13

Short Story Completed 49745

"Eh, kak Siti Fatimah." Sapaku kepada jururawat cantik pagi tadi sambil aku tersipu-sipu malu di tepi dinding. Saja aku gelarkan dia 'kak' agar kedengaran lebih mesra.

"Aik, adik ni tak balik lagi ke? Masih kena tahan dekat wad? Hahaha..." Ujarnya dengan ketawa manja. Tersenyum sahaja dia ucapkan sambil memandang tepat ke wajahku.

"Err... Haah kak. Esok In Shaa Allah balik... Kot..." Jawabku sendiri tidak pasti.

"Macam mana dah okay? Rasa letih lagi ke?" Soalnya sambil memeluk satu fail berisi kertas-kertas putih.

"Tak penat dah kak. Dah okay. Puas harini keje tidur je sampai mahgrib tadi. Hehehe..." Ucapku sambil menggaru-garu belakang rambut lebatku.

"Uihh, bestnya. Ni nak pergi mana ni?" Soalnya sambil tangan kanannya masuk ke dalam poket baju.

"Errr... saja nak pusing-pusing sini. Bosan duduk sorang-sorang dalam tu." Terangku dengan nada ceria.

"Ouh, jaga kesihatan sama tau. Jangan esok lusa masuk sini balik." Ujarnya cuba untuk bercanda.

Alamak, kena perlilah pulak dengan misi ni. Adeh, aku tahu dia hanya bercanda. Aku ketawakan sahaja perlahan.

"Errr, maaflah tak nak dah. Sumpah tak nak. Bosan gila!" Ujarku sepenuh hati.

"Hadiy!!!" Satu suara dari jauh menyebut namaku dengan pantas.

Dengan pantasnya aku menoleh memandang ke arah pemilik suara tersebut. Suara itu aku cam sangat siapa pemiliknya. Alamak, dah kantoilah pulak. Aku sudah mula menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal ini serta wajah gelisah.

"Hadiy, you buat apa dekat sini. I dah katakan stay dalam tu rehat. Degil." Ujarnya tegas dengan nafas semput-semput.

Tajam sahaja matanya menikam ke arah wajahku. Di tangannya pula penuh dengan bungkusan makanan. Alamak, siapa nak makan sebanyak itu! Mak aii, macam-macam dia beli.

"Errr, saya pergi..." Aku dengan pantasnya cari idea untuk menipu. Alamak, masa macam inilah otak aku tak boleh nak cari idea. Selalu ligat sahaja otak aku ni bekerja mencari idea untuk menipu orang.

"Errr, dia tolong saya cari jam tangan saya yang hilang tadi encik. Dia pulangkan balik dah jam tangan saya ni sebab pagi tadi saya ada masuk bilik dia tadi. Masa tulah kot hilang." Pantas jururawat bernama Siti Fatimah itu membantu aku untuk temberang sunat.

Aku tersenyum sahaja ke arah jururawat itu cuba untuk menahan rasa ketawa. Fokus sahaja wajah Farish Mikael memandang ke arah jururawat cantik itu dengan wajah berkerut seribu.

"Err, haah. Jam nurse ni tercicir tadi. Saya dah pulangkan." Sampuk aku secara tiba-tiba untuk mengukuhkan lagi bukti palsu itu.

"Hmm, it's okaylah kalau macam tu." Balas Farish Mikael dengan nada agak dingin.

"Errr, encik ni ada pertalian darah dengan Hadiy ini ke?" Soal Jururawat bernama Siti Fatimah itu inginkan kepastian.

Farish Mikael tersenyum.

"Excuse me, saya actually..."

"Err, actually his is my adopted brother!" Aku mencelah dengan pantas sebelum Farish katakan sesuatu benda yang bodoh! Nasib kali ini otakku ligat bekerja.

Tergamam wajah Farish Mikael memandang ke arahku setelah dengar apa yang keluar dari mulut aku tadi. Terlopong luas dibuat olehnya!

"Ouh, patutlah... okay, saya pergi dulu ya. Tahniah dah sihat!" Ucapnya seraya mula mengatur langkah untuk pergi.

"Ehh!!! Ehh!!! Kak Fatimah!!!" Ujarku dengan pantas sebelum pergi.

Laju kepalanya menoleh ke arahku sambil berkata...

"Ya, ada apa adik?"

Aku dengan pantas membuka zip beg sandang milik Farish Mikael berjenama Supreme yang tergantung pada dadanya itu lalu mengeluarkan sekeping kertas kecil dan sebatang pen. Aku tahu apa isi di dalamnya sebab aku selalu buka nak tengok Farish simpan apa dalam begnya.

Farish Mikael yang masih tergamam itu membiarkan sahaja tindakan aku itu tanpa berkata apa. Cuba riak wajahnya sahaja berkerut seribu.

"Errr, nah kak. Ini kad abang saya. Ada nombor telefon free-free kak telefonlah!" Ucapku sambil hulurkan kertas itu kepadanya.

Siti Fatimah tersenyum seraya menyambut kad itu dari tanganku. Dia perhatikan sahaja setiap tulisan yang tertera pada kertas itu dengan senyuman lebar.

"Wow... Nick Farish Mikael bin Dato Nick Muzafar Shah. Orang kaya rupanya. Patutlah..." Ujarnya perlahan.

"Kak Fatimah. Kalau tak keberatan... Hadiy nak minta nombor telefon." Ujarku sambil mengulurkan pen tadi kepadanya.

Aku pula hulurkan lenganku yang berona kuning langsat ini kepadanya untuk di jadikan sebagai kertas.

"Hahaha, boleh je." Ujarnya sambil mengambil pen dari tanganku lalu mula menulis nombor telefonnya besar-besar.

"Okay done! Kakak pergi buat kerja dulu ya. Ada apa-apa mesej je akak okay." Ujarnya sambil serahkan kembali pen biru tadi kepadaku semula, lantas dia mula mengatur langkah untuk pergi.

Aku tersenyum melihat digit nombor pada lenganku itu.

"Ya, baik kak. Terima kasih!" Ujarku dengan nada bersahaja.

Aku kembali menoleh ke arah belakang seraya memandang Farish Mikael kembali dengan senyuman lebar.

"Adopted brother? Seriously?" Ucap Farish Mikael dengan kening terangkat sebelah.

"Habis?" Balasku kembali dengan wajah berkerut.

"I'm your husband! Remember that?" Ujarnya tanpa segan silu. Nasib tak ada orang di situ!

"Husband? Seriously?" Kini aku pula berwajah terkejut kera.

Berdekah-dekah Farish Mikael ketawa ke arah aku.

"Hahaha! Dah jom, let's makan! I know you dah laparkan?" Ujarnya mula menolak daun pintu walaupun tangannya penuh.

"Hmm, not really tapi bolehlah. Asal awak beli banyak sangat ni? Siapa nak makan semua ni?!" Ujarku mula teringat kembali setelah milihat Farish menolak daun pintu.

"Eh, youlah kena makan semua ni. I peduli apa?" Ujarnya sambil ketawa jahat masuk ke dalam ruangan VIP itu kembali.

"Ughhh!!! Sabar jelah!" Ujarku turut masuk kembali ke dalam ruangan VIP itu dengan perasaan bercampur-baur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience