Bab 22

Vampire Series 4523

Emelyn hanya memerhati aunty Bethany melakukan kerjanya .
Haipp ! Jangan fikir aku malas tauuu . Aunty Bethany yang larang aku tolong dia . Aku tak dapat nak lawan , sebab pandangan maha tajam dilemparkan semasa dia melarang aku buat kerja .
Habis sekarang ini aku tolong tengok sajalah hm .

Melihat aunty Bethany melakukan kerjanya membuatkan Emelyn teringatkan seorang insan yang menjaganya dari kecil hingga ke dewasa . Mama..

“ Mom , Lyn nak keluar kejap boleh ? ” kata Emelyn perlahan . Tak sanggup lah nak duduk sini lama-lama . Kang banjir dapur ni aku buat .

“ Boleh , tapi jangan lama sangat tau . ” kata aunty Bethany tanpa sebarang bantahan .

Emelyn hanya mengangguk sambil tersenyum kecil lalu membuka langkah menuju ke arah pintu keluar .

Taman bunga menjadi destinasi utamanya . Entahlah . Sejak nampak Alyaa dengan Cleo berbual dekat sini hari tu , tiba-tiba pula aku berminat nak pergi sini .
Cantik sangat taman bunga ini . Segala jenis bunga ada dekat taman ni . Tapi tak boleh lawan taman yang dekat hutan tu lah hehe . Taman dekat hutan tu tak lah cantik sangat , tapi taman tu lebih buat aku tenang berbanding dekat sini .
Emelyn mengambil tempat duduk di buaian yang terdapat di taman itu . Tidak pula dia perasan akan kehadiran buaian ni . Mungkin sebab terlindung dengan bunga-bunga ni kot .
Matanya meliar memandang sekeliling taman bunga itu sehinggalah matanya terhenti ke arah satu bunga yang menarik perhatiannya .
Serta merta suatu bayangan muncul di depan matanya . Drama free gitu .

“ Awak suka bunga rose ? ” soal Cleo sambil memandang bunga yang lagi dipegang oleh Cealyn .

Cealyn tersenyum kecil lalu mengangguk . Ya , dia memang suka dengan bunga rose sejak kecil lagi .
Mungkin kerana dia mewarisi keminatan ibunya yang turut meminati bunga rose .

Cleo memegang lembut tangan kiri Cealyn lalu diletakkan di pahanya .

“ Kalau macam tu saya janji akan tanam bunga rose di taman ni . ” kata Cleo sambil tersenyum mekar .

Emelyn tersenyum sendiri melihat bayangan itu . Patutlah banyak bunga rose dekat sini .

“ Kau buat apa dekat sini ? ” soal seorang lelaki di belakang Emelyn .

Emelyn mencebik . Spoil lah .

Melihat Emelyn yang tidak menjawab jauh lagi untuk menoleh ke belakang membuatkan dia mengambil tempat duduk di buaian bersebelahan dengan gadis itu .

“ Pekak dah ? ” soalnya lagi .

Laju saja kepala Emelyn menoleh ke sebelah . Seperti yang dijangkakan , Cleo . Tak pernah tak sakitkan hati orang .

“ Saja nak feeling jadi Cinderella dekat taman ni . ” jawab Emelyn selamba sambil menayangkan muka jengkel . Dah nampak tanya lagi .

Cleo menahan tawanya . Boleh pula dia jawab macam tu . Matanya turut terhala ke arah bunga rose yang dari tadi dipandang oleh Emelyn .

“ Dah tak ada bunga lain ke yang kau nak tengok selain bunga rose tu ? ” soal Cleo . Pelik juga dia dengan Emelyn yang hanya memandang ke arah bunga rose itu . Padahal banyak lagi bunga yang lebih cantik .

Emelyn tersenyum kecil . Lama dia memandang bunga rose itu sebelum pandangannya dialihkan ke wajah Cleo yang lagi memandangnya .

“ Tak sangka awak betul-betul tanam bunga rose dekat taman ni . Ingatkan awak bergurau . ” kata Emelyn sambil ketawa kecil . Emelyn pasti bahawa Cealyn yang mengawal percakapannya tadi . Tapi tak apalah , biarkan mereka berbual dulu .

Cleo terdiam . Macam mana dia tahu tentang semua tu ?
Setahunya dia memang pernah janji akan tanam bunga rose ini untuk Cealyn . Tapi bagaimana gadis ini tahu ?

“ Kenapa pandang saya macam tu ? ” soal Emelyn , tapi hakikatnya Cealyn yang tengah bercakap sekarang ni .

Sekali lagi Cleo terkaku . Satu lagi ayat yang pernah disebut oleh Cealyn .
Jadi benarlah yang Cealyn sudah kembali . Perlahan-lahan senyumannya terukir di bibir . Tangan kiri Emelyn digenggam lalu diletakkan di pahanya .
Hah kali ni aku pula yang terkaku . Dengan watak dia yang seromantik Romeo ni , aku tak boleh tahan .
Cealyn , boleh tak kau jangan kawal aku setiap kali berhadapan dengan Cleo ? Kau tau kan dia akan jadi Romeo bila tahu kau kawal aku ? Lepas tu nanti hati aku pula yang tersangkut dengan dia ni argh !!!

“ Saya kan dah janji dengan awak . ” kata Cleo sambil tersenyum . Pergh senyuman dia menusuk dan tembus terus dekat hati aku ni . Belum pernah lagi aku nampak dia senyum macam ni .

Okay sekarang dah boleh tau . Kalau dia bersaya berawak tu maknanya dia bercakap dengan Cealyn . Kalau beraku kau tu maknanya dia bercakap dengan aku . Huh dengan aku kasar pula !
Hah Cealyn mana kau ? Kenapa diam saja ? Kau dah tak nak kawal jasad aku ke ?

“ Dagu kau dah sembuh ? ” soal Cleo tanpa menyedari tangannya masih mengenggam tangan kecil Emelyn .

Hah tengok , dengan aku konon dia beraku kau . Ini tak adil ! Huaaaa !

“ Dah . ” jawab Emelyn sepatah .

Suasana menjadi sepi . Dah tak ada benda yang nak diceritakan mestilah sepi .
Eh jap , sebenarnya aku ada benda nak tanya dengan dia .
Baru saja ingin membuka mulut untuk menanyakan sesuatu yang sangat penting , tiba-tiba pula ada seseorang memanggil nama Cleo .
Serentak aku dan Cleo memandang ke arah gerangan yang memanggilnya tadi . Aku lagilah , pandangan yang sungguh maut aku hadiahkan . Salah timing betul kau panggil dia ni .

“ Alyaa ? Awak buat apa dekat sini ? ” soal Cleo apabila Alyaa sudah berdiri di hadapan mereka .

“ Saja . ” kata Alyaa sambil tersenyum manis .

Hello ? Ingat aku tunggul kayu ke dekat sini ? Laju saja aku menarik tangan aku yang masih digenggam oleh Cleo .
Hilang mood terus . Entah apa yang buat aku hilang mood ni . Kau okay tak dekat dalam tu Cealyn ? Kalau cemburu pun janganlah libatkan hati aku yang tak tau apa-apa ni .

“ Kau nak pergi mana ? ” soal Cleo apabila melihat Emelyn yang sudah berdiri dari tempat duduknya .

Aku nak masuk lah . Nak pergi mana lagi ? Nak pergi cari pasal dengan Demon ? Huih marah betul nampak .

“ Pergi cari jodoh . ” jawab Emelyn sambil mengelipkan matanya berulang kali . Lantas kakinya membuka langkah meninggalkan dua Vampire yang lagi memandangnya pelik .

Berkerut dahi Cleo melihat telatah gadis itu . Setiap kali dia melihat Alyaa , mesti dia nak jauhkan diri . Pelik . Tadi okay saja pun , tiba-tiba sekarang jadi naga pula .
Cleo menggeleng lalu mengatur langkah untuk masuk ke dalam . Alyaa hanya mengikut dari belakang .

••••

BUM !

Pintu bilik dihempas kuat . Entah sudah keberapa kali dia menghempas pintu bilik ini . Sudahlah bukan rumah dia . Senang hati saja nak hempas pintu orang .
Awal pagi lagi sudah hilang mood . Sebab apa ? Sebab nampak Alyaa dengan Cleo ! Begini rupanya perasaan cemburu bila nampak orang tercinta dekat dengan orang lain .
Eh , orang tercinta ? Ehem..

“ Tsk ! Kak Lyn ni dah kenapa nak main hempas pintu ? Kacau orang tidur sajalah ! ” marah Emelya sambil menggosok-gosok matanya .

Emelyn memandangnya dengan pandangan tajam . Tidak perasan pula yang Emelya masih ada dekat dalam bilik ni .
Dengan selambanya Emelyn mengambil tempat duduk di sebelah Emelya yang mungkin tengah badmood sekarang ni . Yalah , siapa yang tak badmood kan kalau tidur kena kacau ? Kalau aku , dah lama aku telan orang yang kacau aku tidur tu .

“ Kenapa ? Awal pagi lagi dah buat muka macam tu . ” soal Emelya lagi apabila perasan akan wajah kakaknya yang masam mencuka .

“ Tak ada apa . ” jawab Emelyn sambil cuba memaniskan mukanya . Buang masa saja marah pasal hal tadi .

“ Dagu akak dah sembuh ? ” soal Emelya lagi sambil memerhati dagu Emelyn .

Lama Emelyn memandangnya sebelum mengangguk .

“ Lya ke yang ubatkan dagu akak ? ” soal Emelyn pula .

Sempat lagi Emelya menguap lalu menggeleng .
Amboi.. Luasnya mulut masa menguap .

“ Abang Cleo yang ubatkan dagu akak semalam masa akak tidur . ” terang Emelya tanpa disoal .

Emelyn terkaku.. Cleo yang tolong ubatkan dagu aku ? Serius ?
Perlahan-lahan senyumannya mekar . Entahlah , bahagia pula bila dia ambil berat pasal aku . Selalu marah saja .
Emelya yang perasan akan reaksi kakaknya yang tersenyum sendiri itu terus mencubit lengannya sehingga dia mengaduh kesakitan .
Emelyn menggosok bekas cubitan adiknya itu dengan perlahan . Berbisa betul cubitan perempuan ni .

“ Macam mana Lya tau ? ” soal Emelyn lagi . Susah betul nak percaya kalau Cleo yang tolong ubatkan dagu aku ni . Kalau nak cakap aunty Bethany yang ubatkan tak apalah .

“ Lya nampak dengan mata kepala Lya sendiri . Masa tu Lya baru nak masuk bilik , tiba-tiba Lya nampak abang Cleo lekat plaster dekat dagu akak . Lepas tu.. ” ayatnya tergantung disitu . Lama dia memandang kakaknya sendiri sebelum tersenyum nakal .

Berkerut dahi Emelyn melihat perangai adiknya .
Dah kenapa ? Sudahlah buat ayat gantung lepas tu buat senyuman yang pelik .

“ Lepas tu ? ” soal Emelyn .

“ Betul kak Lyn nak tau ? ” soal Emelya semula dengan senyuman nakalnya .

Emelyn mengecilkan matanya . Dah aku tanya mestilah aku nak tau .
Aku mengangguk perlahan . Apa sebenarnya yang dia nak cakap ni ? Macam pelik saja .

“ Lepas tu dia cium dahi akak . ” kata Emelya sambil memukul-mukul bahu Emelyn . Dia pula yang melting tengok drama free semalam .

Sekali lagi Emelyn terkaku . Dahinya disentuh perlahan menggunakan belakang tangannya .

Dia cium dahi aku ?

Laju saja batal yang berada di katil itu ditarik lalu menutup mukanya . Senyuman lebar terukir di bibirnya . Malu tak payah nak cakap , memang malu tak terkira !

“ Ahh ! ” jeritnya dengan bantal yang masih menutup wajahnya . Kakinya pula menghentak-hentak katil itu . Kejap itu juga dia berguling-guling di atas katil .
Serupa macam orang yang baru dapat mesej dari crush saja gayanya sekarang ini . Hilang terus segala kemarahan yang terlubuk di hati .

Kenapa setiap kali dia ambil berat pasal aku , aku bahagia ? Kenapa asal Alyaa dekat Cleo , aku cemburu ?
Beginikah rasa jatuh cinta ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience