Pandangan Aku menjadi sayup. Fikiran aku hilang entah ke mana. Semua orang masih menunggu kata putus dari aku sendiri. Terasa genggaman erat tangan Azhar mula membuat diri aku buntu. Kenapa semua keputusan harus terletak pada diri ini? Siapakah aku?? Layak kah aku berkata tidak? Layak kah aku menolak semua ini? Layak kah bersuara?
Irah..irah..panggilan sayup Azhar membuat diri aku tersedar dari lamunan. Aku memandang sekeliling. Ya, semua orang sedang memberi tumpuan ke arah aku. Menunggu satu jawapan yg akan memberi kesan selamanya. Aku tatap lama wajah Azhar. Satu senyuman terus terukir bibir. Aku pasrah dan redha. Jika ini jalan yg ada. Aku memohon keampunan dari yg maha Esa. Aku tidak dapat pertahankan rumah tangga aku sendiri. Maafkan Irah abang...Irah sudah kecewakan abang. Maafkan irah.
Baiklah..Saya akan setuju abang Azhar bernikah dengan Mira tapi dengan satu syarat, selepas terlafaznya akad nikah itu maka terlafaznya juga penceraian terhadap saya. Saya tidak mahu hidup berpoligami. Saya tak rela berkongsi kasih. Bersuara Munirah luntur saja nadi suaranya. Walid dan Bonda tergamam seketika mendengar apa yg Munirah katakan itu. Wirda, Azfar dan Azman sudah memandang ke arah lain. Mereka dapat menyangka apa yg akan Munirah katakan. Terkedu Mira sudah menjatuhkan pandangannya ke bawah. Dia tidak menyangka sampai macam ini sekali Munirah sanggup berkorban untuknya. Azhar memegang kedua belah tangan Munirah. Matanya masih lagi menatap wajah Munirah. Meminta satu jawapan 'tidak' dari Munirah. Munirah terus melepaskan tangan Azhar dan segera bangun. Jika dia berada lama lagi di situ lagi mungkin air matanya akan luntur juga.
Kalau tak ada apa-apa lagi..Saya minta diri dulu. Tambah Munirah lagi selepas semua orang di situ hanya mendiamkan diri saja. Mungkin semua ini sudah selesai. Inikan yg semua orang mahukan selama ini. Munirah turuti juga permintaan mereka. Sesungguhnya dirinya bukanlah menantu pilihan keluarga ini. Munirah segera bangun lalu pergi ke luar rumah. Entah..tidak tahu kakinya mahu bergerak ke mana sekarang. Daripada dia terus berada di sini lebih baik ia keluar saja. Azhar juga bangun dan menatap lama wajah Bonda. Melihat wajah orang yg sudah tahu sebuah erti penyelesaian barang kali.
Puas hati bonda sekarang?? Puas?? Kalau bonda nak tahu Munirah seorang isteri yg baik, patuh dan kuat pegangan agama. Azhar tak faham..kenapa semua orang bencikan sangat dengan Munirah? Disebabkan oleh kisah silamnya?? Macam tu kan? Azhar yg berada di situ. Azhar tahu siapa yg salah dan siapa yg benar! Azhar berkahwin dengan Munirah sebab Azhar cintakan dia. Azhar hormat dia sebagai seorang wanita. Bukan Azhar mahu tanggung malu maruah sesiapa pun! Tak! Munirah tak bersalah dalam hal ini. Munirah hanya mangsa keadaan yg menjadi tatapan hina semua orang di sekelilingnya. Munirah ada hati dan perasaan macam kita semua. Sanggupkah..semua orang gelar dia masalah mental dan tekanan emosi?? Allahuakhabar..Azhar yg menjaganya dengan penuh kasih sayang. Azhar hormat pendirian Munirah. Susah senang Azhar bersamanya. Azhar tak pandang kekurangan diri Munirah. Bagi Azhar..dia isteri yg sempurna. Biar hina di mata orang lain tapi..Azhar nampak diri sebenar Munirah. Jangan paksa Azhar buat keputusan ini. Azhar tidak akan sesekali lepaskan Munirah dan awak Mira..Saya tak akan sesekali kembali kepada awak. Cukuplah dengan kisah lama tu. Saya dah lupakan awak. Saya ada Munirah sekarang. Awak tak nampak ke Munirah sanggup korbankan semua ini demi kebahagian awak sendiri? Awak sanggup ke rampas kebahagiannya demi rasa kasih dan sayang awak dekat saya tak kan terbalas sampai bila-bila? Kalau awak ada perasaan..awak tak akan terima semua ini. Dan bonda..Setiap hari caci dan maki bonda dekat Munirah. Ada dia balas semula semua itu? Ada dia caci dan maki bonda balik? Munirah tak pernah mengadu dan memberitahu sedikit pun semua ini kepada Azhar. Biar dirinya terluka dan menahan semua ini asalkan bonda sihat seperti biasa. Ya Allah..tergamaknya semua orang buat macam ni dekat Munirah. Apa yg kamu semua nak jawab dekat akhirat nanti?? Tolonglah..Azhar mohon sangat-sangat cukuplah siksa jiwa Munirah..cukuplah beri tekanan dekat dia. Azhar sayangkan dia..Azhar berjanji sampai bila-bila pun Azhar tak akan lepaskan isteri Azhar. Luah segala isi hati Azhar depan mereka semua. Azhar mengesat kasar air mata yg tumpah ke pipinya. Munirah. Itu saja yg terlintas di fikarannya sekarang. Azhar segera bergegas keluar. Mencari susuk tubuh Munirah kembali. Gadis yang sangat polos dan lurus. Apa saja orang pinta semua benda dia mahu lakukan sampaikan perasaan sendiri pun tidak fikir. Benda pertama Azhar mahu lakukan apabila berjumpa dengannya ialah satu dakapan. Tidak gamak mahu memukul diri Munirah.
Walid dah tak tahu nak cakap apa lagi..Memang benar kata Azhar..Munirah seorang anak yg baik. Sedangkan diri kita ini terus menghukum tanpa fikir kita hanyalah manusia yg kerdil saja di mata yg maha Esa. Kata Walid lalu bangun dan pergi dari situ juga. Tidak sanggup dia mendengar lagi semua ini. Walid sangat sayangkan diri Munirah. Sudah dianggap Munirah itu anak kandungnya sendiri. Apabila mengetahui semua ini, walid sangat kecewa dengan isterinya sendiri.
Azman harap semua orang bolehlah fikir sekarang ye?? Wau!! bila kita pandang orang tu terus boleh menilai. Tak fikir ke perasaan orang macam mana dulu? Wau!! keluarga ni. Tak heranlah kalau orang berhati busuk pun boleh wangi. Perli Azman tanpa berlapik ke arah Mira. Geram saja dia melihat situasi keluarganya ini. Disebabkan itu jugalah Azman tidak mahu bernikah lagi. Silap hari bulan bakal isterinya pula yg kena tempias keluarganya. selepas sorang-sorang pergi dari situ. Wirda cuba menenangkan diri Mira yg sudah lama menangis teresaknya. Azhar memang benar tidak ada perasaan langsung terhadapnya. Mira tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Adakah semua ini sudah berakhir? Dia sendiri tidak tahu. Perasaan sayangnya terhadap Azhar tidak pernah pudar. Mentah-mentah saja lelaki itu menolak cintanya yg sudah berkurun ini. Mira masih tidak dapat menerima kenyataan lagi. Bonda mengesat lembut butiran jernih air mata yg gugur dari pipinya. Perasaan rasa bersalah mula membelegu dirinya. Gelaran saja "Hajah" tetapi perangainya tidak ubah seperti manusia berlandaskan bayangan sendiri. Terlalu buruk untuk di nyatakan.
..................................................................
Munirah..mari makan dulu. Dari tadi lagi akak tengok Irah asyik menangis saja. Sabarlah..mesti semua ini ada hikmahnya. En Azhar pasti tidak akan membuat keputusan melulu. Pujuk Farah selepas melihat Munirah masih menangis tersedu sedan sambil memeluk bantalnya. Semasa Munirah berlari keluar rumah kebetulan kereta Farah lalu di situ kerana mahu menyerahkan dokumen kepada walid. Cepat sahaja Munirah menahan dan memasuki kereta Farah. Dia menyuruh Farah membawanya pergi jauh dari sini. Farah tidak tahu nak buat macam mana hanya membawa Munirah pulang ke rumahya saja. Farah tinggal sendiri kerana suaminya sudah kembali bertugas semula. Seminggu dua atau tiga kali saja suaminya akan pulang ke rumah. Dengan keadaan Munirah yg seakan Merajuk dengan suami ini boleh juga Munirah menemaninya di sini.
Akak..bodoh sangat ke diri Munirah ni?? Tanya Munirah tersedu sedan menangis lalu bangun dan mengesat kasar air matanya itu. Berkerut dahi Farah selepas Munirah bertanyanya begitu.
Napa Irah tanya akak macam tu?? Siapa yg kata Irah bodoh ni?? Soal Farah semula mencuit sedikit pipi gebu Munirah itu. Comel saja dirinya walaupun masih dalam keadaan menangis.
Abang Azhar kata Irah Bodoh!! Huarghh!!! Dia..dia kata Irah bodoh..bodoh dan lurus. Beritahu Munirah lalu memeluk tubuh Farah. Tangisannya semakin teresak lagi kedengarannya. Terkedu Farah mendengar semua ini daripada mulut Munirah sendiri. Pada masa yg sama dirinya juga terpikir yg Munirah sememangnya gadis yg lurus dan polos. Mana taknya asyik nak menangis saja. Cubalah bertahan dan kuat sedikit. Mungkin dirinya masih muda dan mentah lagi bab hal rumah tangga ini. Sedikit sukar mahu menjaga hatinya yg mudah tersentuh.
En Azhar..cuma terlepas cakap je tu. Alah..nanti dia akan minta maaflah. Akak tahulah En Azhar tu macam mana ann. Irah pun tahu ann. Hati suami Munirah tu lembut orangnya. Irah pun kena kuat macam tu jugalah..Saling bermaafan sesama sendiri. Sudahlah berbuat baik sangat. Orang akan pijak kepala Irah nanti. Nak berbaik pun ada hadnya tau. Sekarang..jum makan. Tak kesian ke siksa ni perut ni?? Haishh..silap hari bulan terselit baby baru tahu nak jaga kesihatan. Nasihat Farah tegasnya dekat Munirah. Diusap lembut wajah polos Munirah itu. Munirah hanya mengangguk tanda faham sahaja. Masih tidak mahu melepaskan pelukan itu. Tenang saja mendengar nasihat daripada kak Farah. Fikirannya terus memikirkan tentang Azhar. Entah apa suaminya buat sekarang. Masih mencarinya atau dibiarkan saja. Munirah tidak peduli jika Azhar akan membencinya. Dia sudah ada diri Mira.
.................................................................
Aduh..Azman..aku tak tahulah nak cari dia kat mana lagi..Bersuara Azhar geramnya sejak dari petang tadi lagi mereka mencari Munirah tetapi tidak jumpa. Rasa risau dan takut menjalar di badannya. Azhar takut Munirah akan kembali sakit dan jatuh pengsan di mana-mana. Itulah yg ditakutkannya sekarang. Kalau terjadi apa-apa dekat Munirah, Azhar tidak akan memaafkan dirinya lagi.
Bawa bersabarlah..cuba kau ingat ke mana Munirah akan pergi jika dia sedih? Tanya Azman tenangnya cuba mengambil keadaan sekarang. Kasihan saja melihat abangnya risau macam ini sekali.
Okey..first kita pergi ke Pusat Jagaan warga emas dulu. Munirah pernah minta aku hantarkan dia ke sana dulu. Kata Azhar selepas mengingati semula semua itu. Segera mereka berdua bergegas ke sana. Jam menunjukkan pukul 6.30 p.m. tidak lama lagi akan berlalu ke waktu maghrib. Sayang..tunggu abang..abang tak akan lepasakan Irah pergi lagi. Nguman Azhar mula terasa sebak. Dirinya sangat perlukan Munirah. Mahu berada di samping Munirah setiap masa. Setelah sampai di hadapan Pusat jagaan itu Azhar melihat Iman sedang menutup pintu tetapi berhenti seketika setelah melihat kereta Azhar. Azhar terus keluar dari keretanya dan bergegas pergi ke arah Iman.
Assalamualaikum Iman..Maaflah abang ganggu sekejap..Munirah..Munirah ada datang ke sini? Tanya Azhar tergopohnya berharap sangat Munirah ada di sini. Dia sudah tidak tahu lagi hendak mencari Munirah di mana-mana selepas telefon bimbit sendiri pun Munirah tidak membawanya.
Waalaikumsalam..Munirah?? Tak ada pula dia datang ke sini. Kenapa? Munirah dah lari dari rumah ke? Soal Iman semula sudah tidak senang duduk selepas melihat keadaan Azhar terdesak macam ini. Risau juga dirinya yg Munirah kembali tertekan disebabkan masalah yg dihadapinya itu. Selalunya memang Munirah akan datang ke sini tetapi tidak pula hari ini.
Owhh yeke..Ada salah faham sikit tadi..jangan risau ehh. Abang akan cari dia. Kirim salam dekat umi. Nanti abang datang melawat lagi. Assalamualaikum. Ujar Azhar lalu pergi dari situ dengan hampanya. Perasaan risau mula menusuk jiwanya. Tidak tahu sama ada Munirah berada di mana sekarang. Nak tak nak dirinya kena pergi ke rumah keluarga Munirah. Mungkin Munirah berada di sana sekarang. Teka Azhar. Dia redha dirinya akan dimarahi oleh keluarga Munirah nanti. Yang pasti mahu melihat keadaan Munirah selamat itu sudah cukup untuknya. Iman hanya menjawab salam dan kasihan saja melihat wajah hampa Azhar. Mesti Azhar sudah bersusah payah sedang mencarinya. Hanya titipan doa saja yg Iman mampu tatapkan. Dalam beberapa minit perjalanan, Akhirnya mereka berdua sampai di hadapan rumah Munirah. Jam menunjukkan pukul 7.25 a.m. Azan sudah mula berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib. Azhar menelan payah air liurnya mahu memulakan langkah di situ. Dengan hembusan nafas yg panjang Azhar berjalan dan berhenti di hadapan pintu rumah itu.
Ass..Assalamualaikum. Ucap Azhar tergagapnya mula rasa bersalah datang ke sini tidak kena dengan waktunya. Dia lebih risaukan tentang Munirah lagi. Diabaikan sekejap perasaan takutnya untuk berdepan dengan keluarga Munirah. Dalam beberapa minit kedengaran suara umi menjawab dari dalam. Lega rasanya hati Azhar ketika itu. Lagi gentar bila abah Munirah yg membuka pintu ini.
Waalaikumsalam..ehh Azhar buat apa dekat sini? Mana Munirah?? Tanya Umi selepas terkejut melihat susuk tubuh Azhar yg berada di sini pada waktu sekarang. Dicari susuk tubuh anak perempuannya tetapi tiada pula. Di tatap lama wajah Azhar yg sudah kelihatan gelisah itu.
Azhar..Mana Munirah?? Soal Umi lagi tetapi kali ini jelas melihat tatapan sayu wajah Umi yg mula risau. Umi memegang lengan Azhar untuk mendapatkan kepastiannya. Umi tidak mahu perkara buruk berlaku kepada Munirah lagi.
Umi..sebenarnya..Belum sempat Azhar memberitahu perkara sebenar kelihatah susuk tubuh En Shukri sudah berada di belakang Umi. Bengis saja wajahnya melihat Azhar ke sini tetapi tidak pula melihat susuk tubuh anaknya.
Kenapa dengan Munirah?? Bersuara En Shukri memandang tajam ke arah Azhar. Dia tidak akan maafkan Azhar jika Munirah tercedera ataupun di tinggalkan oleh Azhar. Lelaki ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak perempuannya itu. Puan Ruziah memegang lengan suaminya supaya bertenang dahulu. Biar Azhar bercakap dahulu sebelum dia melepaskan amarah. Keadaan tidak semenanya menjadi tegang di situ. Bismilah. Azhar membaca basmalah sebelum bersuara. Dirinya redha sahaja jika En Shukri mahu memarahinya sekarang. Memang semua ini salahnya pun. Jika dia tidak biarkan Munirah pergi tadi perkara seperti ini tidak akan berlaku. Azhar sanggup mendapat balasannya asalkan dirinya ketemu dengan Munirah semula.
................................................................
Munirah manaa?? Tanya Azhar cuba menahan sakit di pipinya yg terlihat sudah merah dan bengkak di bibirnya. Digosok-gosok wajahnya yg terasa kebas itu.
Ada...di dalam...masuklah. Jawab Farah tergagapnya selepas melihat pipi Azhar dalam keadaan begitu. Tidak tahu apa yg sudah berlaku ke atas Azhar semasa mencari Munirah. Jam menunjukkan pukul 9.45 p.m. Farah menelefon Azhar dan memaklumkan semua ini kerana Munirah sudah dibuai mimpi. Mungkin kerana letih menangis barang kali. Farah tidak mahu menyimpan Munirah terlalu lama sangat. Dia juga risau jika Azhar sudah lama mencari Munirah. Tekaannya tepat sekali. Habis berpeluh tubuh Azhar itu. Sampai pipinya juga terluka pasti sudab berlalu seauatu semasa mencari kelibat Munirah semula. Azhar membuka perlahan bilik yg menempatkan Munirah selepas ditunjukkan oleh Farah kepadanya. Sampai ke sini Munirah bersembunyi. Hampir mengalah Azhar mencarinya jika tidak dimaklumkan oleh Farah tadi. Azhar melihat Munirah sudah pun tertidur di atas katil. Perlahan-lahan dia pergi mendekati Munirah. Azhar melabuhkan dirinya di atas katil itu. Diusap lama wajah Munirah yg masih tersisa air mata kering. Menangis sampai tertidur sekali. Sudah lama dia tidak melihat Munirah menangis sampai macam ini sekali. Hatinya mula terasa sakit. Melihat diri Munirah tersiksa dirinya juga tersakiti sekali.
Sayang...Bersuara Azhar perlahan mencuit sedikit pipi Munirah. Sudah lama dia mahu berbuat begitu. Munirah mengeliat sedikit apabila terasa pipinya disentuh oleh seseorang. Matanya belum dibuka sepenuhnya lagi.
Farah..boleh awak tunggu di luar?? My Privacy Pinta Azhar membuat muka malu ke arah Farah sedikit. Harap yg pekerja walidnya itu faham.
Okey..i knew it. Jawab Farah lalu keluar dan menutupi pintu bilik itu semula. Faham sahaja apa yg cuba Azhar sampaikan. Dia tidak mahu menganggu sesi pujuk memujuk mereka berdua. Dirinya juga rasa terhibur melihat hubungan mereka berdua. Bergaduh bagaikan ribut sekali pun akan bersama juga. Farah juga berharap suaminya seperti ini. Dirinya mula rindukan suaminya itu.
Sayang...abang datang ni buka mata. Sampai bila nak bermimpi tanpa abang? Kata Azhar masih mencuit lembut pipi Munirah. Munirah mengeliat lagi kali ini dia membuka mata sedikit. Terkejut Munirah melihat susuk tubuh Azhar di depannya segera dia bangun dan beranjak ke belakang sedikit. Terkedu Azhar melihat tindak balas Munirah seakan takut dengan dirinya. Baru Azhar teringat mesti disebabkan oleh dirinya terlepas cakap tadi. Damn it. Nguman Azhar mengusap wajahnya sedikit sebelum memberikan senyuman kepada Munirah. Berharap sangat diri Munirah tenang sedikit. Salahnya juga terlepas cakap begitu kepada Munirah.
Munirah Safiyah..Maafkan abang. Abang minta maaf. Abang..belum sempat Azhar habis bercakap Munirah memeluk tubuhnya. Tergamam Azhar membalas pelukan itu juga. Terasa hangat sekali pelukan ini. Banyak kali Azhar melepaskan ciuman di dahi Munirah. Air mata jantan Azhar gugur lagi. Mana mungkin dia sanggup lepaskan Munirah pergi. Orang yg sudah membesar dalam keadaan susah dan senang bersamanya. Seorang penghibur bagi dirinya. Azhar sangat sayangkan Munirah. Daripada tanggungjawab menjaga saja bertukar kepada tanggungjawab mencintai dan menyayangi diri Munirah sampai bila-bila. Biarlah orang lain mahu terus menghina mereka. Azhar akan terus pertahankan Munirah. Pertahakan cinta yg mereka bina bersama. Datanglah beribu perempuan kepadanya Hanya Munirah yg menjadi pujaan hatinya.
Share this novel