Rate

Bab 37 Genting strawberry Leisure Farm

Romance Completed 278123

"Aduh, kenapa mulut aku ni celupar sangat." Batin Anis berkata-kata. Wajahnya memerah menahan malu.

Adib tergelak melihat sikap konyol Anis datang lagi.

"Mari kita balik!" Ucap Adib sambil mengusap lembut kepala Anis.

"Abang sayang Anis!" Sahut Adib spontan terdengar ikhlas dari dasar hatinya.

Anis menjadi sebak mendengar 3 patah kata yang di lontarkan oleh Adib, yang membuatkan hatinya tersentuh.

"Terima kasih sudah sayang Anis." Sahutnya perlahan.

"Sama-sama Anis!"

Adib menghidupkan enjin keretanya, setelah itu mereka meninggalkan perkarangan sekolah menengah Uthman. Sesampainya di rumah, Puan Saleha sudah menunggu Adib dan Anis di pintu utama.

"Assalamualaikum!" Ucapan Adib dan Anis hampir serentak dan menyalam hormat kepada Puan Saleha.

"Waalaikumussalam, baru balik sayang? Macam mana pelajaran tadi di sekolah okay?" Puan Saleha memeluk Anis dengan hangat tergambar perasaan kasih di raut wajahnya.

"Alhamdulillah okay semuanya ibu." Sahut Anis Umairah dengan sopan.

"Mari masuk, dari tadi ibu tunggu Adib dan Anis balik." Puan Saleha melayan Anis Umairah seperti melayan anak sendiri, bukan seperti menantu.

"Aik, cuma Anis saja yang di ajak masuk?" Gurau Adib pada Puan Saleha.

"Kamu masuklah Adib, siap-siap ke masjid. Jangan pula cemburu dengan anak perempuan ibu ni." Gurau Puan Saleha.

Sebenarnya Adib langsung tak cemburu dengan Anis, itulah yang dia cari selama ni... Keakraban dalam sebuah kekeluargaan, harus ke dia bersyukur dengan jalan cerita yang dia hadapi sekarang? Walaupun sukar untuk di percaya, namun inilah kenyataan yang dia tempuhi sekarang. Seolah-olah dia berada dalam cerita novel, namun realiti yang dia hadapi pasti.

Adib tersenyum melihat keakraban dan kehangatan dua orang wanita yang amat berharga dalam hidupnya. Adib menatap kedua wanita itu menuju keruang tamu secara bergandingan. Dia menggeleng singkat sambil tersenyum.

"Anis naik bersihkan diri ya!" Ucap Puan Saleha dengan lembut.

Adib langsung bersiap untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Anis pula ke biliknya untuk membersihkan diri sebelum membantu Puan Saleha apa yang patut.

Seperti biasa Puan Saleha sudah memasak lebih awal untuk keluarganya. Anis turun dari biliknya menuju ke dapur dan mencari sesuatu pekerjaan yang boleh dia lakukan.

"Ibu, ada Anis boleh bantu?" Tanya Anis pada Puan Saleha.

"Semua sudah selesai Anis, kita tunggu ayah dan Adib balik dari masjid ya baru kita makan bersama." Sahut Puan Saleha dengan senyuman.

Anis mengangguk pelan.

Tidak berapa lama kemudian Adib dan Encik Amri balik dari solat jumaat. Mereka pun makan bersama, sesekali bersembang dan bergurau senda.

Setelah selesai makan, mereka menikmati pula buah tembikai sebagai pencuci mulut.

"Betul ke hari ni Adib nak bawa Anis jalan-jalan?" Tanya Puan Saleha pada Adib yang tengah serius memakan sehiris buah tembikai.

"Iya ibu, sebentar saja!" Adib membenarkan.

"Hati-hati nanti, jangan pula pulang lewat...! Tidak jugakan bermalam?"

"Ikutkan hati tidak ibu, lagipun Adib tiada perancangan pun untuk bermalam."

"Baiklah kalau macam tu, hati-hati bawa Anis."

"Baik ibu!" Sahut Adib seadanya.

Setelah mereka bersiap, Adib dan Anis pun meninggalkan perkarangan rumahnya. Adib mengemudi keretanya dalam kelajuan sedang dan Anis duduk manis di sebelahnya.

"Kita nak ke mana ni?" Tanya Anis yang masih belum tahu arah tujuan mereka.

Adib tersenyum singkat.

"Kejap lagi sampai!" Sahut Adib sambil melirik kearah Anis.

"Abang yakin Anis akan suka!" Sahut Adib lagi.

Dalam beberapa minit, mereka sudah sampai di tempat yang di maksudkan oleh Adib..

"Wah! Genting strawberry Leisure Farm, terima kasih abang!" Ucap Anis Umairah dengan ceria dan bersemangat. Memang sudah lama dia tak memetik strawberry, walaupun tempat ini tidak berapa jauh dari tempat tinggal mereka namun abahnya selalu sahaja berhalangan untuk bawa mereka berjalan-jalan.

"Anis suka?"

Anis mengangguk pasti, memang dia paling suka makan strawberry cicah coklat cair dan makan aiskrim perisa strawberry. Rasanya sedap hingga menjilat jari.

"Suka sangat, dah lama Anis tak ke sini." Sahut Anis dengan ceria.

"Alhamdulillah kalau Anis suka, abang cuma ikut kata hati abang saja." Katanya sambil menatap Anis, senyuman ikhlas dari isterinya yang dapat Adib Umair lihat hari itu.

"Semoga Allah menjaga hubungan kita hingga terungkap perkara yang patut Anis tahu." Bisik hati Adib.

Adib membeli tiket untuk mereka berdua masuk dan membawa Anis melawat ladang berwarna warni yang membenarkan pelawat untuk memetik sendiri strawberry serta membeli tumbuhan lain dan boleh di jadikan hadiah atau cenderamata.

Setelah puas memetik strawberry dan menikmati aiskrim strawberry, Adib membawa pula Anis untuk melihat jenis-jenis bunga yang Anis hendak bawa pulang. Tak apa, bagi Adib kegembiraan Anis sudah membuatnya lega. Dia tak tega melihat Anis murung, dia nak bertanya namun tak urung bicara. Biarlah Anis yang berterus terang nanti.

"Ada lagi yang Anis nak?" Soal Adib melihat Anis leka dengan beberapa bunga yang menjadi pilihannya.

"Kalau Anis nak makan McDonald's boleh ke?"

Adib menaikkan sebelah keningnya.

"Anis teringin ke makan McDonald's?"

Anis menggangguk perlahan.

"Mari kita cari McDonald's pula, kita makan ayam goreng hingga puas." Sahut Adib bersemangat. Hari ni dia nak spend time dengan Anis. Sebelum Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha pulang. Boleh ke dia menahan Anis untuk tinggal dengan mereka seterusnya? Hatinya berat bila teringat Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha akan pulang dari perjalanan bisnes dalam beberapa hari lagi.

Adib melihat jam dipergelangan tangannya sudah menunjukkan jam 6 petang. Di tiket tersebut, Genting strawberry Leisure Farm akan tutup pada 6.30 petang.

"Mari Anis, kita pergi McDonald's bahagian R&R Genting Sempah. Kita boleh makan di sana nanti." Sahut Adib sambil menggenggam tangan Anis.

"Abang, kita bukan muhrim lagi!" Anis cuba melepaskan genggaman tangan Adib.

Adib terhenti melangkah menghadap dan menatap mata Anis.

"Seandainya abang ini adalah suami Anis, adakah Anis terima abang dengan rela hati?" Soal Adib sulit untuk Anis fahami.

"Maksudnya?"

"Andainya kita berdua adalah pasangan suami isteri, adakah Anis dapat terima abang apa adanya?" Tanya Adib yang tak berbelit.

"Anis boleh sayang abang ke seperti mana abang sayang Anis?"

Anis mengangguk perlahan.

"Anis sayang Abang ikhlas dari hati!" Ucap Anis jujur.

"Terima kasih Anis." Sahut Adib Umair dengan senyuman.

"Mari kita ke kereta." Ajak Adib penuh semangat.

Sambil mengemudi mereka mendengar lagu yang ke udara dari radio FM.

Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa tinggalkannya

Tuhan
Ku amat menyayanginya
Namun ku terpaksa tinggalkannya

Tuhan
Tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini
Tidak bermakna tanpanya

Tuhan
Hantarkan malaikat untuknya
Supaya dia tenang hadapi segalanya

Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa tinggalkannya

Tuhan
Ku amat menyayanginya
Namun ku terpaksa tinggalkannya oh

Tuhan
Tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini
Tidak bermakna tanpanya

Tuhan
Hantarkan malaikat untuknya
Supaya dia tenang hadapi segalanya

Ha

Kau utuskanlah
Rinduku kepadanya
Agar dia tahu
Tentang perasaanku padanya

Tuhan
Tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini
Tidak bermakna tanpanya

Tuhan
Hantarkan malaikat untuknya
Supaya dia tenang hadapi segalanya

Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa tinggalkannya

"Semoga Allah menjaga hubungan kita Anis." Tiba-tiba Adib mengucapkan kata tersebut pada Anis.

hari ni line teruk sangat, tadi selesai salin 1.00pm tapi lambat published. line buat hal semoga terhibur ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience