Bab : 19

Action Completed 53513

Masuk saja ke dalam ruangan tu, Davina tergamam sendiri sebab bau Eden penuh satu bilik tu, kemudian tempat tu tak ubah macam pejabat. Bersepah dengan kertas, peralatan, computer, dan juga pakaian. Sikap pengemas dalam dirinya tiba-tiba menendang kepala kerana berasa trigger sebaik melihat semua sepah ni.

Macam mana orang boleh hidup dalam keadaan teratur macam ni?

"Nak letak mana ni?"tanya Davina yang takut nak kacau kertas kerja atau benda penting yang ada di meja kecil dekat tepi jendela tu.

"Sini.."arah Eden sambil tunduk menyepak barang yang ada di lantai depan katilnya.

Davina berpaling. Dia lirik akan Eden sebelum berhati-hati tunduk membongkok ke bawah untuk meletakkan semua makanan dan bekas minuman yang di bawa dengan dua tangannya sejak tadi. Terlepas saja semua beban itu dari tangannya, dia melabuhkan punggungnya ke lantai serta merta sebelum mengurut lengan untuk hilangkan rasa lenguh di situ.

Sumpah!Dia menyesal sangat sebab setuju untuk jadi kuli Eden. Entah apa dia fikir back then before accept this dumbass idea of him!

Eden bersila dekat situ lalu mula buka bekas yang ada untuk mula makan. "Pizza mana?"tanya dia.

Davina tunjuk kotak kecil empat segi yang tertindih dengan mangkuk berisi ayam goreng sos manis. "Kau dah dapat makanan kan...aku balik bilik dulu.."pamitnya dengan getusan kecil. Masih mengantuk.

Sambil buka kotak pizza, Eden bersuara. "Duduk." arahnya tanpa memandang Davina.

Hah!?

Davina yang mahu bangun dari situ terduduk semula. Dia pandang tak percaya ke Eden. "Nak apa lagi? Esok je la. Aku mengantuk ni." rungutnya.

"Tunggu aku habis makan. Siapa nak kemas semua ni nanti."tanya Eden sambil suap pizza ke mulut sewaktu memandang Davina.

Eh!Suka hati je!Ingat dia bibik apa?Sendiri makan sendiri kemas la!

Berasa tak sabar lagi dengan sikap bossy Eden, Davina keluarkan tangan lalu mahu memberi satu neck slice ke leher tu sepantasnya.

Berdesup!

Muncul tangan Eden memegang tangan Davina dari mengenai lehernya...tak terkutik sama sekali, dia hanya kunyah pizza dalam mulutnya ketika itu. "Please..jangan nak ajak bertarung dekat sini. Aku belum makan sejak siang tadi gara-gara kerja yang Declan bagi dekat aku. So kau duduk diam dekat situ sampai aku habis makan.."ujarnya sambil tu.

Ugh!Sempat pulak ditepis?

Jengkel dengan komen itu, Davina rentap tangannya dengan kasar lalu menyilang tangan ke dada. Memerhati Eden makan macam lelaki tu tak makan setahun. Bukan main gelojoh lagi. Bila dipandang muka tu buatkan Davina tertanya-tanya.

Hairan dia. Bila tak ada dia nak cari, bila dah ada dia macam nak je lelaki ni terhapus dari muka bumi ni!

Memangnya perasaan perempuan ni memang complicated ya?

"Kerja apa?Bukan ke misi kau orang dekat sini dah selesai?"tanya Davina sambil capai straw yang ada di situ lalu di tikam pada smoothie anggur Eden. Lalu diletakkan minuman itu dekat dengan Eden. Takut pulak dia perhatikan Eden makan, tercekik pulak kang lelaki ni nanti.

Eden capai minuman yang Davina sediakan tadi lalu di sedut nak basahkan tekak sebelum telan dengan susah payah akan makanan yang di kunyahnya. "Mana selesainya. Kita orang cuma perangkap lanun tu supaya bawak lari berlian yang dia orang nakkan tu...yang mana ada alat penjejak padanya. Dan sekarang kita orang tengah detect kedudukan dia orang."beritahunya.

Heh?Lanun!?

Davina terkedu. Dia teringat akan Spencer. Ya tak ya...lelaki tu kan sebahagian dari ahli kumpulan lanun yang datang ke sini semalam. Patut ke dia beritahu mereka??Kalau dia beritahu nanti dia orang tanya dia pula macam mana dia boleh tahu. Tak pasal-pasal dia akan terlibat sekali dalam kes ni. Haish!Spencer pun satu asal la libatkan diri dalam dunia jenayah ni. Kalau dia tak kenal siapa Spencer tak apa jugak.

"Dah jumpa ke?"tanya Davina teragak-agak.

Eden buka penutup bekas ayam goreng lalu capai satu daripadanya lantas di gigit dengan berselera. Lama dia tak makan kenyang-kenyang seperti ini. Memandangkan dia tak ada mood untuk beberapa tempoh ni kerana Davina. Dan sekarang baru dia ada selera nak makan.

Baru Eden nak bersuara, ketika itu la bunyi ketukan pintu kedengaran. Buatkan Davina ikut tersentak.

"Bukak, tengok siapa tu.."arah Eden kemudiannya sewaktu capai seketul lagi ayam goreng yang disalut dengan sos manis.

Davina buat muka menyampahnya sewaktu perhatikan Eden. Menyuruh je sejak tadi. Tapi dia bangun jugak dari situ lalu dekati pintu bilik tersebut. Ditarik saja pintu itu ke dalam dia di sapa dengan Declan. Lelaki tu sedang berdiri pegang telefon dekat telinga tapi lepas nampak Davina, Declan turunkan tangan bertelefonnya ke bawah.

"Siapa?"panggil Eden dari dalam.

Terasa dengan apa yang di lihat Declan pandang ke dalam bilik tu. Nak tengok apa yang Davina buat bersama Eden dalam bilik ni.

"Declan..."jawab Davina sambil gerak ke tepi nak beri laluan supaya Eden nampak siapa yang datang.

Sambil kunyah makanan, Eden yang duduk membelakangkan pintu itu pun berpaling. Nampak saja Declan dekat situ, hujung bibirnya terangkat sedikit. Surprise...surprise. tengok siapa yang datang. Si Loser! "Oh..suruh la dia masuk."arahnya sebelum kembali menikmati makanannya. Mujur dia suruh Davina ke sini, jadi boleh la dia tunjuk dekat Declan siapa yang mendahului sekarang ni.

Cengkaman di telefonnya di eratkan oleh Declan apabila dia dengar suara Eden. Cis!Tak guna!

Davina yang berdiri dekat situ pandang akan Declan. Tunggu lelaki tu masuk ke dalam.

"Sorry...boleh awak keluar sekejap?Ada hal kerja yang saya perlu bincangkan dengan Declan." beritahu Declan pada Davina tanpa alihkan mata memandang belakang kepala Eden.

Kepala Davina berpaling ke dalam. Dia pandang Eden. "Aku keluar ya?"beritahu dia nak mintak izin.

"Tak payah...kau duduk sini. nanti kalau dia cuba belasah aku..kau boleh coverkan.."seloroh Eden dengan bersahaja.

"Hah?"Davina buat muka WTF lepas dengar semasa palingkan kepala ke Declan. Bertuah betul jadi Eden ni kan. Tak percaya dia yang lelaki tu berusia 32 tahun. Perangai mengalahkan budak sekolah.

Rahang Declan berketik nak hilang sabar. Tapi dia tak beri sebarang komen sebab tak nak buatkan Davina terasa dengan perangai dia terhadap Eden. Jadi masuk tak mahu dia terpaksa akur. Langkahnya di atur masuk ke dalam ruangan itu.

Setelah itu Davina tutup pintu itu.

Declan gerak mendekati tempat dimana Eden sedang duduk bersila lalu menghadap keadaan sepah ruangan tersebut. Keningnya berkerut tak puas hati. "Dia orang dah detect kedudukan tempat persembunyian mereka.."beritahu dia serta merta. Tak peduli kalau Davina dengar. Bukannya Davina boleh buat apa-apa mengenainya pun kalau dengar.

Eden mengangguk kepala. "Okay. Nak gerak bila?"dia bangun dari situ lalu berdiri melangit di menghadap Declan.

Davina yang ada dekat situ silih ganti memandang Declan dan Eden. Rasa macam tak patut je dia ada dekat sini sedangkan dia tahu sesuatu yang sangat penting untuk misi mereka berdua ni. Aduh!Macam mana dia nak buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience