BAB 5

Drama Completed 632

“Mak…maafkan Afal. Maafkan segala kesalahan Afal pada mak. Afal janji takkan ulang lagi perkara yang memalukan mak.” tubuh tua ibu Nawfal didakap erat. Wajah tua ibunya dicium-cium berulang kali. Tak puas cium pipi, dikucupnya pula kedua belah tangan yang pernah menimangnya dahulu.

Dia rindukan ibunya. Dia rindu masakan ibu, suapan ibu,belaian ibu,ciuman ibu,dakapan ibu dan suara ibu. Segala-galanya tentang ibu dia sangat merinduinya. Tidak dapat digambarkan melalui kata-kata kerana gambaran hatinya terlalu dalam untuk diungkapkan.

“Afal…mak maafkan. Mak pun salah. Mak tak patut halau Afal. Mak sayang anak-anak mak. Maafkan mak kerana terlalu ikutkan perasaan.” Ada sendu yang mengiringi ucapan Mak Cik Ila. Sudah bertahun dia menahan rindu. Amarahnya hanya sebentar tetapi tidaklah pula dia tahu yang anak lelaki bujangnya itu melarikan diri sehingga ke perantauan. Patutlah ‘passport’ dan segala keperluan ke luar negara tiada dalam simpanannya. Semuanya telah dibawa pergi anak lelakinya itu. Tidaklah tahu bagaimana anaknya boleh bermastautin di negara orang. Mungkin juga atas pertolongan abangnya yang sudah lama menetap di sana.

“Mak, Afal teringinla nak makan bubur durian. Dah lama tak makan bubur durian tu. Kat sana mana ada. Rindulah…”rengek Nawfal yang hampir seminggu di kampung ibunya.

“Yelah tu Afal. Itu sebenarnya modal Afal nak pujuk mak masak bubur durian kegemaran Nawfal lah kan? Kat sana ada durian tak? Afal kan suka makan durian.”usik ibunya yang sibuk menyiang ikan. Nawfal memerhatikan gelagat ibunya itu. Rindunya pada wajah tua itu tidak pernah hilang untuk menapak dalam dirinya.

“Ada. Tapi tak samalah macam kat dusun arwah atok tu. Fresh je bila dah kupas. Kat sana ada jual yang dah dibalut siap-siap. Tak best!” getus Nawfal sambil mencebik bibirnya ke arah ibu. Ada tawa halus yang menghiasi suasana tengahari itu. Tercuit dengan gelagat anak lelakinya yang manja itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience