.. sayang kau ” sambil dua sahabat karib itu berpelukkan.

Tanpa disangka seorang lelaki melalui kawasan dua sahabat karib itu berpelukkan dan ketika Ammara ingin berpusing kebelakang dia terlanggar lelaki tersebut tanpa sengaja, dan membuatkan buku-buku yang dipegang oleh lelaki tersebut jatuh ke lantai.
Dan Ammara sangat terkejut, membuatkan dia kaku sekejap di tempat dia berdiri kerana dirinya betul-betul menghadap muka lelaki tersebut.
Tib-tiba dia perasan muka lelaki tersebut berubah dari biasa ke marah.. langsung Ammara meminta maaf pada lelaki tersebut.
“ Maaf encik.. saya tak sengaja, saya tak tengok belakang” Ammara bersungguh-sumgguh meminta maaf pada lelaki tersebut. Sambil mengutip buku-buku yang terjatuh tadi, dan menghulurkan pada lelaki tersebut.
Dengan sombongnya lelaki tersebut menjerit pada Ammara, “ kau buta ke apa? Itu lah orang sibuk berkerja kau sibuk bergosip! Tengok sekarang semua buku aku jatuh.. menyusahkan betul la..”
Tanpa disedari Ammara terasa dirinya sangat-sangat kecil hati, hanya kerana terlanggar seseorang tanpa sengaja terus dimarahi. Dia bukan sengaja..ye bukan sengaja.
Dalam dilema kesedihan, Dhia hanya mampu memohon maaf pada lelaki tersebut bagi pihak Ammara.
“ Encik kami betul-betul minta maaf, kami tak sengaja..kawan saya tu baru sebulan kerja, mungkin dia betul-betul tak nampak encik tadi, erm encik nak bayar buku ni ke? Kalau nak buat pembayaran jom ikut saya ke kaunter pembayaran, silakan encik..” fuhhh.. dalam hati Dhia, minta-minta orang tu tak akan marahkan mereka lagi.

“ Betul-betul menyusahkan aku je.. Akif jom.. aku nak bayar buku ni, kau ada nak aku bayarkan sekali ke?” tanya Harraz pada Akif yang berada disebalik rak buku dibelakangnya.
“Okey-okey kejap..” jawab Akif.
Semasa Akif dan Harraz ke kaunter untuk membuat pembayaran tersebut Akif ternampak Ammara yang termenung kesedihan di kaunter.
“ Ara kau kerja sini ke? Dah lama ke kerja? Kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak pun kau kat sini..?” tanya Akif pada Ammara.
“ Ohh, aku baru je kerja kat sini baru sebulan, kau selalu ke datang sini? Aku pun tak pernah nmpak kau kat sini selama sebulan aku kerja ni. Aku kerja part time kat sini.. papa aku tak izinkan aku kerja lama kat sini, dia suruh aku sambung belajar, kau macam mana nanti lepas dapat result nanti?” punya la panjang lebar Ammara tanya kan pada Akif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience