Akhir

Poetry Series 2151

nak melangkah tak mudah,
nak melepaskan tak mudah,
nak menerima lagi lah tak mudah.

aku harap tiada siapa perlu paksa jiwa untuk menerima,
dan tiada siapa perlu paksa hati untuk menyayangi
bila kau masih tak mampu.

ambil masa.
hati kita dah sakit, tambah pula mainkan hati orang, bukan dia yang berganda sakit nanti, mungkin kita. karma tu wujud.

tenang, tak mengapa.
Tuhan cipta berpasangan.
kalau bukan di dunia, mungkin di syurga :)

Untuk yang terakhir ini,
semoga bisa kita ikhlaskan semua kesakitan,
untuk kebahagiaan kita sendiri.

kalau bukan kau nak sayang diri kau,
siapa lagi nak buat untuk kau?
fikir.

air mata berharga, kalau boleh tukar jadi
batu permata, tak apa juga boleh buat cincin.
tapi, tak jadi apa. kering, hilang.

semoga lekas kau sembuh.
terima kasih untuk 40 selakan pada ruang hati aku.
Buku Nota Hitam, aku tutup sampai sini.

penulisan paling sakit dimenangi oleh Buku Nota Hitam. BNH ambil masa bertahun untuk aku sendiri gagah nak menulis dan habiskan haha. hampir 2 tahun. ingat move on je ke ambil masa? Alhamdulillah aku rasa cukup lah 40 Chapter. aku tak mahu tenggelam dalam kisah cinta yang penuh dengan luka, sakit, kenangan. semoga BNH disukai dan diterima baik. jika ada yang sama seperti kisah cinta BNH, semoga kalian terus dapat semangat yang baru, bangkit dan terus maju. percayalah, lepas hujan mesti ada pelangi. terima kasih kerana membaca. xoxo,ked.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience