Rate

Bab 2

Family Series 3707

Petang itu, Emir dan Emyra pulang ke rumah dan memanggil ibu mereka. Mereka telah mendapat gaji dan ingin membawa ibunya keluar makan di restoran. Imani yang memdengar alongnya memanggil ibu mereka, dia segera keluar dan mengajak along dan angahnya masuk ke dalam bilik. Imani mengejutkan ibu mereka, yang disangkanya sedang tidur. Tetapi tiada sahutan. Tiada yang membalas. Kosong. Imani merintih memanggil ibu mereka. Along dan angahnya segera duduk di sisi ibu mereka sambil menggoncang tubuh ibu mereka supaya bangun. Ibu telah tiada. Ibu telah pergi, meninggalkan mereka selama-lamanya. Ibu telah pergi berjumpa dengan Tuhan yang Esa. Ibu telah pergi berjumpa dengan ayah. Ibu telah pergi meninggalkan dunia yang sementara dan tinggal di perhentian akhirat iaitu alam barzakh. Iman yang mendengar rintihan-rintihan daripada bilik ibunya, dia segera keluar dari biliknya, dan masuk ke bilik ibu mereka. Dia nampak Along, angah dan adiknya menggoncang dan memanggil ibu mereka. Ibu diam, ibu tidak menjawab. Kata alongnya, "Iman, ibu dah tiada. Ibu dah pergi tinggalkan kita dan berjumpa dengan Allah, tuhan yang Esa". Iman yang mendengar kata-kata alongnya segera memeluk ibu mereka "Ibu, Iman minta ampun. Iman minta ampun, ibu. Maafkan Iman sebab pukul ibu, jerit dekat ibu, tengking ibu, marah ibu. Tapi, ibu diam, ibu tak balas. Ibu biar Iman buat macam tu dekat ibu. Ibu sayang dekat Iman sebab tu ibu biar je. Tapi, kenapa ibu tinggalkan Iman? Kenapa? Ibu tak sayang Iman lagi, ke? Ibu mesti benci kat Iman sebab Iman jahat. Betul, Iman jahat. Iman layan ibu macam ibu ni bukan siapa-siapa. Iman minta ampun, ibu". Iman merintih kepada ibunya yang kaku. Tidak bergerak. Tidak bernafas. Dan sudah berhenti bernafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience