BAB 16

Family Completed 6753

“/Aik, /ngah... macam mana boleh basah lencun ni?” tanya Yunus yang
sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen dengan isterinya dan Syafiq.
“Haah... rasanya kat luar tu cuaca elok /je. /Tak ada /pulak /ibu tengok
hujan. Iman tu pun elok /je /main bunga api.” Hazmi menyampuk sambil
membetulkan cermin mata.
“Kena mandi dengan menantu kesayangan ibu dengan abah tulah. Habis
disiramnya angah. Apiq, tolong ambilkan tuala, sejuk ni.” Azril sudah
memeluk tubuh menahan sejuk.
Syafiq bangun ke bilik Azril mencapai tuala. “Angah tersalah teknik
pujuk kot tu yang kena siram dengan Kak Eyla tu.” Syafiq tersenyum
melihat Azril menggigil.
“Angah cuma nyanyi lagu Janam Janam dengan main bunga api kat depan
tingkap dia /je./ Tengah syok nyanyi tiba-tiba kena siram.”
Yunus, Syafiq dan Hazmi ketawa mendengar cerita Azril.
“Pergilah tukar baju, dah basah dah lantai tu.” Hazmi menggeleng kepala.
Tak tahulah apa yang nak jadi dengan anak dan menantunya. Kalau Azril
pujuk pun tak menjadi, rasanya dia kena berbincang dengan besannya esok.
*****
MUKA Halilah berkerut menahan rasa kejang di kaki. Urat-urat di betis
terasa tertarik di antara satu sama lain. Rasa sakit sangat. “Abang,
tolong picitkan kaki Eyla, rasa kejang la.” Apabila tiada reaksi, dia
menggagaukan tangan ke pembaringan sebelah. Apabila terasa kosong baru
dia sedar hanya dia seorang saja yang berada di bilik itu. Air matanya
mula mengalir. Bila sakit macam ni mulalah dia teringatkan suaminya.

Berkerut muka Halilah menahan sakit. Kuat sangat Azril
memicit kakinya. “Sakitlah, bang.”

“Itulah, orang suruh tidur pakai stoking tak nak. Dah jadi
macam ni siapa yang sakit?” Azril melumurkan minyak panas ke kaki Halilah.

“Eyla saja tak nak pakai stoking sebab nak suruh abang urut.
Kalau abang urut terus terasa nak tidur.” Halilah tersengih.

“Oh, ambil kesempatan eh... Eyla jangan malas-malas macam
ni. Kalau abang ada tak apalah, abang boleh urut. Ni kalau abang tak ada
kat rumah siapa nak urut? Risau abang tau.” Tangan Azril lincah mengurut
selincah mulutnya membebel. “Penat-penat beli stoking Hello Kitty
banyak-banyak tapi tak nak pakai.”

“Eyla nak abang yang tolong pakaikan barulah nampak /sweet./”

“Isteri siapa yang mengada sangat ni?” Azril mencubit pipi
Halilah.

“Hesy, habis pipi Eyla berminyak. Tangan abang tu dahlah
penuh minyak!”

Halilah mengelap air mata apabila ingatannya kembali ke
dunia nyata. Minyak panas di atas meja tepi katil dicapai.
Perlahan-lahan minyak itu dilumur ke betisnya. Mulai hari ini, dia harus
belajar berdikari. Dia dah tak boleh bergantung kepada Azril lagi sebab
selepas ini Azril ada tanggungjawab lain yang perlu diberikan perhatian
juga.

Halilah memegang perutnya. “Rasyad janji jangan tinggalkan
mama tau. Mama nak Rasyad lahir dengan selamat ke dunia ni. Mulai
sekarang, Rasyad la sumber kekuatan mama. Ayah dah nak kahwin lain, dia
tak sayangkan mama dah. Rasyad jangan tinggalkan mama tau? Bila dah
besar nanti jangan ikut perangai ayah yang kahwin banyak tu. Rasyad kena
setia pada seorang perempuan /je./ Dengar cakap mama ya, sayang?”
Perutnya terasa ditendang perlahan.
Halilah menyambung tidur apabila rasa kejang di kaki mula surut namun
baru saja matanya mahu lelap, kedengaran tingkap bilik diketuk.
“Sayang, bukalah tingkap ni. Abang nak bagi sesuatu ni.” Lagi kuat Azril
mengetuk.
Dengan kasar Halilah menarik selimut dan membuka tingkap. “Nak apa lagi
ni? Orang nak tidur pun kacau!”
“Sayang nangis ke?” Tak berkelip Azril melihat mata sembap Halilah.
Halilah mengesat sisa air mata laju-laju. “Mana ada. Buat apa nak nangis
tengah malam ni, buang masa /je./ Nak apa sebenarnya ni? Karang ada
orang nampak, tak pasal-pasal kena tangkap basah /pulak./”
“Okey apa kena tangkap basah dengan isteri sendiri. Kita kan halal.
Lagipun, sayang yang tak bagi abang masuk kan? /Syok/ /jugak dating /kat
luar tingkap.” Azril sengih kerang busuk.
“Hesy, cepatlah cakap. Orang tutup tingkap baru tahu!” Halilah mendengus.
“Abang nak bagi stoking. Eyla kan selalu tidur tak pakai stoking. Nanti
kaki kejang abang tak boleh nak sapu minyak.” Azril hulur stoking
bergambar Hello Kitty.
Halilah rasa terharu. Tapi apabila teringat yang Azril akan berkahwin
lain, terus berterabur rasa terharu, digantikan dengan rasa menyampah!
“Ni /je /nak bagi? Tak payahlah, kat rumah ni banyak dah stoking yang
Eyla dah bawa. Dahlah, nak tidur.” Dia mahu menarik tingkap tapi ditahan.
“Nantilah dulu. Abang nak bagi beras ni. Lepas sembahyang Jumaat tadi
abang pergi kedai, beli beras ni. Eyla kan suka makan beras Basmathi.
Nah, ambillah.” Beras 5kg itu diangkat dan dihulur pada Halilah.
Kecur liur Halilah melihatnya. Tangannya gatal saja mahu menyambut namun
ada suara yang menghalang. Jangan, Eyla... jangan cair. Ada makna tu dia
belikan kau beras tu. Entah-entah dia nak minta kebenaran nak kahwin
lain. Halilah menarik nafas.
“Tak naklah. Eyla dah tak suka makan beras! Abang bagi /jelah /kat ibu,
masak nasi untuk sahur esok. Tak pun simpan untuk buat kenduri.” Halilah
terus menutup tingkap.
Azril mengeluh. “Tak nak /pulak?/ Hari tu beria-ia pujuk aku suruh beli
beras ni.” Dia menggaru kepala yang tak gatal. “Tadi dia sebut apa?
Kenduri? Dia dah tahu ke?” Dahinya berkerut. Nak ketuk tingkap semula
takut kena siram lagi. “Mungkin Eyla saja cakap kot. Tak mungkinlah mak
bagitahu.” Dia melangkah lemah ke rumah ibunya. “Susah /pulak /nak
mencairkan hati seorang Siti Nurhalilah hari ni. Selalu cepat /je
/cair,” sungutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience