Aku tekun menyelak dokumen yang baru dicetak setelah menerima dari pihak klien melalui kiriman emel syarikat. Ada pelawaan untuk membida projek baru. Ada juga yang menghantar resit pembayaran. Aku berikan pada Anitha. Jika ada apa apa, Anitha akan berikan kerja pada aku untuk hari itu. Jika tidak, maka berhuhu la aku sepanjang hari. Sekurangnya ada juga aku belajar sedikit sebanyak walaupun tak memuaskan hati aku sepertinya apa yang aku belajar tiada makna. Ada juga kawan aku hanya layan mesin fotostat dari hari pertama internship. Lagi haru. Namun ada juga yang bertuah, dibuat seperti pekerja sebenar.
Mejaku diketuk dua kali membuatkan aku tersentak dari lamunan.
"Yes Mr Yong". Terus aku berdiri sebagai tanda hormat. Mr Yong tersenyum.
"Sedap kopi tadi. Next time you buat lagi ok", pujinya kepada orang yang buat kopi sekadar mengingati melalui memori. Perli ke puji??
Kembang meletup letup jerawat pasir yang tumbuh di dahiku. Jerawat ni memang galak tumbuh jika sudah tiba 'waktunya'. Perit. Mana nak tahan sakit payudara lagi yang mula membengkak penuh menjelang sampai harinya.
"Nura, I perkenalkan Arif Fahmi, pengarah dan team leader untuk projek terbaru kita. Arif, ni Nura our intern. Baru lagi di sini. Kopi sedap tadi dia yang buat".
Aku memandang Arif Fahmi. Dia mengangguk sebagai tanda berkenalan. Aku terkebil kebil bila dia mengenyit mata sebelum mengekori Mr. Yong yang berjalan menghala ke meja May Tan. Aku tak tau nak bagi reaksi bagaimana.
"Encik..", panggilku bila terperasan akan beg galas yang dibawanya ada keychain Hard Rock. Dan dia berhenti, memusing ke belakang.
"Your jacket". Aku hulurkan jaket baldu biru padanya.
"You pakai Nura Lisa. Ramalan kaji cuaca beri laporan kemungkinan hujan sepanjang hari ini adalah tinggi. Pasti you akan kesejukan dalam pejabat. Jaket tu boleh menghangatkan you. Butangkan sekali. Jangan sesekali cuba menggoda staff di sini".
Aku kebingungan dengan bait kata yang keluar dari mulutnya... "Habis, Encik tak sejuk?"
"I ada jaket lain dalam kereta. Nanti, I datang ambil. For now, you pakai. Please Nura Lisa, pakai sekarang".
Aku akur. Di tengah pejabat tu aku menyarung jaket. Dan dia meninggalkan aku sendirian di situ.
Aku masuk ke tandas. Berdiri di hadapan cermin. Walau oversized jacket, tapi nampak menarik dengan baju kurungku. Perasan!
Jaket tersebut aku buka dan kusangkut, aku ada urusan panggilan alam yang perlu kusahut.
Pintu cubicle tandas kubuka, aku berdiri menghadap cermin besar di dinding yang ada sink sebelumnya dan bertentangan pintu cubicle tandas.
Mukaku memerah, patut la Arif Fahmi beriya minta aku memakai jaket dia. Ya, baju hari ni seperti ketat sikit bahagian dada, perut dan pinggul juga. Aku pasti lemak lemak telah mengembang dengan jayanya. Segera aku sarungkan jaket itu selepas mengeringkan tangan.
"Nura, jom lunch", pelawa May Tan, intern seperti aku juga. Meja kami berjauhan dan dia lebih beruntung pada pengamatan aku kerana banyak kerja diberikan padanya. Jadi banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang dia dapat berbanding aku. Apa yang dipelajari dapat dipraktikkan.
"Thanks. I bawa bekal hari ni", balasku. Dia keluar mengikut Slyvia dan berbual dalam bahasa Mandarin. Aku tersenyum mendengar perbualan mereka. Aku ni faham juga bahasa Mandarin cuma untuk berbicara kurang lancar. Yang pasti May Tan dan Slyvia seronok boleh makan di gerai loh fun dan bak kut teh di lorong belakang. Memang port makanan masyarakat cina di situ. Kalau aku ikut, pasti mereka akan makan di gerai melayu dan halal.
Tas tangan kecil aku buka, dan aku keluarkan dua keping roti yang aku sapu mentega kacang. Itu makan tengah hari aku. Rasa macam tak cukup tapi aku harus berjimat cermat. Harga makanan di sini cekik darah. Takkan aku nak makan fastfood tiap hari. Ya, harga happy meal dan lunch set lagi murah tapi cukup cukup la menternak lemak dan kolesterol.
Banyak duit aku habis pada sewa bilik dan pengangkutan walaupun hanya untuk 3 bulan saja. Padan muka aku, gatal minta menjalani latihan di tengah tengah kota raya. Yati menumpang di rumah makciknya yang tak jauh dari syarikat dia membuat latihan industri. Hanim pula di bandar tempat tinggalnya. Yang paling beruntung Joy, pulang ke kampung halaman berkerja dengan syarikat keluarga.
Cuma yang seronoknya hujung bulan ni, aku akan dapat elaun. Mr. Yong bermurah hati memberi saguhati bulanan sepanjang aku dan May Tan menjalani latihan industri di situ. Dapat la kot nak makan sedap sikit, asyik makan roti, telur, mee segera dan burger kebelakangan ni. Catu makan pun, badan tetap macam ni juga. Membesar bagai johan.
Aku mengimbas kembali kejadian tadi. Aku hidu bau jaket yang sedang kusarung. Bau haruman maskulin. Eh.. macam mana dia tahu nama aku? Nama penuh aku. Tadi Mr. Yong sebut Nura saja.
Ehh.. biarlah. Kerja aku menanti untuk disiapkan. Cepat siap boleh balik tepat jam 6 petang. Kalau lambat, ishh...tak nak la. Mau aku tinggal sensorang dalam pejabat ni. Dibuatnya ada penunggu. Nauzubillah... apa la yang aku fikir ni.
"Heiii... intern".
Aku tersedak. Roti yang tak sempat kukunyah sampai hancur, terus termasuk ke kerongkong. Aku batuk kuat sambil menepuk nepuk dada. Berair mata aku menahan perit tercekik sambil memandang siapa gerangan yang tak reti bagi salam.
'Lohh....Wati. eh, kenapa dia ada kat sini? Tak pergi makan ke', bisik hatiku.
"Ye Puan", jawabku setelah hilang rasa tercekik di kerongkong.
"I am still single. Call me Cik. I nak fail bajet untuk projek tahun ni. Habis lunch hour, mesti ada fail tu kat bilik I", perintahnya sebelum keluar dari pejabat. Berjalan dengan penuh gaya, berblaus putih dan berseluar merah dengan kasut tinggi warna merah lima inci.
Aku ternganga. Dah kat mana pula aku nak cari fail tu. Semua orang dah keluar makan. Takkan nak telefon mereka yang sedang menikmati waktu rehat dan makanan. Lagipun nombor telefon diorang pun aku takde. Tak pe, aku tunggu siapa yang akan masuk pejabat dulu nanti.
"Budak Intern, mana fail aku minta tadi?", jerit Wati dari pintu biliknya. Aku yang berada di pantri terus berlari ke luar, mencari siapa yang dah ada di meja.
Waduh, waduh.. perempuan ni. Kenapa dia yang masuk dulu?
"Kejap Cik Wati, saya tengah cari", jawabku berdiri di kabinet belakang Suzila mencapai fail kotak warna hitam. Tadi aku sepantas kilat meluru pada Suzila sebaik dia melangkah masuk dan memohon bantuannya.
"Yang ni kan, kak Su?" , tanyaku dan disambut dengan anggukan dari Suzila.
"Wati, lain kali minta kat aku. Kau minta kat budak intern buat apa?", ujar Suzila bengang kukira dengan perangai Wati.
"Akak, takpe la", bisikku.
"Dia saja nak kenakan kau tu. Kan ada Mr. Yong hari ni. Konon nak tunjuk buat kerja la, padahal". Aku tinggalkan Kak Su yang membebel.
"Lembap! Fail ini pun tak boleh cari. Takkan ada orang nak employ kau kerja lepas grad", kata Wati marah padaku sebaik aku meletakkan fail tersebut di atas mejanya. Fail itu diambil kasar dan diselak satu persatu seolah olah tak berpuas hati. Matanya menjeling memandang aku.
'Eh.. dia ni. Suka hati je nak cakap cam tu. Siapa kau nak tau rezeki aku? Aku bagi kang... seminggu kau terlantar kat hospital', gerutuku dalam hati sambil melangkah keluar dari bilik Wati. Tapi dalam hati je, mana boleh luahkan. Tak pasal report internship aku buruk.
'Sabarlah Nura. Ni asam garam kehidupan. Bersangka baik. Mungkin Wati ada masalah lain', kupujuk hati lara, cuba mempositifkan diri. Aku mempamerkan senyuman pada Iman yang memandang. Aku tau dia dengar kata kata Cik Wati tadi. Perlahan aku duduk di tempatku, memejam mata dan menarik nafas panjang sebelum kembali memulakan tugas.
•••••
"Encik Arif".
Panggilku sewaktu kami berselisih di pintu lif. Aku nak masuk manakala dia keluar dari lif.
"Nak ambil jaket tadi ye? Kejap. Saya tinggalkan di laci cubicle", kataku tanpa menunggu jawapan dia. Berlari aku masuk semula ke pejabat. Masih ada beberapa orang belum pulang. Mereka ni yang kerja ikut flexi-hour.
Pantas aku mengambil dan melipat kemas jaket baldu itu sebelum dipulangkan pada tuannya. Habuk habuk yang terlekat aku tepuk dan kutiup agar tak melekat.
"Terima kasih", ucapku padanya di hadapan meja receptionist. Dia sekadar mengangguk, raut wajahnya serius. Ada sedikit rasa cuak dalam hati tapi ada aku kesah? Aku nak pulangkan barang yang aku pinjam je.
"Eh, jaket you dengan dia? Kenapa?", soal Wati tiba tiba muncul. Pastinya dia mahu pulang juga kerana tali beg tangan berjenama Gucci sudah tersangkut di bahu.
Tanpa lengah, aku meninggalkan pejabat. Aku tak mahu terlibat dalam perbualan mereka. Baju satu baldi menanti aku untuk dicuci. Padan muka kau Nura, suka bertangguh. Mujur esok cuti.
Aku menarik nafas lega bila pintu lif tertutup walaupun terdengar suara Wati minta menunggunya. Bukan aku yang tekan butang tutup. Lif tu yang tutup sendiri. Salah aku ke?
Tubuhku mula terasa dingin ketika berjalan ke stesen LRT. Menyesal pula aku pulangkan jaket baldu tersebut. Patutnya aku pakai je bawa balik. Esok baru pulangkan.
Aku perlukan sesuatu yang panas. Jaket tadi panas. Rugi rugi.
Bau burger OTAI menerjah masuk ke lubang hidung sebaik aku turun dari bas transit. Meleleh terus air liur. Nak makan mee segera atau burger? Aku berfikir semasa berjalan sebaik turun dari bas.
"Bang, benjo special satu".
Ha... itulah makan malam aku. Telur dan roti. Murah, mudah dan mengenyangkan. Nak masak? Malas!
Apa mak makan malam ni? Rindu masakan mak walaupun sekadar telur dadar dengan cili api tenyeh kasar sama ikan bilis. Dapat pula nasi panas. Memang bertambah nasi.
Tiba tiba terasa nak makan nasi. Aduh!! Kepalaku mencongak baki duit yang ada. 'Sabarlah Nura. Tak lama lagi dapat elaun. Boleh la beli barang dapur sikit. Takkan kau nak telefon mak minta duit', detik hatiku dan aku mengeleng. Aku tak mahu menyusahkan mak dan membuat mak runsing akan keadaan aku di sini.
"Dik, dah siap". Aku mengambil plastik merah dari tangan penjual burger.
"Makin pendek rambut kau". Satu suara menegurku dari belakang dan aku terasa rambutku disentuh.
"Seth? Kau buat apa kat sini?". Pantas aku bertanya. Aku tak tahu apa perasaanku saat itu. Overjoy, excited, shocked??
"Aku nak hantar Naza pergi rumah makcik dia. Turun kat stesen sini. Kau?"
Aku memandang Naza, bukan apa hanya mahu menegur tapi dia memandang pada bas yang berada di situ.
Share this novel
test....
test.. eh boleh rupanya..